08 July 2020

Testimoni Gla Complex Shaklee Untuk PCOS

PCOS (Polycystic Ovary Syndrome) atau bermaksud Sindrom Ovarium Polikistik merupakan masalah gangguan hormon yang berlaku pada sistem reproduksi wanita, di mana ia memberi kesan pada kitaran haid dan ovulasi.

Ovari akan membengkak disebabkan ovum yang terperangkap di dalamnya dan tak mampu untuk menetas pada waktu subur. Lama-kelamaan ia menjadi punca kepada pelbagai masalah kesihatan.

Ovari juga boleh mengembangkan banyak koleksi cecair (folikel) dan gagal melepaskan telur secara berkala.

Wanita dengan PCOS mungkin mempunyai tahap haid yang jarang atau berpanjangan atau tahap hormon lelaki (androgen) yang berlebihan.


Testimoni Gla Complex Shaklee Untuk PCOS
PCOS berlaku pada ovari perempuan


Punca sebenar PCOS tidak diketahui. Sebilangan besar pakar berpendapat bahawa beberapa faktor, termasuk genetik, berperanan :


Simptom PCOS
Simptom PCOS


1)  Tahap androgen yang tinggi - Androgen kadang-kadang disebut "hormon lelaki," walaupun semua wanita membuat sejumlah kecil androgen. Androgen mengawal perkembangan sifat lelaki, seperti kebotakan corak lelaki.

Wanita dengan PCOS mempunyai lebih banyak androgen daripada biasa. Tahap androgen yang lebih tinggi daripada biasa pada wanita dapat mencegah ovari melepaskan telur (ovulasi) pada setiap kitaran haid, dan menyebabkan pertumbuhan rambut dan jerawat tambahan.


2)  Tahap insulin yang tinggi - Insulin adalah hormon yang mengawal makanan yang anda makan diubah menjadi tenaga. Rintangan insulin adalah ketika sel-sel tubuh tidak bertindak balas secara normal terhadap insulin. Akibatnya, kadar darah insulin anda menjadi lebih tinggi daripada biasa.

Ramai wanita dengan PCOS mempunyai ketahanan terhadap insulin, terutama mereka yang mempunyai berat badan berlebihan atau kegemukan, mempunyai tabiat makan yang tidak sihat, tidak mendapat aktiviti fizikal yang cukup, dan mempunyai sejarah keluarga diabetes (biasanya diabetes jenis 2). Lama kelamaan, ketahanan insulin boleh menyebabkan diabetes jenis 2.



Bagaimana GLA Complex dapat membantu masalah PCOS?


GLA Complex Shaklee
GLA Complex Shaklee



GLA (Asid Linolenik Gamma) adalah bahan berlemak. Ia terdapat dalam pelbagai minyak biji tumbuhan seperti minyak borage dan minyak primrose petang. Kebiasaanya orang menggunakannya sebagai ubat.

GLA juga adalah asid lemak omega 6. Tubuh badan kita menukar asid linolenik gamma menjadi bahan yang mengurangkan keradangan dan pertumbuhan sel. Dari situlah, fungsi GLA ini membantu membetulkan kembali hormon dalam badan kita.



Testimoni GLA Complex Shaklee Untuk PCOS


Testimoni GLA Complex Shaklee Untuk PCOS (1)
Penghidap PCOS berjaya hamil asbab ikhtiar dengan Shaklee



Testimoni GLA Complex Shaklee Untuk PCOS (2)
PCOS semakin mengecil.
Doktor suggest untuk teruskan ambil supplement



Lihat juga ;

Testimoni GLA Complex Shaklee Period Tidak Teratur


Testimoni GLA Complex Shaklee Cyst Mengecut


Cyst Ovari (Jenis, tanda & Rawatan)



Sebarang pertanyaan, info atau ingin membeli produk Shaklee, hubungi Ruby di sini ya ;)

016 6696703

Rubiah Kadir | SID 945759
Pengedar Sah sejak 2013

Continue Reading

03 July 2020

Pageviews Blog RubiahKadir Makin Meningkat

Syukur. Akhirnya, target bulan Jun berjaya jugak dicapai lebih 100 000 pageviews. Alhamdulillah! Usaha Ruby dalam membangunkan blog yang tak seberapa ni sejak tahun lepas, mula membuahkan hasil.




Ini adalah rekod statistik blog rubiahkadir selama 4 bulan berturut-turut.

Bulan Mac
PV  65 ribu

Bulan April
PV  75 ribu

Bulan Mei
PV  94 ribu

Bulan Jun
PV  111 ribu


Macam tak percaya. Rasa nak menangis pun ada bila tengok jumlah angka peningkatan pageviews (PV) dari bulan ke bulan.



Klik gambar untuk gambaran lebih jelas


Jika tengok pada graf sepanjang bulan Jun, boleh dikatakan  3000 - 4000 pengunjung/pembaca yang datang dan masuk ke blog ini setiap hari. Seriusss, Ruby sendiri terkejut dengan perubahan pageviews yang semakin naik.

Kalau dulu sendu sangat-sangat. Setiap hari nak dapatkan 2 3 ratus pageviews pun sakit. 

Tapi sekarang, Ya Allah bahagianya rasa tengok angka "K"  tiap kali Ruby bukak blogger. Lebih bersemangat dan berkobar-kobar perasaan tu.

Jumlah follower blog Ruby tak lah ramai mana pun. Tak famous seperti blogger-blogger lain yang punya ribuan followers. Ruby mula berblog dari tahun 2015 lagi sebenarnya. Tapi kembali aktif balik pada pertengahan tahun 2019 sampailah sekarang ni. 

Terima kasih pada yang setia berkunjung ke sini. Ruby akan cuba sebaik yang boleh untuk memberi content yang bermanfaat dan menarik untuk kalian baca.

Ruby berharap agar blog rubiahkadir ni dapat mencecah angka 1 juta
pageviews pada disember 2020 nanti. InsyaAllah.
Continue Reading

Giveaway By Ejulz & Mamapipie




Syarat-Syarat Penyertaan Giveaway by ejulz & mamapipie

1. Terbuka buat blogger yang menetap di Malaysia sahaja;

2. Buat satu entri bertajuk "Giveaway by ejulz & mamapipie". Letak banner di atas dan backlink ke post ini;

3. Follow blog Ejulz dan mamapipie;

4. Follow IG Ejulz dan Mamapipie;

5. Tinggalkan penyertaan korang di post ini;

6. Pemilihan pemenang dengan menggunakan random.org dan hadiah RM20 untuk seorang pemenang.


Tarikh Tamat : 15 JUL 2020
Continue Reading

01 July 2020

Pra Sekolah Dibuka Semula

Pra Sekolah dibuka semula bermula 1 Julai 2020 dan haruslah mengikut SOP yang telah ditetapkan. Yeayyy! Harini hari pertama anak ketiga Ruby, Nurisya bersekolah selepas sekian lama dicutikan gara-gara virus nakal Covid 19 tu. Hampir 3 bulan juga cuti. Lama betul.

Mak minta selfie dulu depan sekolah 🤳😄








Masa Ruby dan parents lain tiba bersama anak di hadapan pra sekolah, dekat situ ada beberapa orang cikgu yang sedang menanti kehadiran murid.

Sebelum masuk ke kelas, cikgu ambil dan periksa bacaan suhu murid terlebih dahulu.

Selepas itu, murid pula diminta membasuh tangan menggunakan sabun yang disediakan di sinki ☺️

Murid membuka kasut dan meletakkan ia pada bahagian rak di luar kelas.

Ruby sempat juga ingatkan Isya untuk jaga kebersihan. Jangan sentuh kawan. Duduk dekat meja di dalam petak merah yang cikgu tandakan. Hati-hati bila nak ke tandas.

Bagi yang bersuhu tinggi dan melebihi paras normal, murid diminta pulang.

Moga Allah menjaga dan melindungi anak-anak kita yang mula bersekolah harini 🥰

#kitajagakita
#normabaru
#covid19
#sekolahketikacovid19
Continue Reading