29 February 2020

Hari Terakhir Promosi Vitamin C Shaklee

Assalamualaikum, selamat berhujung minggu! Ruby nak maklumkan hari ni adalah hari terakhir promosi Vitamin C Shaklee! Buy 2 less 5%.

Promosi Vitamin C Shaklee
Promosi Vitamin C Shaklee
Buy 2 Less 5%

Rata-rata pengguna bagi feedback yang positif selepas consume Vitamin C Shaklee ni☺️

Antara kesan yang paling ketara adalah pada kulit!

💜 jadi lembut
💜 kulit cantik dan berseri
💜 makin cerah
💜 tak perlu nak make up tebal
💜 jerawat cepat kecut
💜 parut cepat pudar
💜 kulit glowing













Semua nak kulit sihat dan tak kusam. Lebih-lebih lagi kaum Hawa macam kita ni. Pertama sekali bila kita berjumpa dengan orang, orang akan pandang muka. Penampilan tu sangat penting bagi Ruby. Diri pun lebih confident bila kulit kita tak de masalah.

Cepat-cepat grab sebelum pukul 11.59 malam ni.

Haa, sempatlah nak kulit cantik sebelum raya nanti. Selepas raya pun still boleh teruskan sebab sebotol boleh tahan sampai 6 bulan. Jimat dan berbaloi! 🥰

Untuk pertanyaan ataupun info mengenai Vitamin C Shaklee, boleh hubungi Ruby di talian berikut  016 6696703
Continue Reading

24 February 2020

6 Sebab Kenapa Anda Perlu Ambil CoQ10

Pernah dengar Coenzyme Q10? Coenzyme Q10 atau singkatannya CoQ10 adalah komponen asas dalam menjana tenaga untuk sel badan kita. Ianya ibarat "palam pencucuh"!

6 Sebab Kenapa Anda Perlu Ambil CoQ10
6 Sebab Kenapa Anda Perlu Ambil CoQ10

Badan kita boleh menghasilkan tenaga CoQ10 secara semulajadi tetapi kadar penghasilannya menurun mengikut pertambahan usia. Oleh itu, kita perlu ambil sumber CoQ10 melalui pemakanan atau supplemen tambahan CoQ10 dalam diet harian.

Mari kita tengok apa dia 6 Sebab Kenapa Anda Perlu Ambil CoQ10 tu :)

1. Generator Tenaga Utama

Berada di dalam mitokondria - kilang tenaga anda CoQ10 mulakan proses penghasilan tenaga untuk menjadi bahan api kepada mitokondria dan nenghasilkan 95% tenaga badan anda.


2. DUO Tenaga Dengan Polifenol

Cepat letih? Inginkan tenga berpanjangan? Ambil kombinasi CoQ10 dengan Polifenol.

Polifenol menghasilkan lebih banyak tenaga mitokondria manakala CoQ10 menjadi bahan api untuk mitokondria untuk hasilkan lebih banyak tenaga!


3. Sumber Antioksidan Yang Berkuasa

Merupakan antioksidan yang kuat, Coq10 bermanfaat untuk kesihatan, kulit yang lebih muda, menggelakan kerosakan radikal bebas yang di sebabkan sinaran UV dengan berkesan.


4. Nutrisi Penting Untuk Jantung

Secara semulajadi, Coq10 banyak berada pada jantung yang mengepam darah 24/7. Sayangi jantung sendiri, ambillah Coq10.


5. Kekal Remaja

Pada usia 20-an, Coq10 berada pada paras yang tinggi di dalam badan dan ia juga mula berkurangan pada usian 20-an.

Anda akan mula letih, lemah badan dan mengalami tekanan emosi. Tingkatkan tahap CoQ10 dengan supplemen CoQ10.


6. Anda Ambil Statins? Jadi Anda Perlukan CoQ10!

Statin menurunkan kadar kolestrol. Itu sesuatu yang baik. Ia juga menurunkan tahap CoQ10. Berdasarkan kajian, ia berkurangan sebanyak 40%. Banyak tu.

Jadi periksa tahap kolestrol dan dalam masa yang sama anda perlu kekalkan  tahap CoQ10 dengan supplemen CoQ10 dalam diet harian.


Berapa banyak CoQ10 yang saya perlu ambil?

Ambil 100mg CoQ10 setiap hari untuk tahap kesihatan yang lebih baik.

100mg CoQ10 bersamaan ;

3 kg daging merah

atau

100 cawan brokoli

atau

100 sudu makan Canola

atau

3.3 kg sudu makan mentega kacang.

Banyak betul nak kena makan untuk cukupkan 100mg CoQ10 tu. Kalau Ruby memang tak larat nak makan. Lagi-lagi busy dengan aktiviti harian. Memang tak sempat. Awak mampu?  ;)

Jadi untuk penyelesaian terbaik, Ruby cadangkan anda semua ambil supplemen dari Shaklee  》 CoQtrol-Plus Shaklee! Cuma ambil sebiji sehari untuk bekalan 100mg CoQtrol.

Manfaat CoqTrol Plus Shaklee
Manfaat CoqTrol Plus Shaklee

Sebarang pertanyaan ataupun info mengenai produk-produk Shaklee, boleh terus hubungi Ruby di talian berikut  016 6696703
Continue Reading

19 February 2020

Bersyukur Apa Yang Ada

Ada orang, dia nak dan berharap yang dia ada kehidupan seperti orang lain sebab dia anggap kehidupan dia tidak baik dan tidak sempurna. Serba kekurangan.

"Bestlah selalu pergi jalan-jalan makan angin", tapi aku tak dapat.

"Untunglah dia duduk rumah besar dan mewah macam tu", aku pun nak.

Bla bla bla dan macam-macam lagi rungutan.

Syoknya kalau aku jadi dia.

Kalau hidup asyik nak bandingkan hidup sendiri dengan hidup orang lain. Percayalah, kita takkan pernah bahagia. Sampai lupa apa yang kita ada dan miliki. Lupa apa yang kita perlu hargai.

Tapi sebenarnya, ramai je orang diluar sana yang mengimpikan kehidupan seperti kita.

Hidup ni bukan tentang seberapa banyak harta yang kita ada. Ia tentang sebesar mana bahagia yang kita mampu cipta sendiri.

Sesunguhnya jika kamu bersyukur, nescaya kami akan menambah nikmat kepadamu. (QS Ibrahim : 7)

Jadilah manusia yang bersyukur ;)

Jadilah manusia yang bersyukur

Continue Reading

15 February 2020

14 February 2020

Sumbangan Untuk Wakaf Masjid

Akhir bulan Disember 2019, abah bagitahu nak waqafkan tanah di Penarik, Terengganu untuk buat masjid. Kami pergi tengok tanah abah. Aku umum kat Fb untuk sesiapa yang ingin turut serta mengirim waqafan.




Sebaik urusan cari tukang, plan semua selesai, 11 Januari 2020, culverts terus dipasang sebab tanah sebelah parit.

25 Januari 2020, lebih 200 lori tanah mula 'tambun' tanah. Kayu pancang penanda mula dipasang. Solat hajat dibuat untuk memudahkan semua urusan. Barang-barang asas terus dibeli.

Bermula awal Februari 2020, kerja pembinaan terus dibuat tanpa henti. Mula dengan duit abah dahulu disamping sokongan dari adik-beradik dan sanak saudara. Tidak lupa kiriman kalian semua.



















Hari ini baru 14 Februari 2020. Tiang masjid mula dinaikkan. Allahu, pantas betul. Binaan dibuat cantik. Abah marah buat masjid ala kadar. Kena buat yang terbaik, kata abah. Tukang kami pun bagus. Buat kerja spec JKR. Cantik, kemas dan teliti hasil kerja.

Abang aku Mohd Ariff Mohd Salleh ulang alik dari Pasir Puteh ke Penarik 2-3 hari sekali nak pantau projek ini. Perjalanan pergi balik tu hampir 4 jam juga. Punya dia usaha, punya dia bersungguh-sungguh menjaga amanah kalian semua.

Kos setakat ini sudah pun menelan lebih 58k. Bumbung pun dah order. Abah nak bumbung yang elok. Jenis genting yang mahal berkilat tu. Berbelas ribu genting sahaja, semua guna duit abah.

"Bim dengan bumbung bahagian abah. Hat lain Li tolong la cari sapo-sapo nak wakaf tu. Tak cukup simpanan abah nak siapkan masjid ni. Kalu takdop ore nak kirim, tak apo. Kita beradu dulu buat. Kita himpun pitih pah sambung pula," kata abah di suatu ketika.

"InsyaAllah ramai jah bah nak sedekah nak infak untuk masjid ni bah. InsyaAllah ada la tu," balas aku.

Alhamdulillah. Banyak sumbangan masuk untuk Masjid Dana Kita ni. Abah suruh namakan Masjid Dana Kita. Bahkan masa siram air solat hajat kat pancang kayu, aku suruh abah mulakan.

"Abah start dulu lah. Tanah abah ni."

"Ehhh. Jangan kata gitu. Ni bukan tanah abah dah ni. Ni tanah waqaf dah ni. Jangan sebut lagi tanah abah. Li mulakan lah. Ambil berkat ramai yang kirim sumbangan tu. Ni tanah Masjid Dana Kita."

Kawan-kawan. Inilah hasil kiriman kalian. Tanpa henti projek waqafan ini berjalan. Namun dana masjid belum cukup untuk siapkan semua ini.

Masih perlukan sekitar 100k untuk siapkan semua sekali termasuk tandas dan pagar. Jika ada yang nak kirimkan waqafan kalian untuk Masjid Dana Kita, ini maklumat akaun ya :

Nombor akaun : 564221646925
Bank : Maybank
Nama akaun : Pertubuhan Kebajikan Dana Kita
References : Waqaf masjid


"Tidak banyak tapi sentiasa. Tidak ramai tapi ada. Tidak kaya tapi cakna".

@danakita 
#MFS

Boleh juga ke Facebook Cikgu MFS  :  Mohd Fadli Salleh

Kawan-kawanku yang baik hati lagi pemurah,
Ayuh waqafkan sedikit sumbangan dan rezeki kita untuk pembinaan Masjid Dana Kita ini. Semoga Allah permudahkan segala urusan untuk proses pembinaan masjid dan memberi manfaat untuk penduduk serta mereka yang ingin beribadah.

Continue Reading

11 February 2020

9 Petua Untuk Hilangkan Masalah Sembelit

Tabiat membuang air besar setiap individu tidak sama. Ada orang yang buang air besar sehari sampai 3 kali. Ada juga yang buang air besar sekali dalam tempoh 3 hari.

Sembelit berlaku apabila pergerakan usus besar yang agak perlahan dari kebiasaan dan menyebabkan kesukaran untuk membuang air besar. Fuhhhh, memang sakit dibuatnya!

Seseorang yang ada masalah sembelit perlu meneran bagi mengeluarkan najis tersebut. Najis bersifat keras dan keluar sedikit-sedikit. Kadangkala terasa macam tiada apa yang keluar, seakan tidak puas. Boleh stress jadinya apabila berada dalam toilet untuk tempoh yang lama.

9 Petua Untuk Hilangkan Sembelit
9 Petua Untuk Menghilangkan Sembelit


Jadi, macam mana cara untuk mereka mengatasi apabila berhadapan dengan situasi ini? Ruby nak kongsikan dengan anda semua petua untuk menghilangkan masalah sembelit. Baca sampai habis ya ;)



9 Petua Untuk Hilangkan Masalah Sembelit


1.  Minum air putih

Petua Hilangkan Sembelit

Apabila kita kurang minum air, tubuh akan menyerap air dari najis yang berada di usus besar. Jadi najis semakin keras dan sukar untuk keluar.

Jadi minumlah air putih secukupnya. Najis menjadi lebih lembut dan mudah dikeluarkan. Paling kurang 2 liter sehari (kecuali bagi pesakit yang doktor kata tak boleh minum air banyak seperti pesakit buah pinggang).


2.  Banyakkan pergerakan fizikal

Petua Hilangkan Sembelit

Lakukan senaman dan regangan. Banyakkan berjalan. Naik tangga. Kurangkan masa untuk duduk yang lama. Jika sudah duduk lebih dua jam, bangun dan berjalanlah sebentar. Pergerakan fizikal akan melancarkan peredaran darah, bagus untuk pencernaan dan merangsang pergerakan usus kita.


3.  Ambil minyak zaitun

Cuba minum minyak zaitun pada waktu pagi bagi memudahkan buang air besar.  Jika di klinik atau farmasi, kita diberikan liquid paraffin iaitu sejenis minyak sintetik supaya najis mudah untuk keluar.


4.  Ambil dari sayuran dan buahan

Petua Hilangkan Sembelit

Makanan begini banyak serat atau fiber. Ini menyebabkan usus besar kita cepat penuh dan rangsang pergerakan usus besar. Jadi najis mudah dikeluarkan. Ia mungkin ambil masa tetapi ia memang berkesan.

Banyak kajian menunjukkan mereka yang tidak makan sayur dan buah, najis berada lebih lama di dalam usus besar yang boleh mengundang risiko kanser usus. Terutama mereka yang makan banyak refine carbo dan banyak daging merah.


5. Elakkan air kopi atau air manis

Kopi ada kafein, jadi badan kita mudah mengalami dehidrasi. Begitu juga dengan air manis. Cuba biasakan minum air putih atau air kosong saja. Mula-mula memang payah, lama-lama dah terbiasa. Hehehe.

Jangan minum air manis selepas makan nasi. Nasi yang kita makan itu ditukarkan menjadi gula, ditambah air manis yang ada gula lagi. Aduh, jumlah gula berganda, penyakit pun berganda!


6.  Jangan tahan berak

Sekiranya terasa ingin membuang air besar, segeralah ke tandas. Tabiat menahan berak adalah tidak elok untuk kesihatan usus kita.


7.  Lakukan senaman mengcangkung

Petua Hilangkan Sembelit

Senaman mengcangkung memberi tekanan pada perut dan usus. Sekaligus memberi gesaan untuk kita membuang air besar.

Membuang air besar dengan posisi mencangkung lebih mudah untuk najis keluar.

Baca juga :  Kebaikan Berak Cangkung


8.  Ambil makanan yang ada probiotik

Makanan yang ada bakteria baik (probiotik) seperti yogurt mampu melancakan pencernaan yang terganggu.


9.  Ambil makanan berherba dan rempah

Masukkan herba dan rempah ratus dalam hidangan seperti halia, kunyit, ketumbar dan jintan manis. Herba ni memudahkan penghadaman dan membuang toksin yang terkumpul di dalam organ limpa, hati, perut.


Jika anda tidak mampu menahan sakit terlampau, langkah terbaik berjumpalah dengan doktor bagi mendapatkan rawatan atau ubat untuk membantu atasi sembelit. Ubat melembutkan najis akan diberikan bergantung kepada keseriusan masalah itu.


Baca juga :

Ketahui Tanda Dan Punca-Punca Sembelit

7 Bentuk Dan Jenis Najis : Ketahui Maksud Disebaliknya

Continue Reading

09 February 2020

Ketahui Tanda Dan Punca Sembelit

Siapa yang tak pernah rasa sakit sembelit? Setiap orang mesti pernah melalui saat "seksa" itu walaupun sekali. Betul tak?

Bentuk najis yang dikeluarkan juga petanda usus sedang bermasalah atau sebaliknya. Ketua Perubatan Boehringer Ingelheim Malaysia, Dr Mogana Sivalingam berkata, sekiranya lebih tiga hari dalam seminggu tidak membuang air besar, bermakna individu terbabit sedang berdepan dengan masalah sembelit.

Ketahui Tanda Dan Punca Sembelit
Ketahui Punca Dan Tanda Sembelit

Apa Maksud Sembelit?

Sembelit berlaku apabila tabiat membuang air besar itu berkurangan dan dalam masa yang sama mengalami kesukaran serta kesakitan untuk membuang najis.

Satu daripadap 5 orang dikatakan mengalami sembelit. 11% daripada lelaki dan 15 hingga 23% daripada perempuan.

Sembelit boleh dikesan dengan melihat bentuk najis, sama ada berbentuk sosej yang lembut atau berbentuk kacang.


Baca juga :


Tanda-Tanda Sembelit

Berikut adalah tanda-tanda seseorang itu mengalami sembelit ;
  • Buang air besar kurang dari 3 kali seminggu
  • Najis keras dan sukar untuk keluar
  • Perut kembung
  • Sakit perut
  • Perlu meneran dengan kuat
  • Najis berdarah (jarang berlaku)

Ketahui Tanda Dan Punca Sembelit
Najis keras dan susah untuk membuang

Punca-Punca Sembelit

Pergerakan usus setiap individu tidak sama. Secara purata, kekerapan pengerakan usus antara sekali dalam masa dua hari hingga 3 kali dalam seminggu. Banyak punca yang mempengaruhi pergerakan usus dan ia boleh berubah-ubah dari sehari ke sehari, antara punca-punca yang membawa kepada sembelit seperti;
  • Diet yang tidak menentu
  • Kurang makan sayuran atau buahan yang kaya serat
  • Tekanan
  • Kurang bersenam
  • Hormon
  • Kehamilan
  • Tabiat merokok
  • Usia lanjut
  • Kurang tidur
  • Mengembara ke suatu tempat
  • Ubatan
  • Menahan untuk membuang air besar
  • Kekurangan air
  • Masalah dengan fungsi usus


Kesan disebabkan sembelit

Individu yang kerap diserang sembelit dan tidak mengambil apa-apa rawatan yang sepatutnya akan berdepan dengan penyakit lain seperti buasir (kesan meneran dengan terlalu kuat ketika membuang air besar).

Otot dinding usus juga menjadi lemah dan tidak dapat berfungsi dengan baik.

Ketahui Tanda Dan Punca Sembelit
Minum air putih yang secukupnya

Rawatan untuk mengatasi sembelit

Perkara yang utama untuk mengatasi sembelit adalah dengan memastikan kita ambil makanan berserat dan minuman air yang mencukupi. Ini akan membantu najis bergerak menerusi usus dengan meningkatkan ketebalan najis serta menjadikan najis itu lembut.

Pastikan anda segera dapatkan nasihat dan pemeriksaan daripada doktor sekiranya tabiat membuang air besar anda berubah atau najis berdarah atau dalam kesakitan.


Baca juga :  9 Petua Hilangkan Sembelit


Sumber rujukan :

http://www.myhealth.gov.my

Berita harian
Continue Reading

08 February 2020

Giveaway Wang Tunai RM 1000 Mamapipie & Friends

Wahh, lumayan betul hadiah giveaway Mamapipie & Friends ni. 17 pemenang yang bertuah akan dipilih untuk menerima wang tunai! Syaratnya pun mudah je. Jom korang kita join

Blogger yang Ruby tag :

Ajuya Rashid

Shima Jelani

Mahfuzah Abdul Salam


Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends. Ini adalah sticky post sehingga 29 February 2020 nanti. So sehingga itu, entry terbaru mama ada di bawah post ini ye. Jom ramai-ramai join Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends.


Giveaway Wang Tunai Mamapipie



Syarat-syarat Penyertaan Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends

Terbuka kepada blogger yang menetap di Malaysia bagi memudahkan urusan bank in wang tunai
  1. Buat satu blog post bertajuk "Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie & Friends". Tepek banner di atas beserta link ke post ini.  Boleh copy code html yang mama dah sediakan di bawah post ni bagi memudahkan kerja korang.
  2. Tag 3 rakan 
  3. Wajib Follow Youtube ibusyurga:  Klik Sini -> Youtube ibusyurga
  4. Wajib Follow & Letak Blog di bawah ke dalam Bloglist korang

Ini syarat wajib dan mama akan check satu.. satu.. Kalau tak patuhi syarat ni korang akn disqualified.

Mama galakkan korang rajin singgah dan komen blog penaja kerana hadiah utama akan dipilih sendiri oleh penaja. Mama pun tak pasti bagaimana cara mereka akan memilih pemenang nanti.
  • Digalakkan Follow Media Social Mama:  Instagram FB Youtube Twitter FB Page
  • Last sekali, tinggalkan link pernyertaan korang di post ini.
  • Tarikh tutup giveaway adalah pada 29 Feb 2020 11.59 malam. 
  • Insya Allah, pemenang akan diumumkan pada 5 mac 2020


Hadiah Wang Tunai RM1000 - Senarai Hadiah

Wang tunai sejumlah RM 1000 akan dihadiahkan kepada 17 orang pemenang.. Banyak kan.. Alhamdulillah, Semoga murah rezeki penaja kita. Sama-sama kita doakan agar penaja-penaja kita sentiasa murah rezeki dengan rezeki yang berkat, diberkati Allah dan bisnes sentiasa menjadi. Seramai 17 pemenang akan dipilih memenangi total RM1000 nanti. Pemenang hadiah utama akan dipilih sendiri oleh pihak penaja. Jom tengok senarai hadiah yang akan dimenangi:

Hadiah RM200 (Seorang Pemenang)

1 x RM200

Hadiah RM100 (2 Orang Pemenang)

2 x RM100

Hadiah RM50 (14 Orang Pemenang)

14 x RM50


Korang boleh copy code html di bawah dan paste as html dalam blog post korang. Good luck semua!!



Continue Reading

07 February 2020

7 Bentuk Dan Jenis Najis : Ketahui Maksud Disebaliknya

Ruby teringat pada suatu peristiwa sebelum anak Ruby disahkan ada apendix. Adalah seorang doktor di Hospital Putrajaya ni, beliau tanya mengenai bentuk najis anak Ruby. Ouhh patut pun. Rupanya ada "maksud" yang tertentu.

Sebelum nak cerita lebih lanjut, Ruby nak mohon maaf terlebih dahulu jika entry kali ini bunyinya agak kotor dan kurang menyenangkan anda :)

Mungkin ramai yang tak kisah atau tak tahu, bentuk najis yang dikeluarkan juga boleh menjadi petanda kepada kesihatan dalaman seseorang. Bentuk najis boleh menunjukkan sama ada pergerakan usus, sistem penghadaman dan pencernaannya sihat atau tidak.


7 Bentuk Dan Jenis Najis : Ketahui Maksud Disebaliknya
7 Bentuk Dan Jenis Najis : Ketahui Maksud Disebaliknya

Najis atau tinja biasanya terdiri daripada makanan tidak dicerna, protein, bakteria, garam dan bahan lain. Najis mungkin berbeza dari segi bentuk, tekstur dan warna, bergantung kepada individu, tetapi secara umumnya, najis yang normal berwarna coklat, berbentuk lonjong, dan mudah diteran, dengan tekstur yang tidak terlalu lembut atau keras.


Ia bukan sekadar najis.

Najis anda merupakan hasil yang menjadi refleksi kepada pengambilan diet anda, minuman, ubat-ubatan dan gaya hidup seharian turut mempengaruhi.



7 Bentuk Dan Jenis Najis : Ketahui Maksud Disebaliknya



7 Bentuk Dan Jenis Najis : Ketahui Maksud Disebaliknya
7 Bentuk Dan Jenis Najis : Ketahui Maksud Disebaliknya

Carta najis yang dikenali sebagai Bristol Stool Chart-Carta Najis Bristol ini, merupakan rujukan untuk membandingkan bentuk dan jenis najis yang berbeza serta terjemahan kepadanya.

#Jenis 1

Ketulan keras yang berasingan seperti kacang. Sukar untuk keluar.
  • Sangat susah diteran
  • Sembelit yang teruk


#Jenis 2
Berbentuk lonjong tapi berketul-ketul.
  • Susah diteran
  • Sembelit sederhana


#Jenis 3
Berbentuk lonjong dengan rekahan di permukaan.
  • Mudah diteran
  • Bentuk najis normal


#Jenis 4
Berbentuk lonjong atau seperti ular, licin dan lembut.
  • Mudah diteran
  • Bentuk najis normal


#Jenis 5
Tompokan yang lembut dengan permukaan yang jelas.
  • Mudah diteran
  • Kekurangan serat dalam diet


#Jenis 6
Gumpalan lembik dengan permukaan kasar.
  • Terdesak hendak ke tandas.
  • Cirit birit sederhana.


#Jenis 7
Dalam bentuk cecair tanpa sebarang pepejal.
  • Terdesak hendak ke tandas.
  • Cirit birit.


☺️ Najis yang normal adalah jenis yang ke 3 dan ke 4, ianya lembut dan mudah dikeluarkan.

😭 Jenis 1 dan 2 menunjukkan anda mengalami sembelit. Anda mengalami kesukaran untuk membuang najis dan proses menyahtinja lebih menyakitkan

😫 Jenis 5 dan 7 menunjukkan anda mengalami cirit birit. Anda perlu bergegas ke tandas sebaik sahaja mula berasa sakit perut.


Berikut antara "ciri-ciri perkumuhan yang sihat" ;

✅ Biasanya seseorang individu akan ke tandas selepas 30 minit mengambil makanan ( biasanya sarapan).

✅ Mampu bertahan sebentar untuk membolehkan anda berjalan ke tandas dan membuka seluar.

✅ Berjaya membuang najis dalam tempoh seminit sebaik sahaja anda duduk di tandas.

✅ Tidak perlu meneran najis.

✅ Tidak perlu kembali ke tandas semula selepas bangun dan selesai.


Oleh itu, ubahlah cara pemakanan dan gaya hidup anda supaya najis yang lembut dan proses pembuangan pun berjalan lancar. Sembelit yang teruk dan tanpa rawatan yang sepatutnya akan memberi kesan buruk pada usus kita seperti buasir dan kanser usus.


Baca juga : 


Sembelit : Ketahui Tanda Dan Punca-Punca

9 Petua Hilangkan Sembelit


Reference: Heaton, K W & Lewis, S J 1997, 'Stool form scale as a useful guide to intestinal transit time'. Scandinavian Journal of Gastroenterology, vol.32, no.9, pp.920.
Continue Reading

04 February 2020

Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Vitamin C

Vitamin C dianggap sebagai vitamin yang serba boleh kerana manfaatnya yang banyak kepada kesihatan tubuh kita dan juga untuk kecantikan kulit.


Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Vitamin C
Perkara Yang Anda Perlu Tahu
Tentang Vitamin C

Ok, di sini Ruby nak berikan jawapan kepada soalan-soalan yang mungkin pernah buat anda semua tertanya-tanya ;)



Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Vitamin C



Soalan 1

Adakah lebih baik mengambil dos vitamin C yang lebih tinggi pada satu masa atau mengambil dos vitamin C yang kecil sepanjang hari?

Vitamin C tidak boleh dihasilkan oleh tubuh manusia. Sebab itu kita perlu menambah vitamin penting ini dalam pemakanan. Walaupun anda ambil kuantiti vitamin C yang tinggi, badan hanya mampu menyerap apa yang diperlukan (sekitar 100-200mg setiap jam) dan membuangnya melalui urin jika berlebihan.


Pilihan yang baik adalah 》 ambil Vitamin C Sustained Release di mana 100 mg di lepaskan setiap jam selama 5 jam untuk pastikan penyerapan maksimum pada badan kita.


Warga emas dan mereka yang berasa kurang sihat mungkin perlukan rangsangan tambahan vitamin C bagi extra protection.




Soalan 2

Saya makan makanan sihat termasuk buah dan sayuran. Perlukah saya mengambil Vitamin C lagi?

Kandungan Vitamin C dalam buah dan sayuran mungkin berbeza-beza, terutama sekali selepas ia dibasuh, dipotong dan dimasak.


Untuk dapatkan 500mg Vitamin C, anda perlu makan ;

  • 7.5 biji buah oren atau
  • 6 cawan brokoli atau
  • 119 batang lobak merah.

Agak mustahil bagi kita untuk makan tu semua kerana faktor kos dan juga kekangan masa. Cara yang paling bijak 》 Ambil Sustained Release Vitamin C yang kosnya cuma 50 sen 1 tablet.


Baca juga :  Kenapa Kita Perlu Ambil Vitamin C Setiap Hari




Soalan 3

Saya ada gastrik. Saya pernah dengar yang pesakit gastrik tidak digalakkan ambil supplemen Vitamin C.

Ini adalah salah tanggapan. Terdapat pelbagai sumber supplemen Vitamin C yang diperbuat daripada bahan-bahan yang tidak menyebabkan gastrik.


Pilih Vitamin C yang diekstrak daripada jagung yang lembut dan sesuai untuk perut yang sensitif.




Soalan 4

Berapa banyak Vitamin C yang perlu saya makan setiap hari?

Kajian yang dijalankan oleh Institut Perubatan(IOM) menunjukkan bahawa pengambilan Vitamin C yang tinggi mempunyai kadar risiko ketoksikan yang rendah.


Dan kesan buruk telah dilaporkan apabila penggunaan harian adalah 3000mg/hari.


Kementerian Kesihatan telah menggariskan pengambilan maksimum Vitamin C sebanyak 2000mg/hari.




Soalan 5

Sustained Release Vita C Shaklee mempunyai komponen bioflavonoid. Apakah ia?

Bioflavonoid adalah sejenis antioksidan terdapat dalam tumbuhan dan buah sitrus. Mereka bekerja secara gabungan dengan Vitamin C untuk tingkatkan penyerapan dan penggunaanya.


Sebagai contoh, anda boleh jumpa sumber bioflavonoid dalam sabut putih dan pulpa yang ada di tengah buah sitrus. Ada yang rasa pahit dan kenyal. Biasanya ia dibuang.



Di Shaklee, kami menggunakan bioflavonoid daripada buah sitrus, memberi kebaikan menyeluruh dalam setiap tablet kepada anda.



Sustained Release Vita C Shaklee - Vitamin C Semulajadi




Sustained Release Vita C Shaklee
Sustained Release Vita C Shaklee

  • Mempunyai sistem pelepasan berperingkat-peringkat. 1 tablet melepaskan 100mg setiap jam selama 5 jam, bagi meningkatkan penggunaan vitamin C dan mengelakkan pembaziran. 1 tablet = 500mg Vitamin C = 7.5 biji buah oren.
  • Diperkaya dengan 120mg Bioflavonoid sitrus untuk meningkatkan keberkesanannya.
  • Produk semulajadi yang diekstrak dari jagung.
  • Sesuai untuk mereka yang perut sensitif.

Berita baik! Promosi Shaklee Februari 2020 - Vitamin C Shaklee. Beli 2 botol Vitamin C anda akan menerima 5% diskaun.

Sebanyak pertanyaan atau info mengenainya, boleh terus hubungi Ruby di talian ini
Continue Reading

03 February 2020

Doa Untuk Elak Penyakit Berjangkit - Coronavirus

Sehingga kini, jumlah angka kes jangkitan 2019-nCoV Novel Coronavirus dan juga kes kematian yang direkodkan semakin meningkat setiap hari. Ya Allah, Ruby pun turut terasa bahangnya dengan penularan wabak ini, cepat sungguh ia merebak. Sebanyak 24 negara yang terlibat termasuklah Malaysia.

WHO, Persatuan Kesihatan Dunia telah pun mengumumkan kecemasan global ekoran peningkatan kes ini yang semakin serius. Virus Novel Coronavirus yang bermula dari Wuhan, China ini dikatakan belum pernah dikenalpasti pada manusia sebelum ini.

Baca juga : 

Asal Usul Coronavirus

8 Kes Novel Coronavirus Di Malaysia


Doa Untuk Elak Penyakit Berjangkit-Coronavirus
Doa Untuk Elak Penyakit Berjangkit - Coronavirus

Sebagai umat Islam, kita digalakkan untuk berdoa walau apapun perkara yang berlaku. Dari Allah sesuatu itu datang, dan Allah jugalah yang mampu mengatasi segalanya. Yakinlah bahawa setiap penyakit itu ada ubatnya kecuali mati.

Rasulullah pernah bersabda ;

" Apabila kamu mendengar terdapat wabak di suatu daerah, janganlah kamu datang ke tempatnya. Sebaliknya, sekiranya wabak itu berjangkit di suatu daerah sedangkan kamu berada di sana maka janganlah kamu keluar melarikan diri daripadanya ".

Ruby nak kongsikan 2 doa yang boleh kita amalkan bagi mengelakkan diri kita daripada wabak penyakit berjangkit ini.


Doa Untuk Elak Penyakit Berjangkit - Coronavirus

Doa Untuk Elak Penyakit Berjangkit - Coronavirus
Doa Untuk Elak Penyakit Berjangkit - Coronavirus

 " Ya ALLAH, aku berlindung kepada-MU dari penyakit belang, gila, kusta dan dari segala penyakit yang buruk/mengerikan lainnya ".



Doa Untuk Elak Penyakit Berjangkit
Doa Untuk Elak Penyakit Berjangkit

Umat Islam negara ni juga disarankan melakukan solat hajat dan memohon doa supaya Malaysia terselamat daripada sebarang wabak penyakit.

Gesaan Mufti Datuk Seri Dr. Zulkifli itu dibuat sebaik sahaja Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan mengesan kes jangkitan coronavirus yang pertama di Malaysia.


Orang ramai juga dinasihatkan supaya mengambil langkah-langkah pencegahan dari jangkitan novel Coronavirus ini dengan cara ;
  • Kerap membasuh tangan
  • Elakkan sentuhan terus dengan haiwan liar, daging dan kandang
  • Menutup mulut dan hidung jika batuk atau bersin
  • Elakkan sentuhan dengan individu yang mempunyai simptom virus
  • Elakkan mengambil minuman/makanan sebarang produk haiwan yang mentah /tidak dimasak  dengan sempurna  seperti telur, susu, daging dan sebagainya

Semoga Allah melindungi kita semua dari wabak penyakit berjangkit ini.

Baca juga :  Cara Cegah Covid 19

Continue Reading

01 February 2020

Status Terkini Novel Coronavirus Di Malaysia

Novel Coronavirus (2019-nCoV) adalah sejenis virus baru dari keluarga coronavirus yang pertama kali dikesan di Wuhan, China pada Disember 2019 dan wabak ini boleh menyebabkan gangguan pada sistem pernafasan manusia.

Sebelum ini, virus nCoV belum pernah dikenalpasti atau dikesan pada manusia.

Mereka yang dijangkiti penyakit nCoV ini akan mempunyai simptom seperti demam, batuk dan sesak nafas. Pesakit akan mengambil masa 2 hingga 14 hari untuk menunjukkan simptom tersebut.

Baca juga :  Asal Usul Coronavirus

Disebabkan jangkitan paru-paru ini berasal dari jangkitan virus, tiada lagi antibiotik yang boleh merawat penyakit ini.

Status Terkini Novel Coronavirus Di Malaysia
Status Terkini Novel Coronavirus Di Malaysia

Mengikut perkembangan semasa pada 1 Feb 2020, jumlah keseluruhan kes nCoV mencecah 11 945 dan terdiri daripada 24 negara yang terlibat. Sehingga tarikh itu, jumlah kematian yang tercatat sebanyak 259 nyawa.


Status terkini Novel Coronavirus di Malaysia

Sebanyak 8 kes yang melibatkan kesemua warganegara China dan tiada lagi kematian berlaku setakat ini.

Kementerian Kesihatan Malaysia memberitahu, dari 10 Januari sehingga 30 Januari 2020, jumlah kumulatif kes pesakit mengikut Pengesanan Kes Yang Disyaki (PUI), sebanyak 89 kes dengan 44 warganeragara Malaysia, 42 warga China dan masing-masing satu dari warga Jordan, Brazil dan Thailand.

Novel Coronavirus Di Malaysia
Novel Coronavirus Di Malaysia

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Noor Hisham Abdullah memberitahu,

  • 3 kes PUI disahkan positif 2019-nCoV dan sudah dimasukkan ke wad isolasi iaiti 2 di Hospital Permai, Johor dan 1 di Hospital Sultanah Maliha, Langkawi. Manakala 81 kes lagi adalah negatif dan 5 kes lagi masih menunggu keputusan makmal.
  • Seramai 32 kontak rapat kepada kes positif sudah dikenalpasti dan diletak mengikut Perintah Pemantauan dan Pengasingan yang dipantau rapi oleh KKM. 5 kes dari jumlah ini didapati positif nCoV dan dimasukkan ke wad isolasi, 4 orang di Hospital Sungai Buloh dan seorang di Hospital Permai dan semuanya dalam keadaan stabil. Ujian makmal ke atas 27 lagi kontak rapat adalah negatif.


Kronologi 8 Kes Coronavirus Di Malaysia

#Kes 1-3
Seorang wanita warga emas China berusia 65 tahun serta 2 orang cucunya (11 tahun dan 2 tahun) merupakan keluarga terdekat kepada kes pertama yang berlaku di Singapura.

#KES 4
Seorang lelaki berusia 45 tahun yang berasal dari Wuhan, China tiba di Johor Bahru pada 22 Jan lalu yang menaiki bas dari Singapura. Mangsa tiada kaitan dengan pesakit 3 terawal.

#KES 5
Seorang kanak-kanak berusia 4 tahun dirawat di wad pengasingan Hospital Sultanah Maliha, Langkawi.

#KES 6
Seorang wanita yang merupakan menantu kepada mangsa pertama kes koronavirus di Singapura. Kes itu direkodkan di Hospital Sungai Buloh.

#KES 7
Seorang lelaki China berusia 52 tahun yang kini dirawat di wad pengasingan Hospital Sultanah Aminah.

#KES 8
Wanita berusia 49 tahun itu isteri kepada pesakit ketujuh. Pesakit berada di Hospital Permai, Johor dan keadaannya stabil.


KKM dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengenal pasti pelajar atau pensyarah yang pulang bercuti dari China dengan meletakkan mereka di bawah pemantauan di rumah serta diberikan Kad Amaran Kesihatan dan Alatan Penilaian Rumah.

Orang ramai juga dinasihatkan supaya mengambil langkah-langkah pencegahan dari jangkitan novel Coronavirus ini dengan cara ;
  • Kerap membasuh tangan
  • Elakkan sentuhan terus dengan haiwan liar, daging dan kandang
  • Menutup mulut dan hidung jika batuk atau bersin
  • Elakkan sentuhan dengan individu yang mempunyai simptom virus
  • Elakkan mengambil minuman/makanan sebarang produk haiwan yang mentah /tidak dimasak  dengan sempurna  seperti telur, susu, daging dan sebagainya

Semoga masalah wabak virus nCov ini cepat-cepat hilang dan tiada lagi kes kematian berlaku. Semoga kita sentiasa dilindungi olehNya. Sama-sama kita doakan ;)
Continue Reading