19 December 2020

Set Migrain Shaklee

Sakit kepala berulang-ulang macam nak pecah dibuatnya. Itulah gambaran tahap kesakitan apabila seseorang itu diserang migrain.

Migrain berlaku apabila salur darah di kepala mengembang dan menguncup dengan cepat. Itulah punca kepada rasa berdenyut-denyut tu.

Set Migrain Shaklee
Cadangan Set Migrain Shaklee


Punca migrain yang sebenar masih belum diketahui. Namun gaya hidup yang tak baik seperti pengambilan makanan yang ada kandungan garam atau MSG yang berlebihan, tak cukup tidur ataupun stress juga boleh menyebabkan migrain kepada seseorang individu.


Boleh baca lebih lanjut disini  》  Migrain - Jenis, Punca & Cara Atasi


Set Migrain Shaklee

Set ni membantu melegakan rasa berdenyut dan mengurangkan sakit kepala yang berulang.

Ostematrix
Ostematrix Shaklee Untuk Migrain
  • Ada magnesium - elakkan pembuluh darah menjadi kejang. Kajian menunjukkan magnesium boleh kurangkan kekerapan sakit kepala dan migrain.
  • Ada vitamin D - penting untuk penyerapan kalsium.
  • Ada kalsium - bagus untuk saluran darah.


B Complex
B Complex Untuk Migrain
  • B Complex Shaklee terdiri daripada 8 jenis vitamin B.
  • Vitamin B2 (riboflavin) dan Vitamin B6 (pyridoxine) membantu mengurangkan kesakitan akibat migrain.
  • Vitamin B ni juga bantu mengurangkan stress, depresi dan kemurungan.


Testimoni Set Migrain Shaklee

Testimoni Set Migrain Shaklee
Migrain dah hilang


Testimoni Set Migrain Shaklee
Sakit kepala semakin kurang


Bagi pesakit migrain, anda dinasihatkan untuk mengenali sebab atau punca yang mendorong anda boleh diserang migrain.

Jika berpunca dari pemakanan, maka ubahlah. Begitu juga dengan aktiviti dan gaya hidup yang lain. Kawal stress sebaik mungkin. Dapatkan rehat dan tidur yang berkualiti.



Untuk order ;

Rubiah Kadir


Continue Reading

30 November 2020

Migrain : Jenis, Punca & Cara Atasi

Migrain atau Vascular Headache terjadi apabila seseorang itu diserang sakit kepala secara berulang. Biasanya kepala akan rasa berdenyut-denyut pada sebelah bahagian kepala saja, dan adakalanya sakit itu boleh melarat pada kedua-dua bahagian kepala.

Kesakitan migrain boleh berada pada tahap sederhana atau sangat sakit. Patutlah ada yang gambarkan kesakitan tu "macam nak pecah kepala dibuatnya".


Set Migrain Shaklee
Sakit Kepala Yang Menyerang Secara Berulang


Ketika migrain menyerang, ada pesakit yang merasa mual, pening atau nak muntah. Dan ada juga yang mengalami gangguan penglihatan serta kebas pada bahagian muka.

Berapa lama tempoh diserang migrain?
Selama 4 jam hingga 72 jam.


Bagaimana Migrain Boleh Berlaku?

Saluran-saluran darah di dalam kepala membekalkan darah ke kulit kepala dan otak. 

Migrain berlaku apabila saluran darah di kepala yang mengecil tiba-tiba mengembang lebih besar daripada biasa.

Ketika mengembang inilah tekanan darah di kawasan tersebut jadi berkurangan dan darah kurang pergi ke bahagian itu, yang akhirnya menyebabkan sakit kepala.


Jenis-Jenis Migrain

Jenis Jenis Migrain
4 peringkat migrain


Dua jenis migrain yang utama iaitu migrain klasik dan migrain biasa.
  • Migrain Klasik - sebelum sakit kepala, tanda-tanda awal dikenali sebagai aura atau prodrome akan di alami oleh pesakit sebagai tanda amaran. Aura di kenalpasti sebagai garisan zig zag, kilauan cahaya, penglihatan berbayang, kebas, susah bercakap atau pening. Selepas tanda-tanda ni hilang, migrain akan menyerang.
  • Migrain biasa - sakit kepala ini menyerang tanpa amaran terlebih dahulu. Migrain jenis ni lebih kerap dialami oleh kaum wanita.


Punca-Punca Migrain

Punca sebenar migrain masih tidak diketahui. Namun, peluang seseorang untuk "kena migrain" adalah lebih tinggi jika ahli keluarganya terdekatnya juga mengidap migrain.


Punca Punca Migrain
Kredit : Shutterstock.com

Perempuan lebih cenderung mengalami migrain berbanding lelaki.

Berikut adalah pencetus atau punca migrain kepada seseorang :
  • Gaya hidup - pola tidur yang tidak teratur, tidak dapat tidur/rehat secukupnya.
  • Stress - Tekanan emosi/bebanan yang keterlaluan dari rumah atau di tempat kerja.
  • Makanan/minuman - makanan tertentu boleh mencetuskan migrain. Tinggi MSG, tinggi garam, pemanis tiruan, kafein, alkohol dan lain-lain.
  • Deria - bagi sesetengah individu, mereka terlalu sensitif pada bunyi yang kuat, bau yang kuat dan sinaran cahaya yang terang.
  • Dehidrasi - pengambilan air putih yang tak mencukupi.
  • Cuaca
  • Ubat ubatan - rawatan hormon, ubat tidur, pil pencegah kehamilan.
  • Perubahan hormon ketika haid
  • Persekitaran - asap rokok, pencemaran

Punca yang boleh menyumbang kepada serangan migrain setiap individu adalah tak sama.

Jadi, mereka ini harus kenalpasti apa puncanya dan berusaha mengelakkan diri daripada punca tersebut ;)


Cara Atasi Migrain

Serangan migrain yang kerap dan teruk akan menganggu aktiviti harian seseorang.

Oleh itu, Ruby sarankan anda mengamalkan gaya hidup yang sihat dan ikuti beberapa cara untuk mengatasi migrain :
  • Tidur dan rehat yang secukupnya
  • Elakkan stres
  • Elakkan dan kurangkan makanan yang diproses, masin dan berperisa tambahan
  • Bersenam
  • Elakkan minuman tinggi gula dan berkafein
  • Diet yang seimbang



Selain itu, pesakit juga boleh dapatkan rawatan perubatan yang sesuai supaya boleh menikmati kualiti hidup yang lebih baik seperti orang lain.



Continue Reading

22 November 2020

Perlu Ke Pakai Sunscreen Dalam Rumah?

Mungkin ada di antara kita yang masih belum tahu tentang bahaya sinaran Ultraungu (UV) yang mampu merosakkan kulit dan mempercepatkam proses penuaan.

90% kulit boleh menjadi rosak apabila kulit kita banyak terdedah kepada sinaran tersebut tanpa sebarang perlindungan.

Perlu Ke Pakai Sunscreen Dalam Rumah?
Perlu Ke Pakai Sunscreen Dalam Rumah?

Ultraungu (UV) yang paling biasa adalah cahaya matahari. Matahari menghasilkan 2 jenis sinar iaitu ;

Sinar UVA = menembus masuk jauh ke dalam kulit, memecahkan kolagen dan elastin.

Apa yang berlaku?
  • kedutan
  • kesan tompok gelap
  • kerosakan kulit akibat cahaya matahari
  • jeragat
  • garis halus

Sinar UVB = boleh merosakkan lapisan atas kulit.

Apa yang akan berlaku?
  • kulit terbakar (sunburn)
  • kerosakan DNA pada sel kulit
  • kanser kulit

Sinar UVA UVB
Sinar UVA akan menembusi lapisan dalam kulit,
manakala UVB merosakkan lapisan atas kulit.


" Saya tak keluar rumah. Rasanya tak perlulah saya pakai krim perlindungan muka (suncreen atau sunblock) sebab tak kena cahaya matahari, betul tak? "

Salah.
Kurang tepat sebenarnya anggapan begitu :)

Menurut Pakar Dermatologi, memang wajib pakai!

Perlu Ke Pakai Sunscreen Dalam Rumah?
Jadikan SPF sebagai BFF kulit anda!


Kenapa wajib pakai krim pelindung muka?
Berikut antara sebab mengapa anda perlu memakai sunscreen atau sunblock, tak kiralah sama ada anda berada di luar atau di dalam rumah.

Cahaya dari tingkap

Kaca yang biasa digunakan pada kereta, rumah dan pejabat direka untuk menghalang sinar UVB dan bukannya sinar UVA yang bawa kepada penuaan pramatang.

Jadi, jika kerap memandu atau duduk di tepi tingkap atau di dalam bilik yang menerima banyak cahaya matahari, digalakkan memakai krim perlindungan UV untuk berikan kulit anda perlindungan sepenuhnya.

Tip 》 tinted cermin kereta/pejabat atau rumah bagi mengurangkan pendedahan kulit terhadap cahaya matahari.


Cahaya Biru

Cahaya biru atau juga dikenali sebagai Sinar Cahaya Biru Bertenaga Tinggi (HEV) adalah cahaya yang dikeluarkan skrin telefon bimbit, tablet dan komputer.

Kulit boleh rosak disebabkan radiasi biru ini.

Ia boleh menembusi kulit dan menyebabkan penuaan, hiperpigmentasi, tompok usia dan melasma.

Tip 》 sapukan semula krim perlindungan UV setiap beberapa jam untuk perlindungan secukupnya!

Jadi, Perlu Ke Pakai Sunscreen Dalam Rumah?

Tak kiralah apa jua keadaan cuaca. Mendung atau ribut, panas atau redup, tetap perlu pakai sunblock/sunscreen. Semua mesti sayang kulit. Tak nak kulit jadi cepat rosak. Kenalah rajin pakai sunblock/sunscreen selalu :)


Tip Memilih Sunblock/Sunscreen Yang Bagus

Perlu Ke Pakai Sunscreen Dalam Rumah


Ada banyak jenis pilihan sunblock/sunscreen di pasaran. Macam mana nak pilih yang sesuai untuk diri sendiri?


1. Perlu pilih sunblock/sunscreen yang ada Broad Spectrum.

Kerana ia boleh melindungi kulit daripada UVA dan UVB.


2. Angka SPF mestilah minimum 30. Lebih tinggi lebih bagus. Lebih protection yang kulit anda dapat.

Angka ni menunjukkan kadar peratusan sekatan terhadap sinaran UV dan berapa lama SPF tersebut melindungi kulit.

SPF 30 》 97%
SPF 50 》 98%
SPF 100 》 99%


3. Sunblock/sunscreen mesti alone itself. Bukannya dari bedak atau make up supaya kulit dapat protection yang maksima.

Bedak atau make up yang ada SPF hanyalah tambahan. Agak susah juga untuk agak berapa % yang ada di dalamnya untuk protect your skin.


4. Cari dan pilih sunblock/sunscreen dari sumber tumbuhan dan tidak mengandungi bahan kimia berbahaya supaya selamat digunapakai.


Baca juga tentang : 




Rubiah Kadir
Pengedar Sah Shaklee
ID 945759 | 0166696703

Continue Reading

19 November 2020

Pengalaman Kali Pertama Sharing Di Zoom Meeting

Ikutkan perancangan sebenar, Ruby akan live berdua bersama dengan Master Nadiah Suhaidi pada Jumaat yang lepas di facebook personal beliau.

Namun live itu ditunda dan ditukarkan kepada zoom meeting pada hari Selasa, iaitu malam kelmarin 17.11.2019 pukul 8.45 malam ;)




Cuaca petang tu bertukar menjadi mendung. Hujan turun dengan lebat-selebatnya. Tak de nampak tanda-tanda akan berhenti. Dalam hati Ruby dah mula risau. Macam-macam fikir :(

"Ya Allah, aku mohon pertolongan dan rahmat kasih sayangMu, moga hujan ni reda dan dipermudahkan segala urusan malam ni", bisik hati kecil.

Selepas solat maghrib, Ruby pun bersiap. Cadangnya nak live zoom meeting di KFC berdekatan.

Masa keluar dari rumah, hujan masih renyai-renyai. Tawakal sajalah.







Syukur alhamdulillah. Allah permudahkan segala urusan malam kelmarin. Line internet pun cantik je bagi kerjasama sepanjang kelas.

Nak kira nervous tu memang ada. Apatah lagi ni kali pertama kan. Ruby pulak jenis yang pemalu. Hahahaha. Sebelum live tu, Ruby dah siap-siap ambil 2 tablet B Complex untuk kurangkan rasa takut. Ternyata berkesan sungguh!

Sebenarnya ini first time Ruby dijemput untuk berkongsi cerita sendiri di zoom meeting.

Pengalaman macam mana Ruby boleh jana jualan Shaklee Rm10 000++ sebulan hanya dari medium blog dan akhirnya berjaya rank up sebagai Supervisor Shaklee.

Apa trick yang Ruby buat?
Duplicate dan apply tip-tip yang mentor/upline ajarkan di kelas IMOB.

IMOB = Integrated Marketing Online Bisnes

Ruby ni bukanlah pakar bab blogging. Masih dalam fasa proses belajar lagi sebenarnya ;)







Moga dari perkongsian Ruby ni dapat memberi manfaat pada mereka yang mendengar sejak dari awal hingga ke akhir.

Moga point-point yang Ruby bagitau dalam zoom itu dapat digunakan sebaiknya untuk mereka improve ke arah yang lebih baik. InshaAllah.

Untuk Master Nadiah Suhaidi, terima kasih  banyak-banyak aturkan kelas malam itu.

Ruby doakan semua team #Maestro berjaya capai apa jua impian hidup yang dihajati melalui bisnes Shaklee ni. Aamiin ❤


Rubiah Kadir
Shaklee Business Leader
Founder Of Diamond Empire 💎
Pengedar Sah Shaklee
Continue Reading

17 November 2020

Skincare Untuk Kulit Kering

Kulit yang ada kelembapan (hydration) yang mencukupi adalah kunci kepada kulit yang sihat dan nampak segar. 

Gejala dan tanda kulit kering bergantung pada usia, kesihatan anda, tempat tinggal, cuaca ataupun suhu di sekeliling.

Sebagai contoh, seiring dengan peningkatan usia, keupayaan kulit kita dalam menghasilkan minyak semulajadi(natural oil) semakin menyusut. Dari situ, bermulalah kulit menjadi semakin kering.


Cara Kenali Kulit Kering

Adakah kulit anda kehilangan kelembapan? Boleh semak jika ada simptom seperti di bawah ini ;
    • Kulit yang pecah-pecah, kering bersisik dan mengelupas.
    • Kulit menjadi kasar.
    • Kulit akan menjadi tegang, terutamanya selepas mandi atau berenang.
    • Kulit menjadi kemerahan.
    • Garis-garis halus atau pecah.
    • Kegatalan pada kulit.


    Skincare Untuk Kulit Kering
    Kulit yang kering

    Pada mereka yang ada masalah kulit kering dan dalam masa yang sama mengimpikan kulit yan lembut serta lembap,

    Ruby sarankan anda supaya menambah produk pelembap dalam rutin penjagaan kulit harian. Ia  wajib di gunapakai secara konsisten.

    PELEMBAP  berfungsi untuk memerangkap + mengunci kelembapan bagi ;

    ✅ membina lapisan pelindung pada kulit
    ✅ mencegah kehilangan air
    ✅ menjadikan kulit lembut serta licin.


    Berikut antara Kebaikan Pelembap Pada Kulit ;
    • Mengurangkan masalah kulit seperti kegatalan dan kemerahan.
    • Melegakan kulit sensitif dengan bahan yang menenangkan.
    • Mengurangkan kedutan dengan mengisi garis halus.
    • Membantu kulit kekal muda.
    • Mengatasi jerawat dengan seimbangkan pengeluaran minyak semula jadi kulit.
    • Membantu menghaluskan sapuan solekan.

    Skincare Untuk Kulit Kering

    Bagi mereka yang mengalami kulit kering di muka, jadi carilah produk yang boleh membantu anda untuk memberi kelembapan pada kulit.

    Cadangan Produk-Produk Youth Skincare Shaklee


    Skincare Untuk Kulit Kering - Youth Age Defense Moisturizer SPF 50
    • Melembap dan memperbaiki keseluruhan tona kulit.
    • Melindungi kulit dengan krim tabir suria UVA/UVB spektrum luas SPF 50.
    • Kaya vitamin dan khasiat botani.

    Harga RM206.50
    50ml



    Skincare Untuk Kulit Kering - Youth Moisture Lock Daya Cream

    • Mengunci kelembapan.
    • Penghidratan dan pengekalan kelembapan yang mendalam.
    • Menenangkan dan membantu mengurangkan penampilan garis halus dan kering.

    Harga RM247.50
    50ml



    Skincare Untuk Kulit Kering - Youth Hydrating Gel Mask

    • Menenang dan menyegarkan untuk kulit yang segar dan berseri.
    • Melembapkan kulit dengan asid hialuronik, jus daun aloe dan campuran pelbagai herba daripada ekstrak Centella Asiatica dan Chamomile.

    Harga RM148.75
    30ml



    Skincare Untuk Kulit Kering - Youth Advanced Renewal Night Cream
    • Diformulasi dengan shea butter dan jojoba untuk menghidratkan kulit.
    • Menggalakkan proses pembaharuan sel kulit, membuatkan kulit anda kelihatan lebih muda, licin dan cerah.
    • Menambahbaikkan keanjalan dan elastin kulit.
    • Nutrien botani dan vitamin.

    Harga RM250
    50ml


    Untuk info lebih lanjut atau pembelian produk, boleh hubungi disini ;

    Pengedar Sah Shaklee
    Rubiah Kadir

    Continue Reading

    15 November 2020

    10 November 2020

    Sijil Halal Shaklee 2021

    Bagi pengguna Islam, status HALAL sesuatu produk memainkan peranan penting sebelum mereka membuat keputusan untuk membeli dan menggunakannya.

    Shaklee sangat komited dan bertanggungjawab terhadap kualiti dan kehalalan produk-produk yang akan dibawa masuk ke dalam Malaysia.

    Untuk tahun 2021, Shaklee telah pun mengeluarkan sijil halal yang terbaru.

    Sijil Halal Shaklee 2021 ini dikeluarkan oleh Islamic Service of America (ISA),  iaitu Organisasi Pemantauan Sijil Halal bagi seluruh negara Amerika yang diiktiraf di seluruh dunia termasuk Halal Jakim.

    Sijil Halal Shaklee 2021
    Sijil Halal Shaklee 2021 yang dikeluarkan oleh ISA

    Sijil Halal Shaklee 2021
    Produk dalam Sijil Halal Shaklee 2021


    Untuk pengetahuan semua, sijil halal perlu diperbaharui setiap tahun supaya produk yang dihasilkan pada tahun tersebut mematuhi piawaian sijil halal yang ditetapkan.




    Sijil Halal Shaklee 2021



    Jadi dengan adanya Sijil Halal Shaklee yang dah diakui ini, pengguna produk-produk Shaklee bolehlah membeli dan mengamalkannya dengan rasa yakin dan tanpa ragu-ragu lagi :)

    Pengedar Sah Shaklee
    Rubiah Kadir
    Continue Reading

    24 October 2020

    Set Resdung Shaklee

    Keradangan atau jangkitan yang terjadi pada lapisan membran di rongga sinus dipanggil radang sinus atau sebenarnya lebih dikenali sebagai Resdung

    Untuk pengetahuan, sinus adalah rongga berisi udara pada tengkorak yang dilapisi oleh membran. Membran ini berfungsi untuk mengeluarkan sedikit cairan untuk perangkap kotoran dan beri kelembapan pada rongga hidung.


    Set Resdung Shaklee
    Sinus yang sihat vs Sinus yang tidak sihat


    Tanda-Tanda Resdung

    Berikut tanda-tanda yang menunjukkan seseorang itu menghidapi resdung iaitu ;
    • Hidung kerap gatal, berair atau tersumbat
    • Bersin
    • Kurang deria rasa dan bau
    • Sakit telinga
    • Sakit kepala
    • Hidung berbau busuk

    Jika keadaan resdung makin teruk, ia akan melibatkan organ mata, telinga dan juga tekak.

    Ya, memang benar. Walaupun masalah ni bukan kategori penyakit yang mengancam nyawa, namun komplikasi resdung akan beri kesan kepada kualiti hidup seseorang. Contohnya, jika hidung yang tersumbat/berair, ia boleh mengganggu aktiviti harian (ketika bekerja atau bersekolah). Tidur dalam keadaan yang tak selesa.


    Set Resdung Shaklee

    Set Resdung Shaklee
    Cadangan Set Resdung Shaklee

    Set ini membantu mengurangkan keradangan, kegatalan dan ketidakselesaan akibat resdung.


    Alfafa Complex
    Alfafa Complex - Set Resdung Shaklee

    • Terkenal sebagai Raja Tumbuhan kerana kandungannya yang padat dengan mineral, vitamin dan protein.
    • Ramuanya yang kaya dengan sumber klorofil, mengurangkan keradangan daripada alergik, gegata dan sinusitis.

    Pesakit SLE/Autoimmune/Ibu Hami/G6PF/ sedang mengambil ubat Warfarin atau pil perancang tidak digalakkan ambil Alfafa Complex.


    B Complex
    B Complex - Set Resdung Shaklee

    • Terdiri daripada 8 jenis Vitamin B. Kandungan B6 berperanan penting  untuk memulihara selaput lendir yang sihat dan bantu menghasilkan antibodi badan.
    • Bertindak sebagai anti stress. Apabila resdung menyerang, B Complex ni akan jadi penstabil hormon dan penenang semulajadi bagi mengurangkan kesakitan pada bahagian muka.
    • Membantu dalam membina protein dalam tubuh.
    • Mengurangkan rasa sakit kepala yang dialami.


    Sustained Release Vitamin C
    Vitamin C- Set Resdung Shaklee
      • Vitamin C bersama bioflavonoid yang ada teknologi sustained release yang mana melepaskan Vitamin C berperingkat (jam demi jam).
      • Meningkatkan fungsi sistem antibodi, bantu elak jangkitan dan mengurangkan mukus. Dipercayai sebagai "anti histamin semulajadi".
      • Mempercepat proses penyembuhan tisu tubuh.


      Testimoni Set Resdung Shaklee

      Testimoni Set Resdung Shaklee


      Dulu asal bangun pagi je konfem saya bersin tak berenti. Pernah saya bersin sampai darah keluar dari hidung. Boleh dikatakan saya alami resdung yang agak teruk laa. Siap muka gatal lagi. Jerawat tak yah habaq laa. Saya guna set resdung Shaklee Vitamin C, B Complex & Alfafa Complex. Selepas 10 tahun baru rasa macam boleh bernafas dengan segar dan lancar. Alhamdulillah sangat kan!


      Untuk info atau pembelian produk Shaklee ;
      Rubiah Kadir
      Pengedar Sah Shaklee sejak 2013
      Continue Reading

      21 October 2020

      Pageviews Blog RubiahKadir Cecah 1 Juta

      Sebagai blogger, tak tahu nak describe macam mana feeling ni. Yelah kita bukan kategori "otai" macam blogger yang lain. Rasa jakun pun iya. Hehehe 😆

      Alhamdulillah blog rubiahkadir dot com dah pun mencecah 1 juta pageviews. Ya Allah, cepat betul naik angkanya. Sungguh Ruby tak sangka.


      Pageviews Blog RubiahKadir Cecah 1 Juta


      Ruby plan dan target haritu end DEC 2020 baru dapat angka 1 juta tu. Tapi target dah berjaya achieve 2 bulan lebih awal. MasyaAllah 😭

      Pageview Jun 2020  = 364 K
      Pageview Sept 2020 = 800 K

      Walaupun Ruby kurang update, traffic ke blog nampak ada peningkatan asbab entry/content yang evergreen di blog 😋

      Pageview (PV) dari 2k naik 3k. Dari 3k ke angka 4k. Dan sekarang boleh dikatakan maintain 5k PV setiap hari. Syukur!


      Pageview 21.10.2020


      Income Adsense (tabung iklan blog) dari nilai $0.20 $0.50 pun sama naik melonjak ke $1 sehari.

      Usaha dan penat lelah sebelum ni "bercucuk tanam" di blog rasa terubat. Sekarang tinggal tadah bakul "kutip hasilnya" = sales Shaklee +  Google adsense 💰

      Dah alang-alang tu kita kaut sekali dua peluang cari duit melalui blog.


      Tabung Adsense
      Bulan Sept yang lepas
      dah merasa cash out pertama


      Tiada daya upaya dan kekuatan bagiku, dengan segala izinNya memberi ilham dan idea untuk Ruby menulis. Alhamdulillah 🤩

      Banyak lagi yang perlu diperbaiki. Baik dari segi content dan juga gaya penulisan.

      Perjalanan Ruby dalam dunia blogging tak semudah yang di sangka. Sebab Ruby bermula dengan zero. Ya ZERO. Tak tahu langsung tentang blog. Masa tu laptop pun tak de. Surirumah "bodo bodo" je.

      Tak de akaun FB dan Instagram. Tak tahu apa. Hahaha.

      Umi Shaklee saya sendiri saksi saya jatuh bangun tersungkur berpuluh kali dah untuk sampai ke tahap ni. Berkat tunjuk ajar mentor-mentor Shaklee, alhamdulillah merasa ke tahap ini.

      Mereka lebih dulu "makan garam" dari kita. Mereka dah lalui macam-macam untuk berjaya.

      Kita sebagai anak murid kenalah duplicate.

      Sambil taip sambil 😭
      Suara je ganaih tapi cengeng bebenor rupanya. Hahahaha.

      -----

      Dengan ini, Ruby buka 3 seat protege untuk Ruby guide anda yang betul-betul komited dan ingin JANA INCOME melalui blog. 

      Pengalaman Ruby sendiri, buat sale besar-besar dengan customer blog. Mereka akan beli lebih dari 1 produk. Shopping Shaklee Rm400 hingga Rm500 dalam 1 resit dah biasa. Malah ada lebih lagi dari angka tu.

      Ruby akan tunjuk cara macam mana buat blog dan cara buat duit dari situ. Ruby sedia bantu! 🤗

      Bisnes Shaklee ni zero risiko. Pengeposan produk disediakan oleh HQ Shaklee sendiri. Mudah bukan?

      Yang part bestnya ada "support group yang aktif serta circle yang positif". Tak delah bisnes sorang-sorang je ☺️


      Pengedar Sah Shaklee Sejak 2013

      🌼 Rubiah Kadir | ID 945759
      🌼 Instagram : @rubiah_kadir (60k follower)


      🌼Contact  :  016 6696703


      Shaklee Effect
      Ruby sendiri rasai dari segi keadaan kulit yang  lebih baik berbanding dulu.


      Baca juga :

      Continue Reading

      18 October 2020

      5 Testimoni Set Hamil Shaklee

      Menurut Pakar Dietetik Hospital Pusrawi, Norhaslinda Jefrezen, Ibu Hamil seharusnya memberi tumpuan pada fasa awal trimester pertama mereka sebab pada waktu inilah "pembentukan sel dan perkembangan organ berlaku dengan sangat cepat".

      Bayi yang dilahirkan oleh ibu yang mengamalkan pemakanan sihat akan menikmati tahap kesihatan yang lebih baik bukan saja pada peringkat awal malah tahun-tahun seterusnya.

      Testimoni Set Hamil Shaklee


      Selalunya ibu-ibu hamil tidak mendapat bekalan nutrisi yang mencukupi jika hanya bergantung kepada sumber pemakanan harian semata-mata.

      Sedangkan ketika hamil, keperluan nutrisi untuk ibu hamil makin meningkat. Jadi pengambilan vitamin untuk ibu mengandung sangat digalakkan bagi menyokong kesihatan si ibu dan perkembangan bayi dalam kandungan.


      Testimoni Set Hamil Shaklee

      Sini Ruby kumpulkan 5 feedback para ibu yang berpuas hati setelah mencuba dan mengamalkan Set Hamil Shaklee.


      Testimoni Set Hamil Shaklee
      Bacaan HB Cantik


      Testimoni Set Hamil Shaklee
      Badan tak lesu, muka tak pucat


      Testimoni Set Hamil Shaklee
      Badan bertenaga. Kaki tak cramp


      Testimoni Set Hamil Shaklee
      HB cantik. Kulit cerah.
      Nak membuang pun senang. Kejang otot tiada.


      Testimoni Set Hamil Shaklee
      Berat naik terkawal. Tak sembelit dan kejang kaki.
      HB pun maintain cantik.



      Baca juga info lengkap tentang ;




      Promosi Set Hamil Shaklee!

      Promosi Set Hamil Shaklee-Rubiah Kadir
      Set Promosi

      Harga Runcit Rm515

      Terus dapat beli dengan Harga Ahli Rm412! Ada 5 produk (ESP, OMEGA GUARD, VITAMIN C, B COMPLEX, OSTEMATRIX)

      Benda special yang bakal ibu-ibu akan dapat dengan set ini ;

      🍀Free membership RM35

      🍀Free postage RM10

      🍀Free bag ekslusif Shaklee RM25


      Untuk pertanyaan atau pembelian produk Shaklee ;

      Pengedar Sah Shaklee
      Rubiah Kadir




      Continue Reading

      13 October 2020

      Kenali 5 Jenis Jerawat Di Muka

      Rupa-rupanya jerawat ni ada banyak jenis kategori juga. Ada jerawat biasa. Dan ada juga jerawat yang teruk sehingga boleh menyebabkan keradangan.

      Kenali 5 Jenis Jerawat Di Muka
      Kerap dihantui jerawat? Ayuh kenalinya


      Jerawat akan muncul pada permukaan kulit apabila liang pori tersumbat dengan lebihan minyak (sebum).

      Sebum bersama-sama timbunan sel kulit mati serta bakteria akan terperangkap di bawah permukaan kulit. Ini menyebabkan pembengkakkan dalam pelbagai bentuk dan saiz.

      Jerawat bukan saja membuatkan seseorang hilang keyakinan diri sendiri malah ia juga boleh menjadi mimpi ngeri apabila jerawat itu meninggalkan parut hitam pada kulit muka.



      Kenali 5 Jenis Jerawat Di Muka

      Mari kenali tentang jenis-jenis jerawat yang patut kita ketahui.


      whitehead
      Whitehead

      1) WHITEHEAD (bintik putih)
      Terjadi bila sebum/minyak atau sel-sel kulit mati terkumpul pada folikel rambut yang TERTUTUP.

      Ia menghalang oksigen dari proses pengoksidaan minyak. Berpunca dari kotoran atau sisa-sisa make up pada muka.


      Blackhead
      blackhead

      2) BLACKHEAD (bintik hitam)
      Terjadi bila sebum atau sel-sel kulit terkumpul pada folikel rambut yang TERBUKA.

      Ia terdedah kepada udara lalu bertukar warna menjadi kuning coklat atau kehitaman.
      Selalunya berpunca dari pengeluaran minyak yang berlebihan.


      papula
      Papula

      3) PAPULA
      Jerawat berbentuk benjolan lembut dan kemerah-merahan. Tidak mempunyai puncak kerana belum penuh dengan nanah. Bila papula pecah dan kemungkinan sebum dan bakteria bercampur sekitar kulit tersebut.

      Ketika sel-sel darah putih masuk ke kelenjar yang meletus/pecah untuk melawan jangkitan, akan terjadi peradangan. Jika tidak di ubati, papula akan memburuk menjadi pustula.


      pustula
      pustula

      4) PUSTULA
      Berbentuk bintik merah yang meradang di bahagian tepi dan muncul dengan punat putih atau kuning yang berisi nanah di bahagian tengah.

      Ketika papula tidak di ubati selama beberapa hari, akumulasi sel darah putih secara berperingkat bergerak ke permukaan kulit dan menjadi pustule.


      nodul/cyst
      nodul/cyst

      5) NODUL/CYST
      Jerawat yang sampai menimbulkan benjolan dan cyst yang besar di bawah permukaan kulit ini lebih parah daripada jenis sebelumnya. Peradangan umum di temui pada jerawat jenis ini dan juga menyakitkan jika disentuh.

      Nodul dan cyst terbentuk ketika sebuah folikel meradang meletus di bawah kulit. Campuran sebum akibat peradangan kemudian tersebar ke seluruh folikel rambut di sekitarnya dan jangkitan pori-pori pun berlaku.


      Cara Untuk Atasi Masalah Jerawat

      Sebaiknya jangan kerap memegang dan memicit jerawat ini sebab cara ni tak betul dan mengakibatkan infeksi lebih dalam dan luas.

      Malah ia juga punca kepada keradangan kulit berpanjangan dan bekas luka yang sulit untuk di hilangkan. Jika di biarkan, jerawat nodul dan cyst ini dapat terbentuk lagi di tempat yang sama. Sebaiknya segera berjumpa doktor kulit.

      Apa pun jenis jerawat yang korang hadapi, sangat penting untuk amalkan 2 kaedah iaitu ;


      Rawatan dari luar

      - Membersihkan wajah dari kotoran.

      - Gunakan masker dari bahan alami seperti dah buaya, tomato dan lain lain.

      - Gunakan krim jerawat untuk lebih mempercepat proses penghilangan jerawat.

      - Kawal stress dan memperbanyak olahraga.

      - Gunakan pelembab kulit.


      Rawatan dari dalam

      - Hindari makanan berlemak, makanan berlemak lebih mudah menimbulkan jerawat kerana menyebabkan kelebihan pengeluaran pada kelenjar minyak.

      - Elakkan pengambilan gula serta karbohidrat yang berlebihan.

      - Ambil makanan berserat.

      - Minum air putih secukupnya.

      - Dapatkan waktu tidur yang teratur.

      - Ambil vitamin tambahan seperti Vitamin A, C dan E (tinggi antikoksidan).


      Baca juga info tentang :






      Pengedar Sah Shaklee

      Continue Reading