30 November 2020

Migrain : Jenis, Punca & Cara Atasi

Migrain atau Vascular Headache terjadi apabila seseorang itu diserang sakit kepala secara berulang. Biasanya kepala akan rasa berdenyut-denyut pada sebelah bahagian kepala saja, dan adakalanya sakit itu boleh melarat pada kedua-dua bahagian kepala.

Kesakitan migrain boleh berada pada tahap sederhana atau sangat sakit. Patutlah ada yang gambarkan kesakitan tu "macam nak pecah kepala dibuatnya".


Set Migrain Shaklee
Sakit Kepala Yang Menyerang Secara Berulang


Ketika migrain menyerang, ada pesakit yang merasa mual, pening atau nak muntah. Dan ada juga yang mengalami gangguan penglihatan serta kebas pada bahagian muka.

Berapa lama tempoh diserang migrain?
Selama 4 jam hingga 72 jam.


Bagaimana Migrain Boleh Berlaku?

Saluran-saluran darah di dalam kepala membekalkan darah ke kulit kepala dan otak. 

Migrain berlaku apabila saluran darah di kepala yang mengecil tiba-tiba mengembang lebih besar daripada biasa.

Ketika mengembang inilah tekanan darah di kawasan tersebut jadi berkurangan dan darah kurang pergi ke bahagian itu, yang akhirnya menyebabkan sakit kepala.


Jenis-Jenis Migrain

Jenis Jenis Migrain
4 peringkat migrain


Dua jenis migrain yang utama iaitu migrain klasik dan migrain biasa.
  • Migrain Klasik - sebelum sakit kepala, tanda-tanda awal dikenali sebagai aura atau prodrome akan di alami oleh pesakit sebagai tanda amaran. Aura di kenalpasti sebagai garisan zig zag, kilauan cahaya, penglihatan berbayang, kebas, susah bercakap atau pening. Selepas tanda-tanda ni hilang, migrain akan menyerang.
  • Migrain biasa - sakit kepala ini menyerang tanpa amaran terlebih dahulu. Migrain jenis ni lebih kerap dialami oleh kaum wanita.


Punca-Punca Migrain

Punca sebenar migrain masih tidak diketahui. Namun, peluang seseorang untuk "kena migrain" adalah lebih tinggi jika ahli keluarganya terdekatnya juga mengidap migrain.


Punca Punca Migrain
Kredit : Shutterstock.com

Perempuan lebih cenderung mengalami migrain berbanding lelaki.

Berikut adalah pencetus atau punca migrain kepada seseorang :
  • Gaya hidup - pola tidur yang tidak teratur, tidak dapat tidur/rehat secukupnya.
  • Stress - Tekanan emosi/bebanan yang keterlaluan dari rumah atau di tempat kerja.
  • Makanan/minuman - makanan tertentu boleh mencetuskan migrain. Tinggi MSG, tinggi garam, pemanis tiruan, kafein, alkohol dan lain-lain.
  • Deria - bagi sesetengah individu, mereka terlalu sensitif pada bunyi yang kuat, bau yang kuat dan sinaran cahaya yang terang.
  • Dehidrasi - pengambilan air putih yang tak mencukupi.
  • Cuaca
  • Ubat ubatan - rawatan hormon, ubat tidur, pil pencegah kehamilan.
  • Perubahan hormon ketika haid
  • Persekitaran - asap rokok, pencemaran

Punca yang boleh menyumbang kepada serangan migrain setiap individu adalah tak sama.

Jadi, mereka ini harus kenalpasti apa puncanya dan berusaha mengelakkan diri daripada punca tersebut ;)


Cara Atasi Migrain

Serangan migrain yang kerap dan teruk akan menganggu aktiviti harian seseorang.

Oleh itu, Ruby sarankan anda mengamalkan gaya hidup yang sihat dan ikuti beberapa cara untuk mengatasi migrain :
  • Tidur dan rehat yang secukupnya
  • Elakkan stres
  • Elakkan dan kurangkan makanan yang diproses, masin dan berperisa tambahan
  • Bersenam
  • Elakkan minuman tinggi gula dan berkafein
  • Diet yang seimbang



Selain itu, pesakit juga boleh dapatkan rawatan perubatan yang sesuai supaya boleh menikmati kualiti hidup yang lebih baik seperti orang lain.



Continue Reading

22 November 2020

Perlu Ke Pakai Sunscreen Dalam Rumah?

Mungkin ada di antara kita yang masih belum tahu tentang bahaya sinaran Ultraungu (UV) yang mampu merosakkan kulit dan mempercepatkam proses penuaan.

90% kulit boleh menjadi rosak apabila kulit kita banyak terdedah kepada sinaran tersebut tanpa sebarang perlindungan.

Perlu Ke Pakai Sunscreen Dalam Rumah?
Perlu Ke Pakai Sunscreen Dalam Rumah?

Ultraungu (UV) yang paling biasa adalah cahaya matahari. Matahari menghasilkan 2 jenis sinar iaitu ;

Sinar UVA = menembus masuk jauh ke dalam kulit, memecahkan kolagen dan elastin.

Apa yang berlaku?
  • kedutan
  • kesan tompok gelap
  • kerosakan kulit akibat cahaya matahari
  • jeragat
  • garis halus

Sinar UVB = boleh merosakkan lapisan atas kulit.

Apa yang akan berlaku?
  • kulit terbakar (sunburn)
  • kerosakan DNA pada sel kulit
  • kanser kulit

Sinar UVA UVB
Sinar UVA akan menembusi lapisan dalam kulit,
manakala UVB merosakkan lapisan atas kulit.


" Saya tak keluar rumah. Rasanya tak perlulah saya pakai krim perlindungan muka (suncreen atau sunblock) sebab tak kena cahaya matahari, betul tak? "

Salah.
Kurang tepat sebenarnya anggapan begitu :)

Menurut Pakar Dermatologi, memang wajib pakai!

Perlu Ke Pakai Sunscreen Dalam Rumah?
Jadikan SPF sebagai BFF kulit anda!


Kenapa wajib pakai krim pelindung muka?
Berikut antara sebab mengapa anda perlu memakai sunscreen atau sunblock, tak kiralah sama ada anda berada di luar atau di dalam rumah.

Cahaya dari tingkap

Kaca yang biasa digunakan pada kereta, rumah dan pejabat direka untuk menghalang sinar UVB dan bukannya sinar UVA yang bawa kepada penuaan pramatang.

Jadi, jika kerap memandu atau duduk di tepi tingkap atau di dalam bilik yang menerima banyak cahaya matahari, digalakkan memakai krim perlindungan UV untuk berikan kulit anda perlindungan sepenuhnya.

Tip 》 tinted cermin kereta/pejabat atau rumah bagi mengurangkan pendedahan kulit terhadap cahaya matahari.


Cahaya Biru

Cahaya biru atau juga dikenali sebagai Sinar Cahaya Biru Bertenaga Tinggi (HEV) adalah cahaya yang dikeluarkan skrin telefon bimbit, tablet dan komputer.

Kulit boleh rosak disebabkan radiasi biru ini.

Ia boleh menembusi kulit dan menyebabkan penuaan, hiperpigmentasi, tompok usia dan melasma.

Tip 》 sapukan semula krim perlindungan UV setiap beberapa jam untuk perlindungan secukupnya!

Jadi, Perlu Ke Pakai Sunscreen Dalam Rumah?

Tak kiralah apa jua keadaan cuaca. Mendung atau ribut, panas atau redup, tetap perlu pakai sunblock/sunscreen. Semua mesti sayang kulit. Tak nak kulit jadi cepat rosak. Kenalah rajin pakai sunblock/sunscreen selalu :)


Tip Memilih Sunblock/Sunscreen Yang Bagus

Perlu Ke Pakai Sunscreen Dalam Rumah


Ada banyak jenis pilihan sunblock/sunscreen di pasaran. Macam mana nak pilih yang sesuai untuk diri sendiri?


1. Perlu pilih sunblock/sunscreen yang ada Broad Spectrum.

Kerana ia boleh melindungi kulit daripada UVA dan UVB.


2. Angka SPF mestilah minimum 30. Lebih tinggi lebih bagus. Lebih protection yang kulit anda dapat.

Angka ni menunjukkan kadar peratusan sekatan terhadap sinaran UV dan berapa lama SPF tersebut melindungi kulit.

SPF 30 》 97%
SPF 50 》 98%
SPF 100 》 99%


3. Sunblock/sunscreen mesti alone itself. Bukannya dari bedak atau make up supaya kulit dapat protection yang maksima.

Bedak atau make up yang ada SPF hanyalah tambahan. Agak susah juga untuk agak berapa % yang ada di dalamnya untuk protect your skin.


4. Cari dan pilih sunblock/sunscreen dari sumber tumbuhan dan tidak mengandungi bahan kimia berbahaya supaya selamat digunapakai.


Baca juga tentang : 




Rubiah Kadir
Pengedar Sah Shaklee
ID 945759 | 0166696703

Continue Reading

19 November 2020

Pengalaman Kali Pertama Sharing Di Zoom Meeting

Ikutkan perancangan sebenar, Ruby akan live berdua bersama dengan Master Nadiah Suhaidi pada Jumaat yang lepas di facebook personal beliau.

Namun live itu ditunda dan ditukarkan kepada zoom meeting pada hari Selasa, iaitu malam kelmarin 17.11.2019 pukul 8.45 malam ;)




Cuaca petang tu bertukar menjadi mendung. Hujan turun dengan lebat-selebatnya. Tak de nampak tanda-tanda akan berhenti. Dalam hati Ruby dah mula risau. Macam-macam fikir :(

"Ya Allah, aku mohon pertolongan dan rahmat kasih sayangMu, moga hujan ni reda dan dipermudahkan segala urusan malam ni", bisik hati kecil.

Selepas solat maghrib, Ruby pun bersiap. Cadangnya nak live zoom meeting di KFC berdekatan.

Masa keluar dari rumah, hujan masih renyai-renyai. Tawakal sajalah.







Syukur alhamdulillah. Allah permudahkan segala urusan malam kelmarin. Line internet pun cantik je bagi kerjasama sepanjang kelas.

Nak kira nervous tu memang ada. Apatah lagi ni kali pertama kan. Ruby pulak jenis yang pemalu. Hahahaha. Sebelum live tu, Ruby dah siap-siap ambil 2 tablet B Complex untuk kurangkan rasa takut. Ternyata berkesan sungguh!

Sebenarnya ini first time Ruby dijemput untuk berkongsi cerita sendiri di zoom meeting.

Pengalaman macam mana Ruby boleh jana jualan Shaklee Rm10 000++ sebulan hanya dari medium blog dan akhirnya berjaya rank up sebagai Supervisor Shaklee.

Apa trick yang Ruby buat?
Duplicate dan apply tip-tip yang mentor/upline ajarkan di kelas IMOB.

IMOB = Integrated Marketing Online Bisnes

Ruby ni bukanlah pakar bab blogging. Masih dalam fasa proses belajar lagi sebenarnya ;)







Moga dari perkongsian Ruby ni dapat memberi manfaat pada mereka yang mendengar sejak dari awal hingga ke akhir.

Moga point-point yang Ruby bagitau dalam zoom itu dapat digunakan sebaiknya untuk mereka improve ke arah yang lebih baik. InshaAllah.

Untuk Master Nadiah Suhaidi, terima kasih  banyak-banyak aturkan kelas malam itu.

Ruby doakan semua team #Maestro berjaya capai apa jua impian hidup yang dihajati melalui bisnes Shaklee ni. Aamiin ❤


Rubiah Kadir
Shaklee Business Leader
Founder Of Diamond Empire 💎
Pengedar Sah Shaklee
Continue Reading

17 November 2020

Skincare Untuk Kulit Kering

Kulit yang ada kelembapan (hydration) yang mencukupi adalah kunci kepada kulit yang sihat dan nampak segar. 

Gejala dan tanda kulit kering bergantung pada usia, kesihatan anda, tempat tinggal, cuaca ataupun suhu di sekeliling.

Sebagai contoh, seiring dengan peningkatan usia, keupayaan kulit kita dalam menghasilkan minyak semulajadi(natural oil) semakin menyusut. Dari situ, bermulalah kulit menjadi semakin kering.


Cara Kenali Kulit Kering

Adakah kulit anda kehilangan kelembapan? Boleh semak jika ada simptom seperti di bawah ini ;
    • Kulit yang pecah-pecah, kering bersisik dan mengelupas.
    • Kulit menjadi kasar.
    • Kulit akan menjadi tegang, terutamanya selepas mandi atau berenang.
    • Kulit menjadi kemerahan.
    • Garis-garis halus atau pecah.
    • Kegatalan pada kulit.


    Skincare Untuk Kulit Kering
    Kulit yang kering

    Pada mereka yang ada masalah kulit kering dan dalam masa yang sama mengimpikan kulit yan lembut serta lembap,

    Ruby sarankan anda supaya menambah produk pelembap dalam rutin penjagaan kulit harian. Ia  wajib di gunapakai secara konsisten.

    PELEMBAP  berfungsi untuk memerangkap + mengunci kelembapan bagi ;

    ✅ membina lapisan pelindung pada kulit
    ✅ mencegah kehilangan air
    ✅ menjadikan kulit lembut serta licin.


    Berikut antara Kebaikan Pelembap Pada Kulit ;
    • Mengurangkan masalah kulit seperti kegatalan dan kemerahan.
    • Melegakan kulit sensitif dengan bahan yang menenangkan.
    • Mengurangkan kedutan dengan mengisi garis halus.
    • Membantu kulit kekal muda.
    • Mengatasi jerawat dengan seimbangkan pengeluaran minyak semula jadi kulit.
    • Membantu menghaluskan sapuan solekan.

    Skincare Untuk Kulit Kering

    Bagi mereka yang mengalami kulit kering di muka, jadi carilah produk yang boleh membantu anda untuk memberi kelembapan pada kulit.

    Cadangan Produk-Produk Youth Skincare Shaklee


    Skincare Untuk Kulit Kering - Youth Age Defense Moisturizer SPF 50
    • Melembap dan memperbaiki keseluruhan tona kulit.
    • Melindungi kulit dengan krim tabir suria UVA/UVB spektrum luas SPF 50.
    • Kaya vitamin dan khasiat botani.

    Harga RM206.50
    50ml



    Skincare Untuk Kulit Kering - Youth Moisture Lock Daya Cream

    • Mengunci kelembapan.
    • Penghidratan dan pengekalan kelembapan yang mendalam.
    • Menenangkan dan membantu mengurangkan penampilan garis halus dan kering.

    Harga RM247.50
    50ml



    Skincare Untuk Kulit Kering - Youth Hydrating Gel Mask

    • Menenang dan menyegarkan untuk kulit yang segar dan berseri.
    • Melembapkan kulit dengan asid hialuronik, jus daun aloe dan campuran pelbagai herba daripada ekstrak Centella Asiatica dan Chamomile.

    Harga RM148.75
    30ml



    Skincare Untuk Kulit Kering - Youth Advanced Renewal Night Cream
    • Diformulasi dengan shea butter dan jojoba untuk menghidratkan kulit.
    • Menggalakkan proses pembaharuan sel kulit, membuatkan kulit anda kelihatan lebih muda, licin dan cerah.
    • Menambahbaikkan keanjalan dan elastin kulit.
    • Nutrien botani dan vitamin.

    Harga RM250
    50ml


    Untuk info lebih lanjut atau pembelian produk, boleh hubungi disini ;

    Pengedar Sah Shaklee
    Rubiah Kadir

    Continue Reading

    15 November 2020

    10 November 2020

    Sijil Halal Shaklee 2021

    Bagi pengguna Islam, status HALAL sesuatu produk memainkan peranan penting sebelum mereka membuat keputusan untuk membeli dan menggunakannya.

    Shaklee sangat komited dan bertanggungjawab terhadap kualiti dan kehalalan produk-produk yang akan dibawa masuk ke dalam Malaysia.

    Untuk tahun 2021, Shaklee telah pun mengeluarkan sijil halal yang terbaru.

    Sijil Halal Shaklee 2021 ini dikeluarkan oleh Islamic Service of America (ISA),  iaitu Organisasi Pemantauan Sijil Halal bagi seluruh negara Amerika yang diiktiraf di seluruh dunia termasuk Halal Jakim.

    Sijil Halal Shaklee 2021
    Sijil Halal Shaklee 2021 yang dikeluarkan oleh ISA

    Sijil Halal Shaklee 2021
    Produk dalam Sijil Halal Shaklee 2021


    Untuk pengetahuan semua, sijil halal perlu diperbaharui setiap tahun supaya produk yang dihasilkan pada tahun tersebut mematuhi piawaian sijil halal yang ditetapkan.




    Sijil Halal Shaklee 2021



    Jadi dengan adanya Sijil Halal Shaklee yang dah diakui ini, pengguna produk-produk Shaklee bolehlah membeli dan mengamalkannya dengan rasa yakin dan tanpa ragu-ragu lagi :)

    Pengedar Sah Shaklee
    Rubiah Kadir
    Continue Reading