30 November 2020

Migrain : Jenis, Punca & Cara Atasi

Migrain atau Vascular Headache terjadi apabila seseorang itu diserang sakit kepala secara berulang. Biasanya kepala akan rasa berdenyut-denyut pada sebelah bahagian kepala saja, dan adakalanya sakit itu boleh melarat pada kedua-dua bahagian kepala.

Kesakitan migrain boleh berada pada tahap sederhana atau sangat sakit. Patutlah ada yang gambarkan kesakitan tu "macam nak pecah kepala dibuatnya".


Set Migrain Shaklee
Sakit Kepala Yang Menyerang Secara Berulang


Ketika migrain menyerang, ada pesakit yang merasa mual, pening atau nak muntah. Dan ada juga yang mengalami gangguan penglihatan serta kebas pada bahagian muka.

Berapa lama tempoh diserang migrain?
Selama 4 jam hingga 72 jam.


Bagaimana Migrain Boleh Berlaku?

Saluran-saluran darah di dalam kepala membekalkan darah ke kulit kepala dan otak. 

Migrain berlaku apabila saluran darah di kepala yang mengecil tiba-tiba mengembang lebih besar daripada biasa.

Ketika mengembang inilah tekanan darah di kawasan tersebut jadi berkurangan dan darah kurang pergi ke bahagian itu, yang akhirnya menyebabkan sakit kepala.


Jenis-Jenis Migrain

Jenis Jenis Migrain
4 peringkat migrain


Dua jenis migrain yang utama iaitu migrain klasik dan migrain biasa.
  • Migrain Klasik - sebelum sakit kepala, tanda-tanda awal dikenali sebagai aura atau prodrome akan di alami oleh pesakit sebagai tanda amaran. Aura di kenalpasti sebagai garisan zig zag, kilauan cahaya, penglihatan berbayang, kebas, susah bercakap atau pening. Selepas tanda-tanda ni hilang, migrain akan menyerang.
  • Migrain biasa - sakit kepala ini menyerang tanpa amaran terlebih dahulu. Migrain jenis ni lebih kerap dialami oleh kaum wanita.


Punca-Punca Migrain

Punca sebenar migrain masih tidak diketahui. Namun, peluang seseorang untuk "kena migrain" adalah lebih tinggi jika ahli keluarganya terdekatnya juga mengidap migrain.


Punca Punca Migrain
Kredit : Shutterstock.com

Perempuan lebih cenderung mengalami migrain berbanding lelaki.

Berikut adalah pencetus atau punca migrain kepada seseorang :
  • Gaya hidup - pola tidur yang tidak teratur, tidak dapat tidur/rehat secukupnya.
  • Stress - Tekanan emosi/bebanan yang keterlaluan dari rumah atau di tempat kerja.
  • Makanan/minuman - makanan tertentu boleh mencetuskan migrain. Tinggi MSG, tinggi garam, pemanis tiruan, kafein, alkohol dan lain-lain.
  • Deria - bagi sesetengah individu, mereka terlalu sensitif pada bunyi yang kuat, bau yang kuat dan sinaran cahaya yang terang.
  • Dehidrasi - pengambilan air putih yang tak mencukupi.
  • Cuaca
  • Ubat ubatan - rawatan hormon, ubat tidur, pil pencegah kehamilan.
  • Perubahan hormon ketika haid
  • Persekitaran - asap rokok, pencemaran

Punca yang boleh menyumbang kepada serangan migrain setiap individu adalah tak sama.

Jadi, mereka ini harus kenalpasti apa puncanya dan berusaha mengelakkan diri daripada punca tersebut ;)


Cara Atasi Migrain

Serangan migrain yang kerap dan teruk akan menganggu aktiviti harian seseorang.

Oleh itu, Ruby sarankan anda mengamalkan gaya hidup yang sihat dan ikuti beberapa cara untuk mengatasi migrain :
  • Tidur dan rehat yang secukupnya
  • Elakkan stres
  • Elakkan dan kurangkan makanan yang diproses, masin dan berperisa tambahan
  • Bersenam
  • Elakkan minuman tinggi gula dan berkafein
  • Diet yang seimbang



Selain itu, pesakit juga boleh dapatkan rawatan perubatan yang sesuai supaya boleh menikmati kualiti hidup yang lebih baik seperti orang lain.



6 comments:

  1. sekali sekala kena sekarang sakit kepala sampai xleh tidur dibuatnya. taktaula migrain ke bukan

    ReplyDelete
  2. ouh patutlah . kurang air , stress , not healthy life style , mcm semua je :(

    ReplyDelete
  3. banyak juga faktor yang boleh sebabkan migraine ya

    ReplyDelete
  4. dulu akak selalu kene migrain, tapi sejak bebrapa tahun ni dah jarang kene migrain... udah tua kot heheheh

    ReplyDelete
  5. Lepas bersalin ni, makin kerap pulak migrain & pelupa pun ye.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen di blog Ruby.

Salam Ukhwah :)