29 March 2020

10 Makanan Untuk Meningkatkan Sistem Imun Tubuh

Sistem imun ni ibarat frontline yang bertanggunjawab untuk melindungi tubuh kita dari penyakit yang disebabkan oleh virus, bakteria dan parasit. Bila imun dijaga dengan baik, kekerapan untuk sakit tu adalah kurang.

Makanan Untuk Meningkatkan Sistem Imun Tubuh
Makanan Untuk Meningkatkan Sistem Imun Tubuh

Ada banyak cara yang boleh dilakukan bagi meningkatkan sistem imun termasuklah mengawal stress dengan baik, tidur yang mencukupi, bersenam dan amalkan gaya hidup serta pola pemakanan yang sihat.


10 Makanan Untuk Meningkatkan Sistem Imun Tubuh

Penting bagi kita memilih makanan yang berkhasiat dalam memastikan pertahanan badan lebih kukuh dan kuat. Berikut beberapa jenis makanan yang boleh kita ambil untuk meningkatkan sistem imun tubuh.

#Yogurt

Yogurt ada probiotik iaitu bakteria sihat yang memastikan usus bebas kuman pembawa penyakit. Ambil plain yogurt adalah lebih baik berbanding yogurt yang ada pelbagai perisa dan gula. Anda mungkin boleh letak madu atau hirisan buahan segar bersama yogurt
 kosong tadi.

Pilih yogurt yang kaya dengan sumber vitamin D yang mana boleh boost pertahanan semulajadi badan melawan penyakit.


#Oat dan Barli

Bijirin ada beta glukan, sejenis serat yang bersifat antimikrob dan ada keupayaan antioksidan. Ia bantu tingkatkan imuniti, cepatkan luka sembuh dan bantu antibiotik bekerja dengan cekap.


#Buahan Sitrus

Vitamin C mampu meningkatkan pengeluaran sel darah putih. Ini kunci untuk melawan jangkitan. Buahan sitrus yang popular seperti  ;
  • Grapefruit
  • Oren
  • Tangerines
  • Lemon
  • Limau
  • Clementine

Oleh sebab badan kita tidak dapat menghasilkan dan menyimpan vitamin C, kita perlu mengambil setiap hari untuk kesihatan.


#Bawang Putih

Bawang putih ada bahan aktif Alisin yang boleh melawan jangkitan dan bakteria. Boleh campurkan dalam bahan masakan untuk menikmati kebaikannya.


#Keledek

Kulit organ terbesar bagi badan manusia yang bertindak sebagai kubu terhadapa serangan bakteria atau virus. Bagi kesihatan kulit terjaga, vitamin A diperlukan untuk hasilkan tisu penghubung iaitu komponen penting kulit.

Makanan yang kaya beta karotin seperti keledek, lobak merah, dan labu boleh dijadikan sumber Vitamin A.


#Kerang

Makanan laut seperti tiram, udang galah, ketam dan kerang mengandungi selenium untuk bantu sel darah putih menghasilkan cytokin iaitu sejenis protein yang menyingkirkan virus selsema dari tubuh.


#Cendawan

Cendawan mampu meningkatkan pengeluaran dan aktiviti sel darah putih menjadi agresif untuk melawan penyakit. Zat didalam cendawan juga meningkatkan imuniti tubuh.


#Brokoli

Brokoli kaya dengan mineral dan vitamin. Vitamin A, C dan E sebagai antioksidan dan ada serat, bagus untuk amalkan sayuran brokoli ini.


#Kacang Almond

Vitamin E kunci kepada kesihatan imun tubuh. Ia adalah sejenis vitamin larut lemak. Kacang seperti almond mengandungi vitamin dan lemak sihat.


#Teh

Teh hijau dan Teh hitam ada sumber flavonoid, iaitu sejenis antioksidan. Ia bagus untuk meningkatkan fungsi sistem imun. Teh hijau yang kaya dengan asid amino elok dalam menentang jangkitan kuman dalam T Cells.

Sistem Imun sebagai pelindung tubuh dari serangan virus

Penting bagi kita untuk memastikan sistem imun berfungsi dengan baik demi menjaga kesihatan yang optimum. Apatah lagi dalam keadaan kita sekarang yang dilanda wabak Covid 19.


Sumber :  Healthline

Entry akan datang :  Cara Meningkatkan Sistem Imun Tubuh
Continue Reading

27 March 2020

Minat Design Banglo 2 Tingkat

Memiliki rumah sendiri impian semua orang. Begitu juga dengan Ruby. Jika rumah itu boleh dibina mengikut citarasa kita, lagi syok! Dari segi rekabentuk rumah, berapa bilik tidur, berapa bilik air sampailah berapa besar ruang dapur yang kita nak. Ruby minat dan berkenan dengan banglo 2 tingkat. Tinggal bersama-sama dengan keluarga, 4 orang anak ;)


Pelan Banglo 2 Tingkat 6 Bilik Tidur 5 Bilik Air



Kelebihan rumah tingkat yang diketahui ramai ialah mudah untuk mengasingkan ruang keluarga dengan tetamu.

Rekaan pelan lantai untuk aras bawah

Cuba lihat rekaan pelan lantai untuk aras bawah, bilik untuk tetamu (bedroom 2) & pembantu rumah (bedroom 1) berada di tingkat ini.



Sekiranya keluarga anda menerima kunjungan dari saudara mara, boleh saja mereka menginap di bilik yang disediakan khas untuk mereka ini.

Bilik tetamu juga mempunyai bilik air yang terdapat di dalam bilik, jadi mereka tak perlu keluar dari bilik untuk mandi. Semestinya ini akan memberikan keselesaan kepada tetamu untuk menjaga aurat mereka.

Selain itu, bilik yang sama juga dapat dijadikan bilik pengantin semasa kenduri perkahwinan yang kita adakan pada masa akan datang.

Pada arah bawah juga disediakan sebuah bilik air yang boleh diakses oleh semua orang, terutama sekali untuk tetamu.

Rekaan pelan lantai untuk aras atas



Ruang atas dikhususkan untuk ahli keluarga & mempunyai "family area"nya sendiri. Kawasan ini sesuai diletakkan tv untuk ahli keluarga berbual mesra.

Bedroom 3 & 4 sesuai untuk anak lelaki dan tidak mempunyai bilik air sendiri. Mereka boleh menggunakan bathroom 3 yang berada hampir dengan ruang keluarga di aras ini.

Bedroom 5 pula sesuai untuk anak perempuan, terutama sekali yang sudah meningkat dewasa. Bilik ini mempunyai bilik airnya sendiri yang sudah tentu memudahkan anak perempuan kita menjaga aurat semasa adik beradik lelakinya yang lain.

Ini selaras dengan tuntutan agama islam yang menetapkan pengasingan tempat tidur adik beradik berlainan jantina.

Aras atas juga mempunyai ruang solat untuk keluarga bersolat secara berjemaah bersama sama, mengaji al quran & mungkin juga menjadi ruang pengisian rohani keluarga.

Bilik paling luas untuk keseluruhan rumah ini sudah tentulah "master bedroom" yang lengkap dengan bilik airnya.

Di bawah ini saya sertakan juga pelan 3 Dimensi untuk rumah ini. Ini hanyalah cadangan sahaja, setiap klien Nas Nuri boleh mengubah rupa bentuk luaran dan dalaman mengikut selera mereka sehingga puas hati.

Itulah kelebihan bina rumah atas tanah sendiri kan.

Contoh idea rekabentuk 3D untuk rumah banglo 2 tingkat.


Continue Reading

26 March 2020

Kenapa Perlu Buat Wasiat?

Kerana harta dunia, manusia boleh jadi kurang waras, gelap mata dan bermasam muka sesama sendiri. Ada yang sanggup putus saudara. Ya, hanya kerana harta. Oleh sebab itu pentingnya meninggalkan wasiat selagi hayat masih ada.

Kenapa Perlu Buat Wasiat
Kenapa Perlu Buat Wasiat

Kepentingan hibah harta pusaka dalam islam

Sering kali kita dipaparkan dalam drama melayu yang  memaparkan konflik keluarga melibatkan wasiat. Konflik terjadi akibat tidak merancang dan memikirkan apa yang berlaku pada masa akan datang termasuk membabitkan kematian sehingga mencetuskan konflik keluarga.

Paling teruk, berlakunya perpecahan dan perbalahan dalam keluarga. Ada kes isteri ditinggalkan sehelai sepinggang kerana harta suami jatuh kepada keluarga mertua apabila pembahagian harta secara faraid digunakan.

Kebanyakan konflik harta pusaka ini berpunca daripada perebutan dan kelemahan mengenal pasti siapa pewaris berpotensi untuk melakukan tuntutan.



Penulisan wasiat harta pusaka dapat mengurangkan konflik

Amat penting masyarakat sekarang menguasai aspek pengurusan harta pusaka kerana ia sangat kompleks untuk difahami secara teori dan praktikal. Walau bagaimanapun, ilmu pewarisan harta pusaka dalam Islam wajib difahami supaya setiap yang masih hidup tidak termakan harta yang batil.





Perkara terbaik yang boleh anda lakukan adalah merancang pembahagian aset kepada siapa yang ingin diberikan dan berapa banyak yang akan diagihkan.

Masyarakat perlu tahu membezakan pelbagai instrumen membabitkan harta pusaka, antaranya memahami bahawa hibah boleh diberikan kepada sesiapa sahaja tanpa had.

Wasiat perlu digunakan untuk pembahagian harta pusaka kepada waris dan bukan waris serta terhad kepada satu pertiga daripada harta pusaka. Manakala faraid pula merupakan pembahagian harta pusaka khusus untuk waris sahaja.

Hibah sememangnya sangat penting lebih-lebih yang melibatkan mereka yang mempunyai pelbagai jenis harta pusaka seperti hartanah, rumah dan wang.

Pengurusan harta pusaka tanpa wasiat merupakan satu proses yang sangat panjang dan memakan masa. Proses yang panjang ini boleh menjangkau sehingga 3 hingga 5 tahun dan sudah tentu ia menyebabkan kos yang tinggi.

Masih ramai orang Islam yang menganggap hibah adalah perkara yang tidak begitu penting. Masih ramai lagi orang Islam yang tidak membuat persiapan menulis hibah kerana beranggapan urusan harta diletakkan di bawah faraid sahaja. Sedangkan membuat wasiat adalah perkara yang amat digalakkan dalam Islam.

Orang ramai perlu ada kesedaran akan kepentingan pengurusan harta pusaka. Pemilik harta pula perlu memastikan harta yang ditinggalkan kelak tidak akan menyusahkan dan membebankan waris untuk menguruskannya.



Baca lebih lanjut : 

Hukum Berwasiat Dan Perkara Penting Untuk Wasiat
Continue Reading

25 March 2020

Homestay Menarik Dan Selesa Di Cameron Highland

Cameron Highland adalah salah satu destinasi percutian yang popular di Malaysia. Tempat ini menjadi pilihan ramai kerana udara dan cuacanya yang cukup nyaman, segar dan sejuk. Disini ada banyak tempat penginapan yang disediakan untuk para pengunjung.

Jika ditanya penginapan apa yang Ruby suka di Cameron Highland, Ruby akan pilih penginapan yang jenis HOMESTAY. Lagi seronok jika adakan "hari keluarga" disitu. Berkumpul dengan keluarga besar, masak bersama-sama dan macam-macam aktiviti boleh kita lakukan untuk eratkan silaturrahim.


Homestay Menarik Dan Selesa Di Cameron Highlands

Valley View Bungalow Cameron Highlands

Antara keistimewaan bila stay di banglo Valley View ni ialah korang boleh layan view yang indah dari puncak bukit yang dikelilingi gunung, taman bunga, pokok buahan dan ladang sayuran.

Homestay Menarik Dan Selesa Di Cameron Highland
Valley Villa Bungalow Cameron Highland


Banglo yang mempunyai ;

  • 5 bilik tidur untuk 10 orang
  • lengkap dengan ruang makan dan lounge
  • dapur yang dilengkapi dengan peti sejuk, periuk gas, periuk nasi, ketuhar gelombang mikro, pembakar roti, pinggan mangkuk, peralatan memasak dan kemudahan memasak steamboat
  • Kemudahan wifi dan TV dengan saluran Astro penuh turut disediakan.



Review Tetamu :

"Stay di sini tidak dapat dilupakan!  Banglo ini dilengkapi dengan baik, sangat selesa, bersih dan selesa! Tuan rumah Willie dan Jessica sangat membantu dan baik!  Terutama dalam mencadangkan tempat yang bagus untuk mendaki dan makan.  Kami juga cuba steamboat buatan sendiri di sana - lazat!  Secara keseluruhan, percutian yang menarik jauh dari bandar!  Akan kembali lagi!"


Alamat :
Lot No. 135, Batu 33,
Taman Ringlet,
39000 Ringlet, Cameron Highlands, Pahang.


Harga :
Dari RM800 semalam


Lihat juga :  11 Homestay Menarik Di Cameron Highland
Continue Reading

24 March 2020

Resepi Smoothie ESP Shaklee Untuk Diet

Nak kudapan yang lazat dan berkhasiat? Apa kata tukar citarasa kepada minuman smoothie! Resepi smoothie boleh di pelbagaikan. Bagi Ruby, bila buat sendiri smoothie ni, kita boleh bereksperimen dengan perisa dari buahan atau sayuran apa yang kita inginkan.

Resepi Smoothie ESP Shaklee Untuk Diet
Resepi Smoothie ESP Shaklee Untuk Diet

Betul ke minum smoothie bagus untuk diet?

Sebenarnya, penyediaan smoothie bersama-sama buah atau sayuran yang kaya dengan serat elok untuk sistem pencernaan kita, malah ia bagus untuk detox, kulit dan juga kesihatan badan.

Smoothie yang ditambah pula dengan sumber protein seperti ESP Shaklee akan memberi rasa kenyang yang lama dan tenaga yang berpanjangan. Protein soya ESP ada kandungan Indeks Glimek(GI) yang rendah. Dengan ini dapat mengurangkan rasa lapar dan berat badan.


Resepi Smoothie ESP Shaklee Untuk Diet

Ruby nak share 9 resepi smoothie ESP Shaklee untuk korang cuba dirumah. Mudah disediakan. Sedap dan pastinya menyelerakan!

1) Resepi Smoothie Pisang Dengan Oat

Pisang membekalkan tenaga serta sumber kalium yang tinggi kepada badan. Kalium baik untuk jantung dan membantu dalam penyerapan kalsium.

Smoothie Pisang Oat
Smoothie Pisang Oat

Bahan-bahan :
3 sudu besar ESP Soy Protein Isolate Powder
2 sudu besar oat
2 pisang (saiz kecil)
1 cawan susu rendah lemak
1 cawan ais

Cara bancuh :
Masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam pengisar, kemudian bancuh sehingga sebati.


2) Resepi Smoothie Strawberi Dengan Oat

Manfaat strawberi untuk kesihatan tidak dapat dinafikan. Ia juga boleh diijadikan sebagai perisa dalam protein smoothie. Dengan tambahan mentega kacang membuatkan korang nk hirup sedutan kedua!

Smoothies Strawberi Oat
Smoothies Strawberi Oat

Bahan-bahan:
3 sudu besar ESP Soy Protein Isolate Powder
1 cawan Strawberi
1 sudu besar kacang mentega
1 sudu besar oat
1 cawan susu rendah lemak
1 cawan ais

Cara bancuh:
Masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam pengisar, kemudian bancuh sehingga sebati.


3)  Resepi Smoothie Kiwi

Smoothie yang kaya dengan nutrisi ini memberikan rasa segar pada hirupan pertama. Ia membekalkan protein serta serat yang tinggi, bagus untuk bantu sistem penghadaman. Rasa sekali pasti nak lagi!

Resepi Smoothie ESP Shaklee Kiwi
Smoothie Kiwi

Bahan-bahan:
3 sudu besar ESP Soy Protein Isolate Powder
1 cawan Kiwi
1 cawan susu rendah lemak
1 cawan ais

Cara bancuh:
Masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam pengisar, kemudian bancuh sehingga sebati.


4)  Resepi Smoothie Mangga Anggur

Buah mangga yang tinggi dengan vitamin serta serat merupakan kombinasi yang
terbaik dengan tambahan buah anggur yang mengandungi polifenol, untuk manfaat kesihatan. Minuman yang lazat ini memberi rasa kenyang sehingga ke hidangan seterusnya.

Resepi Smoothie ESP Shaklee Mangga Anggur
Smoothie Mangga Anggur

Bahan-bahan:
3 sudu besar ESP Soy protein Isolate Powder
1 cawan susu rendah lemak
½ cawan anggur tanpa biji
½ cawan mangga
1 sudu kecil biji chia
1 cawan ais

Cara bancuh:
Masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam pengisar, kemudian kisar sehingga sebati.


5)  Resepi Smoothie Oreo

Jika suka menikmati oreo, ini adalah resipi terbaik untuk cuba. Dengan menggunakan biskut oreo, rasa vanila coklat dirasai bersama dengan protein yang sihat & berkhasiat! Smoothie yang enak ini kaya dengan protein dan tenaga.

Resepi Smoothie ESP Shaklee Oreo
Smoothie Oreo

Bahan-bahan:
3 sudu besar ESP Soy Protein Isolate Powder
1 cawan susu rendah lemak
2 keping biskut Oreo (Dihancurkan)
1 cawan ais

Cara bancuh:
Masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam pengisar, kemudian bancuh sehingga sebati.


6)  Resepi Smoothie Betik Dengan Halia

Redakan sakit perut dengan resipi smoothie yang mudah ini. Betik dapat membantu proses penghadaman, dan halia yang memberi rasa segar merupakan kombinasi duo yang menarik. Minuman yang enak dengan rasa tropika semestinya menjadi pilihan ramai!

Resepi Smoothie ESP Shaklee Betik Halia
Smoothie Betik Dengan Halia

Bahan-bahan:
3 sudu besar ESP Soy Protein Isolate Powder
1 cawan betik (potong & disejukkan)
2 sudu teh halia (potong kecil)
½ cawan perahan lemon
1 cawan ais
½ cawan air

Cara bancuh:
Masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam pengisar, kemudian bancuh sehingga sebati.


7)  Resepi Smoothie Buah Kurma

Cubalah smoothie yang enak dan berkrim dengan kebaikan kurma di dalamnya. Minuman yang enak ini akan membuat badan bertenaga sepanjang hari.

Resepi Smoothie ESP Shaklee Buah Kurma
Smoothie Buah Kurma

Bahan-bahan:
3 sudu besar ESP Soy Protein Isolate Powder
1 cawan susu rendah lemak
1 cawan ais
5 biji kurma

Cara bancuh:
Masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam pengisar, kemudian bancuh hingga sebati.


8)  Resepi Smoothie Nenas Dengan Oren

Buah oren dan nenas yang tinggi kandungan vitamin C ini memberikan rasa segar yang berpanjangan. Ia juga boleh dijadikan sebagai snek yang lazat!

Resepi Smoothie ESP Shaklee Nenas Oren
Smoothie Nenas Dengan Oren

Bahan-bahan:
3 sudu besar ESP Soy Protein Isolate
Powder
1 cawan nenas
1 cawan oren
1 cawan susu rendah lemak
1 cawan ais

Cara bancuh:
Masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam pengisar, kemudian bancuh sehingga sebati.


9) Resepi Smoothie Avokado

Mengandungi kandungan lemak sihat, tekstur avokado yang penuh krim serta lembut menjadikan ia minuman enak dan berkhasiat untuk diminum sebagai sarapan pagi. Ia memberikan nutrisi yang lengkap serta membuatkan anda berasa kenyang.

Resepi Smoothie ESP Shaklee Avokado
Smoothie Avokado

Bahan-bahan:
3 sudu besar ESP Soy protein Isolate Powder
1 cawan susu rendah lemak
1 cawan avokado
1 cawan ais

Cara bancuh:
Masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam pengisar, kemudian bancuh sehingga sebati.


Selamat mencuba!
Continue Reading

21 March 2020

Manfaat Omega 3 Untuk Jantung

Jantung satu-satunya organ yang membekalkan darah kepada tubuh. Secara purata, jantung kita berdegup ;
  • 80 kali seminit
  • 4800 kali sejam
  • 115 200 kali sehari
  • 42 048 0000 kali setahun

Manfaat Omega 3 Untuk Jantung
Manfaat Omega 3 Untuk Jantung
Ia memerlukan nutrien tambahan untuk memastikannya mampu memenuhi keperluan tubuh. Asid Lemak Omega 3 umumnya ada banyak kebaikan. Ciri Omega 3 yang bersifat anti-radang, memainkan peranan penting dalam melindungi jantung.


Manfaat Omega 3 Untuk Jantung

1.  Mengekalkan Profil Lipid Yang Sihat

Manfaat Omega 3 Untuk Jantung
Kolestrol Baik Dan Kolestrol Jahat

Profil lipid merangkumi bacaan keseluruhan kolestrol. Kolestrol baik (HDL), Kolestrol Jahat (LDL) dan Trigliserida. Ia digunapakai untuk salah satu penilaian untuk tentukan risiko anda terhadap penyakit jantung.

Pengambilan Omega 3 secara teratur dapat meningkatkan profil lipid dengan kadar positif ;
  • Meningkatkan paras kolestrol baik (HDL)
  • Mengurangkan tahap trigliserida (lemak dalam darah)
  • Merendahkan risiko penyakit jantung


2.  Mengawal Tekanan Darah Yang Sihat

Manfaat Omega 3 Untuk Jantung
Tekanan Darah Tinggi tidak baik untuk kesihatan

Semakin tinggi bacaan tekanan darah anda, semakin tinggi risiko untuk berhadapan dengan penyakit yang berkaitan jantung.

Tekanan darah tinggi menyebabkan tekanan pada saluran darah dan meningkatkan beban kerja pada jantung. Kajian menunjukkan omega 3 memberi manfaat dalam membantu mengawal atur tekanan darah ke paras yang lebih sihat.



3. Degupan Dan Ritma Jantung Yang Sihat

Degupan jantung adalah bilangan kekerapan jantung berdegup (biasanya dalam minit). Manakala ritma jantung pula corak dengupan jantung.

Jantung yang sihat ada ritma jantung yang stabil. Penyelidikan telah menunjukkan Omega 3 membantu menormalkan ritma jantung yang tidak stabil dan mengurangkan risiko mati mengejut.



4.  Memelihara Saluran Darah Daripada Tersumbat

Manfaat Omega 3 Untuk Jantung
Saluran darah yang semakin menyempit

Saluran darah yang luas ada penting untuk kesihatan kerana jantung mengepam kira-kira 2000 gelen darah sehari dan ia membawa darah yang dipam ke setiap organ dalam tubuh anda.

Omega 3 membantu ;
  • Mengurangkan proses pengumpulan lemak pada dinding arteri, untuk pengaliran darah yang lancar
  • Melegakan keradangan pada lapisan saluran darah


5.  Menyokong Peredaran Darah Yang Sihat

Darah membekalkan oksigen dan nutrien kepada organ, tisu dan sel badan anda. Omega 3 membantu ;
  • Mengurangkan risiko pembekuan darah
  • Meningkatkan aliran darah dengan menormalkan pengembangan dan penyempitan saluran darah

Banyak rupanya manfaat omega 3 untuk kesihatan jantung ni ya.

Jantung berdegup antara nikmat yang Allah kurniakan untuk kita sebagai manusia. Hargai dan jagalah jantung kita sebaik mungkin ;)

Lakukan ujian kolestrol untuk mengetahui tahap kesihatan jantung.


Baca juga :

Apa Itu Asid Lemak Omega 3?

Omega 3 Baik Untuk Kulit

Kebaikan Omega 3 Untuk Kurus

Omega 3 Shaklee = Omega Guard

Continue Reading

18 March 2020

Perintah Kawalan Pergerakan

Perintah Kawalan Pergerakan berkuatkuasa selama 14 hari mulai 18.3.2020 sehingga 31.3.2020. Pengumuman ini telah dibuat oleh YAB Perdana Menteri Malaysia ekoran peningkatan jumlah kes wabak Covid 19 secara mendadak. 

Arahan yang dikeluarkan kerajaan itu adalah usaha untuk menangani penularan wabak Covid 19 yang mana sudah berada dalam gelombang kedua.

Ancaman virus berbahaya ini bukan saja membimbangkan dan merisaukan seluruh penduduk Malaysia malah seisi dunia! Allahu, sungguh cepat dan pantas dia merebak. WHO juga telah isytiharkan ianya sebagai "Pandemik".


Perintah Kawalan Pergerakan
Perintah Kawalan Pergerakan

Perintah kawalan ini dibuat dibawah Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit  Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.


Perintah Kawalan Pergerakan

Langkah-langkah telah diambil bagi menyelaras dan memperincikan pelaksanaan perintah kawalan ini yang meliputi ;

1. Larangan menyeluruh pergerakkan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya. Semua rumah ibadat dan premis perniagaan hendaklah ditutup kecuali pasar raya, pasar awam, kedai runcit and kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian.

Khusus untuk umat Islam, penangguhan aktiviti keagamaan di masjid dan surau termasuk Solat Jumaat selaras dengan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas yang bersidang pada 15 Mac 2020.


2. Sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara.
Bagi yang baru pulang dari luar negara, mereka dkehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan dan lalukan kuarantin secara sukarela selama 14 hari.


3. Sekatan kemasukkan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara.


4. Penutupan semua taska, sekolah kerajaan dan swasta termasuk sekolah harian, sekolah berasrama penuh, sekolah antarabangsa, pusat tahfiz dan lain-lain institusi pendidikan rendah, menengah dan pra universiti.


5. Penutupan semua institusi pendidikan tinggi, awam dan swasta serta institut latihan kemahiran di seluruh negara.


6. Penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dalam perkhidmatan penting negara (essential services) iaitu ;
  • Air
  • Elektrik
  • Tenaga
  • Pos
  • Telekomunikasi
  • Pengangkutan
  • Pengairan
  • Minyak
  • Gas
  • Bahan Api
  • Farmasi
  • Penjara
  • Balai Bomba
  • Pelabuhan
  • Lapangan Terbang
  • Pelincir
  • Kewangan
  • Perbankan
  • Kesihatan
  • Pertahanan
  • Keselamatan
  • Peruncitan
  • Bekalan Makanan
  • Penyiaran
  • Pembersihan

Dengan itu, orang ramai diminta untuk mematuhi peraturan yang telah diputuskan oleh pihak berkuasa.

Perintah Kawalan Pergerakan
Duduk Diam-Diam Di Rumah

Please, janganlah berkumpul atau melepak secara beramai-ramai dekat sesuatu tempat. Tanamkan rasa tanggunjawab dalam diri sendiri untuk kebaikan kita bersama. Sikap sambil lewa boleh memudaratkan lagi situasi yang sedia ada.

Kita juga dinasihatkan supaya berada di rumah selama tempoh perintah ini berlaku kecuali keluar untuk memenuhi keperluan-keperluan asas. Duduk diam-diam di rumah (stay at home).

Perintah Kawalan Pergerakan
Jarak Sosial = 1 Meter

Amalkan sosial distancing dari orang sekeliling demi mengelakkan jangkitan Covid 19.

Jangan lupa utamakan kebersihan diri juga.


Baca juga :



Continue Reading

15 March 2020

ResV Shaklee

Bila sekali pandang pada botol, nampak sama macam Vivix. Tapi sebenarnya tidak. ResV ini sebenarnya produk terbaru dari Shaklee yang mula dijual di pasaran pada bulan Mac 2020.

ResV Shaklee


ResV adalah penemuan revolusi terbaru daripada Shaklee. Ia dihasilkan secara saintifik dan direka untuk kesihatan dan kehidupan yang lebih bersemangat.

Ia diperbuat daripada pelbagai campuran semulajadi polifenol dan ekstrak botani seperti Anggur Muscadine, Lobak Ungu, Japanese Knotweed, Buah Delima, Chebulin Myrobalan, Anggur Hitam dan Hampas Anggur dan Anggur Merah.

ResV Shaklee
ResV Shaklee

ResV telah terbukti secara saintifik untuk ;
  • Meningkatkan perlindungan sel
  • Meningkatkan tenaga dalam sel
  • Menguatkan pertahanan sel
  • Menguatkan fungsi sel

Keistimewaan ResV Shaklee


1. Kemajuan Saintifik

Melalui pembangunan bertahun-tahun bersama para saintis terkemuka dengan penyelidikan canggih secara global, Shaklee telah berjaya menghasilkan produk baru mereka iaitu ResV Shaklee untuk menyokong kesihatan dengan selamat dan semulajadi.


2. Disokong oleh 6 Paten

Shaklee menggunakan proses pengesktrakan berpaten bagi mengekalkan bioaktif polifenol supaya anda dapat menikmati kandungan nutrisi serta manfaat dengan sepenuhnya. Ianya adalah ;
  • Semulajadi
  • Tanpa pewarna tiruan
  • Tanpa pemanis tiruan
  • Tanpa warna tiruan
  • Tanpa pengawet
  • Tanpa gluten tambahan

Ini bermaksud company lain tak boleh meniru produk ini. Ekslusif hanya untuk Shaklee, woww!


3. Pertanian secara berterusan

Shaklee komited kepada piawaian yang tinggi dalam pertanian mesra alam supaya anda boleh menikmati nutrien yang bermanfaat dengan kepekatan tinggi sepanjang tahun.


4. Tidak perlu disimpan di dalam peti sejuk

Kapsul lembut ResV tidak perlu disimpan peti sejuk dan mempunyai jangka hayat selama 24 bulan. Fuhh, 2 tahun tu!


Kapsul ResV Shaklee


ResV Shaklee
ResV Shaklee : Kapsul lembut

Untuk pengetahuan anda, kapsul ResV Shaklee ni lebih pejal berbanding kapsul supplemen Shaklee yang lain. Fungsinya untuk memelihara kandungan ResV supaya tidak teroksidan dan mengekalkan kandungan polifenol di dalam kapsul tersebut.

Kapsul ini terdiri daripada 2 selaput ;
  • Selaput bahagian luar - diselaputi dengan bovine
  • Selaput bahagian dalam - diselaputi dengan hampas kulit anggur/biji anggur

ResV Shaklee
ResV Shaklee : Label pada kotak

Mengikut piawaian KKM, ResV didaftarkan sebagai ubat tradisional walaupun ResV ni bukan ubat. Sebab itu, semua kandungan/ramuan di dalam Res V terpapar pada bahagian luar kotak.


Ramuan ResV Shaklee


ResV Shaklee
Ramuan ResV Shaklee

Setiap ramuan di dalam ResV Shaklee dipilih dan diekstrak dengan teliti. Berikut adalah ramuan ResV Shaklee ;

1. Anggur Muscadine

2. Lobak Ungu

3. Japanese Knotweed

4. Anggur Hitam

5. Buah Delima

6. Hampas Anggur Dan Anggur Merah

7. Chebulin Myrobalan (Buah Kaduka)


Baca lebih lanjut tentang :  Kebaikan Untuk Setiap Ramuan Dalam ResV Shaklee


Kebaikan ResV Shaklee

Kajian saintifik menunjukkan bahawa penggunaan jangka panjang diet yang kaya dengan polifenol tumbuhan memberikan perlindungan terhadap perkembangan kanser, penyakit kardiovaskular, penyakit kencing manis, osteoporosis dan penyakit neurodegenerative.

Selain itu juga, pengambilan ResV mampu memberikan kepada anda ;
  • ResV Untuk Kulit Sihat - Melindungi kulit dari kerosakan oleh sinaran ultraviolet (UV) dan serangan radikal bebas. Meningkatkan penghasilan kolagen17 dan mengurangkan garis halus serta kedutan.
  • ResV Untuk Peredaran Darah Yang Sihat - Mengurangkan keradangan kronik, yang menjadi punca utama penyakit jantung serta menurunkan tekanan darah dan tahap kolesterol LDL (jahat) dan meningkatkan tahap kolesterol HDL (baik).
  • ResV Untuk Tahap gula Darah Yang Sihat - Menurunkan tahap gula darah semasa berpuasa, meningkatkan toleransi glukosa dan meningkatkan kepekaan insulin.
  • ResV Untuk Menyokong Detoks Yang Berkesan  - Meningkatkan kesihatan hati dengan mengawal stress dalaman badan, mengurangkan kemerahan dan pembengkakan, dan mengurangkan kematian sel pada hati9 dan menyerupai kesan positif berpuasa atau diet rendah kalori, yang boleh membantu menurunkan berat badan.
  • ResV Untuk Fungsi Otak Yang Sihat - Pengambilan jus anggur setiap hari selama 12 minggu11 meningkatkan memori orang dewasa yang mengalami masalah mental ringan. Pengambilan polifenol setiap hari secara konsisten meningkatkan aliran darah ke otak, meningkatkan ingatan dan daya tumpuan.
  • ResV Untuk Meningkatkan Tenaga dan kekuatan Otot - Mempercepatkan penghasilan mitokondria, penjana utama tenaga badan anda. Ia juga meningkatkan jisim otot dan penghasilan semula otot dikalangan individu yang berusia, terutamanya apabila diamalkan bersama dengan senaman.
  • ResV Untuk Perkembangan Sel Yang Sihat - Polifenol adalah salah satu daripada sebatian untuk mengurangkan risiko kanser kerana ia dipercayai menghalang pertumbuhan dan perkembangan pelbagai sel-sel kanser.
  • ResV Untuk Memelihara dan menyokong Kesihatan Sendi - Mengelakkan penipisan dan meningkatkan penghasilan tulang rawan dan kolagen pada sendi.Melalui kajian secara klinikal, pengambilan polifenol secara konsisten membantu meningkatkan fungsi sel dengan membuatkan sel-sel kelihatan lebih muda dan bertahan lebih lama. Bila sel-sel menjadi sihat, anda pun sihat.


Kelebihan ResV Shaklee


Beza ResV Dengan Vivix Shaklee
Beza ResV dengan Vivix Shaklee

  • Ia berbentuk softgel. Jadi mudah nak dibawa ke mana-mana
  • Tidak perlu simpan didalam peti sejuk. Tahan sehingga 24 bulan
  • Mengandungi 5 lagi bahan tambahan berbanding Vivix
  • Mempunyai kuasa 30x lebih polifenol
  • Kuasa Antioksidan
  • Disokong 6 paten
  • Buatan Amerika Syarikat
  • Halal

Cara Pengambilan ResV Shaklee


Dos yang dicadangkan adalah 2 biji sehari selepas makan. 

Untuk kehidupan dan tenaga yang lebih optimum dan lebih sihat, anda digalakkan untuk mengambil ResV dan Vivix.


Harga ResV Shaklee


Setiap botol ada 60 kapsul lembut 》RM510 sahaja.


Promosi ResV Shaklee!


Promosi ResV Shaklee


1. Beli 2 botol Diskaun 5% 》 RM 775.20

- Free Membership RM 35
- Diskaun 5%
- Free Postage RM 10
- Cashback RM 36.85
- Sebotol jadi RM 369 saja


Promosi ResV Shaklee


2. Beli 6 Percuma Sebotol 》 RM 2448

- Free Membership RM 35
- Free Sebotol lagi ResV
- Free Postage RM 10
- Cashback RM 256.08
- Sebotol jadi RM 313 saja!

Dengan setiap pembelian 2 botol ResV, anda akan menerima organza bag dan paper bag.


Ini bermakna lebih penjimatan berkali ganda apabila membeli lebih banyak ResV Shaklee!


Cara Pembelian :

1.  Beli secara terus dengan HQ Shaklee menggunakan kad debit atau kad kredit. Boleh klik  BELI DI SINI

Atau

2. Boleh terus hubungi dengan Ruby (Pengedar Sah ResV Shaklee) di talian ini 016 6696703. Boleh  Klik Untuk WhatsApp

Rubiah Kadir
Pengedar Shaklee Anda Sejak 2013


Continue Reading

12 March 2020

Cara Mencegah Virus Covid 19

WHO (Pertubuhan Kesihatan Dunia) dah pun mengisytiharkan situasi penularan
COVID 19 sekarang ni sebagai "pandemik". Kawan-kawan, ni tahap yang paling serius 😥

Endemik, Epidemik dan juga Pandemik iaitu 3 perkataan ini kerap digunakan untuk menunjukkan betapa seriusnya sesuatu penyakit menular, yang mana membawa maksud berlainan.

Cara Mencegah Covid 19
Cara Mencegah Virus Covid 19

Pandemik merujuk kepada penyakit berjangkit/wabak melalui populasi manusia dan merentasi ke kawasan luar sehingga melepasi negara dan benua, malah ke seluruh dunia.

Dimana ciri-cirinya seperti ;
  • tersebar dalam waktu yang singkat dan pantas
  • menyebabkan kadar kematian yang tinggi

Contoh penyakit yang pernah diisytiharkan sebagai pandemik adalah penyakit hawar/yersenia pestis yang dikenali "BLACK DEATH" diantara kurun ke 14 hingga kurun ke 17 yang melibatkan kematian 2/3 penduduk dunia.

Adakah sejarah mungkin berulang dengan situasi Covid 19 sekarang ni?
Allahu, takut sungguh :(
Langkah Pencegahan Wabak Coronavirus-Covid 19
Tahap-tahap serius sesuatu wabak penyakit berjangkit

Statistik terbaru Covid 19, telah dikemaskini oleh WHO pada 11am, 12 Mac 2020.

China hanya rekod 15 kes positif pada Rabu termasuk 6 kes import.
Wabak di Eropah semakin serius  dan kematian terus meningkat di Itali, Perancis dan Sepanyol.

Malaysia pula mencatatkan 149 kes.

Covid 19 : Bilangan Kes, Kematian Dan Negara Yang Terbabit

Sehingga kini, tiada lagi penawar atau vaksin ditemui untuk membendung dan mengatasi jangkitan coronavirus ini.

Langkah Pencegahan Covid 19 Di Sekolah


Langkah Pencegahan Covid 19 Di Tempat Kerja


Langkah Pencegahan Di Kenderaan Awam


Langkah Pencegahan Covid 19 Di Tempat Membeli Belah


Sebagai cara mencegah virus Covid 19 , kita di nasihatkan supaya;

1. Elakkan pergi atau berkumpul ke tempat-tempat yang sesak.

2. Kerap cuci tangan dengan sabun dan air. Ajar dan tunjukkan cara yang betul untuk mencuci tangan pada anak-anak kita. Virus ni boleh hidup pada tangan selama 10 minit. Amalkan guna hand sanitizer.

3. Pakai face mask.

4. Tutup mulut dan hidung dengan tisu jika bersin atau batuk.

5. Dapatkan pemeriksaan segera jika ada simptom demam tinggi dan masalah jangkitan saluran pernafasan seperti batuk.

6. Elakkan bersentuhan atau bersalaman dengan mereka/individu yang ada simptom virus ini.

7. Ambil vitamin untuk kuatkan sistem pertahanan badan(antibodi) seperti Vitamin C. Ni pakar yang sarankan.

KKM juga nasihatkan supaya tangguhkan perjalanan ke luar negara terutamanya negara-negara yang berisiko ada kes wabak Covid 19 ni.

Pejam celik pejam celik, dah masuk bulan ke 3 dah wabak ni menular. Angka kes Covid 19 di Malaysia semakin meningkat kesan daripada gelombang kedua virus ni. Allahu, sama-sama kita doakan semoga wabak ni berlalu pergi.

Baca juga :  Doa Untuk Elak Penyakit Berjangkit


Jaga diri dan family, jaga keselamatan dan jaga kesihatan korang ya!💜

Dah baca ?

Asal Usul Coronavirus
Continue Reading