12 March 2020

Cara Mencegah Virus Covid 19

WHO (Pertubuhan Kesihatan Dunia) dah pun mengisytiharkan situasi penularan
COVID 19 sekarang ni sebagai "pandemik". Kawan-kawan, ni tahap yang paling serius 😥

Endemik, Epidemik dan juga Pandemik iaitu 3 perkataan ini kerap digunakan untuk menunjukkan betapa seriusnya sesuatu penyakit menular, yang mana membawa maksud berlainan.

Cara Mencegah Covid 19
Cara Mencegah Virus Covid 19

Pandemik merujuk kepada penyakit berjangkit/wabak melalui populasi manusia dan merentasi ke kawasan luar sehingga melepasi negara dan benua, malah ke seluruh dunia.

Dimana ciri-cirinya seperti ;
  • tersebar dalam waktu yang singkat dan pantas
  • menyebabkan kadar kematian yang tinggi

Contoh penyakit yang pernah diisytiharkan sebagai pandemik adalah penyakit hawar/yersenia pestis yang dikenali "BLACK DEATH" diantara kurun ke 14 hingga kurun ke 17 yang melibatkan kematian 2/3 penduduk dunia.

Adakah sejarah mungkin berulang dengan situasi Covid 19 sekarang ni?
Allahu, takut sungguh :(
Langkah Pencegahan Wabak Coronavirus-Covid 19
Tahap-tahap serius sesuatu wabak penyakit berjangkit

Statistik terbaru Covid 19, telah dikemaskini oleh WHO pada 11am, 12 Mac 2020.

China hanya rekod 15 kes positif pada Rabu termasuk 6 kes import.
Wabak di Eropah semakin serius  dan kematian terus meningkat di Itali, Perancis dan Sepanyol.

Malaysia pula mencatatkan 149 kes.

Covid 19 : Bilangan Kes, Kematian Dan Negara Yang Terbabit

Sehingga kini, tiada lagi penawar atau vaksin ditemui untuk membendung dan mengatasi jangkitan coronavirus ini.

Langkah Pencegahan Covid 19 Di Sekolah


Langkah Pencegahan Covid 19 Di Tempat Kerja


Langkah Pencegahan Di Kenderaan Awam


Langkah Pencegahan Covid 19 Di Tempat Membeli Belah


Sebagai cara mencegah virus Covid 19 , kita di nasihatkan supaya;

1. Elakkan pergi atau berkumpul ke tempat-tempat yang sesak.

2. Kerap cuci tangan dengan sabun dan air. Ajar dan tunjukkan cara yang betul untuk mencuci tangan pada anak-anak kita. Virus ni boleh hidup pada tangan selama 10 minit. Amalkan guna hand sanitizer.

3. Pakai face mask.

4. Tutup mulut dan hidung dengan tisu jika bersin atau batuk.

5. Dapatkan pemeriksaan segera jika ada simptom demam tinggi dan masalah jangkitan saluran pernafasan seperti batuk.

6. Elakkan bersentuhan atau bersalaman dengan mereka/individu yang ada simptom virus ini.

7. Ambil vitamin untuk kuatkan sistem pertahanan badan(antibodi) seperti Vitamin C. Ni pakar yang sarankan.

KKM juga nasihatkan supaya tangguhkan perjalanan ke luar negara terutamanya negara-negara yang berisiko ada kes wabak Covid 19 ni.

Pejam celik pejam celik, dah masuk bulan ke 3 dah wabak ni menular. Angka kes Covid 19 di Malaysia semakin meningkat kesan daripada gelombang kedua virus ni. Allahu, sama-sama kita doakan semoga wabak ni berlalu pergi.

Baca juga :  Doa Untuk Elak Penyakit Berjangkit


Jaga diri dan family, jaga keselamatan dan jaga kesihatan korang ya!💜

Dah baca ?

Asal Usul Coronavirus

12 comments:

  1. Terima kasih atas perkongsian..

    ReplyDelete
  2. covid19 di china dah makin menurun sebab mereka dah melaksanakan lockdown emergency protocol. Jadi sebab itu kadar jangkitan mereka dapat menurun. Harap di Malaysia akan semakin menurun jangkitannya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ouh patutlah angka dia tak naik banyak dah. Tq info kak Dana

      Delete
  3. Semoga kita dilindungi dari virus ni... Takut sunggug bila setiap hari dapat news, semakin ramai yang disahkan di Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, takut 😥

      Lebih bimbang anak². Semoga Allah lindungi kita semua.

      Delete
  4. actually jap lagi nak g market. terfikir nak pakai sarung tangan masa g market.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum sis Rubiah, Selamat hari jumaat. Jemput sertai giveaway mac dengan 16 hadiah wang tunai terkumpul RM900.

    Sangat mudah untuk sertai. 5 minit dah boleh setel. KLIK SINI UNTUK SERTAI

    Jemput meriahkan ya. Kalau sambutan menggalakkan, boleh buat tiap tiap bulan.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen di blog Ruby.

Salam Ukhwah :)