21 March 2020

Manfaat Omega 3 Untuk Jantung

Jantung satu-satunya organ yang membekalkan darah kepada tubuh. Secara purata, jantung kita berdegup ;
  • 80 kali seminit
  • 4800 kali sejam
  • 115 200 kali sehari
  • 42 048 0000 kali setahun

Manfaat Omega 3 Untuk Jantung
Manfaat Omega 3 Untuk Jantung
Ia memerlukan nutrien tambahan untuk memastikannya mampu memenuhi keperluan tubuh. Asid Lemak Omega 3 umumnya ada banyak kebaikan. Ciri Omega 3 yang bersifat anti-radang, memainkan peranan penting dalam melindungi jantung.


Manfaat Omega 3 Untuk Jantung

1.  Mengekalkan Profil Lipid Yang Sihat

Manfaat Omega 3 Untuk Jantung
Kolestrol Baik Dan Kolestrol Jahat

Profil lipid merangkumi bacaan keseluruhan kolestrol. Kolestrol baik (HDL), Kolestrol Jahat (LDL) dan Trigliserida. Ia digunapakai untuk salah satu penilaian untuk tentukan risiko anda terhadap penyakit jantung.

Pengambilan Omega 3 secara teratur dapat meningkatkan profil lipid dengan kadar positif ;
  • Meningkatkan paras kolestrol baik (HDL)
  • Mengurangkan tahap trigliserida (lemak dalam darah)
  • Merendahkan risiko penyakit jantung


2.  Mengawal Tekanan Darah Yang Sihat

Manfaat Omega 3 Untuk Jantung
Tekanan Darah Tinggi tidak baik untuk kesihatan

Semakin tinggi bacaan tekanan darah anda, semakin tinggi risiko untuk berhadapan dengan penyakit yang berkaitan jantung.

Tekanan darah tinggi menyebabkan tekanan pada saluran darah dan meningkatkan beban kerja pada jantung. Kajian menunjukkan omega 3 memberi manfaat dalam membantu mengawal atur tekanan darah ke paras yang lebih sihat.



3. Degupan Dan Ritma Jantung Yang Sihat

Degupan jantung adalah bilangan kekerapan jantung berdegup (biasanya dalam minit). Manakala ritma jantung pula corak dengupan jantung.

Jantung yang sihat ada ritma jantung yang stabil. Penyelidikan telah menunjukkan Omega 3 membantu menormalkan ritma jantung yang tidak stabil dan mengurangkan risiko mati mengejut.



4.  Memelihara Saluran Darah Daripada Tersumbat

Manfaat Omega 3 Untuk Jantung
Saluran darah yang semakin menyempit

Saluran darah yang luas ada penting untuk kesihatan kerana jantung mengepam kira-kira 2000 gelen darah sehari dan ia membawa darah yang dipam ke setiap organ dalam tubuh anda.

Omega 3 membantu ;
  • Mengurangkan proses pengumpulan lemak pada dinding arteri, untuk pengaliran darah yang lancar
  • Melegakan keradangan pada lapisan saluran darah


5.  Menyokong Peredaran Darah Yang Sihat

Darah membekalkan oksigen dan nutrien kepada organ, tisu dan sel badan anda. Omega 3 membantu ;
  • Mengurangkan risiko pembekuan darah
  • Meningkatkan aliran darah dengan menormalkan pengembangan dan penyempitan saluran darah

Banyak rupanya manfaat omega 3 untuk kesihatan jantung ni ya.

Jantung berdegup antara nikmat yang Allah kurniakan untuk kita sebagai manusia. Hargai dan jagalah jantung kita sebaik mungkin ;)

Lakukan ujian kolestrol untuk mengetahui tahap kesihatan jantung.


Baca juga :

Apa Itu Asid Lemak Omega 3?

Omega 3 Baik Untuk Kulit

Kebaikan Omega 3 Untuk Kurus

Omega 3 Shaklee = Omega Guard

1 comment:

Terima kasih sudi singgah dan komen di blog Ruby.

Salam Ukhwah :)