26 December 2019

Manfaat Vitamin C Dan Kolagen Untuk Kecantikan

Berdua lebih baik dari satu! Sahabat baik untuk kulit anda iaitu Vitamin C dan juga Kolagen (collagen). Rasakan dan nikmati manfaat daripada kuasa pasangan 2 C ini untuk kulit yang sihat, berseri dan kelihatan awet muda.

Mari Ruby kongsikan dengan anda semua tentang Manfaat Vitamin C dan Kolagen Untuk Kecantikan.


Vitamin C Dan Kolagen Untuk Kecantikan
Vitamin C Dan Kolagen Untuk Kecantikan


Kolagen (Collagen)

Merupakan sejenis protein yang terdapat dalam tulang, otot, saluran darah, sistem pencernaan, tendon dan paling banyak ada pada KULIT kita.

Ia bertindak seperti "gam" yang mengikat komponen lain dalam badan kita untuk bersama mengekalkan kekuatan badan termasuklah kekuatan dan keanjalan kulit.


Antara Manfaat Kolagen Untuk Kecantikan

  • Meningkatkan keanjalan kulit untuk kulit yang lebih kukuh dan lembut.
  • Mengekalkan kelembapan kulit.
  • Mengurangkan kedutan dan garis halus pada kulit.
  • Memudarkan pigmentasi, jeragat dan tona tidak sekata.
  • Mencerahkan dan melicinkan kulit.
  • Mengecilkan liang-liang pori yang kelihatan.
  • Membekalkan nutrien dari dalam untuk kulit kelihatan berseri.
  • Menegangkan dan menganjalkan payudara.
  • Membantu untuk kuku yang kuat dan tebal, serta rambut yang sihat berkilau.

Tekanan, pendedahan kepada cahaya matahari dan merokok boleh mempercepat kerosakan kolagen, mengakibatkan kulit kendur serta berkedut, kuku rapuh dan rambut kering. 

Kolagen Untuk Kecantikan
Kolagen mula merosot seiring dengan pertambahan usia.

Penghasilan kolagen secara semulajadi mula berkurangan apabila usia semakin meningkat, dan menyebabkan kulit kendur. Garis halus dan kedutan mulai terbentuk.

Tingkatkan pengambilan kolagen anda dengan Collagen Plus Powder Shaklee sekarang supaya kulit nampak sihat dan cantik!


Collagen Plus Powder Shaklee
Collagen Plus Powder Shaklee

Ketahui juga tentang :  




Vitamin C

Dikenali sebagai asid askorbik. Vitamin C memainkan peranan penting dalam fungsi serta penyelenggaraan tubuh, terutama sekali kulit.

Vitamin C merupakan salah satu nutrien penting untuk mengekalkan kecantikan kulit. Radikal bebas di sekeliling kita akan menyebabkan kulit wajah menjadi rosak. Garis halus dan kedutan mula muncul. Kulit nampak kusam.


Vitamin C Untuk Kecantikan Cantik
Vitamin C Untuk Kecantikan Kulit

Antara Manfaat Vitamin C Untuk Kecantikan

  • Bertindak sebagai antikosida.
  • Menghasilkan kolagen.
  • Melindungi kulit dari sinaran UV dan radikal bebas yang merosakkan.
  • Bertindak sebagai agen pengurangan pigmentasi.
  • Berfungsi sebagai ant-radang.

Badan manusia tidak mampu menghasilkan Vitamin C sendiri. Jadi kita perlu mengambilnya setiap hari. Untuk memudahkan anda, ambil saja Sustained Release Vita C Shaklee ;)


Sustained Release Vitamin C Shaklee
Sustained Release Vitamin C Shaklee

Baca juga tentang :




Vitamin C Dan Kolagen Untuk Kecantikan
Pengambilan konsisten Vitamin C Dan Kolagen
Membantu Untuk Kecantikan

Sebarang pertanyaan, info mahupun belian produk Vitamin C & Kolagen Shaklee, boleh hubungi Ruby di talian berikut   WHATSAPP DI SINI

Continue Reading

24 December 2019

Kesan Buruk Picit Jerawat

Siapa yang ada habit suka picit jerawat? Ruby faham, mesti rasa tak selesa bila jerawat muncul pada kulit muka. Lagi-lagi masa kita tengok cermin. Mulalah tangan tak duduk diam, gatal nak picit jerawat tu kan.

Mungkin pada anggapan kita, lepas dah settle kerja memicit. Isi jerawat dah keluar, maka ‘mati’lah jerawat tu nanti. Tapi sebaliknya keadaan jadi semakin teruk.

Baca juga :  Bagaimana Jerawat Boleh Timbul?

Kesan Buruk Picit Jerawat
Kesan Buruk Picit Jerawat

Seeloknya, jangan picit. Biarkan saja. Mari kita lihat apa kesan buruk apabila kita suka memicit jerawat.



Kesan Buruk Picit Jerawat

Kesan Buruk Picit Jerawat


1.  Jerawat menjadi semakin merah, sakit dan besar !

Dalam sehari macam-macam yang kita sentuh dan pegang. Sebab itulah kita tidak digalakkan untuk memicit jerawat. Takut kuman atau bakteria pada jari tersebut mula merebak ke dalam jerawat yang dipicit tadi. Akibatnya jerawat semakin merah dan sakit.


2.  Risiko jerawat baru akan tumbuh di tempat lain pula.

Mungkin anda nak cuba untuk mengeluarkan nanah atau minyak pada jerawat tersebut, tapi dalam masa yang sama kuman mula tersebar masuk jauh lebih dalam ke bawah kulit. Akhirnya jerawat yang sedikit mula bertambah menjadi banyak.


3.  Tinggalkan kesan parut hitam yang hodoh.

Menurut pakar kulit, radang teruk boleh berlaku pada kawasan kulit selepas anda memecahkan jerawat. Mungkin akan mengambil masa yang lama untuk kesan parut akibat memicit jerawat itu pudar dan hilang.

Kesan Buruk Picit Jerawat
Kesan Buruk Akibat Memicit Jerawat.
Parut Hitam Dan Kulit Tidak Sekata

4.  Kulit mungkin menjadi radang dan bengkak.

Kulit bahagian jerawat yang baru dipicit akan terasa bengkak dan pedih. Anda boleh membalut ketulan ais pada tisu untuk dituam pada kawasan tersebut untuk mengurangkan bengkak.


5.  Punca kepada tona kulit tidak sekata.

Kulit wajah adalah kawasan yang paling nipis dan sensitif. Jika anda picit jerawat dengan menekan terlalu kuat, kulit boleh jadi lebam-lebam merah. Lebam tersebut akan buat kulit anda nampak tidak sekata.

Ada wanita yang suka menggunakan solekan/make up bagi menutup kesan jerawat yang mereka hadapi. Bagi Ruby, ini bukanlah penyelesaian terbaik. Bahan solekan itu akan menutupi lubang-lubang jerawat kesan daripada jerawat yang di picit. Kulit tidak boleh bernafas, kemungkinan jerawat boleh menjadi teruk.

Jadi mulai hari ini, berhenti dari picit jerawat sendiri tau ;)


Dah baca?

5 Jenis Jerawat Yang Kita Tak Tahu

Cara Mengatasi Jerawat Dengan Berkesan

Vitamin Shaklee Untuk Jerawat


Continue Reading

23 December 2019

Lucky Draw Shaklee 2019

Assalamualaikum. Haii korang!

Rasanya belum terlambat lagi untuk Ruby bagitau pada semua yang Shaklee ada melancarkan program Buy Buy 2019 Lucky Draw. Ianya bermula pada 28 November yang lalu sehingga 31 Disember 2019.

Shaklee sediakan hadiah yang bernilai hampir Rm90 000 dari pelbagai jenis produk Shaklee!

Dan yang syoknya, 38 hadiah akan diberikan kepada pemenang setiap minggu. Ulang lagi, setiap minggu tau. Wahh, betul-betul syok ni.

Antara hadiahnya seperti ;

  •  Youth Treatment and Repair Set  RM 1675.00
  •  Skincare Youth
  •  Supplemen Shaklee seperti Vivix, Carotomax, Nutriferon, Vitamin C dan lain-lain
  •  Beg Luggage Limited Edition 


Lucky Draw Shaklee 2019
Lucky Draw Shaklee 2019

Syarat untuk menyertai lucky draw Shaklee ialah ;
  • Semua ahli Shaklee layak masuk peraduan ini.
  • Hanya perlu buat belian minimum 50UV (-+RM170) = 1 tiket lucky draw. Lagi banyak anda membeli, lagi banyak peluang untuk dapat tiket.

Lucky Draw Shaklee
Contoh belian dari downline Ruby.
Beliau berjaya mendapat 2 tiket untuk Lucky Draw.

Bagaimana nak tahu siapa pemenangnya?

Setiap cabutan Lucky Draw Shaklee ini diadakan secara LIVE di facebook Shaklee Malaysia. Jadi semua orang boleh tengok kat situ ;)

  • Cabutan Minggu Pertama pada Jumaat 13 Disember - penyertaan dari 28hb sehingga 10 Disember.
  • Cabutan Minggu Kedua pada Jumaat 20 Disember - penyertaan dari 11hb sehingga 17 Disember.
  • Cabutan Minggu Ketiga pada Jumaat 27 Disember - penyertaan dari 18hb sehingga 24 Disember.
  • Cabutan Minggu Keempat pada Jumaat 3 Jan 2020 - penyertaan dari 25hb sehingga 31 Disemnber.

Grand Draw pada 3 Jan 2020 - tiket yang tidak memenangi hadiah pada cabutan mingguan, masih lagi berpeluang untuk memenangi hadiah yang Shaklee sediakan tu.


Pemenang Lucky Draw Minggu Pertama
Pemenang Lucky Draw Shaklee Minggu Pertama


Pemenang Lucky Draw Shaklee
Pemenang Lucky Draw Minggu Kedua

Tahniah kepada pemenang-pemenang yang bertuah! Tumpang happy untuk anda.

Masih berbaki lagi 2 minggu cabutan. Ini bermakna anda masih berpeluang untuk memenangi hadiah istimewa dari Shaklee. Mungkin anda pemenang yang seterusnya ;)


Nak tahu lebih details tentang promosi Shaklee bulan ini atau ingin tahu cara nak jadi Ahli Shaklee atau ada pertanyaan lain? Boleh saja hubungi Ruby di talian ini 016 6696703 WHATSAPP DI SINI






Continue Reading

21 December 2019

Tips Memilih Kolagen Terbaik

Ada macam-macam jenis dan jenama kolagen dekat pasaran, jadi agak sukar untuk kita membuat pilihan bagi sumber kolagen yang mana terbaik dan berkesan.

Apa yang membuatkan kolagen itu bagus?

Mari kita lihat ciri-ciri ini apabila anda hendak memilih dan membeli kolagen :)

Tips Memilih Kolagen
Tips Memilih Kolagen Terbaik

Tips Memilih Kolagen Terbaik


#Mengandungi Kolagen Jenis 1

Pastikan anda pilih dari Kolagen jenis 1 sebagai pilihan utama untuk kesihatan kulit kerana ia merupakan blok asas untuk membina kulit.

- kolagen jenis 1 menyumbang 90% kolagen untuk badan, dalam membina kulit, tendon, ligamen, organ dan tulang.

- ia meningkatkan ketegangan kulit, menjadikan ia tak mudah kendur.

- memainkan peranan penting untuk penyembuhan luka.


#Kadar Penyerapan Yang Baik

Untuk mendapat kolagen yang banyak, anda mesti pastikan ia menyerap ke dalam badan kita sepenuhnya ntuk menjadikan ia berfungsi.

- pilih kolagen marin kerana ia dikenali mempunyai penyerapan yang tinggi kerana mempunyai zarah yang kecil.

- kolagen marin mempunyai penyerapan yang tinggi, di mana boleh meningkatkan sintesis kolagen pada bahagian dermis dengan lebih efisyen, membantu kesihatan kulit, tulang dan sendi.


#Lebih Dalam, Lebih Bagus!

Maksudnya bila nak memilih sumber kolagen terbaik dari Ikan laut seperti ikan laut merah mempunyai kebolehan dalam menahan tekanan yang tinggi di dalam dasar laut, membuatkan ia tahan lasak dan ada "sumber kolagen yang berkualiti".


#Berpasangan dengan Nutrisi Lain

Bekerja secara sinergistik dengan nutrien lain, menyebabkan keadaan kolagen akan menjadi tip top kerana keberkesanan dipertingkat.

- pilih kolagen yang diperkaya dengan vitamin C untuk menggalakkan penghasilan kolagen, sementara itu melawan radikal bebas.

-  pilih kolagen yang diperkaya dengan vitamin B, seperti B² dengan B⁶ untuk menyokong metabolisma tenaga.  Ia diperlukan untuk penghasilan kolagen di dalam sel.


Pastikan anda membeli kolagen yang ada ciri-ciri seperti Ruby nyatakan di atas ya.  Ada 4 tips kesemuanya ;)

Ruby juga nak suggest pada anda produk kolagen yang terbaik iaitu Collagen Plus Powder

Untuk lebih details, boleh klik pada gambar di bawah.



Berita baik!

Sepanjang bulan Disember ini, ada promosi Collagen Plus Powder tau.

  • Beli 2 kotak DISKAUN 5%
  • Beli 6 kotak PERCUMA sekotak lagi Collagen Plus Powder

Sebarang pertanyaan mahupun belian produk kolagen Shaklee, boleh hubungi Ruby di talian berikut  WHATSAPP DI SINI
Continue Reading

20 December 2019

5 Sebab Kenapa Perlukan Kolagen

Sebut saja tentang kolagen, kita mesti terfikir kolagen ni hanya untuk kulit. Sebenarnya tidak. Jaringan kolagen adalah struktur asas dalam kulit, tendon, tulang, membran, uterus, otot jantung dan tisu penghubung. 1/3 daripada tubuh manusia sendiri adalah kolagen.

Ketahui kenapa kita perlu mengekalkan tahap kolagen yang optimum dan kenapa kita perlu bermula hari ini.


5 Sebab Kenapa Perlukan Kolagen

Kenapa Perlukan Kolagen - Untuk Kulit
Kolagen Untuk Kecantikan Kulit

1. Kolagen Adalah Bahan Utama Untuk Kulit Yang Kukuh

30% protein dalam badan adalah kolagen. Ia memegang semua sel kulit bersama, mengekalkan keanjalan kulit dan memastikan ikatan bahagian dalaman dan luaran kulit menjadi lebih kuat.

Pendedahan terhadap pelbagai faktor termasuk umur, boleh menyebabkan kulit beransur-ansur hilang keanjalan.

Ambil supplemen kolagen dalam menu supplemen harian anda supaya anda boleh katakan tidak pada kulit melendut dan berkedut.



Kenapa Perlukan Kolagen - Untuk Sendi
Kolagen Menyokong Kesihatan Sendi

2. Kolagen Menyokong Kesihatan Sendi

Disebabkan kolagen membentuk blok bangunan sendi, ia memainkan peranan penting untuk sokong sendi yang lebih fleksibel.

Kolagen kaya dengan asid amino untuk memberi sokongan dan keanjalan kepada tisu penghubung seperti tulang rawan, tulang, tendon, dan ligamen untuk menyokong gaya hidup aktif.



Kenapa Perlukan Kolagen - Untuk Rambut Kuku
Kolagen Untuk Rambut Dan Kuku

3. Kolagen Membantu Untuk Rambut Dan Kuku Yang Sihat

Rambut dan Kuku memerlukan kolagen untuk mendapat kekuatan. Ciri-ciri antioksidannya bantu melawan radikal bebas yang menyebabkan rambut beruban dan kuku menjadi rapuh.

Apabila badan ada kolagen yang mencukupi, ia dapat menghantar nutrien pada kulit kepala dan membina semula struktur kuk, supaya dapat tumbuh dengan sihat, memberikan rambut berkilat dan kuku yang kuat.



Kenapa Perlukan Kolagen - Kolagen Menyusut
Kolagen Menyusut Setiap Tahun Selepas Umur 20 Tahun

4. Ohh tidak! Kolagen Berkurangan Setiap Tahun

Menurut Pembantu Profesor Dermatologi di University of Pittsburgh dan Pengarah Pembedahan Kosmestik dan Pusat Kesihatan Kulit,
Selepas umur 20 tahun, penghasilan kolagen berkurangan sebanyak 1% berbanding tahun sebelumnya. Pengurangan ini punca kepada garis halus, kedutan, kulit kering serta kusam. Untuk mengurangkan kesan ini, anda perlu mula mengambil kolagen sekarang!


Kenapa Perlukan Kolagen
Kolagen rosak disebabkan sinar UV, bahan kimia dan pencemaran

5. Kolagen Rosak Setiap Hari 

Pencemaran alam sekitar, bahan kimia berbahaya, sinar UV dan juga pengambilan makanan mencetuskan radikal bebas di bawah kulit anda, menyebabkan kolagen mulai rosak.

Pendedahan yang berterusan kepada pencemaran ini dalam jangka masa panjang memberikan kesan buruk kepada kulit kita. Dan kita tidak boleh mengelakkan dari pencemaran ini dan juga sinar UV.

Apa yang boleh kita lakukan ialah dengan mula mengambil kolagen secara harian supaya penghasilan kolagen di tahap optimum.


Baca juga :

4 Tips Memilih Kolagen Terbaik

Collagen Plus Powder Shaklee

8 Testimoni Collagen Plus Powder Shaklee
Continue Reading

02 December 2019

Promosi Shaklee Disember 2019

Pejam celik pejam celik, kita sudah pun berada dalam penghujung bulan bagi tahun 2019, iaitu bulan Disember.

Seperti biasa, setiap awal bulan Ruby nak kongsikan dengan anda semua promosi-promosi istimewa yang Shaklee tawarkan.

Mari lihat apa dia Promosi Shaklee Disember 2019.


Promosi Shaklee Disember 2019
Promosi Shaklee Disember 2019

#1  Collagen Plus Powder
Promosi Shaklee Disember 2019 Collagen Plus Powder
Promosi Shaklee Disember 2019
Collagen Plus Powder
Terdapat 2 pilihan promosi iaitu ;
1. Pembelian 6 kotak Collagen Plus Powder pada harga RM 1428 !

Harga Runcit 》 RM 1788, anda jimat sehingga RM 360. Bukan itu sahaja, anda juga layak dapat ;

  • PERCUMA sekotak Collagen Plus Powder (Jimat RM 298)
  • PERCUMA keahlian Shaklee (Jimat RM 65)
  • PERCUMA penghantaran (Jimat RM 10)
  • CASHBACK sebanyak (RM 108)

Jadi dengan pembelian set ni, penjimatan hampir RM 841! Woow, banyaknya!


2. Pembelian 2 kotak Collagen Plus Powder dengan 5% diskaun!

Harga Promosi cuma RM 566 sahaja.

Harga Runcit RM 596.

Baca juga :





#2  Zinc Plus
Promosi Shaklee Disember 2019-Zinc Plus
Promosi Shaklee Disember 2019
Zinc Plus

Pembelian 3 botol Zinc Plus, PERCUMA 1 botol Zinc Plus pada harga RM 168.75.

Anda jimat RM 56.25

Baca juga info produk di sini :




#3  Youth Travel / Trial Set
Promosi Shaklee Disember 2019  Youth Travel/Trial Set
Promosi Shaklee Disember 2019
Youth Travel/Trial Set

Ada 2 pilihan promosi untuk anda.

1. Beli dengan harga RM 297.50

Atau

2. Beli dengan harga RM 68, dengan buat belian mana-mana produk YOUTH SKINCARE 200uv (RM 750) dalam satu resit, anda juga layak dapat ;
  • PERCUMA Keahlian (Jimat RM 65)
  • PERCUMA Kos Penghantaran (Jimat RM 10)
  • CASHBACK lebih kurang RM 60

Youth Travel-Trial Set
Youth Travel - Trial Set

Baca juga info lengkap tentang Youth Travel/Trial Set, klik bawah :




#4   Back To School Set
Promosi Shaklee Disember 2019 Set Kanak-Kanak
Promosi Shaklee Disember 2019
Set Kanak-Kanak
Supplemen terbaik untuk anak-anak kita yang sedang membesar. Ada 3 produk dalam Back To School Set ;

  • Mealshake - Menambah selera makan, sesuai untuk picky eater. Mengandungi 19 jenis multivitamin sebagai pelengkap nutrisi. Membantu untuk masalah sembelit. Bagus untuk otak.
  • Vitalea for kids - Lengkap dengan vitamindan mineral. Nutrisi lengkap untuk anak yang tak suka makan sayur atau buah. Sumber kalsium untuk tulang yang kuat. Menyokong sistem imuniti badan.
  • Chewable C Plus -  Imun booster untuk anak yang kerap demam/selsema. Meningkatkan kesihatan tulang, gigi, gusi dan struktur am tubuh badan.

Harga Runcit  : RM 282.50

Dengan pembelian set ini, anda boleh memiliki Shaker Shaklee yang eklusif dengan harga yang lebih murah, iaitu RM 32.50 ( harga normal RM RM 43.75). Ada 2 pilihan warna 》 Black dan Purple!


#5  Promosi JOM SHAKLEE

Promosi Jom Shaklee-Welcome Set
Promosi Jom Shaklee - Welcome Set

Promosi Jom Shaklee-Welcome Set ini hanya untuk mereka belum menjadi ahli Shaklee. Terdapat 5 set yang Shaklee tawarkan dengan setiap set 10% diskaun dari harga ahli!


Nak tahu lebih lanjut tentang promosi bulan ini atau apa-apa pertanyaan/belian produk Shaklee, boleh hubungi Ruby di talian  016 6696703
Continue Reading