07 September 2021

Giveaway BusyraKongsiRezeki Wang Tunai RM100

Tahun ni Ruby tak join mana-mana giveaway lagi. Maklumlah menyepikan diri dari blog dalam tempoh yang agak lama. Hehehe.

Bila blogwalking, terjumpa satu giveaway ni. Nampak menarik sebab hadiahnya adalah WANG TUNAI!

Jom sama-sama join. Syarat pun mudah saja. Masih sempat lagi sebelum 10.9.2021 :)

Entry yang Ruby suka dalam blog Busyra :


Bolehlah Ruby cuba buat guna resepi ni nanti dengan anak-anak, insyaAllah. Sebab cubaan buat choco jar minggu lepas tak menjadi. Hahahaha.


Boleh klik banner bawah ni ya.



Continue Reading

01 September 2021

Servis Penghantaran Hari Yang Sama Dari PG Mall dan GrabExpress

Pembelian secara dalam talian (online) kini lebih mendapat tempat di hati rakyat Malaysia untuk berbelanja dan mendapatkan keperluan mereka.

Fakta ini dikukuhkan lagi dari sumber Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyatakan angka jualan runcit dalam talian ketika musim pandemik ini meningkat dua kali ganda berbanding setahun yang lalu.


Ini bermakna, ramai pengguna lebih suka untuk membeli secara dalam talian, termasuklah Ruby sendiri juga.


Dengan adanya telefon pintar, komputer dan internet yang meluas, pembelian dalam talian menjadi lebih mudah untuk di akses oleh pengguna-pengguna tanpa perlu keluar dari rumah.


Yang pastinya ianya menjimatkan masa dan tenaga kita sebagai pembeli. Tidak perlu lagi bersesak-sesak di kedai mahupun pasaraya.


Pembelian dalam talian juga boleh dilakukan pada bila-bila masa saja. Masa yang fleksibel untuk pembeli membuat pilihan yang lebih tepat, sesuai dengan citarasa masing-masing.



PG MALL




PG Mall http://www.pgmall.my merupakan platform perdagangan (E-Commerce) No 1 Malaysia yang telah ditubuhkan sejak tahun 2017 lagi. Wah, dah 4 tahun!


Yang menariknya, PG Mall ni satu-satunya platform "e-dagang tempatan di Malaysia".


Untuk pengetahuan, ia menawarkan pelbagai jenis barangan seperti keperluan harian, barangan dapur, pakaian sehinggalah barangan kesihatan dan juga kosmetik.


Berdasarkan laporan Iprice Insight

https://iprice.my/insights/mapofecommerce/en/


PG Mall telah disenaraikan sebagai salah satu laman web e-dagang yang ke 3 teratas.




GRAB EXPRESS

Ruby pasti ramai yang dah mengetahui tentang perkhidmatan yang ditawarkan oleh Grab.





Buat julung kalinya, PG Mall merupakan platform e-dagang tempatan pertama yang BEKERJASAMA dan DISATUKAN dengan Grab Express untuk menyediakan servis penghantaran ekspres.


Permintaan untuk penghantaran pada hari yang sama (same day delivery) meningkat terutamanya di bandar-bandar utama negara dengan ketidakpastian pandemik global menjadikannya gelombang ke-3.


Untuk fasa pertama kolaborasi, penghantaran GrabExpress akan disediakan untuk pembeli dan penjual di sekitar Lembah Klang.

Sangat beruntunglah bagi pembeli dan penjual yang tinggal dan berada di kawasan itu.


Pembeli-pembeli boleh membuat pesanan dan menerima penghantaran bungkusan mereka dalam hari yang sama dengan hanya satu klik saja.


Kualiti produk yang dipesan adalah terjamin dan selamat sampai ke pintu rumah pembeli.


Bagi pembeli dan penjual dari negeri lain pula boleh menjangkakan pilihan yang sama dilancarkan pada tahun 2022 akan datang.


Jangan lepaskan peluang menikmati promosi pelancaran PG Mall x Grab Express dengan penghantaran DISKAUN RM12!



Call to Action :


➡️ Shop now!




Hashtags :


#PGMall

#onlineshopping 

#shopping

#MalaysiaNo1ecommerceplatform #ecommerceplatform 

#Shopnow #Shoponline

#Grabexpress



About PGMall :


Website

http://www.pgmall.my



Instagram: : http://www.instagram.com/pgmall.my/


Tiktok
Continue Reading