28 August 2019

Testimoni GLA Complex Shaklee - Period Tidak Teratur

Purata masa bagi satu kitaran haid wanita biasanya selama 28 hari. Ada yang lebih (30/33 hari), dan ada pula yang kurang sedikit. Ia bergantung kepada tubuh badan seseorang.

Untuk pengetahuan, kitaran haid akan menentukan tahap kesuburan dan kesihatan golongan wanita.

Ada sesetengah wanita berhadapan dengan masalah period yang tidak teratur. Bulan ni period,  2 3 bulan kemudian pula tidak. Ada juga yang mengalami period yang kerap dalam masa 1 bulan. Ruby pun pernah merasa ketika zaman study kat kolej, period jadi tunggang terbalik sampaikan terpaksa ambil injection. Masa tu tak kenal Shaklee lagi.

Mari Ruby kongsikan antara punca kepada period tidak teratur ;
  • Hormon yang tidak seimbang
  • Berat badan berlebihan
  • Stress/tekanan
  • Ubat pencegah kehamilan
  • Masih menyusukan anak
  • Kemungkinan sedang hamil
  • Sindrom PCOS
  • Pemakanan yang tidak seimbang
  • Masalah tiroid

Testimoni Gla Complex Shaklee - Period Tidak Teratur


Testimoni GLA Complex : Period Lebih Teratur
Testimoni GLA Complex : Period Lebih Teratur

Testimoni GLA Complex : Period Kembali Normal
Testimoni GLA Complex : Period Kembali Normal


Period Tidak Teratur
Testimoni GLA Complex : Saya Dah Period


Kandungan Dalam GLA Complex Shaklee
Kandungan Dalam GLA Complex Shaklee

GLA adalah asid lemak omega 6, yang penting untuk digunakan oleh badan kita untuk menghasilkan prostaglandin. Iaitu bahan yang membantu mengawal pelbagai fungsi tubuh.

Selain baik untuk kesihatan kulit, GLA Complex Shaklee juga "Pembantu Khas Wanita" yang bermanfaat ;
  • Menstabilkan hormon
  • Mengawalatur kitaran haid
  • Mengurangkan period pain seperti senggugut
  • Melancarkan aliran darah haid
  • Mengurangkan sakit-sakit pinggang sebelum dan semasa datang bulan

Lihat juga : 





Bagi wanita diluar sana, pesanan Ruby jika anda mengalami masalah period yang tidak teratur, period yang berpanjangan ataupun simptom yang mencurigakan, silalah berjumpa dengan doktor untuk check up ya. Jangan biarkan.

Sebarang info atau belian mengenai produk Shakle, boleh berhubung dengan Ruby disini  WHATSAPP DISINI
Continue Reading

26 August 2019

Promosi Youth Shaklee | Youth Starter Set

Youth Shaklee merupakan produk penjagaan kulit wajah yang direka khas oleh Para Saintis selama 8 tahun, bukan sahaja untuk menambahbaik kesihatan kulit, malah dijamin mampu mengubah usia kulit anda kembali muda.

Promosi Jom Shaklee : Youth Starter Set
Promosi Jom Shaklee : Youth Starter Set

Bagi mereka yang tercari-cari skincare yang organik, inilah masanya beralih untuk memilih Youth Shaklee. Yang menariknya, Shaklee ada offer Youth Starter Set pada harga yang jauh lebih rendah.

Biasanya harga set ini ialah RM 680 untuk ahli dan RM 850 untuk bukan ahli Shaklee. Istimewa untuk anda, ianya cuma RM 612 all in! Serius jimat banyak.

Ada 4 items di dalam set ini :
  • YOUTH Luminous Gel Oil Cleanser
  • YOUTH Perfecting Skin Toner
  • YOUTH Age Defense Moisturizer SPF 50
  • YOUTH Advanced Renewal Night Cream (Light)

Apa yang anda akan dapat dengan pembelian ini ?

✅ Harga less 10% dari harga ahli biasa (Jimat Rm68)

✅ FREE Membership (bernilai RM 65)

✅ FREE Postage (bernilai RM 10)

✅ FREE Paperbag

✅ Dapat Cashback RM29


TOTAL PENJIMATAN : RM172

Terma dan Syarat Belian : Untuk mereka yang belum menjadi Ahli Shaklee.

Bagi yang telah tamat Keahlian Shaklee pula, boleh hubungi Ruby untuk info lanjut.

Fungsi setiap produk di dalam Youth Starter Set


1)  Luminous Gel Oil Cleanser  | 125ml
3 dlm 1, tidak mengandungi sabun. PH seimbang. Membersih, memperhalus dengan lembut dan menyuci.

2)  Perfecting Skin Toner  | 177ml
Membersihkan sel kulit mati, menghidrat dan bekalkan nutrisi kepada kulit.

3)  Age Defense Moisturizer SPF50 | 50ml
Melindungi kulit dari sinaran berbahaya, menyubur dan melembapkan kulit.

4)  Advanced Renewal Night Cream | 50ml
Menyokong proses pembaharuan sel kulit semasa tidur agar lebih cerah, muda, licin dan berseri.

Setiap produk di dalam rejimen ini di hasilkan daripada vitamin-vitamin anti penuaan dan polifenol untuk memberi manfaat rawatan.


Youth Starter Set Sesuai Untuk Siapa?

  • Sesuai untuk umur 20 tahun ke atas
  • Sesuai untuk wanita & lelaki yang ingin menjaga penampilan supaya lebih berkeyakinan.
  • Sesiapa saja yang ada masalah kulit (jerawat, tona tak sekata, parut, liang pori besar dll)
  • Sesiapa saja yang nak kulit muda dan sihat

Banyak Produk Skincare Di Pasaran, Kenapa Saya Perlu Pilih Youth Shaklee?


✅  Lulus KKM

✅  100% vegan. Dihasilkan dari  tumbuhan

✅  Bebas 1500 bahan kimia berbahaya

✅  Sesuai untuk semua jenis kulit

✅  Diuji oleh Pakar Kulit dan Pakar Mata

✅  Non comedogenic (tidak menyumbatkan liang pori)

✅ Hasil kajian R & D selama 8 tahun


Testimoni Pengguna Youth Stars 


Testimoni Youth Star Shaklee
Tona Kulit Lebih Sekata

Testimoni Youth Star Shaklee
Kulit Nampak Flawless

Testimoni Youth Star Shaklee
Kulit Jadi Glowing

Testimoni Youth Star Shaklee
Jerawat merah berkurang






Idamkan kulit yang sihat dan cantik?
Mulakan sekarang. Berikan nutrisi yang terbaik untuk penjagaan luaran kulit anda dengan Youth Shaklee.

Boleh terus hubungi Ruby untuk sebarang pertanyaan, info mahupun belian. Klik saja di bawah,

📲   WhatsApp Disini 016 6696703
Continue Reading

25 August 2019

Testimoni GLA Complex - Pengalaman Cyst Ketika Mengandung

“Share lah Nad. Ramai ibu mengandung ada cyst / fibroid”

Begitulah respon kawan Nad, seorang doktor perubatan bila dapat tahu cyst Nad masa pregnancy kali ni kecut in 6 weeks.

Baiklah, ini pengalaman Nad. Nad akan kongsikan apa ikhtiar Nad untuk kecutkan cyst.

Pregnancy kali ke-4 ni berbeza sungguh dari yang sebelum-sebelum ni. Tak pernah pun ada cyst masa pregnant atau tak pregnant. Kali ni Allah nak bagi Nad pengalaman tu. Alhamdulillah. Bolehlah kongsikan dengan kalian kan 😊

Cyst Semasa Hamil 8 minggu
Doktor detect ada Cyst ketika hamil 8 minggu

Masa pregnant 8 weeks, doktor detect ada cyst. Size around 2 cm. Doktor yang check up dan sonographer both cakap tak perlu risau, sebab cyst ni biasanya kecut dalam 2 minggu.

Checkup 12 weeks, cyst makin membesar lagi 1 cm. Hati dah tak keruan. Tapi doktor kata masih ok lagi. As long as bawah 5 cm.

Cyst makin membesar
Hamil 12 minggu, Cyst Makin Membesar

Esoknya, Nad mula add on 1 biji GLA Complex to the supplement routine (Set Hamil Shaklee).

2 weeks after that, checkup dan scan, Alhamdulillah ada perkembangan positif, dah makin kecil cyst nya! Nad teruskan lagi supplements Set Hamil Shaklee + GLA Complex.

4 weeks kemudian, checkup, dah takde terus dah cyst tu 🥰. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Cyst dah kecut
Cyst dah mengecut dan tiada

Terima kasih Allah. Lega rasa hati. Baby pun berkembangan seperti usianya 💕

Sejak confirm cyst dah tak ada, Nad stop GLA Complex dan teruskan dengan Set Hamil Shaklee macam biasa. Moga bermanfaat untuk anda yang mengalami isu seperti Nad ni ya.

Cerita asal dari FB : Nadiah Suhaidi


Details tentang Set Hamil Shaklee dan items di dalamnya, boleh baca ;

Set Hamil Shaklee



Continue Reading

24 August 2019

Testimoni GLA Complex Shaklee - Cyst Mengecut

Cyst Ovari berlaku pada sistem reproduktif seorang wanita. Selalunya terjadi disebabkan oleh kitaran haid yang tidak teratur serta ketidak seimbangan hormon dalam badan.

Cyst merupakan ketumbuhan yang tidak normal. Mengandungi cecair didalamnya seperti air, darah beku, darah haid, lemak atau minyak. Ada juga cyst yang tumbuh bersama daging, tulang, rambut dan banyak lagi.

Testimoni Gla Complex Shaklee : Cyst Mengecut
Testimoni Gla Complex Shaklee : Cyst Mengecut

Cyst ovari
Cyst Ovari pada sistem peranakan wanita

Entry kali ini, Ruby nak share feedback customer yang berkongsi kegembiraan mereka mengenai cyst yang dihadapi sudah mengecut.


Berjaya hamil selepas cyst mengecut
Berjaya hamil selepas cyst mengecut : Testimoni Gla Complex


Ikhtiar hamil selepas cyst kecut
Ikhtiar hamil selepas cyst kecut : Testimoni Gla Complex


Cyst saya dah hilang
Cyst saya dah hilang : Testimoni Gla Complex


Saiz cyst isteri saya mengecut
Saiz cyst isteri saya mengecut : Testimoni Gla Complex

Untuk pengetahuan anda, jika saiz cyst semakin membesar, jalan penyelesaian untuk mengatasinya adalah melalui pembedahan. Oleh itu, berjumpalah dengan doktor jika ada tanda-tanda yang negatif.

Sebarang pertanyaan, info tentang produk atau pun belian, boleh berhubung terus dengan Ruby di talian berikut  WHATSAPP DI SINI

Continue Reading

23 August 2019

Kecilkan Pori Muka Dengan 4 Bahan Mudah Di Dapur

Liang pori  memainkan  peranan  penting  dalam  membantu  kulit  kita  kekal  terhidrasi. Selain  itu,  ia  juga  membuang  toksin  dari  kulit  dan  menyerap  nutrisi  dari  luar.


Laing Pori Besar
Liang Pori Besar

Kat  rumah  kita  boleh  guna  4  bahan  paling  mudah dan  jimat  poket  untuk  mengecilkan  saiz  pori  muka.

Bahan-bahan :

  • Putih  telur
  • Limau  nipis
  • Madu
  • Kanji  jagung

Putih  Telur

Ada kandungan protein dan albumin yang tinggi. Kulit lebih kencang anjal, lebihan minyak dalam pori akan diserap.

Putih telur
Putih Telur


Limau  Nipis

Membawa 22% kandungan Vitamin C.  Kira tinggi tu nak banding dengan zat lain dalam limau nipis sendiri. Tak hairan kenapa bila tambah limau nipis, saiz pori lebih nampak halus dan kulit jadi sekata.


Limau nipis
Perahan Air Limau Nipis

Sebab  Vitamin C  ni akan galakkan kolagen baru terhasil. Kolagen  akan menambah kekenyalan kulit,  membuatkan saiz pori kurang untuk menjadi lebih renggang.

Kalau nak tahu, salah satu punca pori jadi besar ialah bila kulit hilang elastik. So memang penting sangat Vitamin C pada kulit.


Madu

Akan menambah  kelembapan kulit,  bersifat anti bakteria, sekaligus dapat elakkan kulit hilang lembapan asli.


Madu
Madu
Kulit lembap, akan kurang berminyak. Kurang berminyak bermakna pori takkan membesar dan kelenjar minyak takkan bekerja keras keluarkan minyak berlebihan untuk sokong lembapan kulit.


Kanji  Jagung

Sebagai tambahan untuk kurangkan allergi pada kulit. Kebanyakan kanji jagung diguna dalam produk kosmetik termasuk yang berjenama besar macam Laurier Mercier.

Sebab kanji jagung ni dia bersifat soothing atau menenangkan, sebagai agen pemekat dalam produk.


Kanji Jagung
Kanji Jagung

Kan dulu mak atau nenek kita bila masa kita budak -budak bila naik gatal-gatal kat kulit, cepat je diorang bancuh tepung kanji nak kurangkan radang gatal kat kulit kan. Kejap saja gatal merah tu kering.


So 4 bahan tadi campurkan semua dan sapu kat muka. Jika nak pekat, boleh tambah lagi kanji jagung.

Dalam 15 minit, bilas dengan air biasa. Memang korang akan rasa kulit kurang berminyak, tekstur kulit juga lebih licin.


Masker untuk kecilkan pori muka
Masker Untuk Kecilkan Pori Muka

Siap semua, korang pakai rutin skincare macam biasa, pakai serum dan pelembap supaya kulit tak jadi kering.

Boleh amalkan 1 -2 kali dalam seminggu. Nak cantik, haruslah rajin.

Korang boleh #Share terus untuk rujukan, tag kawan atau orang tersayang. Semoga info ni berguna dan makin bermanfaat kepada orang lain.

#PetuaFyzaShah
Continue Reading

22 August 2019

Abang Asyraaf Tanam Kangkung Dalam Bekas

Biji benih kangkung yang Abang Asyraaf semai, dah keluar daunnya 💗

Selain suka melukis, ni lah hobi dia. Suka sangat bab-bab menanam.

Tanam Pokok Kangkung Dalam Bekas
Pokok Kangkung

Kunyit, bawang, serai, cili kat dapur Mak, dia jadikan bahan ekperimen. Semua benda nak di tanam 🤣

Ada yang hidup,
Ada yang tak hidup-hidup.

Tanam lagi dan lagi. Tak pernah putus asa. Tanya Mak pasal itu ini. Mak jawab mana yang tahu je Nakk 😊

Abang Asyraaf
Ini lah orangnya, Anak Sulongku. Asyraaf


Abang Asyraaf, sekarang darjah 3. Seorang yang lemah lembut. Sifat rajinnya tu terserlah sejak dia berumur 5 tahun lagi. Suka tolong Mak buat kerja-kerja rumah. Basuh pinggan mangkuk, angkat baju kat ampaian, mengemas barang-barang yang adiknya sepahkan.

Semoga Abang jadi anak yang soleh. Aamiin 🤲😊
Continue Reading

19 August 2019

5 Cara Mudah Semak Produk Yang Ada Kelulusan KKM

Perasan tak, sekarang ni terlalu banyak lambakan produk kesihatan dan skincare yang buat kita teruja, nampak best. Tapi ada sebahagian daripadanya tidak mendapat kelulusan pihak berkuasa.

Macam-macam tagline yang digunakan. Sampaikan ada yang sanggup claim produk mereka boleh "putihkan kulit seawal 7 hari". Tak kurang juga, "boleh kurus tanpa perlu berdiet".

Cara Mudah Semak Produk Yang Ada Kelulusan KKM
Cara Mudah Semak Produk Yang Ada Kelulusan KKM

Elakkan diri sendiri menjadi mangsa. Pesanan Ruby, pastikan periksa status ubat atau kosmetik itu terlebih dahulu sebelum membeli dan memakainya. Samada produk tersebut mempunyai kelulusan KKM atau tidak.

Kali ini Ruby nak share cara mudah nak semak label produk samada ia selamat digunakan atau tidak.

5 CARA MUDAH SEMAK PRODUK YANG ADA KELULUSAN KKM


http://www.npra.gov.my

#Langkah 1
Layari laman web NPRA di www.npra.gov.my . NPRA ialah singkatan kepada National Pharmaceutical Regulatory Agency. Boleh menyemak kelulusan produk suplemen dan skincare/kosmetik melalui laman web yang sama.



#Langkah 2
Cari 'Products Search/Carian Produk".

Cara Mudah Semak Produk Yang Ada Kelulusan KKM

#Langkah 3
Pilih ‘Cosmetic’ untuk menyemak skincare. Boleh pilih ‘Pharmaceutical’ jika mahu menyemak produk suplemen (bukan skincare).


#Langkah 4
Boleh pilih ikut kesesuaian. Pada bahagian 'Search by', ada beberapa pilihan:

Product Name
Notification Number
Holder Name
Manufacturer Name
Importer
Active Ingredient

Contoh Ruby pilih 'Product Name' supaya senang untuk membuat carian.
Masukkan nama produk yang ingin disemak. Ruby guna contoh mudah ialah Shaklee Youth


#Langkah 5
Tekan "Search". Ambil beberapa saat, kemudian keluarlah semua senarai produk dengan perkataan ‘Shaklee Youth’ tadi.

Inilah hasil carian tadi. Semua produk dalam rangkaian YOUTH Skincare dari Shaklee telah didaftarkan.

Produk skincare yang lulus kkm
Produk Skincare Yang Lulus KKM

Semak Produk Supplement Yang Lulus KKM
Produk Supplement Yang Lulus KKM

Jadi, kalau produk yang anda cari terdapat di dalam senarai ini, bermakna produk tersebut mempunyai kelulusan KKM. Jika nama produk yang anda cari tiada dalam senarai, anda perlu semak dengan pengedar produk tersebut atau carilah produk lain yang tersenarai.


Berhati-hatilah dalam pemilihan produk sama ada untuk kesihatan atau penjagaan kulit. Jadilah pembeli yang berilmu. Jangan terlalu obses nak CEPAT CANTIK, nak CEPAT KURUS dalam masa yang singkat, akhirnya memakan diri sendiri. Kongsikan info ini dengan rakan anda supaya sama-sama kita dapat manfaatnya.
Continue Reading

17 August 2019

Pencuci Muka Youth Shaklee | Luminous Gel Oil Cleanser

Kenapa pencuci muka itu sangat penting? Kerana kulit kita sering terdedah dengan persekitaran yang tercemar seperti debu, asap mahupun bakteria. Jadi kita perlu membersihkan kulit wajah daripada segala kotoran yang melekat pada kulit.

Selain itu, ia juga penting untuk membaiki dan memperbaharui sel-sel kulit yang mati.


Luminous Gel Oil Cleanser
Youth Shaklee Luminous Gel Oil Cleanser

Sebelum membeli pencuci muka, kita seharusnya sudah mengetahui apakah jenis kulit kita sendiri. Ada yang kulitnya jenis normal, kombinasi, kering, berminyak ataupun jenis sensitif.

Penggunaan pencuci muka yang tidak bersesuaian dengan jenis kulit boleh mengakibatkan ketidakselesaan kulit wajah, jangkitan kuman, kerengsaan dan kulit menjadi semakin kering.


YOUTH SHAKLEE LUMINOUS GEL OIL CLEANSER


Ruby sendiri dah pun menggunakan pencuci muka Youth Shaklee ni. Tiap kali mencuci, kulit terasa segar dan sejuk gitu. Sejujurnya, memang dah jatuh cinta dah. Kulit jadi lembut toink toinkk. Jadi kali ni Ruby nak kongsikan tentang keistimewaan Luminous Gel Oil Cleanser.


1. Pencuci muka yang sesuai untuk semua jenis kulit. Terdiri dari 2 kombinasi iaitu jenis gel dan jenis minyak untuk kulit yang sihat.
  • Gel 》 Kulit Normal, Kombinasi dan Berminyak
  • Minyak 》 Kulit Kering dan Sensitif
Pencuci Muka Youth Shaklee Luminous Gel Oil Cleanser
Pencuci Muka Youth Shaklee | Luminous Gel Oil Cleanser

2. PH seimbang dan tidak mengandungi sabun
Membersihkan kulit wajah secara mendalam dengan lembut. Tidak berbuih (bebas sabun) dan tidak mengeringkan kulit. Kulit terasa bersih, segar dan sejuk selepas mencuci.


3. Bebas Microbeads
Kebanyakan produk scrub dipasaran mengandungi microbeads yang kasar dan boleh merosakkan kulit. Youth Cleanser bebas microbeads, membersih dengan lembut.


4. Mampu mengurangkan Blackhead dan Whitehead
Tiada rasa berpasir pada hidung. Rasa licin bila sentuh, seronok !


5. Tekstur
Gel yang berwarna jernih putih. Bau wangi dari bahan organik di dalamnya.


6. Bahan terbaik untuk kulit
  • Ada Muscadine Grape Extract - mengandungi polifenol untuk melindungi dan membaiki DNA sambil menghalang kolagen dan elastin dari kerosakan.
  • Ada Ekstrak Alga Hijau - membersihkan sel-sel kulit mati dan memberi hidrasi kepada kulit.
  • Ada Minyak Avokado - Kaya dengan antioksidan. Melembapkan kulit semasa mencuci. Menjadikan kulit halus dan lembut.
  • Ada Ekstrak Yis - Mengurangkan tekanan oksidatif pada kulit dan memberi kesan kelegaan.

7. Boleh jadi make up remover
Menanggalkan solekan dengan lembut (bagi makeup yang light)


8. 100% daripada tumbuhan
Bebas dari 1500 bahan kimia yang berbahaya termasuklah paraben, sls dan merkuri.


9. Melalui kajian R & D selama 8 tahun
Di uji oleh Para Dermatologi dan Para Oftalmologi


10. Lulus KKM

Pencuci Muka Lulus KKM - Youth Cleanser Shaklee
Pencuci Muka Lulus KKM - Youth Cleanser Shaklee

Ketahui info tentang : Cara Mudah Nak Semak Produk Lulus KKM


11. Sangat jimat!
Ruby sendiri gunakan 1 tiub cleanser ni boleh bertahan sehingga 7 bulan. Tak perlu beli setiap bulan dah.


Berapa harga Youth Cleanser ?
RM193.75 | 125 ML


Testimoni Pengguna Youth Cleanser

Testimoni Pengguna Youth Cleanser
Testimoni Pengguna Youth Cleanser - Kulit Jadi Lembut
Dan Whitehead Dah Hilang


Jadi untuk memiliki kulit wajah yang sihat, lembut dan sempurna tanpa sebarang cela, jadikan amalan mencuci muka itu sebagai rutin penjagaan kulit yang wajib kita lakukan setiap hari.


Sebarang pertanyaan, konsultansi atau belian boleh berhubung terus dengan Ruby di talian WhatsApp 0166696703


Continue Reading

16 August 2019

Testimoni Youth Shaklee - Kulit Nampak Muda

Wooww! Nampak ketara sangat perubahan kulit Ummi kepada Kak Nad ni 💗

Konsisten dan setia menggunakan YOUTH SHAKLEE sejak March 2018. Hasilnya sekarang, gambar yang sebelah kanan tu ☺

Testimoni Youth Shaklee - Kulit Nampak Muda
Testimoni Youth Shaklee - Kulit Nampak Muda

" Sejak 2017, kulit Ummi Nad start jadi macam gambar di sebelah kiri tu. Kulit Ummi Nad sebelum ni cerah dan tak bermasalah sangat.

Mungkin asbab makan ubat TB, dan kesan pemakaian skincare yang claim semulajadi tapi tak berapa semulajadi, dia jadi macam tu. Pakai skincare tu pula ada lah dalam 30 tahun. Memang setia dan konsisten sungguh Ummi Nad ni.

Birthday Ummi Nad tahun lepas, Nad hadiahkan Youth Skincare yang masa tu baru je dilancarkan.

Memang ambil masa skit bila pakai skincare yang totally semulajadi, bebas 1500 bahan kimia bahaya, dan ambil masa 8 tahun R&D ni.

Along the way tu, banyak juga cabaran. Nad kena beri motivasi pada Ummi Nad supaya terus konsisten dan believe in Youth Skincare. Almaklumlah skincare baru untuk Ummi selepas 30 years.

Orang kata jeragat ni susah sangat nak hilang kan?

Alhamdulillah now berbaloi dah semuanya. March 2018 - now guna Youth. Molek dah kulit Ummi. Sekata dan cerah 🥰

Slowly, but surely ❤️ ". - Master Nadiah Suhaidi -

Lihat juga :


5 Bahan Utama Dalam Youth Shaklee


Produk Penjagaan Kulit Youth Shaklee
Produk Penjagaan Kulit - Youth Shaklee

Sebarang pertanyaan, info atau pembelian produk Shaklee, boleh terus berhubung dengan Ruby di talian WHATSAPP 016 6696703
Continue Reading

15 August 2019

Resepi Agar Agar Santan Gula Merah

Beli dekat kedai, tak cukup kalau setakat Rm5. Anak pulak ramai, hahaha. Buat tadi seloyang. Barulah puas hati tengok anak-anak makan.

Ada yang panggil agar-agar lumut, ada juga yang sebut agar-agar santan. Apapun namanya, yang penting rasa dia. Yang Ruby buat ni versi gula merah/melaka.

Bila masuk mulut, terasa manis-manis lemak gituu. Makan pula sejuk-sejuk, masa baru dikeluarkan dari peti ais, fuhh nikmatnyaaa 😋


Agar Agar Gula Merah
Agar Agar Santan Gula Merah


Kalau korang tak gemar yang ni, boleh juga cuba yang hijau tu. Guna daun pandan. Kena blender dan tapis air pandannya.

Disini Ruby sertakan resepinya ya.


RESEPI AGAR AGAR SANTAN GULA MERAH

Bahan untuk membuat agar agar gula merah
Bahan untuk membuat agar agar santan gula merah
Sumber imej : Google

Bahan-Bahan :
• Agar-agar tali (15gram | sepaket)

• 1100ml air

• 1 kotak santan 200ml

• 1 ketul gula merah (Ruby guna yang jenis batang tu)

• Gula (boleh tambah jika nak manis lagi)

• Telur sebiji

• Garam secubit

• Sehelai daun pandan (nak bagi wangi,tak letak pun tak pe)

Cara Membuat :

1. Satukan agar-agar tadi bersama dengan air ke dalam periuk. Masak sehingga agar-agar tersebut larut.

2. Masukkan gula, gula merah dan daun pandan. Biarkan larut dan mendidih.

3. Di dalam bekas yang lain, pecahkan telur. Masukkan santan dan secubit garam. Kacau sehingga sebati.

Buang dahulu daun pandan tadi.

4. Kemudian masukkan adunan santan pula ke dalam periuk yang berisi adunan agar-agar tersebut. Biarkan mendidih lebih kurang 1 minit.

5. Tuang ke dalam loyang bersih dan biar ianya keras.

Selamat mencuba! 😄

Continue Reading

10 Cara Menangani Stres Dengan Bijak

Stres atau tekanan merupakan tindak balas fizikal (badan), emosi (perasaan) dan mental yang dialami oleh seseorang terhadap sebarang perubahan di sekelilingnya.

Contoh mudah. Apabila kita berhadapan dengan situasi yang kurang menyenangkan seperti bau busuk, bunyi yang terlalu bising atau ejekan juga boleh membuatkan kita stres.

Berikut antara punca yang membawa kepada stres ;

1. DIRI SENDIRI
Harapan terlalu tinggi

2. KELUARGA
Konflik rumahtangga, kewangan atau tragedi.

3. PEKERJAAN
Beban kerja

4. KONFLIK DENGAN RAKAN SEKERJA


Cara menangani stres
Sedang Stres? Cuba atasinya dengan bijak

Bukan saja orang dewasa dan warga emas yang mengalami stres, malah kanak-kanak mahupun golongan remaja juga tidak terkecuali.

Umumnya, stres yang dihadapi oleh seseorang itu berbeza-beza mengikut tahap bebanan tekanan masing-masing.

Tanda-Tanda Stres

  •  letih keterlaluan
  •  sakit kepala
  •  cepat marah
  •  gelisah
  •  gangguan tidur
  •  perubahan selera makan
  •  tingkah laku menjadi agresif


Tanda tanda stres
Tanda-Tanda Stres

Apa yang harus kita lakukan apabila MARAH menguasai diri ?

1. Bawa bertenang
Tarik nafas dengan mendalam dan lepaskan perlahan-lahan

2. Kenalpasti punca kita marah
Jika tidak mampu mengawal keadaan, tinggalkan tempat dengan serta merta.

3. Bawa berbincang dengan keluarga atau kawan rapat


Bagi sesetengah individu, stres yang bersifat ringan dan sederhana boleh menjadi motivasi atau pendorong kepada mereka dalam kehidupan.

Walau bagaimanapun, jika seseorang itu mengalami stres yang berlebihan, dalam jangka masa yang panjang tanpa sebarang tindakan. Ia sebenarnya akan memberi kesan yang negatif pada diri sendiri dan juga memudaratkan kesihatan.

Sebenarnya kita boleh menangani stres dengan pelbagai cara.  Stres itu boleh dikawal oleh kita sendiri atau melalui bantuan keluarga dan rakan terdekat.

10 Cara Bagi Menangani Stres Dengan Bijak

1. Bertenang
boleh mengurangkan kitaran stres negatif pada permulaan.

2. Bernafas dengan teratur
pertukaran oksigen dan karbon dioksida dalam pernafasan bantu kurangkan ketegangan.

3. Bicara diri
Cuba katakan pada diri sendiri, "relakslah" "bawa bersabar" "tak mengapa" dapat menenteramkan perasaan.

4. Beribadat
Melakukan ibadat mengikut kepercayaan dan agama masing-masing. Bagi orang Islam digalakkan untuk solat sunat taubat, zikir dan selawat. Ia dapat melegakan emosi seseorang dan menguatkan semangat.

5. Berkongsi perasaan
Luah dan berkongsi perasaan dengan orang yang kita percayai. Sama ada keluarga mahupun rakan. Kita akan lebih tenang selepas meluahkan. Jangan memendam, buruk padahnya

6. Berehat
Dapatkan rehat yang mencukupi, tidur yang berkualti. Bagi mereka yang sukakan muzik, boleh mendengar muzik yang beralunan lembut.

7. Berurut
Bila dalam keadaan stres, otot pada bahagian leher dan bahu akan menjadi tegang. Berurut bukan sahaja melegakan urat yang tegang malah dapat melancarkan aliran darah.

8. Beriadah
Lakukan hobi atau aktiviti yang kita sukai. Boleh menghilangkan stres yang dialami, rasa gembira dan menenangkan fikiran.

9. Bersenam
Dapat meningkatkan pengeluran hormon dan dorfin selepas bersenam. Kita lebih seronok dan berasa lega.

10. Berfikiran positif
Ada juga stres yang melanda kita disebabkan prasangka buruk pada sesuatu. Oleh itu, cuba belajar berfikiran positif dan bersangka baik setiap kali berada dalam situasi negatif.

Dengan menjadi orang yang positif, iadapat meningkatkan harga diri kita dan membantu kita menangani stres dengan lebih berkesan.

Apabila melakukan kaedah 10B,  kesan fizikal stres seperti denyutan jantung, perasaan marah, rasa gelisah, gementar, sakit kepala dan sebagainya yang disebabkan oleh tindak balas hormon adrenalin terhadap tubuh dapat dikurangkan.

Stres mesti ditangani secara berterusan bagi memastikan kita sihat dari segi fizikal, emosi dan minda.

Walau bagaimanapun, kaedah 10B hanya untuk mengawal stres dalam jangka yang pendek. Jika keadaan memerlukan nasihat pakar, jangan malu untuk berjumpa dengan kaunselor.

Sumber : http://www.myhealth.gov.my


Continue Reading

10 August 2019

4 Vitamin Yang Boleh Hilangkan Jeragat | Set Jeragat Shaklee

Jeragat atau dikenali juga sebagai pigmentasi, muncul akibat pengumpulan melanin yang banyak. Ia sukar dirawat. Menyebabkan tona kulit tidak sekata dan menjadi gelap.

Pada mulanya, jeragat hanya tompokan kecil. Namun jika dibiarkan, jeragat akan merebak dan memenuhi keseluruhan muka kerana ia bersifat "HIDUP dan TUMBUH". Dalam erti kata lain, dalam diam ia boleh beranak pinak. Grrr, takutnya!

Jeragat pada kulit muka
Jeragat pada kulit muka

Kalau nak tahu, lapisan luar kulit kita (epidermis) sebenarnya ada 5 lapisan. Jeragat yang berada pada lapisan kulit yang paling bawah (lapisan ke 5) akan naik ke setiap satu lapisan demi lapisan ke atas, mengikut kitaran pembaharuan sel kulit kita.

Dari lapisan kulit yang ke 5, jeragat akan naik ke lapisan ke 4, ke 3 dan seterusnya muncul pada permukaan kulit kita. Sebab itu, ada jeragat yang nampak terang dan ada juga jeragat yang nampak pudar.

Berikut adalah punca-punca berlakunya jeragat :
  • perubahan hormon
  • usia yang meningkat
  • penghasilan kolagen di dalam kulit berkurangan (usia meningkat)
  • pengambilan pil perancang
  • tisu dan sel kulit mati
  • penggunaan kosmetik dan alat solek
  • serangan radikal bebas yang merosakkan kulit
  • lapisan kulit yang nipis. Mudah terhakis disebabkan sinaran UV

Walaupun jeragat ini bukan dikategorikan sebagai penyakit kulit berbahaya, namun bagi seorang wanita yang mementingkan penampilan, kehadirannya boleh membuatkan kulit wajah nampak tidak sihat dan rasa kurang keyakinan diri.

Jadi sebelum jeragat itu meluaskan empayar jajahanya, cepat-cepat kita bertindak mencari sesuatu yang boleh mengatasinya daripada terus hidup subur pada kulit kita.

Vitamin Yang Boleh Hilangkan Jeragat


Vitamin Yang Boleh Hilangkan Jeragat
Vitamin Yang Boleh Hilangkan Jeragat
Sumber : Majalah

1) VITAMIN C
Penting dalam penghasilan KOLAGEN. Vitamin C kaya dengan ANTI OKSIDAN. Ia menghalang penghasilan melanin punca jeragat.


2) VITAMIN E
Terkenal dengan vitamin AWET  MUDA. Melambatkan proses penuaan kulit. Juga boleh membantu dalam keseimbangan hormon dan mengawal kadar minyak dlm liang kulit. Vitamin E juga mengurangkan kesan jeragat.


3) PROTEIN
Mengurangkan kesan hitam atau kulit mati akibat jeragat. Potein sangat penting dalam penghasilan SEL BARU bagi menggantikan sel kulit yang telah mati dan rosak.


Cadangan Set Jeragat Shaklee :

Set jeragat shaklee
Set Jeragat Shaklee

sumber vitamin C dari bahan semulajadi dengan Bioflavonoid 

2. VITA E COMPLEX 
sumber vitamin E dengan ekstrak selenium dan biji anggur.

sumber Protein yang berkualiti tinggi.

4. GLA COMPLEX
bagi mengimbangi hormon badan dan kaya omega 3 untuk kecantikan kulit.


Sebarang pertanyaan, konsultansi atau belian boleh berhubung terus dengan Ruby di talian WhatsApp 0166696703





Continue Reading