31 July 2019

Kebaikan Vitamin C Untuk Tubuh

Sebut saja tentang Vitamin C, Ruby percaya ramai yang tahu mengenainya. Selain bagus untuk kecantikan kulit, vitamin C juga mempunyai banyak kebaikan untuk fungsi kesihatan tubuh kita.

Vitamin C
Vitamin C

Apakah Vitamin C?

Vitamin C juga dikenali sebagai asid askorbik. Ia merupakan sejenis zat nutrien terpenting untuk manusia. Badan kita tidak dapat menyimpan Vitamin C kerana sifatnya yang mudah larut air.

Untuk pengetahuan anda, Vitamin C juga tidak boleh disimpan dalam jumlah yang besar dalam badan. Sebarang lebihan akan dibuang melalui urin.

Sesetengah haiwan Mamalia seperti arnab, lembu dan kucing berupaya menghasilkan Vitamin C nya sendiri sedangkan manusia tidak mampu. Oleh itu, kita perlu mendapatkan sumber Vitamin C yang mencukupi setiap hari sama ada melalui buahan, sayuran atau pun supplemen Vitamin C.

Sumber Vitamin C

90 peratus Vitamin C dalam diet harian diperoleh melalui buah dan sayuran seperti strawberi, kiwi, betik, nanas, brokoli, bayam dan sebagainya.

Berapakah Keperluan Dos Vitamin C?

Menurut Office of Dietary Supplements (ODS), jumlah harian yang disyorkan vitamin C untuk orang dewasa adalah: 
  • 90 miligram (mg) untuk lelaki
  • 75 mg untuk wanita
  • 85 mg semasa hamil dan 120 mg semasa menyusu
  • tambahan 35 mg untuk mereka yang merokok

Namun kita tidak digalakkan mengambil dos vitamin C yang melebihi 2000mg.

Vitamin C mengurai dalam keadaan tertentu. Kandungan Vitamin C dalam makanan yang diambil akan berkurangan apabila memasak, dalam keadaan kita stress dan disebabkan aktiviti harian.

Kesan Kekurangan Vitamin C

Tanda Kekurangan Vitamin C
Tanda Kekurangan Vitamin C
Badan akan mula menunjukkan tanda-tanda apabila kita tidak mendapat nutrien ini dengan secukupnya. Kekurangan Vitamin C mengakibatkan tubuh kita tidak dapat berfungsi dengan baik. Antaranya adalah ;
  • Mudah demam dan selsema
  • Cepat stress
  • Rambut kering
  • Masalah kulit
  • Gusi berdarah

Kebaikan Vitamin C Untuk Tubuh

Vitamin C mempunyai pelbagai fungsi untuk tubuh
Vitamin C mempunyai pelbagai fungsi untuk tubuh

1. Sebagai ANTIOKSIDAN yang kuat.
Melindungi sel-sel badan dari kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas. Radikal bebas boleh menyebabkan perubahan dalam sel dan DNA yang boleh menyebabkan penyakit, termasuk kanser. Vitamin ini juga memainkan peranan penting dalam hampir semua tisu badan.

2. Membantu menyokong penyerapan zat besi.
Vitamin C mineral penting untuk pembentukan sel-sel darah merah dan hemoglobin.

3. Meningkatkan imuniti dan kekebalan tubuh.
Kurangkan masalah demam, selsema yang kerap.

4. Mengatasi berlakunya jangkitan dari virus dan bakteria.

5. Mempercepatkan proses penyembuhan luka.

6. Penting dalam pembaikan tisu-tisu badan.

7. Mengurangkan mood stress
Vitamin C berperanan menghasilkan neurotransmiter seperti norepinefrin yang mempengaruhi hati dan otak.

8. Mengawal hipertensi dan tekanan darah.

9. Mengurangkan gejala asma.

10. Membantu dalam pengolahan insulin dan glukosa. (Diabetis)

11. Melindungi pembuluh darah dari kerosakan. (Menjadi punca kepada penyakit jantung).
Mengekalkan kesihatan kardiovaskular.

12. Mengatasi resdung.

13. Mengekalkan sistem saraf.

14. Menggalakkan kesihatan gigi, gusi, tulang dan gigi.

15. Mengatasi masalah anemia dan kolagen yang dihasilkan oleh Vitamin C penting untuk pembinaan struktur tulang rawan, otot dan tulang bayi dalam kandungan Ibu Hamil

Banyak sungguh kebaikan Vitamin C untuk badan kita. Selain itu, ia juga memberi manfaat dalam kecantikan kulit.

Sering kita dengar, ramai wanita masa kini yang ambil jalan mudah dan sanggup melakukan suntikan vitamin C untuk tampil cantik.

Perlu diingatkan, Kementerian Kesihatan Malaysia tidak pernah meluluskan mana-mana produk vitamin C dalam bentuk suntikan. Suntikan adalah UBAT. Bukannya kosmetik.

Kekurangan vitamin C boleh menjadikan kulit nampak tua, tidak segar dan kusam. Keanjalan kulit mula berkurangan dek kerana pertambahan usia dan radikal bebas. Kulit juga mudah menjadi kering.


Kebaikan Vitamin C Untuk Kulit


Vitamin C untuk kulit cantik
Nak kulit cantik? Konsisten ambil Vitami C ya!
1. Menghasilkan kolagen.
2. Mengurangkan pigmentasi.
3. Mencerahkan kulit.

4. Warna tona kulit jadi sekata.
5. Kulit lembap.
6. Mengurangkan garis-garis halus dan kedutan
7. Melawan radikal bebas yang merosakkan sel-sel kulit.

Ketahui juga kebaikan Vitamin C Untuk Hilangkan Jeragat


Continue Reading

29 July 2019

Ketahui 10 Tanda Kekurangan Vitamin C

Vitamin C antara salah satu vitamin yang sangat penting untuk kesihatan menyeluruh dalam perkembangan dan pemulihan sel-sel kita. Kita memerlukan vitamin C setiap hari kerana ia mempunyai pelbagai fungsi kepada tubuh. Antaranya ;
  • Menyokong sistem imun yang sihat
  • Sebagai Antioksidan (melawan radikal bebas)
  • Menggalakkan kesihatan gusi, gigi dan tulang
  • Menjaga kesihatan kulit.
Tanda-tanda kekurangan Vitamin C
Tanda-Tanda Kekurangan Vitamin C

Badan akan mula menunjukkan tanda-tanda bila kita tidak mendapat nutrien ini dengan secukupnya. Kekurangan Vitamin C mengakibatkan tubuh kita tidak dapat berfungsi dengan baik.

Berikut Ruby kongsikan tanda-tanda kekurangan vitamin C. Adakah anda salah seorang daripadanya?


Tanda-Tanda Kekurangan Vitamin C

1. Mudah Stress

Mudah stress
Tanda Kekurangan Vitamin C : Mudah Stress

2. Kulit Mudah Kering

Kulit Mudah Kering
Tanda Kekurangan Vitamin C : Kulit Mudah Kering
Cuba cakar sedikit kulit kita, adakah terdapat garisan putih? Jika ya, itu merupakan tanda kekurangan Vitamin C.


3. Mudah Selsema

Mudah Selsema
Tanda Kekurangan Vitamun C : Mudah Selsema

4. Mudah Demam

Mudah Demam
Tanda Kekurangan Vitamin C : Mudah Demam

5. Luka Lambat Sembuh

Luka lambat sembuh
Tanda Kekurangan Vitamin C : Luka Lambat Sembuh

6. Kulit Wajah Nampak Tua Dari Usia Sebenar

Kulit wajah nampak tua
Tanda Kekurangan Vitamin C :
Kulit Nampak Tua Dari Usia Sebenar

Ketahui juga : 


7. Gusi Kerap Berdarah

Gusi berdarah
Tanda Kekurangan Vitamin C : Gusi Berdarah

8.  Lebam Pada Badan

Mudah lebam
Tanda Kekurangan Vitamin C : Mudah Lebam

9. Kerap Kena Ulser

10. Sakit Sendi

Vitamin C adalah vitamin yang larut air. Badan kita tidak boleh mnghasilkannya sendiri dan tidak dapat menyimpan vitamin C. Jadi kita perlu menggantikan bekalan Vitamin C setiap hari, sama ada melalui sumber pemakanan atau supplement tambahan.
Manusia mendapat 90 peratus jumlah vitamin C daripada sayur-sayuran dan buah-buahan tetapi kandungan vitamin C dalam makanan berkenaan boleh berkurangan sehingga 40 peratus apabila ia dimasak.

Baca juga :
Kenapa Kita Ambil Vitamin C Setiap Hari
9 Testimoni Vitamin C Shaklee

Vitamin C Pilihan Kami



Untuk sebarang pertanyaan atau info, boleh berhubung terus dengan Ruby 
kat talian WhatsApp Di Sini
Continue Reading

28 July 2019

Mainan Budak Sekarang Tak Sama Macam Kita Dulu

Puas dah kut main beyblade. Main yang ni pulak. Lawan batang aiskrim. Main tepuk-tepuk sampai terangkat batang tu. Batang siapa yang duk atas, dia lah yang menang 😆

Yang kiri tu, Abang Asyraaf.
Yang kanan, adiknya Arshaad
Ruby pun buka cerita kat mereka pasal kisah Maknya zaman budak-budak dulu kala. Tak de lagu ni.

Dulu Mak main galah panjang, main masak-masak. Main ting-ting 🙆‍♀️

Ada juga main bola katok (orang bandar panggil apa eh, yang ketuk bola pastu pusing-pusing bulatan).

Bosan yang tu, main baling-baling selipar atau tin (dalam cite Upin Ipin ada). Itu dah kira mainan Mak yang paling sopanlah 😅

Main Ting Ting
Main Ting Ting

Main Lawan Guli
Main lawan guli

Main galah panjang
Main Galah Panjang

Berjalan Guna Tempurung
Berjalan Guna Tempurung
Kadang tu, Mak ikut abang Mak pergi tangkap ikan puyu atau sepat kat baruh. Bukan kadang dah, tapi selalu sangat pergi. Bahagia kut berkubang dalam air. Hahaha.

Tangkap anak berudu dalam longkang pun pernah, adudu. Berudu dengan anak ikan pun tak tahu beza ke Mak ooii 🤭

Senja baru jumpa jalan nak balik. Selagi matahari masih ada. Selagi tu boleh bermain. Balik-balik kena getah paip dengan Ma. Sampai terkencing dalam seluar. Padan muka! Kahkahkah.

Kalau nak listkan semua permainan tradisional yang dulu, memang panjang. Seronok.

Alangkah indahnya zaman Mak yang dulu 💗
Kami tak layan mana tengok tv. Paling koman pun, tengok power rangers dengan doraemon.

Beza dengan budak zaman lani. Zaman alaf baru. Sikit-sikit gajet. Masa mereka habis kat tv, tab atau henpon tu je. Eermmm.

Kita sebagai ibu bapa perlu berusaha alihkan perhatian anak-anak pada benda lain. Yang lebih berfaedah. Banyak yang boleh di buat. Boleh melukis. Mewarna. Main dam ke. Atau apa saja yang membawa kebaikan 😊

Mak Anak 4 💐
Continue Reading

27 July 2019

9 Testimoni Vitamin C Shaklee

Vitamin C atau asid askorbik adalah vitamin penting yang larut air dan mempunyai pelbagai fungsi kepada tubuh. Dengan fungsi utama sebagai antioksida yang baik, Ia juga memainkan peranan yang penting untuk menggalakkan kesihatan gigi, gusi, tulang dan secara umumnya, semua yang membentuk tubuh kita.

1. Testimoni Vitamin C Untuk Masalah Kulit

Testimoni Vitamin C Jerawat Tiada
Segala jenis jerawat tak berani jejak
dan dah tak allergic seafood, Puan Nazahah.

Parut jerawat dah kurang,
malah kulit saya pun makin cantik, Puan Anis.

Testimoni Vitamin C Jerawat
Bekas parut pada muka saya semakin hilang
dan bebas masalah jerawat, Puan Mamareen.

Ketahui info tentang : 15 Kebaikan Vitamin C Untuk Kulit Cantik


2. Testimoni Vitamin Untuk Kesihatan Tubuh


Vitamin C Untuk Selsema
Selsema melarat sampai batu teruk. Tekak sakit.
Hidung sok sek. Mujur tak melarat dengan Vitamin C, Puan Naimah.

Dulu, pagi-pagi dah bersin dan selsema.
Sekarang dah tiada, Puan Siti.
Vitamin C Untuk Resdung
Bukan setakat resdung hilang,
Kulit yang berusia ni jadi sihat glowing, Puan Salini.

Vitamin C Untuk Luka Ceaser
Seronoknya bila parut ceaser langsung
tiada parut, Puan Fatimah.

Vitamin C Untuk Demam
Dulu kulit kusam dan berminyak. Kini jadi lembap.
Demam pun payah, Mylea.

Vitamin C Untuk Gigi Gusi
Gusi kerap berdarah. Sekarang dah syok
gosok gigi lama-lama, Puan Latifah.

Menurut Presiden Persatuan Perubatan Estetik Malaysia, Dr. Chin Shih Choon, vitamin C sangat penting untuk tubuh badan.



Untuk sebarang pembelian atau pertanyaan, boleh hubungi Ruby WhatsApp Di sini
Continue Reading

25 July 2019

Vitamin C Untuk Hilangkan Jeragat

Jeragat atau dikenali juga sebagai pigmentasi, muncul akibat pengumpulan melanin yang banyak. Ia sukar dirawat dan menyebabkan tona kulit tidak sekata serta kulit pula menjadi gelap.

Pada mulanya, jeragat hanya tompokan kecil. Namun jika dibiarkan, jeragat akan merebak dan memenuhi keseluruhan muka kerana ia bersifat "HIDUP dan TUMBUH". Dalam erti kata lain, dalam diam ia boleh beranak pinak. Grrr, takutnya!


Penompokan Jeragat Pada Kulit Wajah
Penompokan Jeragat Pada Kulit Wajah
Kalau nak tahu, lapisan luar kulit kita (epidermis) sebenarnya ada 5 lapisan. Jeragat yang berada pada lapisan kulit yang paling bawah (lapisan ke 5) akan naik ke setiap satu lapisan demi lapisan ke atas, mengikut kitaran pembaharuan sel kulit kita.

Dari lapisan kulit yang ke 5, jeragat akan naik ke lapisan ke 4, ke 3 dan seterusnya muncul pada permukaan kulit kita. Sebab itu, ada jeragat yang nampak terang dan ada juga jeragat yang nampak pudar.

Berikut adalah punca-punca berlakunya jeragat :
  • perubahan hormon
  • usia yang meningkat
  • penghasilan kolagen di dalam kulit berkurangani
  • pengambilan pil perancang
  • tisu dan sel kulit mati
  • penggunaan kosmetik dan alat solek
  • serangan radikal bebas yang merosakkan kulit
  • lapisan kulit yang nipis. Mudah terhakis disebabkan sinaran UV

Walaupun jeragat ini bukan dikategorikan sebagai penyakit kulit berbahaya, namun bagi seorang wanita yang mementingkan penampilan, kehadirannya boleh membuatkan kulit wajah nampak tidak sihat dan rasa kurang keyakinan diri.

Jadi sebelum jeragat itu meluaskan empayar jajahanya, cepat-cepat kita bertindak mencari sesuatu yang boleh mengatasinya daripada terus hidup subur pada kulit kita.

Vitamin C Untuk Hilangkan Jeragat
Vitamin C Untuk Hilangkan Jeragat
Orang kata, vitamin C ni bagus untuk menghilangkan jeragat. Mari kita lihat apakah kebaikan Vitamin C.

1. Vitamin C merupakan Antioksida.
Menggalakkan penghasilan kulit yang sihat dengan meneutralkan kerosakkan disebabkan oleh radikal bebas.

2. Menghalang pembentukan melanin (punca pigmentasi/jeragat).

3. Melindungi kulit dari sinaran UV yang merosakkan.

4. Mempertahankan kulit daripada serangan radikal bebas.

5. Membantu memperbaiki warna tona kulit menjadi lebih baik dan sekata.

6. Mencerahkan kulit

7. Menghasilkan kolagen


Sustained Release Vitamin C Shaklee

Kalau nak lebih mudah, ambil je 1 tablet SR VITA C SHAKLEE ni ya

✔ ada 500mg Vitamin C
✔ ada fungsi Sustained Release (pelepasan secara berperingkat, 100mg setiap jam)
✔ ada tambahan 120mg Bioflavonoid (untuk bekerja sama-sama dengan Vitamin C supaya berfungsi lebih berkesan)
✔ dari sumber semulajadi

RM97.50 | 180 biji. Tahan sampai 6 bulan penggunaan!

Baca juga : Kenapa Perlu Ambil Vitamin C Setiap Hari

Untuk info dan belian produk Shaklee, boleh hubungi Ruby di talian WhatsApp Di Sinia atau klik saja gambar di bawah.

Shaklee Puchong
Pengedar Sah Shaklee Sejak 2013


Continue Reading

24 July 2019

6 Tips Kukuhkan Ingatan Anak-Anak

Ilmu yang baru dipelajari cepat dilupai. Begitulah anak-anak kita biasanya. Baru sahaja ajar dalam kelas, bila buat aktiviti kelas bukan main meriah.

Bila buat kerja dalam kelas, hampir semua orang faham dan betul jawabnya. Sebulan kemudian, soalan yang sama keluar peperiksaan, hampir semua jawab salah. Padahal hari tu masa belajar dalam kelas faham sangat dah.


Tips Mengukuhkan Ingatan Anak-Anak
Semua Ibu Bapa Inginkan Anak Yang Pandai Dalam Pelajaran
Bagaimana nak bagi apa yang anak baru pelajari kekal diingatan mereka? Cuba tips berikut ya!

6 Tips Kukuhkan Ingatan Anak-Anak

1- Ilmu yang baru dipelajari hari ini mesti dipanaskan hari ini juga di rumah.

2- Ilmu baru yang dipelajari, walau faham namun tidak disusuli dengan latihan di rumah, akan menjadi ingatan sementara.

3- Ilmu atau pelajaran bila dipanaskan semula ia akan jadi ingatan berkekalan.

Bagaimana kita ibu bapa boleh bantu anak-anak dapatkan ingatan berkekalan ini?

4- Sila pastikan anak buat 4-5 soalan tentang topik yang baru sahaja mereka belajar di sekolah untuk ingatan berkekalan.

5- Latihan tak perlu banyak pun tak apa. Cukup ambil masa 15-30 minit pun dah memadai.

6- Latihan boleh sahaja direka sendiri atau Google sahaja. Contohnya anak belajar topik peratus. Pergi sahaja kat Google, taip 'soalan peratus'. Settle!

Mudah je nak bantu anak sebenarnya. Zaman dah maju. #MFS

Boleh follow Cikgu Korea di Facebook  Mohd Fadli Salleh

Atau

Ikuti channel Telegram beliau  t.me/MohdFadliSalleh untuk Tips Matematik setiap hari.

Continue Reading

23 July 2019

Kelebihan Anggur Muscadine

Bila Ruby tengok gambar yang di kongsikan dalam group WhatsApp, dalam hati berkata-kata, "Biar betul, besarnya buah ni". Kalau nak tahu, inilah Anggur Muscadine. Antara 8000 jenis anggur yang ada, dia antara paling besar dan payah nak jumpa.

Anggur Muscadine
Anggur Muscadine
Beruntungnya delegasi Shaklee Malaysia yang pergi trip insentive ke US kali ini. Dapat pegang dan merasa buah Anggur Muscadine. Boleh melihat sendiri ladang anggur tersebut didepan mata.

Mereka bagitau yang rasa Anggur Muscadine ni memang tak sama langsung dengan anggur biasa yang kita selalu makan tu. Memang beza. Yang ini manis dan sangat-sangat sedap kata mereka. Isi anggur pula pejal dan kenyal.







Perbezaan saiz anggur muscadine dengan anggur biasa
Untuk pengetahuan, anggur ini boleh mencapai saiz sebesar bola golf. Ayuh kita lihat apa keunikan dan kelebihan yang ada pada anggur Muscadine.

1. Kulit dan biji yang tebal berbanding anggur biasa

  •  Kaya dengan antioksida. Mengandungi 6 hingga 8 kali lebih banyak antioksida daripada beri biru.
  •  Ciri uniknya menjadikan anggur ini lebih tahan terhadap serangga perosak. Dan boleh hidup dalam keadaan panas dan berpasir.

2. Ada lebih kromosom 
  • Anggur Muscadine ada 20 kromosom manakala anggur biasa cuma 19 kromoso kromosom. Tambahan kromosom yang unik, membolehkan anggur ini menghasilkan jumlah asid ellagik yang tertinggi.
  • Asid ellagik sejenis polifenol, bertindak sebagai anti virus, anti bakteria dan anti radang yang berkuasa.

3. Kandungan polifenol yang tinggi ( Sumber Antioksidan Yang Hebat)
  • Meningkatkan pengeluaran tenaga.
  • Menggalakkan kulit yang lebih muda dan sihat.
  • Mengawal tekanan darah dan tahap glukosa yang sihat.
  • Mengekalkan kesihatan sel.

Vivix Shaklee mengandungi biji, kulit dan isi buah Anggur Muscadine. Minuman botani yang kaya dengan sumber polifenol, didapati berkesan untuk mengekalkan kesihatan yang baik.

Ketahui juga : 
4 Ramuan Semulajadi Vivix
Kulit Jadi Flawless Asbab Vivix

Siapa nak rasa anggur Muscadine dalam Vivix? Bolehlah grab Twin Pack Vivix yang tengah promosi :)

Vivix Promosi Jom Shaklee
Diskaun 10% dari HARGA AHLI
Dalam promosi ini ada 2 botol Vivix. Biasanya set ini berharga RM 760 untuk ahli atau RM 950 untuk bukan ahli Shaklee. Istimewa untuk anda, ianya cuma RM 684 all in!
  • FREE MEMBERSHIP  RM65
  • FREE POS                    RM10
  • CASH REBATE            RM34.20
  • FREE PAPERBAG
TOTAL PENJIMATAN = RM 375.20

Untuk sebarang belian atau info, boleh WhatsApp disini : Ruby 016 6696703
Continue Reading

22 July 2019

Kerja Melipat Baju Yang Tak Pernah Habis

Fuhh. Lega!
Rasa bahagia sangat pandangan mata seorang Mak, bila dapat settlekan juga 3 bakul kain yang menggunung.

Cara Melipat Baju
Timbunan Pakaian Dalam Bakul
Sebenarnya semalam dapat lipat 2 bakul je. Lepas tu berhenti, sebab nak buat kerja Pendidikan Seni Arshaad pula. Buat model "Rumah".

Jadi hari ni, Ruby sambung lipat lagi 1 bakul  pakaian yang masih berbaki tu. Isya dan Amsyar punya.

Selalunya sebelum melipat, Ruby akan asingkan dulu baju seluar. Asingkan dalam bakul ikut siapa yang punya. Dan akan lipat ikut bakul pakaian yang mudah di lipat. Contohnya t-shirt, kain batik dan seluar panjang Ruby.

Yang si kakak Isya dan Amsyar punya, saiz pakaian kecik. Jenuh juga nak sudahkan. Itulah yang paling last Ruby lipat. Hahaha.

Nak bagi mudah anak-anak ambil pakaian, Ruby akan lipat, susun dan sekalikan sepasang terus (baju+seluar).

Bila 1 hari tak melipat, 1 bakul. Kalau dah berhari-hari, mahu berbakul-bakul. Biasalah, rakyat jelata Ruby ramai kat rumah ni. Kikiki.

Setiap hari mesti ada pakaian yang kita pakai. Kerja-kerja membasuh, menyidai dan melipat ni akan berterusan dalam kehidupan kita sebagai Ibu. Mohon bertabah dan bersabarlah ya :)

#SimptomMakMak
#KisahMakLipatBaju
#BajuMenggunungBolehBuatMakStress

Rubiah Kadir
Mak kepada 4 orang anak

*Gambar di atas dari Pak Cik Google*
Continue Reading

21 July 2019

15 Kebaikan Vitamin C Untuk Kulit Cantik Berseri

Vitamin C merupakan salah satu nutrien penting untuk mengekalkan kecantikan kulit. Radikal bebas di sekeliling kita akan menyebabkan kulit wajah menjadi rosak. Garis halus dan kedutan mula muncul. Kulit nampak kusam.

Vitamin C sebagai "Antioksida" berfungsi meneutralkan serangan radikal bebas.

Untuk pengetahuan, vitamin C banyak dijumpai sebagai penyusun lapisan dermis dan epidermis dalam kult normal. Namun, kandungan vitamin C akan menurun disebabkan proses penuaan dan terdedah dengan sinaran UV.

Vitamin C Untuk Kulit Yang Cantik
Vitamin C berfungsi sebagai Antioksida
Ruby percaya, ramai yang mendambakan kulit yang sihat dan berseri terutamanya kaum wanita.

15 Kebaikan Vitamin C Untuk Kecantikan Kulit

1. Bertindak sebagai "Antioksida".
Menggalakkan penghasilan kulit yang sihat dengan meneutralkan kerosakkan disebabkan oleh radikal bebas.

2. Vitamin C adalah molekul penting dalam penghasilan KOLAGEN.
Kolagen merupakan sejenis protein bagi struktur tubuh kita.

Vitamin C Untuk Mencantikkan Kulit
Vitami C Menghasilkan Kolagen

3. Membantu memperbaiki warna tona kulit menjadi lebih baik dan sekata.
4. Melegakan kulit yang kering dan kasar.
5. Menghalang pembentukan melanin (punca pigmentasi/jeragat).

6. Melindungi kulit dari sinaran UV yang merosakkan.
7. Berfungsi sebagai agen anti-radang.
8. Mempertahankan kulit daripada serangan radikal bebas.

Vitamin C
Kuasa Vitamin C Dalam Kecantikan Kulit
9. Mengurangkan kedutan dan garis halus.
10. Mengecilkan liang pori terbuka 
11. Memudarkan parut.
12. Melembapkan kulit.

13. Mengecutkan jerawat.
14. Menyerikan kulit.
15. Mencerahkan kulit.

Vitamin C sangat penting dalam Kecantikan Kulit
Haiwan mamalia seperti kucing atau lembu boleh menghasilkan vitamin C sendiri. Tetapi tidak bagi manusia, badan kita tidak berupaya untuk menghasilkan vitamin C.

Oleh itu, kita memerlukan sumber vitamin C yang secukupnya sama ada dengan pemakanan atau pun supplement tambahan vitamin C, bagi mengekalkan kulit yang sihat. Tak sabar nak cantik cara express, jangan pula kita ambil suntikan vitamin C ya. Itu mengundang padah namanya.

Wajib tahu : Kenapa Kita Perlu Ambil Vitamin C Setiap Hari
Continue Reading

20 July 2019

Cara Memasang Fungsi Balas Komen Pada Blogspot

Bulan ni Ruby banyak fokus kepada blog. Bertapa di sini dalam misi membersihkan sawang-sawang kat rubiahkadir.com. Bayangkan blog ni macam rumah kita duduk, lama terbiar. Mesti berhabuk berdebu semua dah. Sebelum-sebelum ni Ruby banyak fokus pada Instagram @rubiah_kadir

Ruby tengok blog orang lain ada button REPLY komen tu, kita pun nak. Tak pastilah kenapa blog Ruby tak de button tu. Jadi jakunlah kita ni. Hahaha.
Pasang fungsi balas pada blogspot
Tak dek button untuk reply. Tak boleh nak balas komen di blog Ruby
Mula-mula edit coding tak berjaya. Asyik keluar error je. Naik juling mata tengok segala coding kat skrin laptop :(

Cuba lagi kali kedua. Yes!  Alhamdullilah, akhirnya berjaya jugak pasang fungsi balas komen pada blogku. Bermain-main dengan coding ni memang fun. Tapi kalau silap sikit, habislah.


Tadaa. Lepas bercoding di HTML, dah boleh komen.
Dengan skrin laptop yang macam gitu. Memang menduga kesabaran sungguh. Setompok hitam tu makin lama makin besar nampak gayanya.

Tak pelah, mentor pesan. Guna apa yang ada. Kurangkan mengeluh. Bulan ni Ruby buat entry blog taip kat henpon je. Guna Applikasi Blogger. Berblogwalking pun lebih selesa guna henpon, bagi Rubylah.

Jadi untuk entry, Ruby tak buat kat laptoplah. Sebab tak mau tengok benda hitam tu.
Inilah keadaan skrin laptop Ruby yang sekarang
Pada blogger yang masih belum ada fungsi berbalas komen, boleh follow stepnya di sini ya. Ruby follow Cara Pasang Fungsi Balas Di Blogspot

Terima kasih buat sahabat alam mayaku, blogger Atul Hamid, sudi tolong ajarkan coding ni pada Ruby. Sorang di Perlis, sorang di Selangor. Apa ada hal. Kikiki. Lepas ni dah boleh balas segala komen-komen korang yang supporting datang ke blog Ruby.

Sapa nak belanja kita laptop baru ?
Eeehh ;)
Continue Reading

19 July 2019

Bahaya Suntikan Vitamin C - Banyak Keburukan Dari Kebaikan

Bahaya Suntikan Vitamin C
Suntikan Vitamin C
Suntikan vitamin C yang terkenal ialah suntikan melalui saluran darah vena. Setiap ampul dikenalpasti mengandungi kandungan vitamin C yang tinggi, iaitu melebihi kadar keperluan vitamin C harian.

Suntikan ini menjadi lebih bahaya apabila dicampur dengan pelbagai bahan lain seperti glutathione, plasenta, collagen dan lain-lain.

Ada yang mendakwa suntikan yang diambil boleh mencerahkan kulit. Tidak kurang juga yang memberi sebab bahawa amalan itu untuk kesihatan badan, kerana kesan mencucuk vitamin C lebih cepat berbanding makan buah-buahan.

Menurut Pakar Estetika Dr Harith Amirizal Hariff, tiada satu kajian saintifik pun membuktikan yang suntikan vitamin C dapat mencerahkan kulit.

4 FAKTA YANG PERLU ANDA TAHU tentang suntikan vitamin C yang membahayakan dan mendatangkan banyak keburukan dari kebaikan.


Suntikan Vitamin C Yang Membahayakan

1. Suntikan adalah UBAT. Bukannya kosmetik.

Semua ubat yang dipasarkan perlu berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi menjamin keselamatannya. Sehingga kini tiada produk vitamin C yang didaftarkan dan diluluskan dalam bentuk suntikan oleh KKM.

2. Menurut World Health Organisation (WHO), suntikan vitamin C sangat berbahaya, yang boleh mengakibatkan kerosakan buah pinggang kerana dos nya yang tinggi.

3. Sebarang bentuk suntikan hanya boleh dilakukan oleh ahli profesional kesihatan yang bertauliah. Suntikan oleh individu tak terlatih boleh mengundang risiko jangkitan kuman atau kesan advers akibat jangkitan.

4. Suntikan itu belum tentu dari sumber vitaminC yang tulen. Dan kemungkinan jarum yang di gunakan tidak bersih.

Wanita dan kecantikan sememangnya tak dapat dipisahkan. Ramai di antara kita yang mengambil suntikan kerana terlalu taasub untuk memiliki kulit licin dan putih gebu dalam masa yang singkat. Tapi sanggupkah kita berhadapan dengan segala risiko? Sedangkan kita sendiri sedia maklum akibat suntikan vitamin C tersebut.

Produk "Vitamin C Semulajadi" dari Shaklee.


SUSTAINED RELEASE VITA C PLUS

Vitamin C Shaklee

  • Shaklee menghasilkan Vitamin C PERTAMA yang berasaskan tumbuhan dengan menggunakan "Sustained Release Delivery System". Maksudnya 1 tablet Vitamin C Shaklee ini melepaskan 100mg Vitamin C setiap jam secara berperingkat selama 5 jam.
  • 1 tablet Vitamin C Shaklee bersamaan 7.5 biji buah oren.
  • Harga sebotol RM97.50 | 180 tablet. Penggunaan sehingga 6 bulan.

Info lengkap berkenaan Vitamin C Shaklee, baca selanjutnya disini : 
Kebaikan Dan Keistimewaan SR Vita C Shaklee


Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee yang selamat ini? Anda boleh menghubungi Ruby terus di sini WhatsApp 016 6696703 atau klik sahaja gambar di bawah ya.

Rubiah Kadir


Continue Reading