13 July 2019

Ciri-Ciri Orang Yang Lalai


Dengar kat Radio IKIM, Ustaz Pahrol Mat Juoi kupas tentang isu LALAI.  Mula-mula Ustaz kongsi tanda-tanda seseorang itu lalai.

Antara Tanda-Tanda Lalai

1.   Kurang membaca Al Quran
2.   Kurang berzikir
3.   Lalai dalam solat, kurang ingat pada Allah :
       -  Tidak fokus,
       -  Sering terlupa bilangan rakaat,
       -  Melewatkan solat,
       -  Kurang solat jemaah.

4.   Banyak membuang masa untuk hiburan, sukan dan dimeja makan serta menonton tv.

5.   Kurang atau malas berdoa.  Kalau berdoa, tidak ada penghayatan, pakat hafal saja.

6.   Sentiasa sibuk dengan urusan dunia; mudah stress.

7.   Cara hidupnya menyerupai musuh Islam.

8.   Tak berhati-hati dengan perkara yang syubhah & haram.

9.    Tangguh untuk bertaubat.

10.  Malu untuk belajar agama.

11.  Bangun fikir nak makan apa & apa aku nak buat hari ini.

Ada juga Ustaz sebut :
Jarak antara hati kita dgn ketenangan, ibarat jarak' kita dengan Al-Quran.

Pesan Ustaz:
Beli Al Quran guna duit sendiri.  Pilih ikut citarasa kita.  Cakap dengan Al Quran tu, kita nak bersahabat dengan dia. (nak baca)

Kemudian, Ustaz cerita tentang akibat LALAI :
1.  Kurang semangat nak beribadah, tidak suka baca Quran.
2.  'Bunuh' kebaikan yang kita buat, kita tak nampak berbuat baik itu suatu yang utama.
3.  Hilang fokus dlm hidup.
4.  Mudah lesu & buntu, sentiasa rasa esok masih ada & suka tangguh beribadah & kerja soleh.

Punca Dan Sebab Menjadi Lalai

1.  Mengulang-ulang dosa kecil sampai jadi kelaziman.
2.  Berkawan dengan orang yg lalai.
3.  Berada dalam persekitaran 'rosak'. (Contoh: pergaulan bebas dgn bukan muhrim, dedah aurat & buat maksiat), berada di situ bukan utk tujuan berdakwah.
4.  Tidak berzikir.
5.  Terjerat dlm perancangan² licik musuh Islam. (Contoh: berlebihan dalam mendengar lagu, tonton filem yang melalaikan dll.

11 Cara- Cara Menghindarkan Diri Jadi Lalai

1.    Cari sahabat yg baik & soleh.
2.    Hadiri majlis ilmu.
3.    Bangun malam utk  solat tahajjud.
4.    Banyakkan zikir & taubat.
5.    Rajin baca quran.
6.    Bersangka baik pd org lain.
7.    Pemaaf.
8.    Ingat mati.
9.    Kurangkan makan.
10.  Amalkan sunnah Nabi saw.
11.  Bersabar bersyukur & bertawakkal.

Semoga kita semua memperbaiki diri dari masa ke semasa supaya masa yang kita ada tidak terbuang dengan menjadi orang yang lalai.

8 comments:

  1. Perkongsian yang baik. Semoga kita terhindar daripada sifat lalai

    ReplyDelete
  2. Semoga kita terhindar dari orang yang melalaikan...
    Salam kenal..

    ReplyDelete
  3. Sungguh. Kita ni sentiasa dalam kelalaian. Kadang sedar kejap lepas tu kembali lalai semula. Kena usaha dan berdoa moga kita kuat melawan dunia yang penuh godaan ni.

    ReplyDelete
  4. Perkongsian yang sangat bagus dan bermanfaat. Terima kasih :)

    ReplyDelete
  5. @Ana Suhana

    Setuju dengan kak Ana. Usaha dan kerap berdoa supaya hati kita tak lalai

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen di blog Ruby.

Salam Ukhwah :)