18 July 2019

Wajib Tahu! Kenapa Kita Perlu Ambil Vitamin C Setiap Hari


Kenapa Kita Perlu Ambil Vitamin C
Vitamin C berfungsi melindungi sel-sel badan
daripada kerosakan radikal bebas
Badan kita tidak dapat menyimpan Vitamin C kerana sifatnya yang mudah larut air. Maka kita perlulah menggantikan bekalan Vitamin C setiap hari sama ada dengan pemakanan atau pun supplemen.

Untuk pengetahuan anda, Vitamin C juga tidak disimpan dalam jumlah yang besar dalam badan. Sebarang lebihan akan dikumuh melalui air kencing. Sesetengah haiwan Mamalia seperti arnab, lembu dan kucing berupaya menghasilkan vitamin C nya sendiri.

Haiwan Hasilkan Vitamin C
Mamalia mampu menghasilkan Vitamin C dari badan sendiri


Kenapa Kita Perlu Mengambil Vitamin C Setiap Hari?

1. Tubuh kita tidak boleh menghasilkan vitamin C dengan sendiri.

2. Tubuh kita akan kehilangan vitamin C semasa melakukan aktiviti harian.

3. Vitamin C dalam badan akan menyusut apabila kita berada dalam keadaan tertekan (stress).

4. Bagi perokok, kandungan vitamin C dalam badan mereka sangat terjejas kerana 1 batang rokok mampu memusnahkan 50-100mg vitamin C dalam badan.

5. Pil perancang dan ubat tahan sakit juga mengurangkan kandungan vitamin C dalam badan.


6. Ibu Hamil yang mengalami masalah anemia digalakkan mengambil Vitamin C.



Gambar Vitamin C

Vitamin C hanya memadai dari buah ?

" Setiap hidangan buah-buahan membekalkan 45-60mg Vitamin C. Buah tersebut menghasilkan Vitamin C yang lengkap dalam masa 10 hari selepas buah itu ranum. Manakala buah yang tidak ranum, mempunyai Vitamin C yang sedikit.
Kandungan Vitamin C akan berkurangan kepada separuh apabila dipetik dan akan musnah apabila terdedah kepada kepanasan. "
Vitamin C yang terkenal sebagai antioksida semulajadi, mampu melindungi sel-sel daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas.

Mereka yang kekurangan vitamin C, tidak boleh menggantikan kolagen di dalam badan mereka. Akibatnya, pelbagai jenis tisu dalam badan menjadi rosak dan ini membawa kepada pelbagai penyakit.


Oleh itu, kita haruslah memastikan agar sumber Vitamin C harian kita mencukupi bagi menyokong kesihatan badan.


Baca juga : Kebaikan & Keistimewaan Vitamin C Shaklee




4 comments:

  1. Vit c byk khasiatnya dalam badan kita :)

    ReplyDelete
  2. ana kadang2 bila ingat baru amik vitamin c. bila lupa x sentuh langsung. tapi dalam seminggu 3-4 kali juga lah ana amik vit c ni.

    ReplyDelete
  3. @Ana Suhana

    Lepas ni Ana kena konsisten ambil ya. Jangan culas. Set alarm maybe. Hehehe.

    InshaAllah, lepas kita dah terbiasa ambil. Akan jadi tak lengkap rasa bila tak ambil.
    :)

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen di blog Ruby.

Salam Ukhwah :)