17 July 2019

11 Kebaikan Vitamin C Untuk Ibu Mengandung

Vitamin C adalah sejenis vitamin larut air yang juga dikenali asid askorbik. Bagi Ibu-ibu mengandung, vitamin C sangat penting bagi menyokong kesihatan ibu dan perkembangan bayi.


Kebaikan Vitamin C Untuk Ibu Mengandung
Kebaikan Vitamin C Untuk Ibu Mengandung


11 Kebaikan Vitamin C Untuk Ibu Mengandung

1. Vitamin C menghasilkan kolagen.

Kolagen adalah komponen penting untuk pembinaan struktur tulang rawan, otot dan tulang bayi. 

- Kolagen juga bertanggungjawab untuk memastikan kesihatan gusi, kulit dan tendon bayi yang sedang terbentuk.


Jadi, kedua-dua ibu dan bayi memerlukan vitamin C setiap hari. Ia perlu bagi tubuh untuk membuat kolagen.



2. Vitamin C meningkatkan sistem imun dan membantu badan melawan jangkitan dan virus.
Vitamin C Untuk Ibu Mengandung
Vitamin C sangat penting untuk ibu mengandung
dan bayi dalam kandungan


3. Vitamin C merupakan Anti oksida, yang boleh melindungi sel-sel tubuh dari serangan radikal bebas dan dan menghalang proses pengoksidaan yang bahaya dalam tubuh.


4. Vitamin C membantu Ibu Hamil membentuk plasenta yang sihat untuk janin.


5. Vitamin C penting untuk pembaikan tisu badan, penyembuhan luka, pertumbuhan tulang dan kulit yang sihat.


6. Vitamin C membantu dalam penyerapan zat besi untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah. Dengan itu mengurangkankan masalah anemia pada ibu.


7. Vitamin C dapat mengurangkan risiko ibu-ibu mengandung dari terkena jangkitan demam mahupun selsema.


Vitamin C  Untuk Ibu Mengandung
Vitamin C Untuk Ibu Mengandung 


8. Vitamin C boleh membantu menghalang  simptom
pra-eklampsia. (Pra eklampsia adalah proses pengoksidaan ketika hamil)


9. Vitamin C juga berperanan dalam membina zat besi untuk bayi dalam kandungan. Yang akan menyokong pembelajaran dan pertumbuhan mereka bagi 6 bulan pertama.


10. Vitamin C boleh mencantikkan kulit ibu dan bayi.



11. Mengatasi sembelit dan pergerakan usus yang mudah bagi si Ibu.



Dos harian Vitamin C dicadangkan oleh American Pregnancy Association bagi wanita mengandung adalah 200-500mg. Pengambilan vitamin C lebih dari dos ini tidak mendatangkan kemudaratan kerana ia sejenis vitamin yang larut air. 


Namun tidak digalakkan mengambil vitamin C melebihi 2000mg, kerana mungkin akan menjejaskan kehamilan dan mendatangkan kemudaratan.



Info tentang :


Set Hamil Shaklee

Kenapa Kita Perlu Ambil Vitamin C Setiap Hari?


Dalam usaha kita mendapatkan manfaat dari vitamin yang kita amalkan, nasihat Ruby eloklah berbincang dengan doktor terlebih dahulu supaya kita lebih faham tentang kepentingan pemakanan dan vitamin ketika hamil.

Sumber : 
- Dr Zubaidi
- Vitamin C Of Pregnancy

1 comment:

Terima kasih sudi singgah dan komen di blog Ruby.

Salam Ukhwah :)