13 November 2018

Vitamin C Legakan Resdung




RESDUNG IJA TERUK!

Kak Ija ada resdung yang teruk, muka tak usah ceritalah. Penuh jerawat. Kulit nampak pun kusam 

Syukur jumpa vitamin C Shaklee. Kak Ija dah rasa banyak perubahan.

Yang dulunya selalu gatal-gatal kat hidung tu, siap pakej bersin sekali. Alhamdulillah sekarang dah tak de. Fuhh nikmatnya rasa

Bagaimana Vitamin C bertindak untuk atasi RESDUNG ?

- Bertindak sebagai anti histamin dan stabilkan pengeluaran histamin dlm tubuh

- Bantu mencegah penyempitan tiub bronkiol

- Meningkatkan fungsi T Cell dan Macrophage
( sistem pertahanan badan )

- Mempercepatkan proses penyembuhan tisu tubuh

Kat sini Ruby senaraikan tanda-tanda resdung seperti ;

1. Mempunyi nafas berbau
2. Selalu bersin
3. Muka selalu berjerawat
4. Kulit gatal-gatal
5. Bengkak pada bahagian hidung, mulut dan telinga
6. Bernanah di telinga
7. Kecacatan pada hidung serta bahagian rongganya
8. Alah pada habuk dan makanan laut

Ada sesiapa yang ada simptom macam Kak Ija ? Jom atasi resdung sebelum ianya melarat 

Lihat sini :  Set Resdung Shaklee

Perlukan sebarang konsultansi boleh hubungi Ruby di talian :

Ruby  0166696703
Facebook  Rubiah Kadir
Instagram  rubiah_kadir

Continue Reading

02 November 2018

Vitamin C Untuk Kulit Berjerawat


Vitamin C Untuk Kulit Berjerawat
Vitamin C Untuk Kulit Berjerawat
Vitamin C memang sinonim dengan kulit yang cantik. Jadi tak hairanlah vitamin C ini digunakan sebagai bahan dalam sesuatu produk kecantikan seperti cleanser mahupun krim pelembap.

Manfaat Vitamin C Untuk Kulit Berjerawat

1. Menghasilkan kolagen. Kolagen merupakan protein yang membentuk kulit. Apabila ia tidak di keluarkan dalam jumlah yang betul, sifat dan keanjalan kulit mula terjejas dan kulit menjadi mudah terdedah kepada jerawat


2. Sebagai Antioksidan. Melindungi kulit menjadi rosak akibat serangan radikal bebas.

Gangguan radikal bebas yang merosakkan kelenjar sebum menyebabkan pengeluaran sebum/minyak berlebihan dan mendedahkan kulit kepada jangkitan bakteria serta jerawat.

3. Mempercepatkan sel kulit baru

Pengembalian sel kulit sangat diperlukan, kerana sel kulit yang cepat terhasil sehingga kulit kembali sihat.

4.  Membunuh pelbagai bakteria yang menjadi penyebab jerawat, kerana vitamin C ini memiliki fungsi anti radikal.

5. Kurangkan kulit rosak

Kulit yang tidak cukup vitaminnya akan menjadi rosak seperti mudah berjerawat, kusam dan lain-lain.

6. Mengatasi keradangan jerawat daripada menjadi teruk.


Lihat sini : Ketahui 10 Punca Jerawat

Ruby, Shaklee ada supplemen vitamin C tak ? Eehh, mestilah ada. SR VITA C PLUS membekalkan 500mg vitamin C.

SR VITA C PLUS SHAKLEE
SR VITA C PLUS SHAKLEE
Apa yang istimewanya Vitamin C Shaklee ni ?
- Di hasilkan daripada bahan semulajadi iaitu ekstrak jagung.
- Sistem pelepasan vitamin C secara berperingkat. Iaitu setiap 100mg vitamin C di lepaskan bagi setiap jam, selama 5 jam untuk 1 tablet. Woww!
- Di perkaya dengan 120mg bioflavonoid untuk meningkatkan keberkesanan vitamin C.

Berapa harga SR Vita C Plus Shaklee ?
- Rm97.50 | 180 tablet
- Kosnya tak sampai 60 sen per tablet
- Boleh tahan sehingga 6 bulan penggunaan. Fuhh, jimat sangat tu.

Nak lagi untung? Daftarlah sebagai ahli shaklee untuk lebih jimat 15-20%.
Lihat sini : Set Jerawat Shaklee


Kulit Cantik Bebas Jerawat Idaman Semua!

Dapatkan tips dan petua kecantikan dari Ruby. Sebarang order atau pertanyaan boleh hubungi Ruby dengan cara :




Ruby  0166696703
Facebook  Rubiah Kadir
Instagram  rubiah_kadir
Continue Reading

01 November 2018

Vitamin Shaklee Untuk Jerawat

Set Jerawat Shaklee
Set Jerawat Shaklee
Kulit wajah yang mulus bersih tanpa sebarang cela menjadi impian setiap orang. Bila jerawat mula timbul, mulalah empunya badan resah. Pandang cermin tengok rupa sendiri pun tak de mood. Apatah nak jumpa kawan, rasa malu!

Jerawat atau di kenali acne vulgaris adalah bintik/benjolan yang timbul pada permukaan kulit kita.

Bagaimana Jerawat Terjadi ?

Biasanya jerawat muncul apabila folikel rambut(liang pori) tersumbat oleh lebihan sebum atau minyak. Sebum bersama-sama sel kulit mati serta bakteria akan terperangkap di bawah permukaan kulit.

Ini menyebabkan pembengkakkan dalam pelbagai bentuk dan saiz.

Lihat Sini : 5 Jenis Jerawat Yang Perlu Tahu

Pelbagai faktor yang mempengaruhi munculnya jerawat. Antaranya seperti hormon yang tidak stabil, stress, pengeluaran minyak/sebum yang berlebihan, cara pemakanan seharian dan lain-lain.

Lihat sini : 10 Punca Jerawat

Ada banyak tips dan kaedah untuk mengawal dan mengatasi masalah jerawat dari berterusan. Ada yang menggunakan cara tradisional dan ada juga yang guna ubat-ubatan dari klinik.

Bagi pendapat Ruby selain amalkan penjagaan luaran seperti mencuci muka, berolahraga dan memakai pelembap yang bersesuaian. Kita juga perlu mementingkan penjagaan dalaman iaitu pemakanan serta diet harian.

Lihat sini : Cara Mengatasi Jerawat Dengan Berkesan

Berikut adalah pilihan vitamin daripada Shaklee yang boleh membantu anda untuk menangani masalah jerawat :

1) SR VITA C PLUS
- Merangsang pembentukan kolagen kulit

- Bersifat antioksidan melindungi kulit daripada kerosakan serangan radikal bebas (kulit perlukan perisai/benteng kerana sentiasa terdedah udara, habuk dan cuaca tak menentu)

- Menyembuhkan luka jerawat
Bonus : Kulit cerah dan Glowing!

2) Garlic Complex
- Berfungsi sebagai antibakteria untuk menghapuskan bakteria.
- Boleh meningkatkan antibodi tubuh. Antibodi yang tinggi mampu mengatasi masalah jerawat.
- Sebagai agen antioksidan dan antivirus.

3) Gla Complex
- Mengawal sebum. White head muncul apabila terdapat kekotoran atau minyak/sebum pada liang pori
- Mengelakkan jerawat terutamanya akibat hormon tidak stabil. Jerawat mula timbul apabila bakteria berkumpul bersama-sama dengan sel kulit di kawasan yang berminyak

4) Zinc Plus
- Menyembuhkan luka terutama akibat jerawat bernanah
- Mengurangkan inflamasi dan keradangan pada kulit
- Meningkatkan sistem imunisasi

5) ESP
- Membekalkan protein kepada pemulihan kulit akibat jerawat

Proses membaikpulih sel dan memperbaharui sel memerlukan nutrisi protein. Jika kekurangan protein, proses menyembuhkan atau membaikpulih sel tidak lengkap atau tidak sempurna menyebabkan sel baru yang dihasilkan tidak sihat.

Bila proses baikpulih sel tidak sempurna, jadi sel yang rosak kekal rosak. Hasilnya ialah kulit tidak cantik atau tidak sihat. Kalau nak tahu, kitaran sel kulit manusia hanya 28 hari.

- Menggalakkan penghasilan kolagen. Kolagen ialah protein utama bagi tisu sokongan dalam badan manusia. Ia menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan.

6) Alfafa Complex
- sebagai agen detok yang mana menyahtoksin segala kotoran dalam usus, darah dan hati. Toksin yang berlebihan dalam badan punca kepada jerawat
- Membantu meneutralkan asid dalam badan

Bila keperluan nutrisi mencukupi, sel-sel tubuh badan kita mudah nak bekerja dan menjalankan fungsinya. Keberkesanan produk bergantung kepada penerimaan tubuh individu.

Testimoni Pengguna


Jika anda mempunyai jerawat mahupun masalah kulit yang lain serta perlukan sebarang konsultansi boleh hubungi Ruby di talian :

Ruby  0166696703
Fb Page Pengedar Sah Shaklee Puchong
Facebook  Rubiah Kadir
Instagram  rubiah_kadir
Continue Reading

Jerawat Kecut Dengan Garlic Complex Shaklee

Atasi Jerawat Dengan Garlic Complex
Atasi Jerawat Dengan Garlic Complex

Kehadiran jerawat pada kulit wajah memang merimaskan. Dah macam-macam produk sudah di cuba, namun hasilnya masih sama.

Korang pernah dengar tak petua tradisional yang gunakan bawang putih untuk kecutkan jerawat ? Ada yang pernah cuba ke ?

Kalau nak tahu, garlic boleh menghapuskan bakteria. Bakteria ni akan jadi punca kepada jerawat tumbuh pada muka.
Baca sini : Betul Ke Bakteria Penyebab Jerawat

Jadi garlic adalah salah satu bahan yang terbaik untuk bantu kita untuk dapatkan kulit yang mulus dan bebas jerawat.

Pembiakan bakteria berlaku dalam 2 situasi apabila :

i. Kerap MENYENTUH wajah. Kurangkan sentuhan pada kulit yang berjerawat.

ii. Tabiat yang suka MEMICIT jerawat. Bakteria akan mula merebak ke kawasan muka dan jerawat yang baru pula akan muncul.

Ketahui juga : Ketahui 10 Punca Jerawat

Garlic Complex
Garlic Complex

Garlic Complex Shaklee mampu mengecutkan masalah jerawat dengan :

1) Melawan jangkitan bakteria penyebab jerawat.

2) Mengawal penyebaran bakteria daripada terus menghasilkan jerawat.

3) Membersihkan darah dengan mengeluarkan toksin daripada badan. Darah kotor adalah salah 1 faktor penyebab jerawat.

4) Meningkatkan system imuniti dengan membekalkan antibiotik semulajadi sekaligus menjadikan kulit sentiasa sihat.

5) Garlic bersifat antibakteria, antifungus dan antiviral

6) Memiliki antioksidan yang tinggi

7) Mengurangkan rasa sakit dan pedih akibat luka jerawat.

Setiap tablet Garlic Complex Shaklee mengandungi 500mg bawang putih.

Rachelle Wood, seorang ahli gizi di Charlottetown P.E.I percaya yang bawang putih juga membantu melawan keradangan kerana mempunyai bahan kimia semulajadi iaitu allicin.

Kandungan allicin dalam bawang putih mampu membunuh banyak virus dan bakteria berbahaya dalam tubuh.
Lihat juga : Cara Mengatasi Jerawat Dengan Berkesan

Ruby, saya nak beli Garlic Complex Shaklee boleh tahu berapa harga ?

RM56.25/60 biji sebotol.
Pembuatan supplement Garlic Complex di lakukan pada suhu terkawal iaitu suhu bilik semata-mata untuk mengekalkan pengaktifan Allicin pada tahap 100% ( tidak semua garlic yang dijual dipasaran mempunyai Allicin aktif)

Ruby rasa bukan semua orang suka dan mampu makan bawang putih. Jadi Garlic Complex Shaklee ni pilihan yang terbaik bagi mereka yang hendak mengatasi jerawat.

Cara Tempahan atau Order
Untuk sebarang order atau pertanyaan boleh hubungi Ruby dengan cara :

Ruby  0166696703
Facebook  Rubiah Kadir
Instagram  rubiah_kadir

Continue Reading

31 October 2018

Atasi Jerawat Dengan Bawang Putih

Atasi Jerawat Dengan Bawang Putih
Atasi Jerawat Dengan Bawang Putih
Bila jerawat tiba-tiba muncul, apa yang korang cuba lakukan untuk mengatasinya ?

Ada segelintir orang menggunakan rawatan doktor ataupun ubat-ubatan bagi menghilangkan jerawat.

Baca sini : Jenis Jerawat Yang Kita Tak Tahu 

Ada juga yang lebih memilih menggunakan bahan-bahan semulajadi contohnya bawang putih.

Dengar cerita bawang putih ni berkesan untuk mengubati jerawat, betul ke ?

Doris Day, M.D, seorang doktor kulit (penulis buku 100 Questions and Answers About Acne), berpendapat bahawa hal ini mungkin saja berhasil kerana bawang putih mengandungi

- antioksidan yang mampu melawan radikal bebas yang boleh merosakkan kulit.
- antiseptik yang dapat mencegah liang pori dari tersumbat sehingga mengurangi munculnya jerawat baru.

Penyataan ini kemudian di sokong oleh Rachelle Wood, seorang ahli gizi di Charlottetown P.E.I yang menyakini bahawa bawang putih juga membantu melawan peradangan kerana mengandungi bahan kimia semulajadi iaitu Allicin.

Kandungan allicin dalam bawang putih mampu menghapuskan bakteria dan virus berbahaya di dalam tubuh.

Ia juga menghilangkan bekas jerawat kerana ada kandungan thiacrenmonon.
Baca sini : Jerawat Kecut Dengan Garlic Complex


Korang boleh cuba cara ini,
1) Bawang putih + Yogurt

Haluskan 4 bawang putih, dan tambahkan 1 sudu yogurt hingga berbentuk paste. Letakkan pada wajah yang berjerawat. Biarkan beberapa minit sampai kering. Bilas dengan air bersih.

2) Bawang Putih + Minyak Zaitun

Blender 4 ulas bawang putih dan 4 sudu minyak zaitun. Simpan di dalam bekas kedap udara di dalam peti ais selama 48 jam. Gunakan pada area kulit yang berjerawat dan biarkan selama 15 minit, lalu bilas dengan air dingin hingga bersih.

Bagi mereka yang berkulit sensitif pula, langkah meletakkan hirisan bawang putih terus ke kawasan berjerawat bukanlah cara yang betul. Selain menimbulkan kesan kemerahan yang parah, jerawat juga mungkin pecah dan terasa nyeri.

Bawang putih akan meninggalkan kesan panas, hampir sama seperti dengan rasa kulit yang terbakar apabila di letakkan pada kawasan kulit.

Bagi Ruby, ada pro dan kontranya tentang bawang putih dalam mengatasi jerawat kerana penerimaan kulit antara kita adalah berbeza.


Baca sini : Cara Mengatasi Jerawat Dengan Berkesan

Ada tak yang suka makan bawang putih ? Kalau macam tu lagi bagus, silalah amalkan. Bawang putih akan bertindak dari dalaman untuk badan kita :)

Ruby  0166696703
Facebook  Rubiah Kadir
Instagram  rubiah_kadir

Continue Reading

Cara Mengatasi Jerawat Dengan Berkesan

Cara Mengatasi Jerawat Dengan Berkesan
Cara Mengatasi Jerawat Dengan Berkesan
Ramai yang dambakan kulit yang sihat dan cantik, bebas daripada segala masalah kulit. Bukan saja wanita yang inginkan kulit licin, malah lelaki pun tak terkecuali juga.

Semua orang mesti ada pengalamannya sendiri, ingat lagi tak kali pertama korang di serang cik jerawat ? Ruby teringat lagi masa zaman sekolah menengah dulu, ada jerawat yang sangat teruk!

Kadang-kadang rasa malu nak masuk kelas dengan muka yang berjerawat siap pakej kulit hitam. Hehe.

Dengan timbunan sel kulit mati pada permukaan kulit, liang pori mula tersumbat dengan lebihan minyak/sebum. Minyak yang terus terperangkap di dalam liang pori mula membesar. Gabungan bakteria bersama-sama dengan minyak dan sel kulit mati akan munculnya jerawat.


Banyak faktor yang menyumbang kepada masalah jerawat antaranya seperti stress, alahan pada sesuatu makanan, masalah sembelit atau hati yang bertoksin.

Lihat juga : Ketahui 10 Punca Jerawat

Lihat juga : Betul Ke Bakteria Punca Jerawat

Di sini Ruby nak kongsikan bagaimana cara untuk kita mengawal dan mengatasi jerawat.

Rawatan dari luar
1) Membersihkan wajah dari kotoran. Cuci dengan lembut menggunakan pencuci yang bersesuai dan semestinya oil free.


2) Gunakan masker dari bahan semulajadi seperti betik, tomato, betik dan lain-lain.

3) Gunakan krim jerawat untuk lebih mempercepat proses penghilangan jerawat.

4) Kawal stress dengab baik dan memperbanyakkan aktiviti olahraga.

5) Gunakan pelembab kulit.

Rawatan dari dalam
1) Hindari makanan berlemak dan berminyak, makanan berlemak lebih mudah menimbulkan jerawat kerana menyebabkan pengeluaran minyak berlebihan pada kelenjar minyak.

2) Ambil makanan berserat.

3) Banyakkan makan buahan dan sayuran.

4) Minum air putih secukupnya.

5) Dapatkan waktu tidur yang teratur.

6) Ambil vitamin tambahan seperti Vitamin A, C dan E.

Selain itu, Ruby juga nak ingatkan supaya

Jangan Memicit Jerawat
Jangan Memicit Jerawat
Jangan Memicit Jerawat
Ruby faham bila naik jerawat, rasa geram je nak picit kan. Tangan gatal nak sentuh-sentuh. Memicit jerawat ni sebenarnya menyebabkan pengeluaran minyak makin bertambah dan jerawat pun akan jadi lebih banyak. Membran di bawah kulit juga senang pecah dan jangkitan bakteria mula merebak apabila jerawat di picit. Senang cita, nak jerawat makin banyak dan teruk, silalah picit!


alat solek non comedogenic
Alat solek non comedogenic
Elakkan Memakai Solekan Yang Tebal
Ramai wanita di luar sana yang mengenakan make up yang tebal bagi menutupi jerawat dan parut pada muka mereka. Sebenarnya tindakan ini tidak bagus, sebaliknya makin mengundang jerawat di sebabkan liang-liang pori telah tersumbat dek make up tersebut.

Jika perlukan juga solekan, Ruby nasihatkan supaya korang guna pakai bahan solekan yang bersifat non comedogenic dan pastikan cuci alatan solek tersebut untuk menjamin kebersihan.


Tukar Sarung Bantal Selalu
Tukar Sarung Bantal Selalu
Tukar Sarung Bantal Selalu
Setiap hari kulit muka dan rambut kita menyentuh bantal yang mana ia boleh mengundang bakteria. Sangat penting untuk kita pastikan bantal dalam keadaan bersih.

Baca juga : 7 Bahan Untuk Rawat Jerawat


Ruby  0166696703
Facebook  Rubiah Kadir
Instagram  rubiah_kadir

Continue Reading

30 October 2018

7 Bahan Untuk Rawat Jerawat Dan Parut



7 Bahan Untuk Rawat Jerawat Dan Parut
7 Bahan Untuk Rawat Jerawat Dan Parut
Pelbagai cara dan kaedah yang kita cuba lakukan apabila si jerawat muncul dan menyerang pada kulit wajah.

Jerawat bukan saja meninggalkan bekas parut yang hitam malah memberi kesan emosi di mana seseorang itu akan merasa rendah diri dengan penampilannya.

Masalah kulit seperti jerawat sebenarnya di pengaruhi oleh kelenjar minyak pada kulit, di mana kelenjar ini menghasilkan zat berminyak yang di panggil SEBUM.

Liang pori yang tersumbat dengan lebihan sebum/minyak ini akan membawa sel kulit mati ke permukaan kulit. Dan dengan kehadiran bakteria, maka terjadinya jerawat.

Antara faktor yang menyebabkan jerawat adalah seperti perubahan hormon, air putih yang tidak mencukupi, gaya pemakanan yang tidak sihat serta tekanan yang tidak di urusi dengan baik.

Memakai solekan dan tidak mencuci wajah dengan bersih juga menjadi punca liang pori tersumbat.

Lihat juga : 10 PUNCA JERAWAT
Dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi yang ada di sekitar kita juga boleh membantu mengatasi jerawat, sesuai untuk lelaki dan wanita.

1) KUNYIT
Bersifat anti bakteria dan anti-fungus yang boleh membunuh bakteria.

2) LEMON
Asid citric di dalam lemon mampu mengurangkan lebihan sebum/minyak pada liang pori. Ia juga membersihkan kotoran pada kulit muka.

3) BETIK
Mengandungi enzim papain, yang efektif membersihkan kulit. Boleh cuba buat masker betik dan sapukan pada jerawat selama 20 minit setiap hari. Bilas dengan air sejuk.

4) MADU
Jadikan masker madu dengan campuran susu/yourt asli pada kulit berjerawat.

5) CUKA EPAL
Bukan saja boleh membunuh bakteria malah mampu mengawal pengeluaran minyak dan seimbangkan nilai PH kulit.

6) PISANG
Cuci muka sebelum tidur dan cuba letakkan bahagian dalam kulit pisang pada area jerawat. Cuci bersih dengan air suam.

7) MINYAK TEA TREE
Antibakteria di dalam minyak tea tree boleh menghapuskan dan mengawal bakteria. Dap kan minyak dengan lembut pada jerawat menggunakan kapas.

Lihat sini : Cara Mengatasi Jerawat Dengan Berkesan

Sekarang korang dah tahu cara untuk atasi jerawat, bolehlah cuba. Bagi yang ada jerawat keradangan yang teruk, di nasihatkan untuk berjumpa doktor.

Ruby  0166696703
Facebook  Rubiah Kadir
Instagram  rubiah_kadir

Continue Reading

29 October 2018

Betul Ke Bakteria Penyebab Jerawat?


Bakteria Penyebab Jerawat?
Bakteria Penyebab Jerawat?
Betul ke kuman atau bakteria boleh menyebabkan jerawat ? Apa agaknya kaitan bakteria dengan jerawat ya.

Semua orang tak kira wanita mahupun lelaki, masing-masing dambakan kulit yang sihat dan cantik bebas dari segala masalah kulit termasuklah jerawat. Betul tak ?

Salah satu punca jerawat singgah pada kulit muka kita adalah kerana jangkitan bakteria.


Propionibacterium acnes
Propionibacterium acnes 
Propionibacterium acnes (P.acnes) merupakan bakteria suka hidup dalam persekitaran yang mempunyai paras oksigen rendah seperti dalam liang roma yang tersumbat.

P.acnes mempunyai enzim yang boleh mencernakan asid-asid lemak dan trigliserin yang banyak terdapat di dalam sebum. P.acnes menggunakan sebum ini sebagai sumber tenaga.

Adakah bakteria ini boleh merebak ?

Jawapannya tidak. Walaupun ada jerawat di sebabkan oleh bakteria Propionibacterium Acnes, namun jerawat tidak akan merebak seperti jangkitan oleh bakteria Vibrio Cholerae.

Fakta yang perlu korang tahu, hampir setiap orang memiliki bakteria Propionibacterium Acnes pada kulit mereka, tetapi gabungan dengan faktor lain menyebabkan terbentuknya jerawat.

Jerawat bernanah berpunca dari tindakbalas berlebihan sistem imunisasi yang menghantar sel darah putih untuk menghapuskan bakteria.

Macam mana nak atasi bakteria ini ?

Lakukan rawatan pada area kulit berjerawat secara rutin, seperti membersihkan kulit dengan pencuci muka yang sesuai dengan jenis kulit anda.

Sekurang-kurangnya dua kali sehari. Hanya gunakan produk kulit wajah yang bebas minyak (oil free).

Selain itu di larang keras untuk memicit jerawat dan elakkan menyentuh muka terlalu kerap.

Minum air putih yang mencukupi di samping mengamalkan gaya hidup sihat dengan pengambilan sayur serta buahan.

Lihat sini : Cara Mengatasi Jerawat Dengan Berkesan

Belajar mengawal stress dan kurangkan memakai makeup atau skincare yang bersifat comedogenic(menyebabkan liang pori tersumbat).

Rujukan :
What is Propionibacterium acneshttp://thescienceofacne.com/what-is-propionobacterium-acnes/ (17 Aug 2013)

Gibbon S.F et al.  2013. Propionibacterium acnesstrain populations in human skin microbiome associated with acne.  Journal of investigative dermatology 133, 2152-2160

Continue Reading

28 October 2018

Ketahui 10 Punca Jerawat



Ketahui 10 Punca Jerawat

Bila jerawat naik secara tiba-tiba dekat kulit muka, mesti rasa tak best kan. Mulut boleh muncung sampai 3 meter haa. Silap haribulan mood merajuk ke Laut Hindi perginya. Hehe.

Kalau jerawat singgah sekejap dan kecut balik, ok lah kan. Yang jenis jerawat tak pernah surut dan tak kecut-kecut kenapa pula ya?

Paling menakutkan bila si jerawat tu tinggalkan parut-parut hitam! Heee.. malu tau nak berdepan dengan orang sekeliling :(

Lihat sini : 5 Jenis Jerawat Yang Kita Tak Tahu


Ruby pun tak terkecuali. Pernah juga alami situasi ni, di mana jerawat naik dengan suburnya dan teruk sangat. Kalau tak silap masa tu form 2. Agaknya pakai cleanser yang salah. Biasalah, zaman remaja ribena yang tak tahu mana nak pilih apa sesuai dengan kulit.

Okay, sini ruby kongsikan 10 Punca Jerawat :

1. Pengambilan air putih yang tidak mencukupi- badan tidak dapat mengalirkan toksin yg berlebihan.


2. Kerap sembelit - peredaran darah terganggu, toksin berlebihan yang terkumpul menyebabkan jerawat timbul.


3. Jangkitan Bakteria - memicit & menyentuh jerawat boleh mengundang bakteria.
4. Hormon tak seimbang - kalenjar sebum mengeluarkan minyak berlebihan mengakibatkan liang pori tersumbat.


5. Hati yang bertoksin - memaksa hati bekerja keras untuk meneutralkan asid dalam darah.
6. Usus yang kotor


7. Masa tidur yg tidak teratur dan tidak cukup - sel badan tak dpt berfungsi dgn baik.
8. Alahan pada makanan - mengambil kafein, makanan laut/ jenis bergoreng dan pedas.


9. Pemakaian produk yang salah - kerap bertukar produk/ gunakan produk yang tak sesuai dengan jenis kulit & berunsurkan bahan kimia.
10. penjagaan kulit yang tak rapi.


Macam mana nak atasi masalah jerawat ini ?
  • Elakkan memicit jerawat
  • Kalau boleh kurangkan menyentuh jerawat
  • Minum air kosong yang cukup
  • Amalkan pemakanan dan diet yang seimbang
  • Ambil vitamin tambahan
  • Kawal stress dengan baik
Bagi mereka yang suka bersolek, Ruby nak nasihatkan supaya menukar alat solek dan span setiap 6 bulan sekali serta menggunakan make up atau skincare yang bersifat non comedogenic.

Ruby  0166696703
Facebook  Rubiah Kadir
Instagram  rubiah_kadir
Continue Reading

27 October 2018

Bagaimana Jerawat Boleh Timbul ?


Jerawat atau di kenali acne vulgaris adalah bintik atau benjolan yang timbul pada permukaan kulit kita.

Bagaimana Jerawat Boleh Muncul
Bagaimana Jerawat Boleh Muncul

Bagaimana Jerawat Boleh Timbul ?

Biasanya jerawat muncul apabila folikel rambut(liang pori) tersumbat oleh lebihan sebum atau minyak. Sebum bersama-sama sel kulit mati serta bakteria akan terperangkap di bawah permukaan kulit.

Ini menyebabkan pembengkakan dalam pelbagai bentuk dan saiz.


Bagaimana Jerawat Terjadi
Bagaimana Jerawat Terjadi

Pengeluaran minyak kulit yang berlebihan ini mungkin di sebabkan oleh ;

- faktor genetik atau keturunan
- cara penjagaan kulit
- kelenjar minyak yang terlalu aktif
- perubahan hormon

Jerawat menyerang pada bahagian kulit yang selalu berminyak seperti kulit muka dan kulit badan.

Masalah jerawat sebenarnya perkara normal berlaku pada remaja yang akhir baligh dan dewasa di sebabkan oleh perubahan hormon badan.

Tetapi bagi jerawat yang sangat teruk di sertai keradangan mungkin di sebabkan oleh pelbagai faktor seperti jangkitan kuman, usus kotor, alahan atau salah penjagaan kulit.

Jenis-jenis jerawat

  • Jerawat tanpa keradangan seperti bintik hitam dan bintik putih.
  • Jerawat berserta keradangan kulit dan mengandungi nanah seperti pustule, nodul atau cyst.



Cara mengawal kulit berjerawat

1. Mencuci muka sekurang-kurangnya 2 kali sehari dengan pencuci muka yang lembut.

2. Elakkan daripada menggunakan kosmetik yang berasaskan minyak. 

3. Amalkan pemakanan yang sihat.

4. Ambil lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan.

5. Lebihkan minum air kosong.

6. Bersenam untuk membaiki perjalanan darah dan nutrien ke kulit.

7. Belajar mengawal stress dan mengamalkan teknik relaksasi.

8. Jangan lakukan aktiviti scrubbing.

Elakkan memicit jerawat kerana tabiat ini bukan saja menyebabkan pembiakan jangkitan kuman/bakteria malah jerawat akan menjadi lebih teruk.

- Bilangan jerawat bertambah

- Meninggalkan parut lebih besar dan dalam.



Baca sini : 7 Bahan Untuk Atasi Jerawat Dan Parut


Bagi mereka yang mengalami jerawat yang teruk, di sarankan ambil rawatan dari dermatologis.

Ruby  0166696703
Facebook  Rubiah Kadir
Instagram  rubiah_kadir

Continue Reading

26 October 2018

Sijil Halal Shaklee 2018

Sijil Halal Shaklee 2018

Sijil Halal Shaklee 2018 yang terbaru yang telah dikeluarkan oleh Islamic Services of America (ISA) termasuk produk ZINC PLUS SHAKLEE

Islamic Services of America (ISA) tersenarai sebagai salah satu badan Islam yang diiktiraf oleh JAKIM.

Boleh semak Senarai Badan Islam yang Diiktiraf JAKIM di link ini.

Setiap badan yang mengeluarkan sijil halal menjalankan prosedur yang ketat sebelum mereka mengeluarkan sijil halal kepada sesuatu produk.

Memiliki sijil halal ini menunjukkan komitmen Shaklee bagi menjamin produknya bersih dan halal seiring dengan keperluan penduduk Malaysia yang majoritinya beragama Islam.

Pengeluar sijil halal akan sentiasa memantau dan mereka boleh menarik balik sijil ini pada bila-bila masa sekiranya Shaklee tidak mematuhi syarat serta garis panduan yang telah di tetapkan.

Continue Reading

31 August 2018

6 Manfaat Utama Herblax Shaklee

Herblax Shaklee
Herblax Shaklee

Argghhh, sakitnya!
Seksa sangat bila sembelit menyerang. Kadang sampai berkerut-kerut kening duduk menahan sakit dalam toilet.

Untuk pastikan pengerakan usus yang sihat, kita mestilah ;

》 Ambil pemakanan seimbang yang kaya dengan serat

》 Minum air yang mencukupi

》 Senaman yang kerap


Bagi melegakan masalah sembelit yang kadang-kala berlaku, pengambilan Herb-Lax™ boleh membantu.


6 Manfaat Utama Herb-Lax Shaklee

• Pembersihan najis yang tersekat.

• Merangsang usus untuk mempercepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita.

• Membantu masalah sembelit.

• Tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi pergerakan usus (natural bowel movement) dan seterusnya membantu masalah sembelit.

Mengempiskan perut.

• Ia juga mampu memberi kepejalan pada perut. Sesuai di ambil seperti biasa atau di campurkan dalam air panas, sebagai minuman teh herba.

Herblax Shaklee


Keistimewaan Shaklee

Ramuan asas produk ini terdiri daripada kombinasi sains perubatan tradisi dan teknologi barat. Ia mengandungi 9 herba semulajadi seperti :

Daun alfafa, daun senna, bunga mallow biru, kulit pokok buckthorn, akar rhubarb, akar culver, jintan hitam, jintan manis dan likuoris.

Mampu merangsang pergerakan usus untuk melancarkan proses perkumuhan semulajadi tubuh.


Nutritional Fact


Testimoni Herblax Shaklee


Testimoni Herblax Shaklee
Best! Pagi-pagi dah membuang



Perut tak buncit. Badan rasa ringan


Baca juga :  Ketahui Tanda Dan Punca-Punca Sembelit


Sebarang pertanyaan, info mahupun order, boleh hubungi Ruby di talian berikut  016 6696703
Continue Reading

24 August 2018

Kebaikan Protein Soya Untuk Kulit

ESP SHAKLEE
Menganjalkan dan meremajakan kulit

Tips Kulit Sihat Berseri

Nak kulit kita maintain flawless dan tak kusam, pastikan ambil nutrisi PROTEIN yang lengkap dengan kesemua 'asid amino perlu'.

Protein soya mengandungi isoflavon yang ada aktiviti estrogenik, di mana ia membantu merangsang kulit untuk kelihatan lebih muda.

Kajian juga menunjukkan isoflavon mampu meningkatkan keanjalan kulit

Kalau nak tahu, asid amino perlu tidak dapat di hasilkan oleh badan manusia.

ESP SHAKLEE membekalkan protein soya yang lengkap dengan kesemua 22 asid amino termasuklah 9 asid amino perlu.

Protein berfungsi membina sel-sel kulit yang baru bagi menggantikan sel kulit yang lama dan rosak.

" Kulit Yang Sihat Bermula Dari Dalaman "

Ruby 0166696703
Facebook :  Rubiah Kadir
Instagram :  @rubiah_kadir
Fb Pages :  Pengedar Sah Shaklee Puchong

Pengedar Shaklee di Puchong, Putra Perdana, Bukit Puchong, Meranti Jaya, Amanputra, Nusajaya, Puchong Utama, Kinrara dan sekitar Puchong.

Continue Reading

23 August 2018

Testimoni Youth - Parut Chicken Pop Hilang

Testimoni Youth
Testimoni Youth

TIDAK SANGKA PARUT CHICKEN POX SUDAH HILANG !

Hari ni saya ingin share shaklee effect saya yang terbaru " YOUTH SKINCARE ". Ini adalah antara salah satu produk shaklee yang saya guna. 12 mac 20018 adalah tarikh yang saya kena remind sampi bila-bila sebabnya pada tarikh ini la saya di sahkan di serang oleh Chicken Pox.

Boleh di katakan agak teruk bila muka saya di penuhi oleh chicken pox. Sebelum terkena chicken pox muka saya agak bersih tanpa parut.

Alhamdulillah waktu saya terkena chicken pox, Shaklee keluarkan skincare YOUTH. Memang rezeki saya untuk pulihkan kulit muka dengan Shaklee. Jadi saya pun mencuba Starter Set YOUTH.

Setelah sebulan menggunakan Youth, perubahan dah boleh nampak. Parut di muka makin pudar.

Orang sekeliling sudah mula tegur,
" Muka Eja dah nampak ok la"
"Eh parut chicken pox dah tak nampak sangat"

Saya rasa bersyukur sangat bila kulit muka dah makin beransur pulih

Bukan sahaja effect yang sangat berkesan tetapi SHAKLEE sudah menjadi sumber pendapatan kedua saya kerana setiap bulan tidak pernah terlepas untuk dapat BONUS 

Terima kasih kerana sudi baca Shaklee Effect.

Puan Shelly Shaliza
Pengguna Set Youth Skincare

Ruby  0166696703
Fb Page  Pengedar Sah Shaklee Puchong
Facebook  Rubiah Kadir
Instagram  @rubiah_kadir

Continue Reading

22 August 2018

5 TIPS MENYIMPAN DAGING KORBAN YANG BETUL

Haii, Assalamualaikum !
Selamat Hari Raya AidilAdha buat semua umat Islam seluruh dunia.

Banyak ke korang dapat daging korban? Ruby dapat 2 plastik, anggaran dalam 3-4kg jugak rasanya. Kat surau apartment ruby tinggal ni korbankan 5 ekor lembu tadi.

Sini ruby nak share cara simpan daging korban yang betul supaya tetap terjaga kualiti nya 

1. JANGAN CUCI DAGING KORBAN SEBELUM DI SIMPAN

Sebelum di simpan, daging korban jangan dicuci. Jika di cuci guna air paip, kuman2 boleh masuk dan tinggal di dalam daging. Itu akan merosakan kualiti daging. Mencuci hanya pada hari daging berkenaan hendak di masak pada keesokan harinya.

2. JANGAN SIMPAN DAGING DALAM KUANTITI YANG BANYAK KE DALAM FREZER

Jika dapat daging banyak, jangan simpan daging keseluruhan 2-4 kg di dalam freezer. Cara yg betul ialah dgn memotong daging berukuran lebih kecil, kemudian simpan di dalam plastik-plastik berukuran 1/2 kg atau 1 kg.

Jika hendak masak, ambil satu plastik yg kecil sahaja, biarkan yg lain tetap beku di dalam freezer. InsyaAllah daging dalam keadaan beku dapat disimpan lebih 1 tahun.

3. JANGAN TERUS SIMPAN DAGING KE DALAM RUANG SEJUK BEKU/FREEZER

Sebelum di simpan kat freezer, simpan daging terlebih dahulu di dalam peti ais ruang biasa selama 4-5 jam. Setelah daging itu sejuk, baru dimasukkan ke dalam  kompartmen sejuk beku/freezer.

4. JANGAN CAIRKAN DAGING BEKU DGN MENGUNAKAN AIR PANAS

Jika hendak memasak daging beku, jangan mencairkan ais dlm daging atau daging yg beku menggunakan air panas.

Cara yg betul adalah meletakkan daging beku tersebut di bawah air paip suhu normal(dalam keadaan daging masih terbungkus rapat dalam plastik).

Setelah daging kembali empuk, buka plastik, cuci daging hingga bersih, toskan, dan daging sedia utk dimasak.

5. Tips tambahan
Jangan memakai plastik warna hitam kerana plastik warna hitam itu adalah hasil recycle. Ia mengandungi karsinogen yang dapat memicu sel kanser. Gunalah sarung plastik putih atau plastik lutsinar ber-seal.

Baarakallah
Semoga memberi manfaat 

Ruby 0166696703
Pengedar Sah Shaklee Puchong 

Continue Reading

19 August 2018

Vitamin C Melembapkan Kulit Kering

Kalau ada yang tengah suffer dengan masalah KULIT KERING,

Wajib topup vitamin C yang mencukupi supaya kelembapan kulit korang sentiasa terpelihara dan tidak terhidrat 😊

Oleh sebab umur kita yang makin meningkat, kandungan vitamin C dalam lapisan dermis dan epidermis kulit akan menurun.

Nak mudah, telan je SR VITA C SHAKLEE. Mampu bekalkan korang 100mg Vitamin C setiap jam secara berterusan selama 5 jam bagi 1 tablet Vita C ni.

Vitamin C juga berfungsi mempertahankan kesihatan pembuluh darah di bawah kulit, yang membawa oksigen dan nutrisi.

Hal ini kerana pembuluh darah di kawasan kulit tersusun atas kolagen, di mana Vitamin C berperanan dalam sintesis kolagen.

Apa yang tak best, kulit kering ni boleh menyebabkan kulit wajah kita nampak lebih tua dari usia sebenar.

Semua orang nak maintain muda, nak2 perempuan yang terlalu pentingkan kecantikan kulit.

Berapa harga nya ?
Rm97.50 | 180 biji untuk 6 bulan penggunaan.

Lebih kurang 60 sen untuk pelaburan kulit yang sihat. Berbaloi!


Continue Reading

18 August 2018

Testimoni ESP Untuk Ibu Hamil




Seperti kebanyakan doktor, saya tak percaya pada supplements. Bukan sb APA, sb saya dah pernah cuba sejak zaman university tapi tak pernah berkesan.

Saya pernah beli set kulit vitamin C, E dan B complex tapi saya tak makan. Sb kwn saya pm so saya beli saja. Tapi sb saya tak percaya, saya biar saja. Tambah saya tak suka telan pil. Susah nk telan pil.

Mengandung kali pertama, sgt mencabar pada saya. Alahan teruk, eksiden lagi sampai duduk atas kerusi roda sebulan sb sakit tulang belakang. Penat sgt rasanya. Hanya amalkan calcium,obimin dari KK dan neurogain. Hanyir sgt neurogain ni. Rasa lagi nak muntah.

Anak kedua termengandung selepas setahun. Dahla fobia mengandung. Kalau boleh nak anak saja tak suka mengandung. Lumrah kerja saya mmg 14 jam lamanya.

Bygkan mengandung nak kerja lama2. Sigh. Memang rasa nk nangis. Mmg nangis pun. Tp rezeki Allah S.W T nak bg juga. Anak kedua masih alahan. Tak suka tgkp gmbr sebab asal letak gmbr kt fb, kwn2 doktor sibuk serbu. Hb berapa? Low? Kenapa pucat?

Masuk 26 minggu, dah tak tahan lagi. Jam 8 mlm saja bateri low. Kerja tak boleh balik lagi. Suara makin perlahan. Pesakit pun kena rapat dgn doktor baru dgr. Balik rumah nangis2 bgtahu suami saya dah tak tahan mcmni. Ada byk bulan lagi.

Saya penat. Setiap mlm 5x kaki cramp sampai nak tido pun fobia. Badan rasa lemah. Selalu rasa nak pitam. Saya ada anemia. Selalu migrain. Muka kelabu mcm zombie.

Saya minum susu Dutch lady setiap hari sampai senior saya ckp nanti kena kencing manis ni.

Laa dah nak kalsium tak minum susu mcm mana.

Masin mulut dia gula saya tgi. Terus tersentak.

Saya stop susu!! Minum susu pun cramp saja kaki.

Saya berdoa kpd Allah S.W.T supaya permudahkan ujian saya. Allah yg nk beri rezeki ini wpun saya tak bersedia jd tlg berikan saya kekuatan dan semangat.

Suatu hari saya terdetik utk cuba ESP. Saya yg anti supplement anti Shaklee. Boleh terdetik. Kuasa Allah S.W.T org yg tak suka pun boleh suka. Saya tak minum soya. Saya ak suka rasa soya.

Saya contact rakan saya seorang doktor juga. Dr Maryam.

Beliau suggest Osteomatrix dan ESP.

Saya terus bancuh ESP dgn milo supaya tak rasa soya. Alhamdulillah saya suka rasa ESP campur milo.

Selepas 2 hari, saya tidak pernah terkena cramp kaki mlm2. Saya jadi seorang doktor yg ceria semula. Jam 8 mlm pun saya senyum, gelak2 usik pesakit saya. Saya happy sgt sb saya sihat dan kuat. Saya bertenaga.

Subhanallah kenapa tak rasa mcm mengandung pun ni?

Rasa mcm diri saya yg tak mengandung. Begitu cergas.

Staff mula tegur doktor berseri skrg ni. Tak pucat.

Pesakit mula tegur doktor mengandung nmpk berseri. Kulit doktor cantik.

Tak pernah seumur hidup org puji kulit saya gebu.

Hidung, pipi, dagu semua jd tegang. Memang awet muda. Hahahaha.

Terus mana2 ibu mengandung yg nangis2 depan saya, saya suggest kan ESP. Alhamdulillah mereka smua ckp dah bila bgn pagi2. Kenangan mengandung anak kedua mmg sgt manis. Kerana Shaklee, saya tidak lagi serik utk mengandung.

Saya enjoy mengandung.

Bila kita cukup supplements, kita sihat kita akan happy.

Nikmat kesihatan adalah nikmat paling mahal.

Bila Allah tarik baru kita terasa.

Begitulah kisah pertama kali saya berasa Shaklee dan terus jdkan bisnes. Hanya tuk tlg ibu lain dri rasa apa yg saya rasa.

Itu kisah ESP masa mengandung. Masa beranak lain pula.

SID DR Hasifah,
Happy Shaklee user

Continue Reading