Atasi Jerawat Dengan Bawang Putih |
Ada segelintir orang menggunakan rawatan doktor ataupun ubat-ubatan bagi menghilangkan jerawat.
Baca sini : Jenis Jerawat Yang Kita Tak Tahu
Ada juga yang lebih memilih menggunakan bahan-bahan semulajadi contohnya bawang putih.
Dengar cerita bawang putih ni berkesan untuk mengubati jerawat, betul ke ?
Doris Day, M.D, seorang doktor kulit (penulis buku 100 Questions and Answers About Acne), berpendapat bahawa hal ini mungkin saja berhasil kerana bawang putih mengandungi
- antioksidan yang mampu melawan radikal bebas yang boleh merosakkan kulit.
- antiseptik yang dapat mencegah liang pori dari tersumbat sehingga mengurangi munculnya jerawat baru.
Penyataan ini kemudian di sokong oleh Rachelle Wood, seorang ahli gizi di Charlottetown P.E.I yang menyakini bahawa bawang putih juga membantu melawan peradangan kerana mengandungi bahan kimia semulajadi iaitu Allicin.
Kandungan allicin dalam bawang putih mampu menghapuskan bakteria dan virus berbahaya di dalam tubuh.
Ia juga menghilangkan bekas jerawat kerana ada kandungan thiacrenmonon.
Baca sini : Jerawat Kecut Dengan Garlic Complex
Korang boleh cuba cara ini,
1) Bawang putih + Yogurt
Haluskan 4 bawang putih, dan tambahkan 1 sudu yogurt hingga berbentuk paste. Letakkan pada wajah yang berjerawat. Biarkan beberapa minit sampai kering. Bilas dengan air bersih.
2) Bawang Putih + Minyak Zaitun
Blender 4 ulas bawang putih dan 4 sudu minyak zaitun. Simpan di dalam bekas kedap udara di dalam peti ais selama 48 jam. Gunakan pada area kulit yang berjerawat dan biarkan selama 15 minit, lalu bilas dengan air dingin hingga bersih.
Bagi mereka yang berkulit sensitif pula, langkah meletakkan hirisan bawang putih terus ke kawasan berjerawat bukanlah cara yang betul. Selain menimbulkan kesan kemerahan yang parah, jerawat juga mungkin pecah dan terasa nyeri.
Bawang putih akan meninggalkan kesan panas, hampir sama seperti dengan rasa kulit yang terbakar apabila di letakkan pada kawasan kulit.
Bagi Ruby, ada pro dan kontranya tentang bawang putih dalam mengatasi jerawat kerana penerimaan kulit antara kita adalah berbeza.
Baca sini : Cara Mengatasi Jerawat Dengan Berkesan
Ada tak yang suka makan bawang putih ? Kalau macam tu lagi bagus, silalah amalkan. Bawang putih akan bertindak dari dalaman untuk badan kita :)
Ruby 0166696703
Facebook Rubiah Kadir
Instagram rubiah_kadir
0 comments:
Post a Comment
Terima kasih sudi singgah dan komen di blog Ruby.
Salam Ukhwah :)