27 October 2018

Bagaimana Jerawat Boleh Timbul ?


Jerawat atau di kenali acne vulgaris adalah bintik atau benjolan yang timbul pada permukaan kulit kita.

Bagaimana Jerawat Boleh Muncul
Bagaimana Jerawat Boleh Muncul

Bagaimana Jerawat Boleh Timbul ?

Biasanya jerawat muncul apabila folikel rambut(liang pori) tersumbat oleh lebihan sebum atau minyak. Sebum bersama-sama sel kulit mati serta bakteria akan terperangkap di bawah permukaan kulit.

Ini menyebabkan pembengkakan dalam pelbagai bentuk dan saiz.


Bagaimana Jerawat Terjadi
Bagaimana Jerawat Terjadi

Pengeluaran minyak kulit yang berlebihan ini mungkin di sebabkan oleh ;

- faktor genetik atau keturunan
- cara penjagaan kulit
- kelenjar minyak yang terlalu aktif
- perubahan hormon

Jerawat menyerang pada bahagian kulit yang selalu berminyak seperti kulit muka dan kulit badan.

Masalah jerawat sebenarnya perkara normal berlaku pada remaja yang akhir baligh dan dewasa di sebabkan oleh perubahan hormon badan.

Tetapi bagi jerawat yang sangat teruk di sertai keradangan mungkin di sebabkan oleh pelbagai faktor seperti jangkitan kuman, usus kotor, alahan atau salah penjagaan kulit.

Jenis-jenis jerawat

  • Jerawat tanpa keradangan seperti bintik hitam dan bintik putih.
  • Jerawat berserta keradangan kulit dan mengandungi nanah seperti pustule, nodul atau cyst.



Cara mengawal kulit berjerawat

1. Mencuci muka sekurang-kurangnya 2 kali sehari dengan pencuci muka yang lembut.

2. Elakkan daripada menggunakan kosmetik yang berasaskan minyak. 

3. Amalkan pemakanan yang sihat.

4. Ambil lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan.

5. Lebihkan minum air kosong.

6. Bersenam untuk membaiki perjalanan darah dan nutrien ke kulit.

7. Belajar mengawal stress dan mengamalkan teknik relaksasi.

8. Jangan lakukan aktiviti scrubbing.

Elakkan memicit jerawat kerana tabiat ini bukan saja menyebabkan pembiakan jangkitan kuman/bakteria malah jerawat akan menjadi lebih teruk.

- Bilangan jerawat bertambah

- Meninggalkan parut lebih besar dan dalam.



Baca sini : 7 Bahan Untuk Atasi Jerawat Dan Parut


Bagi mereka yang mengalami jerawat yang teruk, di sarankan ambil rawatan dari dermatologis.

Ruby  0166696703
Facebook  Rubiah Kadir
Instagram  rubiah_kadir

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi singgah dan komen di blog Ruby.

Salam Ukhwah :)