31 May 2020

Manfaat Omega 3 Untuk Sendi

Manfaat Omega 3 Untuk Sendi | Sendi adalah sambungan antara dua tulang yang membolehkan kita memusingkan kepala, membengkokkan siku, menggerakkan pinggul, berjalan, melompat dan melakukan perkara lain yang kita ingin lakukan.

Akan tetapi, apabila usia semakin meningkat, ada sedikit kesakitan dan keperitan yang mungkin anda rasai. Ia boleh menjejaskan kehidupan dan menyebabkan aktiviti harian menjadi tidak selesa.

Manfaat Omega 3 Untuk Sendi
Sendi yang tidak sihat membataskan pergerakan


Manfaat Omega 3 Untuk Sendi

Untuk pengetahuan anda, Omega 3 adalah sejenis  asid lemak Omega 3  yang sihat serta terkenal dengan manfaat kesihatan dan kebaikannya untuk sendi yang sihat seperti ;


1.  Menangani Keradangan

Keradangan adalah penyebab utama sakit sendi. Ia boleh menjejaskan sendi anda dan menyebabkan ia menjadi merah, bengkak dan sakit.

Omega 3 didapati berkesan untuk menangani keradangan dengan :
  • Membantu mengurangkan pengeluaran eikosanoid dan cytokine yang menyebabkan degradasi rawan¹ serta mengakibatkan kesakitan pada sendi.
  • Mengurangkan pengeluaran tanda-tanda keradangan yang menyebabkan keradangan².


2.  Menggalakkan pergerakan dan kelenturan sendi

Omega 3 bergabung bersama sel yang menghasilkan rawan sendi dan ianya membantu mengawal proses biasa untuk mengekalkan ketebalan tulang rawan pada sendi anda, bagi
menghasilkan pergerakan dan kelenturan sendi yang lebih baik¹.


3.  Membantu mengurangkan kekejangan sendi, bengkak dan sakit

Oleh kerana fungsinya yang hebat dalam mengawal keradangan, Omega 3 didapati berupaya membantu mengurangkan kesakitan, kekejangan dan bengkak pada bahagian sendi³.


4.  Bertindak sebagai pelincir sendi

Pelincir sendi dihasilkan secara semulajadi oleh sel pelincir tertentu pada sendi anda. Omega 3 juga:

  • Umpama seperti pelincir yang dipanggil cecair sinovial yang melindungi dan melincirkan sendi⁴.
  • Membolehkan pergerakan sendi yang selesa.
  • Membolehkan sendi yang sakit dan berkeriut bergerak dengan bebas.




Jika anda inginkan pergerakan yang selesa, bebas dan lancar,  nak solat mudah, nak berjalan, yang mana kerap sakit lutut dan nyeri pada sendi-sendi tu boleh pertimbangkan dengan mengambil asid lemak Omega 3 sebagai sebahagian daripada diet harian anda.


Baca juga :

Omega Guard Shaklee - Sumber Omega 3 Tulen

Omega 3 Baik Untuk Kulit

Omega 3 Baik Untuk Jantung

Nak Kurus? Cubalah Omega 3!


Continue Reading

30 May 2020

Ayam Brand : Projek Pantri Makanan #AyamWithYou

Ayam Brand : Projek Pantri Makanan #AyamWithYou | Walaupun negara kini menghadapi situasi sukar akibat wabak Covid-19, semangat saling membantu, murah hati dan saling percaya-mempercayai tetap utuh dalam kalangan rakyat. Kemudahan lama seperti pantri makanan untuk kegunaan ramai kini diberi wajah baru.



Komuniti yang memerlukan di Lembah Klang boleh dapatkan sumbangan di pantri komuniti #AyamWithU di Anjung Singgah dan Pertubuhan Kebajikan Kasih Nurul Hasanah


Ayam Brand : Projek Pantri Makanan
Ayam Brand Food Pantry #AyamWithYou Di Anjung Singgah
Yayasan Kebajikan Negara Malaysia

Inisiatif pantri makanan #AyamWithYou oleh Ayam Brand™ dan 13 buah rumah kebajikan dari seluruh negara kini giat membantu pertubuhan amal dan memperkasakan mereka untuk membantu komuniti setempat yang memerlukan. 

Sebagai contoh, di Kuala Lumpur, Yayasan Kebajikan Negara Malaysia, sebuah rumah transit untuk gelandangan di Jalan Hang Lekiu meneraju usaha membantu komuniti setempat ini dengan menguruskan pantri #AyamWithYou di sini™.


Anggota dari Anjung Singgah mengambil makanan yang mereka perlukan
di pantri makanan Ayam Brand #AyamWithYou


“Kami bimbangkan kebajikan sesetengah keluarga di sini terutamanya ketika Ramadan dan Hari Raya. Kami sendiri tidaklah mewah, tetapi keperluan mereka lebih mendesak. Kami pernah menyertai kempen Ayam Brand™ Community Care pada masa lalu. Tahun ini, Ayam Brand™ sekali lagi memberikan kepada organisasi kami bekalan produk makanan mereka untuk tempoh dua bulan dan menyarankan pantri makanan atau gerobok rezeki sebagai satu penyelesaian untuk komuniti ini. Mereka telah menyediakan gerobok kalis cuaca ini dan satu bekalan produk berasingan yang boleh kami gunakan buat membantu komuniti kami,” kata Pegawai Operasi Yayasan Kebajikan Negara Malaysia, Encik Amir Rudin Bin Abdul Rahman.







Pantri kalis cuaca ini dipasang di hadapan rumah kebajikan tersebut supaya penjarakkan sosial dapat dilaksanakan. Ia terbuka untuk kegunaan umum 24 jam. Penduduk menghantar maklumat mengenai pantri makanan ini menerusi kumpulan komuniti di media sosial dan aplikasi Whatsapp, manakala penghuni yang tinggal di rumah transit ini diberi tugas menambah produk Ayam Brand™ tersebut setiap hari.



“Kami menghantar khidmat pesanan ringkas menerusi WhatsApp dan Facebook memberitahu semua penduduk bahawa bahan makanan di dalam pantri tersebut adalah percuma bagi yang memerlukan, manakala mereka yang ingin menyumbang boleh sumbangkan makanan kering, snek, alat tulis, produk pencuci dan barangan keperluan lain. Penghuni yang tinggal di sini gembira diberi tanggungjawab menguruskan pantri makanan ini dan memastikan bekalan sentiasa penuh kerana mereka berpeluang mengamalkan budi pekerti yang mulia dan sikap murah hati,” kata Encik Amir.




Anak-Anak di Pertubuhan Kebajikan Nurul Hasanah
meletakkan dan mengisi makanan di pantri makanan Ayam Brand
#AyamWithYou


Respon terhadap inisiatif ini amat menggalakkan dengan peruntukan harian produk Ayam Brand™ seperti tuna, kacang panggang, kacang pea, nanas dalam tin dan santan kelapa laku di kalangan penduduk, dan barang keperluan lain ditambah dengan sokongan padu daripada ahli komuniti.


“Kami menemui beberapa item yang tidak disangka-sangka di dalam pantri termasuk sayuran segar, buah kurma, susu bayi, lampin dan biskut Raya! Kami dapat merasakan keakraban #KitaJagaKita itu. Projek pantri makanan #AyamWithYou telah menjadikan Ramadan dan Raya ini amat istimewa dengan membina ikatan antara kami berasaskan budi pekerti mulia, sikap saling mempercayai dan bantu-membantu sesama ahli komuniti. Ini membolehkan kami menyumbang secara aktif ke arah kesejahteraan semua,” tambah beliau. 

Menerusi program Tanggungjawab Sosial Korporatnya yang telah berjalan sekian lama, Ayam Brand™ telah menyumbangkan lebih 2 juta makanan berkhasiat kepada pertubuhan amal, seterusnya menyediakan makanan berkhasiat untuk lebih 21,800 orang dari 524 buah organisasi dan NGO amal sejak 12 tahun lalu. 

Tahun ini jenama tersebut membantu menyokong barisan hadapan Covid-19 di Hospital Sungai Buloh, 13 buah rumah kebajikan, inisiatif pantri makanan #AyamWithYou, dan pusat transit gelandangan Anjung Singgah Kuala Lumpur, dengan perancangan untuk membantu lebih banyak lagi organisasi dan komuniti.



“Covid-19 telah mengubah sama sekali perancangan awal kami untuk kempen tahunan Ayam Brand™ Community Care Campaign kali ke-13, tetapi kini kami dapat melihat kesan positif hasil daripada inisiatif pantri makanan #AyamWithYou. Ia mengubah naratif rakan kongsi kebajikan kami daripada menjadi penerima bantuan kepada penyumbang dan penderma dalam komuniti masing-masing. Komuniti di sini telah menerima konsep pantri makanan ‘sila ambil yang anda perlu sahaja’. Ini menghasilkan kitaran kebaikan yang mampu memastikan inisiatif ini terus kekal,” kata Pengurus Pemasaran Ayam Brand, Nathan Deverre.


Kakitangan Ayam Brand™ turut sama menghebahkan mengenai pantri makanan ini supaya lebih ramai boleh mendapat manfaat dan turut memberi sumbangan. Mereka menjadi antara penyumbang pertama dengan menyumbangkan item bukan makanan ke dalam pantri tersebut. 

“Kami menghantar senarai barangan yang diperlukan bermula dengan kaum keluarga dan sahabat handai. Sesiapa yang boleh terus menghantar item tersebut ke pantri, ramai daripada kami yang sanggup dan berminat untuk membantu. Malah mereka turut mengongsikan lokasi pantri dengan golongan yang memerlukan. Setiap daripada kita boleh membantu dengan cara tersendiri,” kata seorang eksekutif Ayam Brand™ yang tinggal di kawasan projek pantri ini.







Pantri makanan #AyamWithYou terletak di Anjung Singgah, Lot 28-32 Jalan Hang Lekiu, 50100 Kuala Lumpur dan di Pertubuhan Kebajikan Kasih Nurul Hasanah No 1, Jalan Pimping Kanan, Ukay Heights 68000 Ampang Selangor.

Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif pantri makanan #AyamWithYou, layari https://www.ayambrand.com.my



Mengenai Ayam Brand

Ayam Brand, satu jenama isi rumah di Malaysia dan Asia selama 128 tahun memang terkenal dengan rangkaian luas makanan dalam tin yang sihat dan berkualiti, bebas bahan awet serta tidak mengandungi MSG tambahan. Produk Ayam Brand dikilangkan di kemudahan canggih yang mematuhi standard antarabangsa paling tinggi, persijilan (HACCP, ISO 9001) yang diiktiraf di seluruh dunia dan diakui halal. Selama empat tahun berturut-turut mulai 2013 hingga 2016, Ayam Brand dipilih sebagai Top 10 jenama FMCG pilihan di Malaysia, berdasarkan kepada Kaji Selidik Kesan Jenama oleh Kantar Worldpanel Brand Footprint Study.  

Untuk pertanyaan media :

Retna Vijayan
About Communication Sdn Bhd
03.8075.6000/012.639.8443
retna.vijayan@aboutcom.com.my

Samuel Tan
About Communication Sdn Bhd
03.8075.6000/012.635.8443


Continue Reading

03 May 2020

Ketahui 8 Tanda Dehidrasi

Badan kita mengandungi kira-kira 60% kandungan air. Jadi penting untuk kita memastikan badan sentiasa terhidrat (cukup air) supaya organ tubuh berfungsi dengan baik dan optimum.

8 Tanda Dehidrasi
Dehidrasi - Badan Kekurangan Air

Apa itu dehidrasi? Dehidrasi (kurang air) berlaku apabila tubuh kehilangan cecair yang berlebihan, dimana cecair yang hilang lebih banyak daripada cecair yang masuk ke dalam tubuh kita. Ini menyebabkan fisiologi tubuh gagal berfungsi seperti biasa.

Masih ramai yang tidak sedar dan tidak tahu yang tubuh sedang mengalami dehidrasi. Teruskan membaca untuk ketahui apakah tanda dehidrasi dan kesan dehidrasi terhadap badan.


Tanda-Tanda Dehidrasi


1. Tidak Boleh Fokus atau Berfikir Dengan Jelas

Otak memerlukan air yang cukup untuk berfungsi dengan  baik. Sekiranya dehidrasi berlaku, anda akan sedar bahawa fungsi kognitif atau mood akan berubah dan mungkin menyebabkan anda menjadi keliru atau tidak fokus.


2. Mengidam Sesuatu Yang Manis

Apabila anda dehidrasi, anda mungkin mengidam sesuatu yang manis kerana tubuh anda memerlukan bantuan menghasilkan glikogen, suatu bentuk karbohidrat yang disimpan dan digunakan oleh tubuh sebagai bahan bakar.

Petua: Minum air segelas besar atau makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang mengandungi banyak air.


3. Merasa Keletihan / Lesu dan Sakit Kepala / Pening

Air membantu tubuh anda mengawal kadar gula dalam darah dan oksigen yang membantu anda berasa bertenaga.

Dengan penurunan paras air, anda mungkin mudah berasa letih bukan kerana terlalu sibuk tetapi mungkin disebabkan dehidrasi.

Selain itu dengan dehidrasi, badan anda tidak boleh memproses nutrien dengan optimum yang menyebabkan anda berasa pening.


4. Mengalami Jantung Berdebar-debar

Dehidrasi membuang elektrolit daripada badan menjadi tidak seimbang, mengakibatkan tekanan darah yang lebih rendah.

Ini memberi ketegangan tambahan pada pelbagai bahagian badan termasuk jantung. Akibatnya, anda mungkin berasa jantung berdegup kencang atau mempunyai kadar denyutan yang tidak normal.


5. Tidak Dapat Melakukan Senaman Dengan Baik

Dehidrasi menurunkan tekanan darah, menjadikan jantung bekerja lebih kuat, di mana ia memberi kesan kepada seberapa banyak anda boleh melakukan senaman.

Dehidrasi melebihi 5 peratus menurunkan keupayaan bersenam sebanyak hampir 30 peratus!

Petua: Kekal terhidrat sebelum, semasa dan selepas bersenam!


6. Masalah Kulit

Kita boleh nampak tanda jelas dehidrasi iaitu pada bahagian kulit. Mulut, kulit dan mata akan terasa kering.

Air membantu untuk menghidratkan kulit supaya kulit kita jadi sihat.
Masalah jerawat, ekzema atau psoriasis mungkin terjadi bila kekurangan air.


7. Masalah Penghadaman

Air sangat penting untuk sistem dalam badan berfungsi dengan baik termasuklah untuk sistem penghadaman.

Apabila badan kekurangan air dan dalam keadaan kering, usus besar mula menyerap air daripada makanan yang kita makan. Ini boleh menjadi punca kepada sembelit, refluks asid, ulser dan isu yang berkaitan dengan pencernaan yang lain.


8.  Kerap Rasa Lapar

Rasa lapar itu normal bila tiba waktunya makan. Cuma yang tak normalnya, kerap rasa lapar walaupun sudah makan.

Anda mungkin mengalami dehidrasi.

Dehidrasi ada trick sendiri yang membuatkan anda rasa lapar lagi dan lagi. Sebenarnya anda perlu minum air putih secukupnya bukannya makan lagi dan lagi. Hehe.


Cara cepat dan mudah untuk mengetahui sebanyak mana anda terhidrat, dengan melihat dan memeriksa warna air kencing.

Warna Air Kencing salah satu penanda aras tahap mana dehidrasi anda. Jika warna itu pekat atau coklat, itu bermakna tahap dehidrasi anda berada tahap bahaya.


Jadi, solusi terbaik, cuba latih diri untuk ambil air putih secukupnya supaya badan anda kekal terhidrat dan cukup air. Barulah sistem tubuh pun berfungsi dengan baik 😊


8 tanda dehidrasi
Minum air secukupnya untuk mengelakkan dehidrasi

Continue Reading