Dehidrasi - Badan Kekurangan Air |
Apa itu dehidrasi? Dehidrasi (kurang air) berlaku apabila tubuh kehilangan cecair yang berlebihan, dimana cecair yang hilang lebih banyak daripada cecair yang masuk ke dalam tubuh kita. Ini menyebabkan fisiologi tubuh gagal berfungsi seperti biasa.
Masih ramai yang tidak sedar dan tidak tahu yang tubuh sedang mengalami dehidrasi. Teruskan membaca untuk ketahui apakah tanda dehidrasi dan kesan dehidrasi terhadap badan.
Tanda-Tanda Dehidrasi
1. Tidak Boleh Fokus atau Berfikir Dengan Jelas
Otak memerlukan air yang cukup untuk berfungsi dengan baik. Sekiranya dehidrasi berlaku, anda akan sedar bahawa fungsi kognitif atau mood akan berubah dan mungkin menyebabkan anda menjadi keliru atau tidak fokus.
2. Mengidam Sesuatu Yang Manis
Apabila anda dehidrasi, anda mungkin mengidam sesuatu yang manis kerana tubuh anda memerlukan bantuan menghasilkan glikogen, suatu bentuk karbohidrat yang disimpan dan digunakan oleh tubuh sebagai bahan bakar.
Petua: Minum air segelas besar atau makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang mengandungi banyak air.
3. Merasa Keletihan / Lesu dan Sakit Kepala / Pening
Air membantu tubuh anda mengawal kadar gula dalam darah dan oksigen yang membantu anda berasa bertenaga.
Dengan penurunan paras air, anda mungkin mudah berasa letih bukan kerana terlalu sibuk tetapi mungkin disebabkan dehidrasi.
Selain itu dengan dehidrasi, badan anda tidak boleh memproses nutrien dengan optimum yang menyebabkan anda berasa pening.
4. Mengalami Jantung Berdebar-debar
Dehidrasi membuang elektrolit daripada badan menjadi tidak seimbang, mengakibatkan tekanan darah yang lebih rendah.
Ini memberi ketegangan tambahan pada pelbagai bahagian badan termasuk jantung. Akibatnya, anda mungkin berasa jantung berdegup kencang atau mempunyai kadar denyutan yang tidak normal.
5. Tidak Dapat Melakukan Senaman Dengan Baik
Dehidrasi menurunkan tekanan darah, menjadikan jantung bekerja lebih kuat, di mana ia memberi kesan kepada seberapa banyak anda boleh melakukan senaman.
Dehidrasi melebihi 5 peratus menurunkan keupayaan bersenam sebanyak hampir 30 peratus!
Petua: Kekal terhidrat sebelum, semasa dan selepas bersenam!
6. Masalah Kulit
Kita boleh nampak tanda jelas dehidrasi iaitu pada bahagian kulit. Mulut, kulit dan mata akan terasa kering.
Air membantu untuk menghidratkan kulit supaya kulit kita jadi sihat.
Masalah jerawat, ekzema atau psoriasis mungkin terjadi bila kekurangan air.
7. Masalah Penghadaman
Air sangat penting untuk sistem dalam badan berfungsi dengan baik termasuklah untuk sistem penghadaman.
Apabila badan kekurangan air dan dalam keadaan kering, usus besar mula menyerap air daripada makanan yang kita makan. Ini boleh menjadi punca kepada sembelit, refluks asid, ulser dan isu yang berkaitan dengan pencernaan yang lain.
8. Kerap Rasa Lapar
Rasa lapar itu normal bila tiba waktunya makan. Cuma yang tak normalnya, kerap rasa lapar walaupun sudah makan.
Anda mungkin mengalami dehidrasi.
Dehidrasi ada trick sendiri yang membuatkan anda rasa lapar lagi dan lagi. Sebenarnya anda perlu minum air putih secukupnya bukannya makan lagi dan lagi. Hehe.
Cara cepat dan mudah untuk mengetahui sebanyak mana anda terhidrat, dengan melihat dan memeriksa warna air kencing.
Warna Air Kencing salah satu penanda aras tahap mana dehidrasi anda. Jika warna itu pekat atau coklat, itu bermakna tahap dehidrasi anda berada tahap bahaya.
Jadi, solusi terbaik, cuba latih diri untuk ambil air putih secukupnya supaya badan anda kekal terhidrat dan cukup air. Barulah sistem tubuh pun berfungsi dengan baik 😊
Minum air secukupnya untuk mengelakkan dehidrasi |
Bulan puasa ni kena kurangkan aktiviti2 berat yang mengeluarkan banyak peluh supaya badan kita tak kekurangan air.
ReplyDeleteBetul tu 😄
DeleteBolehlah tahu melaui air kencing. Selalu bangun pagi nampak air kencing warna coklat.
ReplyDeleteNA kena minum air putih ya
DeleteThanks Rubi, sharing..")
ReplyDeleteSama² wawa 🥳
DeleteAlhamdulillah puasa ni dah nak 11hari masih ok lagi, sekarang pun tiap petang hujan jadi sejuk je
ReplyDeleteTerima kasih di atas perkongsian ni.
ReplyDeleteIlmu baru buat saya hehe.
Rasanya setakat ni masih on track.
Dulukan Mimi sejenis yangvtak suka minum air suam. Tapi sejak kena sembelit dan bibir kering memang duk pulun minum air suam sekarang dah tak ada lah. Memnag betul kalau kurang air kita akan hidrasi terutama bab asyik lapar je.
ReplyDeleteEh lupa nak inform done follow #220
ReplyDeletekalau dehidrasi ni letih jadinya... kering sangat
ReplyDeletebetapa pentingnya air putih. walaupun nampak macam takde apa. hehe
ReplyDelete2, 3 dengan 4 tuh ada dah hmmm
ReplyDeleteDulu nak minum 2 gelas air kosong pun susah. Now dah jadi habit I hehe. Btw good informations and thanks for sharing! ❤️
ReplyDeleteCraving benda manis tu baru tahu.
ReplyDeleteSebab sebelum ni rasa pelik betul, macam kenyang tapi nak mengunyah.
Mengunyah pulak benda manis. Macam roti. Nak makan jajan.
Dah lama sikit baru tahu sebab tak cukup air. Jadi praktis sekarang, sebelum makan mesti minum air segelas dulu. Baru rasa cukup :)