Gula adalah karbohidrat ringkas yang bekalkan kita sumber tenaga segera. Gula boleh didapati secara semulajadi dalam roti, nasi, mi, pasta, ubi-ubian serta buah-buahan.
![]() |
Cara Kurangkan Gula |
Sini Ruby kongsikan macam mana cara mengurangkan gula untuk anda jadikan panduan ;)
7 Cara Kurangkan Gula Dengan Bijak
#Amalkan minum air kosong
![]() |
Air putih tiada gula tambahan |
Untuk pengetahuan, 1 sudu teh gula = 20 kilokalori. Jika anda ambil 1 tin air berkarbonat, ini bermakna 7 sudu teh gula × 20 kilokalori = 140 kilokalori.
Jadi gantikan minuman manis seperti air sirap, kopi, kordial, air tin dan air berkarbonat dengan air putih. Air putih tiada gula dan bebas kalori, memang bagus untuk kesihatan.
Bagi sesetengah orang, air putih tu membosankan kerana tiada rasa. Jika tiada keinginan nak ambil air kosong, jangan terus capai air berperisa! Apakata anda gunakan potongan buahan sebagai penambah perisa air. Anda juga boleh guna daun pudina atau potongan lemon ke dalam air dan biarkan ianya sejuk di dalam peti. Pokoknya, be creative.
#Hadkan 1 sudu teh gula/susu pekat/krimer manis setiap cawan minuman
![]() |
Minuman manis ada kandungan gula yang tinggi |
Anda boleh bermula dengan dengan "mengurangkan kemanisan dalam minuman" dengan mengambil minuman yang kurang manis.
Bila lidah dah terbiasa dengan makanan/minuman yang kurang manis, secara automatik anda berjaya mengawal kadar pengambilan gula. Yeayy!
#Kurangkan gula dalam masakan
![]() |
Gula dalam kek/manisan/masakan |
Gula adalah bahan utama dalam masakan kek mahupun kuih. Apa salahnya kurangkan/rendahkan kandungan gula agar tidak berlebih-lebihan.
#Elakkan makan snek atau minuman manis
Pengambilan snek pada waktu hidangan utama atau sebelum tidur akan tingkatkan pengambilan tenaga harian.
#Utamakan ambil buah-buahan dari kuih muih sebagai pengganti dessert
Glukos dari buah-buahan lebih elok dari manisan buatan (artifical) kerana ianya semulajadi dan senang dirungkai oleh sistem pencernaan kita.
![]() |
Kandungan Gula Dalam Kuih Muih |
Contoh, lepat pisang ada 13gram gula tambahan = 191 kilokalori. Manakala buah pisang hanya ada 76 kilokalori dan tiada gula tambahan.
#Baca senarai ramuan pada label
Baca ramuan pada label? Nampak macam remeh. Tapi sebenarnya ia bantu untuk anda mengawal jumlah pengambilan gula. Elakkan produk makanan dan minuman yang mana gula tersenarai pada bahagian awal kandungan.
![]() |
Baca label terlebih dahulu |
Sos, makanan dalam tin, kicap, biskut selalunya mengandungi kandungan gula yang tersembunyi dan tinggi.
Jadi, baca label dulu ya.
#Pilih makanan atau minuman yang kurang gula atau bebas gula
Mengikut peraturan-peraturan makanan 1985, makanan yang dilabel "rendah gula" bermaksud kandungan gula tidak melebihi 5gram per 100gram atau 2.5gram per 100ml.
"Bebas gula" pula bermaksud kandungan gula tidak melebihi 0.5gram per 100gram atau 100ml. Kini banyak syarikat ambil inisiatif mengeluarkan produk minuman mahupun makanan mereka dengan mengurangkan gula.
Anda boleh mulakan cara yang Ruby berikan ini satu persatu. Lambat laun, ia akan jadi kebiasaan pada diri sendiri.
Anda juga boleh juga mengikut cabaran gula 21 hari daripada KKM untuk mengurangkan gula dengan bijak.
![]() |
21 Hari Cabaran Gula |
3 hari = cabaran tanpa minuman bergula
3 hari = cabaran 2 liter air kosong
3 hari = cabaran tanpa minuman berkarbonat
2 hari = cabaran tanpa susu pekat manis & 3 in 1
2 hari = cabaran tanpa aiskrim dan kek
2 hari = cabaran tanpa susu pekat manis & 3 in 1
2 hari = cabaran tanpa gula-gula & coklat
2 hari = cabaran tanpa minuman bergula
2 hari = cabaran tanpa minuman berkarbonat
Selamat mencuba!
Nak minum 1.5 liter air kosong sehari pun susah nak habiskan.
ReplyDeleteApapun masih mencuba.
akak tak minum air manis senang nk buat tapi dalam makanan yang kadang terlepas... macam sos dan kicap
ReplyDeletesekarang ni memang tengah cuba kurangkan pengambilan gula dalam makanan dan minuman harian...sebab rasa macam badan da naik sangat, sepanjang pkp asyik minum air manis...
ReplyDeletebagus tips ni mama pun nak mula kurangkan gulua dalam makanan dan minuman
ReplyDeleteBab manis2 ni meang susah nak elakkan. Kekadang dalam sehari tu dua gelas kopi kita minum. Tq tau kongsi tips. Nanti blh la cuba praktikkan..
ReplyDeleteKadang bukan gula je, makan nasi tu pun kena kurangkan kann, sebab dari nasi jadi gula..adeii camne nak kurangkan kopi ni ek..x reti minum kopi takde gula..huwaaaa
ReplyDeleteaduhhh teh ais sampai 6 sudu gula. Patut lah sedap sangat minum haha. Nak buat challenge ni mesti gagal di tengah jalan
ReplyDeletesaya sekarang ni pun memang dah amalkan kurangkan manis. seminggu tu beberapa kali je makan makanan manis. minuman manis memang dah tak sentuh langsung. :)
ReplyDeleteKurangkan makanan tinggi gula dan banyakkan exercise insya Allah bagus untuk badan
ReplyDeletemmg slalu minum air kosong tp tk cukup lg 2liter sehari ..mmg susah juga nk kurangkan manis utk yg suka mkn dessert ni..akan ku cuba hehe
ReplyDeleteMinum air kosong memang mudah nak buat. Memang eiza amalkan minum air kosong. Tapi bila bab gula, susah sikit sebab kebanyakkan makanan ada gula tersembunyi.
ReplyDeleteSebenarnya nak cut gila bukannya mudah huaaaaa, nasib baiklah ada stevia pengganti gula.
ReplyDeleteyanmie
http://www.yanmieonline.com
terima kasih bagi tips cara kurangkan gula. Makin umur meningkat ni, takut datang penyakit macam-macam
ReplyDeleteSisyat rs sis dah boleh kawal pengambilan gula 😊. Buat challange mcm tu la..
ReplyDeleteBila try minum air manis org lain, terus rs why so manis. Padahal org kata tu manis buah je.
Mgkin sbb kte dah lama tak minum air manis kot 😊
Bagus dan menarik cabaran tanpa gula tu..yang suka manis kena paksa diri perlahan-lahan tinggalkan gula..
ReplyDeleteMemang sebaiknya elak minum gula tapi ntah la saya memang tak bole jika minum kopi ke apa ke tanpa gula huhu...
ReplyDeletegula ni problem dia kat craving tu. kalau dapat atasi craving, gula pun dppt diketepikan
ReplyDeletesekarang ni sarah jarang gila minum air manis. memang minum air kosong je sebab rasa lebih secure
ReplyDeletewaa.. terima kasih untuk tips nya !! hee~ kakak dah jarang amik gula, banyakkan minum air masak dan buah-buahan.. badan pun makin sihat dan segar..
ReplyDeleteMmg bagus tips yg dikongsikan terutama ttg amaun gula. Sesuatu yg sgt menarik
ReplyDeletePerkongsian yang bagus ni. Akak pun sedang kurangkan gula gak ni..tapi tu lah..kopi memang susah nak tinggal, tapi akan di cuba sedikit demi sedikit
ReplyDeleteKita try tips no. 1 dulu. Payah betul nak minum air kosong. Nanti dah berjaya, kita try buat tips yang selebihnya :)
ReplyDeletemy wife like sugerbut saya suka minum air kosong sejak kecil
ReplyDeleteMencabar betul nak kurangkan gula nie. Tapi nak tak nak kena cuba jugak. Thanks for sharing.
ReplyDelete