Manfaat Omega 3 Untuk Sendi | Sendi adalah sambungan antara dua tulang yang membolehkan kita memusingkan kepala, membengkokkan siku, menggerakkan pinggul, berjalan, melompat dan melakukan perkara lain yang kita ingin lakukan.
Akan tetapi, apabila usia semakin meningkat, ada sedikit kesakitan dan keperitan yang mungkin anda rasai. Ia boleh menjejaskan kehidupan dan menyebabkan aktiviti harian menjadi tidak selesa.
Sendi yang tidak sihat membataskan pergerakan |
Manfaat Omega 3 Untuk Sendi
Untuk pengetahuan anda, Omega 3 adalah sejenis asid lemak Omega 3 yang sihat serta terkenal dengan manfaat kesihatan dan kebaikannya untuk sendi yang sihat seperti ;
1. Menangani Keradangan
Keradangan adalah penyebab utama sakit sendi. Ia boleh menjejaskan sendi anda dan menyebabkan ia menjadi merah, bengkak dan sakit.
Omega 3 didapati berkesan untuk menangani keradangan dengan :
- Membantu mengurangkan pengeluaran eikosanoid dan cytokine yang menyebabkan degradasi rawan¹ serta mengakibatkan kesakitan pada sendi.
- Mengurangkan pengeluaran tanda-tanda keradangan yang menyebabkan keradangan².
Omega 3 bergabung bersama sel yang menghasilkan rawan sendi dan ianya membantu mengawal proses biasa untuk mengekalkan ketebalan tulang rawan pada sendi anda, bagi
menghasilkan pergerakan dan kelenturan sendi yang lebih baik¹.
3. Membantu mengurangkan kekejangan sendi, bengkak dan sakit
Oleh kerana fungsinya yang hebat dalam mengawal keradangan, Omega 3 didapati berupaya membantu mengurangkan kesakitan, kekejangan dan bengkak pada bahagian sendi³.
4. Bertindak sebagai pelincir sendi
Pelincir sendi dihasilkan secara semulajadi oleh sel pelincir tertentu pada sendi anda. Omega 3 juga:
- Umpama seperti pelincir yang dipanggil cecair sinovial yang melindungi dan melincirkan sendi⁴.
- Membolehkan pergerakan sendi yang selesa.
- Membolehkan sendi yang sakit dan berkeriut bergerak dengan bebas.
Jika anda inginkan pergerakan yang selesa, bebas dan lancar, nak solat mudah, nak berjalan, yang mana kerap sakit lutut dan nyeri pada sendi-sendi tu boleh pertimbangkan dengan mengambil asid lemak Omega 3 sebagai sebahagian daripada diet harian anda.
Baca juga :
Omega Guard Shaklee - Sumber Omega 3 Tulen
Omega 3 Baik Untuk Kulit
Omega 3 Baik Untuk Jantung
Nak Kurus? Cubalah Omega 3!
Tulah dah sakit kaki. Oh rupanya makan omega boleh atasi rasa kebas dan sakit.
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian ;)
ReplyDeleteSELAMAT HARI RAYA!!! menarikla :) done follow, follow me back.. thanks
ReplyDeletehttp://acuyuhan.blogspot.com/
Bagus manfaat minyak ikan Ni, 😊thanks for sharing 😊
ReplyDeletesemoga diberikan kesihatan yang baik
ReplyDeleteselalu
Omega 3 bermanfaat baik lah. semoga diberi kesehatan bagi yang mengalami
ReplyDelete