Bila buat kerja dalam kelas, hampir semua orang faham dan betul jawabnya. Sebulan kemudian, soalan yang sama keluar peperiksaan, hampir semua jawab salah. Padahal hari tu masa belajar dalam kelas faham sangat dah.
Semua Ibu Bapa Inginkan Anak Yang Pandai Dalam Pelajaran |
6 Tips Kukuhkan Ingatan Anak-Anak
1- Ilmu yang baru dipelajari hari ini mesti dipanaskan hari ini juga di rumah.2- Ilmu baru yang dipelajari, walau faham namun tidak disusuli dengan latihan di rumah, akan menjadi ingatan sementara.
3- Ilmu atau pelajaran bila dipanaskan semula ia akan jadi ingatan berkekalan.
Bagaimana kita ibu bapa boleh bantu anak-anak dapatkan ingatan berkekalan ini?
4- Sila pastikan anak buat 4-5 soalan tentang topik yang baru sahaja mereka belajar di sekolah untuk ingatan berkekalan.
5- Latihan tak perlu banyak pun tak apa. Cukup ambil masa 15-30 minit pun dah memadai.
6- Latihan boleh sahaja direka sendiri atau Google sahaja. Contohnya anak belajar topik peratus. Pergi sahaja kat Google, taip 'soalan peratus'. Settle!
Mudah je nak bantu anak sebenarnya. Zaman dah maju. #MFS
Boleh follow Cikgu Korea di Facebook Mohd Fadli Salleh
Atau
Ikuti channel Telegram beliau t.me/MohdFadliSalleh untuk Tips Matematik setiap hari.
tq atas perkongsian.. sgt membantu
ReplyDelete@mamapp
ReplyDeleteSama-sama MamaPp :)
Tq sharing, good info awak 😍
ReplyDeletethanks info, menambah ilmu
ReplyDelete