31 July 2019

Kebaikan Vitamin C Untuk Tubuh

Sebut saja tentang Vitamin C, Ruby percaya ramai yang tahu mengenainya. Selain bagus untuk kecantikan kulit, vitamin C juga mempunyai banyak kebaikan untuk fungsi kesihatan tubuh kita.

Vitamin C
Vitamin C

Apakah Vitamin C?

Vitamin C juga dikenali sebagai asid askorbik. Ia merupakan sejenis zat nutrien terpenting untuk manusia. Badan kita tidak dapat menyimpan Vitamin C kerana sifatnya yang mudah larut air.

Untuk pengetahuan anda, Vitamin C juga tidak boleh disimpan dalam jumlah yang besar dalam badan. Sebarang lebihan akan dibuang melalui urin.

Sesetengah haiwan Mamalia seperti arnab, lembu dan kucing berupaya menghasilkan Vitamin C nya sendiri sedangkan manusia tidak mampu. Oleh itu, kita perlu mendapatkan sumber Vitamin C yang mencukupi setiap hari sama ada melalui buahan, sayuran atau pun supplemen Vitamin C.

Sumber Vitamin C

90 peratus Vitamin C dalam diet harian diperoleh melalui buah dan sayuran seperti strawberi, kiwi, betik, nanas, brokoli, bayam dan sebagainya.

Berapakah Keperluan Dos Vitamin C?

Menurut Office of Dietary Supplements (ODS), jumlah harian yang disyorkan vitamin C untuk orang dewasa adalah: 
  • 90 miligram (mg) untuk lelaki
  • 75 mg untuk wanita
  • 85 mg semasa hamil dan 120 mg semasa menyusu
  • tambahan 35 mg untuk mereka yang merokok

Namun kita tidak digalakkan mengambil dos vitamin C yang melebihi 2000mg.

Vitamin C mengurai dalam keadaan tertentu. Kandungan Vitamin C dalam makanan yang diambil akan berkurangan apabila memasak, dalam keadaan kita stress dan disebabkan aktiviti harian.

Kesan Kekurangan Vitamin C

Tanda Kekurangan Vitamin C
Tanda Kekurangan Vitamin C
Badan akan mula menunjukkan tanda-tanda apabila kita tidak mendapat nutrien ini dengan secukupnya. Kekurangan Vitamin C mengakibatkan tubuh kita tidak dapat berfungsi dengan baik. Antaranya adalah ;
  • Mudah demam dan selsema
  • Cepat stress
  • Rambut kering
  • Masalah kulit
  • Gusi berdarah

Kebaikan Vitamin C Untuk Tubuh

Vitamin C mempunyai pelbagai fungsi untuk tubuh
Vitamin C mempunyai pelbagai fungsi untuk tubuh

1. Sebagai ANTIOKSIDAN yang kuat.
Melindungi sel-sel badan dari kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas. Radikal bebas boleh menyebabkan perubahan dalam sel dan DNA yang boleh menyebabkan penyakit, termasuk kanser. Vitamin ini juga memainkan peranan penting dalam hampir semua tisu badan.

2. Membantu menyokong penyerapan zat besi.
Vitamin C mineral penting untuk pembentukan sel-sel darah merah dan hemoglobin.

3. Meningkatkan imuniti dan kekebalan tubuh.
Kurangkan masalah demam, selsema yang kerap.

4. Mengatasi berlakunya jangkitan dari virus dan bakteria.

5. Mempercepatkan proses penyembuhan luka.

6. Penting dalam pembaikan tisu-tisu badan.

7. Mengurangkan mood stress
Vitamin C berperanan menghasilkan neurotransmiter seperti norepinefrin yang mempengaruhi hati dan otak.

8. Mengawal hipertensi dan tekanan darah.

9. Mengurangkan gejala asma.

10. Membantu dalam pengolahan insulin dan glukosa. (Diabetis)

11. Melindungi pembuluh darah dari kerosakan. (Menjadi punca kepada penyakit jantung).
Mengekalkan kesihatan kardiovaskular.

12. Mengatasi resdung.

13. Mengekalkan sistem saraf.

14. Menggalakkan kesihatan gigi, gusi, tulang dan gigi.

15. Mengatasi masalah anemia dan kolagen yang dihasilkan oleh Vitamin C penting untuk pembinaan struktur tulang rawan, otot dan tulang bayi dalam kandungan Ibu Hamil

Banyak sungguh kebaikan Vitamin C untuk badan kita. Selain itu, ia juga memberi manfaat dalam kecantikan kulit.

Sering kita dengar, ramai wanita masa kini yang ambil jalan mudah dan sanggup melakukan suntikan vitamin C untuk tampil cantik.

Perlu diingatkan, Kementerian Kesihatan Malaysia tidak pernah meluluskan mana-mana produk vitamin C dalam bentuk suntikan. Suntikan adalah UBAT. Bukannya kosmetik.

Kekurangan vitamin C boleh menjadikan kulit nampak tua, tidak segar dan kusam. Keanjalan kulit mula berkurangan dek kerana pertambahan usia dan radikal bebas. Kulit juga mudah menjadi kering.


Kebaikan Vitamin C Untuk Kulit


Vitamin C untuk kulit cantik
Nak kulit cantik? Konsisten ambil Vitami C ya!
1. Menghasilkan kolagen.
2. Mengurangkan pigmentasi.
3. Mencerahkan kulit.

4. Warna tona kulit jadi sekata.
5. Kulit lembap.
6. Mengurangkan garis-garis halus dan kedutan
7. Melawan radikal bebas yang merosakkan sel-sel kulit.

Ketahui juga kebaikan Vitamin C Untuk Hilangkan Jeragat


10 comments:

  1. Ikut nyimak kebaikan vitamin C buat tubuh,sangat bagus teman infonya bermanfaat,, berkat artikel ini saya jadi mengetahui tentang vitamin C dan terdapat pada apa saja yg mengandung Vitamin C tersebut, sangat membantu,, o y, selain itu artikelnya juga rapih dan jgn lupa berkunjung k rumah ku teman

    ReplyDelete
  2. @KirnoSai

    Terima kasih teman atas komennya yang ikhlas :)

    ReplyDelete
  3. memang salah 1 suplemen yang wajib di amalkan setiap hari.

    ReplyDelete
  4. dah lama tak ambil vitamin C, dulu-dulu rajin consume 1000mg sehari tau, nanti kena consume back lah sbb byk kelebihan yang kita tak nampak kan.

    ReplyDelete
  5. @Julia Johari

    Aah kak juju. Banyak kelebihan Vitamin C ni :)

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen di blog Ruby.

Salam Ukhwah :)