15 August 2019

10 Cara Menangani Stres Dengan Bijak

Stres atau tekanan merupakan tindak balas fizikal (badan), emosi (perasaan) dan mental yang dialami oleh seseorang terhadap sebarang perubahan di sekelilingnya.

Contoh mudah. Apabila kita berhadapan dengan situasi yang kurang menyenangkan seperti bau busuk, bunyi yang terlalu bising atau ejekan juga boleh membuatkan kita stres.

Berikut antara punca yang membawa kepada stres ;

1. DIRI SENDIRI
Harapan terlalu tinggi

2. KELUARGA
Konflik rumahtangga, kewangan atau tragedi.

3. PEKERJAAN
Beban kerja

4. KONFLIK DENGAN RAKAN SEKERJA


Cara menangani stres
Sedang Stres? Cuba atasinya dengan bijak

Bukan saja orang dewasa dan warga emas yang mengalami stres, malah kanak-kanak mahupun golongan remaja juga tidak terkecuali.

Umumnya, stres yang dihadapi oleh seseorang itu berbeza-beza mengikut tahap bebanan tekanan masing-masing.

Tanda-Tanda Stres

  •  letih keterlaluan
  •  sakit kepala
  •  cepat marah
  •  gelisah
  •  gangguan tidur
  •  perubahan selera makan
  •  tingkah laku menjadi agresif


Tanda tanda stres
Tanda-Tanda Stres

Apa yang harus kita lakukan apabila MARAH menguasai diri ?

1. Bawa bertenang
Tarik nafas dengan mendalam dan lepaskan perlahan-lahan

2. Kenalpasti punca kita marah
Jika tidak mampu mengawal keadaan, tinggalkan tempat dengan serta merta.

3. Bawa berbincang dengan keluarga atau kawan rapat


Bagi sesetengah individu, stres yang bersifat ringan dan sederhana boleh menjadi motivasi atau pendorong kepada mereka dalam kehidupan.

Walau bagaimanapun, jika seseorang itu mengalami stres yang berlebihan, dalam jangka masa yang panjang tanpa sebarang tindakan. Ia sebenarnya akan memberi kesan yang negatif pada diri sendiri dan juga memudaratkan kesihatan.

Sebenarnya kita boleh menangani stres dengan pelbagai cara.  Stres itu boleh dikawal oleh kita sendiri atau melalui bantuan keluarga dan rakan terdekat.

10 Cara Bagi Menangani Stres Dengan Bijak

1. Bertenang
boleh mengurangkan kitaran stres negatif pada permulaan.

2. Bernafas dengan teratur
pertukaran oksigen dan karbon dioksida dalam pernafasan bantu kurangkan ketegangan.

3. Bicara diri
Cuba katakan pada diri sendiri, "relakslah" "bawa bersabar" "tak mengapa" dapat menenteramkan perasaan.

4. Beribadat
Melakukan ibadat mengikut kepercayaan dan agama masing-masing. Bagi orang Islam digalakkan untuk solat sunat taubat, zikir dan selawat. Ia dapat melegakan emosi seseorang dan menguatkan semangat.

5. Berkongsi perasaan
Luah dan berkongsi perasaan dengan orang yang kita percayai. Sama ada keluarga mahupun rakan. Kita akan lebih tenang selepas meluahkan. Jangan memendam, buruk padahnya

6. Berehat
Dapatkan rehat yang mencukupi, tidur yang berkualti. Bagi mereka yang sukakan muzik, boleh mendengar muzik yang beralunan lembut.

7. Berurut
Bila dalam keadaan stres, otot pada bahagian leher dan bahu akan menjadi tegang. Berurut bukan sahaja melegakan urat yang tegang malah dapat melancarkan aliran darah.

8. Beriadah
Lakukan hobi atau aktiviti yang kita sukai. Boleh menghilangkan stres yang dialami, rasa gembira dan menenangkan fikiran.

9. Bersenam
Dapat meningkatkan pengeluran hormon dan dorfin selepas bersenam. Kita lebih seronok dan berasa lega.

10. Berfikiran positif
Ada juga stres yang melanda kita disebabkan prasangka buruk pada sesuatu. Oleh itu, cuba belajar berfikiran positif dan bersangka baik setiap kali berada dalam situasi negatif.

Dengan menjadi orang yang positif, iadapat meningkatkan harga diri kita dan membantu kita menangani stres dengan lebih berkesan.

Apabila melakukan kaedah 10B,  kesan fizikal stres seperti denyutan jantung, perasaan marah, rasa gelisah, gementar, sakit kepala dan sebagainya yang disebabkan oleh tindak balas hormon adrenalin terhadap tubuh dapat dikurangkan.

Stres mesti ditangani secara berterusan bagi memastikan kita sihat dari segi fizikal, emosi dan minda.

Walau bagaimanapun, kaedah 10B hanya untuk mengawal stres dalam jangka yang pendek. Jika keadaan memerlukan nasihat pakar, jangan malu untuk berjumpa dengan kaunselor.

Sumber : http://www.myhealth.gov.my


2 comments:

Terima kasih sudi singgah dan komen di blog Ruby.

Salam Ukhwah :)