31 January 2020

Asal Usul Coronavirus

Jika sebelum ini heboh mengenai virus Influenza, kini kita dikejutkan pula dengan berita penularan wabak virus baru yang dikenali sebagai Novel Coronavirus (nCoV), di mana virus ini boleh menyebabkan kematian.

Mari kita kenali serba sedikit asal usul virus yang sedang membimbangkan dunia ketika ini.

Asal Usul Coronavirus
Asal Usul Coronavirus

Asal Usul Coronavirus

Coronavirus merupakan satu keluarga besar virus yang menyebabkan pelbagai jenis penyakit yang meliputi demam selsema sehinggalah penyakit serius seperti;
  • Middle East Respiratory Syndrome Coronavirus (MERS
  • Severe Acute Respiratory Syndrome Coronavirus (SARS

Corona pada perkataan Coronavirus membawa maksud "mahkota" dalam bahasa Latin. Sel-sel virus ini membentuk imej seakan-akan mahkota apabila dilihat menerusi mikroskop.

Coronavirus telah ditemui buat pertama kali sekitar tahun 1960 an selepas virus selsema burung (pada ayam) bergabung dengan virus yang menjangkiti saluran pernafasan manusia.

Antara Coronavirus yang popular adalah SARS-CoV yang merebak pada tahun 2003 dan MERS-CoV pada tahun 2012 yang telah meragut ratusan nyawa.

  • MERS dikenalpasti di Arab Saudi pada tahun 2012 dan penyebab kepada sebaran virus ini adalah unta. Sebanyak 2,429 kes dilaporkan dari 27 buah negara Timur Tengah dan pada tahun 2015, terdapat kes MERS di Korea Selatan, menjadikannya kes MERS pertama di luar kawasan panas jangkitan virus ini.

  • SARS dikenalpasti di China pada tahun 2003, dengan Civet Cat adalah penyebar virus SARS kepada penduduk China. Sebanyak 8437 kes dilaporkan di 30 buah negara dengan kematian seramai 774 orang pesakit. Sesetengah pesakit meninggal dunia akibat pneumonia.

Kebanyakan virus yang berbahaya selalunya bermula daripada hos haiwan sama seperti MERS-CoV, SARS-CoV dan juga Ebola. Semua itu daripada haiwan.



Novel Coronavirus (2019-nCoV)

Sejenis virus daripada keluarga Coronavirus. Ia berasal dan bermula dari Wuhan, China. Virus nCoV telah mencetuskan kebimbangan banyak pihak kerana tidak banyak yang diketahui mengenai virus baru tersebut. Macam mana tahap bahaya dan kesan jangkitannya pada manusia.

Oleh kerana virus ini tidak dikenalpasti dan belum pernah dijumpai pada manusia sebelum ini, maka WHO menggunakan perkataan "novel" yang bermaksud baharu atau jarang sebagai namanya.

Pada 2019 adalah tahun virus ini ditemui, maka terbentuklah nama "2019-nCoV".




Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), wabak Novel Coronavirus dikesan selepas organisasi itu dimaklumkan pada 31 Disember 2019, terdapat beberapa kes radang paru-paru di bandar Wuhan, dekat wilayah Hubei, China.

Penyebaran Novel Coronavirus (nCoV)

Pada 7 Januari 2020, pihak berkuasa China telah mengesahkan Coronavirus terbaru yang dikenalpasti itu boleh tersebar daripada manusia kepada manusia.


Pada mulanya, kebanyakan mereka yang dijangkiti penyakit ini adalah mereka yang bekerja dan kerap membeli di Huanan Seafood wholesale market iaitu pasar yang menjual makanan eksotik di Wuhan.

Akan tetapi, jumlah kes jangkitan nCoV semakin meningkat. Kebanyakkannya tidak mempunyai sejarah pergi ke pasar tersebut, maka ini menunjukkan telah berlaku jangkitan sesama manusia.

Novel Coronavirus Wuhan
Novel Coronavirus Wuhan

Wabak ini telah merebak dan mencatat banyak kes jangkitan sekitar Beijing serta Shenzhen.

Sehingga 30 Januari 2020,
  • jumlah kematian keseluruhan sebanyak 170 orang
  • 20 negara dikenalpasti terlibat dengan 2019-nCoV termasuklah negara Asia yang lain
  • Malaysia mencatatkan 8 kes. Melibatkan warganergara China (tiada kematian dilaporkan setakat ini)

Simptom Dan Gejala Novel Coronavirus

Pesakit selalunya akan mengadu demam, batuk dan sesak nafas. Ini disebabkan jangkitan kuman yang berlaku di paru-paru menyebabkan oksigen kurang di serap ke dalam badan pesakit.

Tanda-tanda umum yang lain seperti hidung berair, batuk berdahak, nafas pendek dan sakit dada.

Setakat ini, tiada lagi vaksin yang mampu mengubati virus Novel Coronavirus ini. Jadi, kita perlu mengamalkan langkah-langkah pencegahan yang telah disarankan bagi mengelak diri anda dan orang lain dijangkiti.

Cara Mencegah Dan Mengelakkan Coronavirus
Cara Mencegah Dan Mengelakkan Coronavirus

Selain itu, orang awam dinasihatkan untuk menangguhkan perjalanan atau lawatan ke negara China di samping terus mengamalkan tahap kebersihan yang tinggi.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga sentiasa memastikan kesiapsiagaan dan respon terhadap wabak penyakit berjangkit dapat dilaksanakan dengan cepat dan baik. Kapasiti dan kapabiliti sedia ada dipertingkatkan bagi menangani kejadian jangkitan 2019-nCoV ini sepertimana yang telah dimaklumkan sebelum ini.

Ketahui juga :

Status Terkini Novel CoronaVirus Di Malaysia

Cara Cegah Covid 19

16 comments:

  1. Saya tak pernah takut sampai macam ni skali.
    Nak bercakap and nak keluar rumah pun fikir 10x.
    I also have to postpone a few trips abroad sebab takut punya pasal.
    Praying that this virus will die down soon.

    ReplyDelete
  2. Makin gari makin baik status statistik negara yang di jangkiti, selagi takde ubatnya...dan makin hari jadi takut nak baca tapi kena baca...moga semuanya cepatlah berakhir...

    ReplyDelete
  3. Semoga semuanya akan selesai. Bila ada kes macm ni, memang kena jaga segala aspek supaya tak terkena atau dijangkiti. :)

    ReplyDelete
  4. Hopefully dapat jumpa ubatnya, sebelum tu, kena praktis prevention tips dgn baik. Apapun, usaha2 KPM yang dh buat utk lindungi kita saya puji sbb sgt baguuss

    ReplyDelete
  5. Moga cepat-cepat vaksin wabak ini ada

    ReplyDelete
  6. NCoV ni bahaya sangat. Semoga kita semua dilindungi Allah. Jangan lupa jugak amalkan langkah pencegahan rapi.

    ReplyDelete
  7. Novel Coronavirus (nCoV) ini memang scary ya. It's always good to take extra care when contact with ppl outside. Wish all ppl get well soon

    ReplyDelete
  8. Macam2 virus sekarang ni. Risau sangat sebab ada baby. Mintak dijauhkan dari penyakit/wabak ni merebak teruk di Malaysia. Moga cepatlah wabak ni berlalu pergi.

    ReplyDelete
  9. TB pun sangat terkesan dengan berita-berita pasal virus yang menular sekarang ni.. menakutkan sangat-sangat.. Ya Allah.. moga Allah lindungi kita semua, anak-anak kita, keluarga kita.. ibu bapa kita serta semua orang tersayang dari wabak yang tiada penawar ni..

    ReplyDelete
  10. Bahayakan penyakit berjangkit ni. Ianya bermula dr aspek kebersihan dan amalan pemakanan

    ReplyDelete
  11. Moga kita semua sentiasa dilindungi dan kita pun saling menjaga kesihatan diri dan ahli keluarga.

    ReplyDelete
  12. Cerita psal Coronavirus dekat Wuhan ni dah mencetuskan panick attack utk kita kat seluruh dunia ni. Memang elok la WHO declare daururat utk 2019-ncov ni... Harap2 Allah turunkan rahmatNya untuk menghapuskan wabak ni

    ReplyDelete
  13. Moga kita semua dilindungi dari wabak yang menakutkan ini

    ReplyDelete
  14. Seram baca. Harapnya ia dapat dicegah dan tak sampai Malaysia. Sekarang pun kita kena ambil langkah berjaga-jaga kan. Semoga kita semua selamat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam Ruby dah maklum kat dalam post di atas, kes coronavirus ni memang dah ada di Malaysia. Cuma bukan dari warga Malaysia ☺️

      Delete
  15. Bila ada jangkitan manusia kepada manusia itu sangat membimbangkan. Tak tahu kenapa, corona virus ni buat saya risau berganbda ganda.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen di blog Ruby.

Salam Ukhwah :)