01 February 2020

Status Terkini Novel Coronavirus Di Malaysia

Novel Coronavirus (2019-nCoV) adalah sejenis virus baru dari keluarga coronavirus yang pertama kali dikesan di Wuhan, China pada Disember 2019 dan wabak ini boleh menyebabkan gangguan pada sistem pernafasan manusia.

Sebelum ini, virus nCoV belum pernah dikenalpasti atau dikesan pada manusia.

Mereka yang dijangkiti penyakit nCoV ini akan mempunyai simptom seperti demam, batuk dan sesak nafas. Pesakit akan mengambil masa 2 hingga 14 hari untuk menunjukkan simptom tersebut.

Baca juga :  Asal Usul Coronavirus

Disebabkan jangkitan paru-paru ini berasal dari jangkitan virus, tiada lagi antibiotik yang boleh merawat penyakit ini.

Status Terkini Novel Coronavirus Di Malaysia
Status Terkini Novel Coronavirus Di Malaysia

Mengikut perkembangan semasa pada 1 Feb 2020, jumlah keseluruhan kes nCoV mencecah 11 945 dan terdiri daripada 24 negara yang terlibat. Sehingga tarikh itu, jumlah kematian yang tercatat sebanyak 259 nyawa.


Status terkini Novel Coronavirus di Malaysia

Sebanyak 8 kes yang melibatkan kesemua warganegara China dan tiada lagi kematian berlaku setakat ini.

Kementerian Kesihatan Malaysia memberitahu, dari 10 Januari sehingga 30 Januari 2020, jumlah kumulatif kes pesakit mengikut Pengesanan Kes Yang Disyaki (PUI), sebanyak 89 kes dengan 44 warganeragara Malaysia, 42 warga China dan masing-masing satu dari warga Jordan, Brazil dan Thailand.

Novel Coronavirus Di Malaysia
Novel Coronavirus Di Malaysia

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Noor Hisham Abdullah memberitahu,

  • 3 kes PUI disahkan positif 2019-nCoV dan sudah dimasukkan ke wad isolasi iaiti 2 di Hospital Permai, Johor dan 1 di Hospital Sultanah Maliha, Langkawi. Manakala 81 kes lagi adalah negatif dan 5 kes lagi masih menunggu keputusan makmal.
  • Seramai 32 kontak rapat kepada kes positif sudah dikenalpasti dan diletak mengikut Perintah Pemantauan dan Pengasingan yang dipantau rapi oleh KKM. 5 kes dari jumlah ini didapati positif nCoV dan dimasukkan ke wad isolasi, 4 orang di Hospital Sungai Buloh dan seorang di Hospital Permai dan semuanya dalam keadaan stabil. Ujian makmal ke atas 27 lagi kontak rapat adalah negatif.


Kronologi 8 Kes Coronavirus Di Malaysia

#Kes 1-3
Seorang wanita warga emas China berusia 65 tahun serta 2 orang cucunya (11 tahun dan 2 tahun) merupakan keluarga terdekat kepada kes pertama yang berlaku di Singapura.

#KES 4
Seorang lelaki berusia 45 tahun yang berasal dari Wuhan, China tiba di Johor Bahru pada 22 Jan lalu yang menaiki bas dari Singapura. Mangsa tiada kaitan dengan pesakit 3 terawal.

#KES 5
Seorang kanak-kanak berusia 4 tahun dirawat di wad pengasingan Hospital Sultanah Maliha, Langkawi.

#KES 6
Seorang wanita yang merupakan menantu kepada mangsa pertama kes koronavirus di Singapura. Kes itu direkodkan di Hospital Sungai Buloh.

#KES 7
Seorang lelaki China berusia 52 tahun yang kini dirawat di wad pengasingan Hospital Sultanah Aminah.

#KES 8
Wanita berusia 49 tahun itu isteri kepada pesakit ketujuh. Pesakit berada di Hospital Permai, Johor dan keadaannya stabil.


KKM dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengenal pasti pelajar atau pensyarah yang pulang bercuti dari China dengan meletakkan mereka di bawah pemantauan di rumah serta diberikan Kad Amaran Kesihatan dan Alatan Penilaian Rumah.

Orang ramai juga dinasihatkan supaya mengambil langkah-langkah pencegahan dari jangkitan novel Coronavirus ini dengan cara ;
  • Kerap membasuh tangan
  • Elakkan sentuhan terus dengan haiwan liar, daging dan kandang
  • Menutup mulut dan hidung jika batuk atau bersin
  • Elakkan sentuhan dengan individu yang mempunyai simptom virus
  • Elakkan mengambil minuman/makanan sebarang produk haiwan yang mentah /tidak dimasak  dengan sempurna  seperti telur, susu, daging dan sebagainya

Semoga masalah wabak virus nCov ini cepat-cepat hilang dan tiada lagi kes kematian berlaku. Semoga kita sentiasa dilindungi olehNya. Sama-sama kita doakan ;)

2 comments:

Terima kasih sudi singgah dan komen di blog Ruby.

Salam Ukhwah :)