WHO, Persatuan Kesihatan Dunia telah pun mengumumkan kecemasan global ekoran peningkatan kes ini yang semakin serius. Virus Novel Coronavirus yang bermula dari Wuhan, China ini dikatakan belum pernah dikenalpasti pada manusia sebelum ini.
Baca juga :
Asal Usul Coronavirus
8 Kes Novel Coronavirus Di Malaysia
Doa Untuk Elak Penyakit Berjangkit - Coronavirus |
Sebagai umat Islam, kita digalakkan untuk berdoa walau apapun perkara yang berlaku. Dari Allah sesuatu itu datang, dan Allah jugalah yang mampu mengatasi segalanya. Yakinlah bahawa setiap penyakit itu ada ubatnya kecuali mati.
Rasulullah pernah bersabda ;
" Apabila kamu mendengar terdapat wabak di suatu daerah, janganlah kamu datang ke tempatnya. Sebaliknya, sekiranya wabak itu berjangkit di suatu daerah sedangkan kamu berada di sana maka janganlah kamu keluar melarikan diri daripadanya ".
Ruby nak kongsikan 2 doa yang boleh kita amalkan bagi mengelakkan diri kita daripada wabak penyakit berjangkit ini.
Doa Untuk Elak Penyakit Berjangkit - Coronavirus
Doa Untuk Elak Penyakit Berjangkit - Coronavirus |
" Ya ALLAH, aku berlindung kepada-MU dari penyakit belang, gila, kusta dan dari segala penyakit yang buruk/mengerikan lainnya ".
Doa Untuk Elak Penyakit Berjangkit |
Umat Islam negara ni juga disarankan melakukan solat hajat dan memohon doa supaya Malaysia terselamat daripada sebarang wabak penyakit.
Gesaan Mufti Datuk Seri Dr. Zulkifli itu dibuat sebaik sahaja Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan mengesan kes jangkitan coronavirus yang pertama di Malaysia.
Orang ramai juga dinasihatkan supaya mengambil langkah-langkah pencegahan dari jangkitan novel Coronavirus ini dengan cara ;
- Kerap membasuh tangan
- Elakkan sentuhan terus dengan haiwan liar, daging dan kandang
- Menutup mulut dan hidung jika batuk atau bersin
- Elakkan sentuhan dengan individu yang mempunyai simptom virus
- Elakkan mengambil minuman/makanan sebarang produk haiwan yang mentah /tidak dimasak dengan sempurna seperti telur, susu, daging dan sebagainya
Semoga Allah melindungi kita semua dari wabak penyakit berjangkit ini.
Baca juga : Cara Cegah Covid 19
Moga kita semua dijauhi daripada sebarang jangkitan berbahaya.
ReplyDeleteaamiin ;}
Deletesama-sama kita amalkan, moga terhindar dari penyakit berjangkit ini
ReplyDeletedoa senjata orang Islam kan kak :}
DeleteAmin2ya Rabb..moga kita dijauhkan daripada penyakit yang merbahaya dan berjangkit..
ReplyDeletesaya follow rubiah ya..dan letak dalam bloglist saya, ^^
ReplyDeleteWahh, tqqqq dear 💜
DeleteSama-sama kita amalkan, sama-sama jaga kebersihan diri.
ReplyDeleteAamiin
ReplyDeleteaminn ya rabb semoga kita semua dilindungi..
ReplyDeleteSemoga kita semua dijauhkan dari sakit ini.. Aminn
ReplyDeleteAminnnn
ReplyDelete