Tubuh kita tak mampu nak menghasilkannya sendiri, jadi kita perlu mengambil sumber Omega 3 melalui pemakanan harian ataupun supplemen tambahan.
![]() |
Asid Lemak Omega 3 |
Berikut adalah sumber Omega 3 ;
- Ikan salmon
- Ikan sardin
- Bayam
- Tiram
- Chia seed
- Kacang soya dan lain-lain
Sumber Omega 3 yang terbaik adalah dari ikan laut dalam.
Dua jenis Omega 3 yang utama adalah EPA dan DHA. Ia memberi banyak manfaat untuk kesihatan dan menyokong fungsi tubuh manusia.
Untuk kesihatan yang baik, kita disarankan untuk mengambil 250 sehingga 500mg Omega 3 setiap hari.
Kebaikan Asid Lemak Omega 3
![]() |
Omega 3 banyak memberi manfaat kepada fungsi tubuh manusia |
#Omega 3 Untuk Jantung Sihat
- Mengekalkan kadar LDL (kolesterol baik) dan membaiki HDL (kolestrol jahat).
- Merendahkan tekanan darah dan triglicerida.
- Mengurangkan sakit jantung.
- Melancarkan pengaliran darah.
#Omega 3 Untuk Otak Dan Mata
DHA merangkumi 40-50% tisu otak dan 60% tisu mata.
- Mengekalkan kesihatan minda.
- Membaiki fokus, warna, anggapan dan jelas penglihatan.
- Meningkatkan kesihatan penglihatan.
- Memperbaiki fungsi kognitif dan perasaan.
- Mengawal paras kortisol iaitu hormon stress. Ia membantu meningkatkan mood yang lebih baik.
#Omega 3 Untuk Alergik
- Mengurangkan alergik makanan dan alergik kulit seperti gatal-gatal dan ekzema.
- Melindungi daripada simptom asthma dan jangkitan sinus.
#Omega 3 Untuk Tulang Dan Sendi
- Mengurangkan keradangan/iflamansi
- Mengurangkan sakit sendi, kebas sendi dan sakir lutut.
- Membaiki ketumpatan tulang.
- Sebagai pelincir untuk semulajadi untuk memudahkan pergerakan.
#Omega 3 Untuk Kulit
- Mengurangkan kekeringan kulit.
- Membaiki masalah keradangan kulit seperti jerawat.
#Omega 3 Untuk Ibu Hamil, Menyusu Dan Berpantang
- Menyokong perkembangan otak dan mata bayi.
- Kajian terbaru menunjukkan pengambilan Omega 3 semasa bulan-bulan terakhir kehamilan boleh meningkatkan sensori, kognitif dan motor bayi.
- Mengurangkan risiko kemurungan postpartum.
#Omega 3 Untuk Kesihatan Imun
- Meningkatkan fungsi sel B.
- EPA dan DHA meningkatkan fungsi sel putih untuk menghasilkan antibodi, menghalang jangkitan dan virus untuk meningkatkan sistem imun anda.
#Omega 3 Untuk Sperma
- Memainkan peranan penting dalam badan sebagai komponen fosfolipid yang membentuk membran sel termasuk sel sperma.
#Omega 3 Untuk Kurus
- Memberi rasa kenyang.
- Meningkatkan metabolisma.
- Membakar lebih kalori.
- Mengempiskan perut.
- Melancarkan aliran darah.
Baca lebih lanjut 》 Kebaikan Omega 3 Untuk Kurus
#Omega 3 Untuk Kanak-Kanak
#Omega 3 Untuk Kanak-Kanak
- Kanak-kanak yang berumur 0 hingga 6 tahun sangat memerlukan Omega 3. Pertumbuhan otak yang pintar memerlukan makanan yang tinggi asid lemak Omega 3, DHA dan EPA.
- Bagus untuk masalah ekzema di kalangan kanak-kanak.
- Membantu fokus untuk pembelajaran dan memori.
- Elok untuk kanak-kanak yang hyperactive.
Banyak betul kebaikan Omega 3 untuk kesihatan kita, kan. Oleh itu, kita seharusnya tidak mengabaikan keperluan asid lemak yang satu ini dalam kehidupan harian ;)
![]() |
Omega Guard Shaklee mengandungi asid lemak perlu Omega 3 dengan ketulenan tinggi tanpa bahan logam berbahaya |
Baca juga : Omega Guard - Keistimewaan, Kebaikan & Testimoni
yes betul. fat pun ade kelebihan dye jugak.
ReplyDeleteYup, betul tu Ray 😊
DeleteOmega memang terbaik.
ReplyDeleteSy pun ambik supplements sbb dari makanan x ckup 😅😅
ReplyDelete