09 August 2019

Niat Puasa Sunat Arafah 2019

Bagi mereka yang tidak menunaikan haji, adalah digalakkan untuk melakukan ibadah Puasa Sunat Arafah pada tanggal 9 Zulhijjah setiap tahun.
Hari Arafah adalah hari kesembilan dalam bulan Zulhijjah. Ia merupakan salah satu daripada hari-hari yang dimuliakan oleh Allah swt yang mempunyai kelebihan tertentu dan juga hari kemuncak bagi ibadah haji.
Bilakah tarikh Puasa Sunat Arafah di Malaysia bagi tahun 2019?
Mengikut kalendar Islam Malaysia, tarikh tersebut jatuh pada 10 Ogos 2019 iaitu pada hari Sabtu.
Kebaikan Puasa Sunat Arafah
Kebaikan Puasa Sunat Arafah

Mengikut hadis Abu Qatadah, Nabi shallallahu ‘alaihi wa salam bersabda,
“ Puasa Arafah dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu dan setahun akan datang. Puasa Asyura (10 Muharram) akan menghapuskan dosa setahun yang lalu.”
[HR. Muslim no. 1162, dari Abu Qotadah]
Rasulullah SAW bersabda: ''Tidak ada hari yang dimana Allah memerdekakan banyak hamba-hambaNya dari neraka daripada hari Arafah. Allah sesungguhnya mendekati mereka dan membanggakan mereka kepada para Malaikat seraya berkata: Apa saja yang mereka inginkan? (akan Aku kabulkan)'' 
[HR Tirmidzi].

Niat Puasa Sunat Arafah
Niat puasa sunat arafah
Niat Puasa Hari Arafah

Hari Arafah
Arafah adalah salah satu tempat yang wajib bagi semua para jemaah haji untuk berwukuf disitu dan juga merupakan rukun haji. Ada beberapa pendapat ulama mengenai nama tempat itu sebagai Arafah, antaranya :
  • Kerana disitu tempat manusia berkenal-kenalan pada hari wukuf
  • Kerana Jibril as membawa Nabi Ibrahim as mengelilingi dan memperlihatkan tempat itu
  • Kerana Nabi Adam as dan Siti Hawa ketika diturunkan dari syurga di tempat berasingan. Akhirnya bertemu semula dan berkenalan di tempat itu.

Amalan Sunat Hari Arafah

1. Berpuasa sunat bagi mereka yang tidak menunaikan haji
2. Memperbanyakkan doa dan zikir
3. Menjaga solat berjemaah. Melakukan qiamulail dan Solat-solat sunat

Oleh itu, marilah kita sama-sama merebut peluang keemasan ini dengan niat semata-mata kerana Allah swt. 

2 comments:

Terima kasih sudi singgah dan komen di blog Ruby.

Salam Ukhwah :)