22 November 2020

Perlu Ke Pakai Sunscreen Dalam Rumah?

Mungkin ada di antara kita yang masih belum tahu tentang bahaya sinaran Ultraungu (UV) yang mampu merosakkan kulit dan mempercepatkam proses penuaan.

90% kulit boleh menjadi rosak apabila kulit kita banyak terdedah kepada sinaran tersebut tanpa sebarang perlindungan.

Perlu Ke Pakai Sunscreen Dalam Rumah?
Perlu Ke Pakai Sunscreen Dalam Rumah?

Ultraungu (UV) yang paling biasa adalah cahaya matahari. Matahari menghasilkan 2 jenis sinar iaitu ;

Sinar UVA = menembus masuk jauh ke dalam kulit, memecahkan kolagen dan elastin.

Apa yang berlaku?
  • kedutan
  • kesan tompok gelap
  • kerosakan kulit akibat cahaya matahari
  • jeragat
  • garis halus

Sinar UVB = boleh merosakkan lapisan atas kulit.

Apa yang akan berlaku?
  • kulit terbakar (sunburn)
  • kerosakan DNA pada sel kulit
  • kanser kulit

Sinar UVA UVB
Sinar UVA akan menembusi lapisan dalam kulit,
manakala UVB merosakkan lapisan atas kulit.


" Saya tak keluar rumah. Rasanya tak perlulah saya pakai krim perlindungan muka (suncreen atau sunblock) sebab tak kena cahaya matahari, betul tak? "

Salah.
Kurang tepat sebenarnya anggapan begitu :)

Menurut Pakar Dermatologi, memang wajib pakai!

Perlu Ke Pakai Sunscreen Dalam Rumah?
Jadikan SPF sebagai BFF kulit anda!


Kenapa wajib pakai krim pelindung muka?
Berikut antara sebab mengapa anda perlu memakai sunscreen atau sunblock, tak kiralah sama ada anda berada di luar atau di dalam rumah.

Cahaya dari tingkap

Kaca yang biasa digunakan pada kereta, rumah dan pejabat direka untuk menghalang sinar UVB dan bukannya sinar UVA yang bawa kepada penuaan pramatang.

Jadi, jika kerap memandu atau duduk di tepi tingkap atau di dalam bilik yang menerima banyak cahaya matahari, digalakkan memakai krim perlindungan UV untuk berikan kulit anda perlindungan sepenuhnya.

Tip 》 tinted cermin kereta/pejabat atau rumah bagi mengurangkan pendedahan kulit terhadap cahaya matahari.


Cahaya Biru

Cahaya biru atau juga dikenali sebagai Sinar Cahaya Biru Bertenaga Tinggi (HEV) adalah cahaya yang dikeluarkan skrin telefon bimbit, tablet dan komputer.

Kulit boleh rosak disebabkan radiasi biru ini.

Ia boleh menembusi kulit dan menyebabkan penuaan, hiperpigmentasi, tompok usia dan melasma.

Tip 》 sapukan semula krim perlindungan UV setiap beberapa jam untuk perlindungan secukupnya!

Jadi, Perlu Ke Pakai Sunscreen Dalam Rumah?

Tak kiralah apa jua keadaan cuaca. Mendung atau ribut, panas atau redup, tetap perlu pakai sunblock/sunscreen. Semua mesti sayang kulit. Tak nak kulit jadi cepat rosak. Kenalah rajin pakai sunblock/sunscreen selalu :)


Tip Memilih Sunblock/Sunscreen Yang Bagus

Perlu Ke Pakai Sunscreen Dalam Rumah


Ada banyak jenis pilihan sunblock/sunscreen di pasaran. Macam mana nak pilih yang sesuai untuk diri sendiri?


1. Perlu pilih sunblock/sunscreen yang ada Broad Spectrum.

Kerana ia boleh melindungi kulit daripada UVA dan UVB.


2. Angka SPF mestilah minimum 30. Lebih tinggi lebih bagus. Lebih protection yang kulit anda dapat.

Angka ni menunjukkan kadar peratusan sekatan terhadap sinaran UV dan berapa lama SPF tersebut melindungi kulit.

SPF 30 》 97%
SPF 50 》 98%
SPF 100 》 99%


3. Sunblock/sunscreen mesti alone itself. Bukannya dari bedak atau make up supaya kulit dapat protection yang maksima.

Bedak atau make up yang ada SPF hanyalah tambahan. Agak susah juga untuk agak berapa % yang ada di dalamnya untuk protect your skin.


4. Cari dan pilih sunblock/sunscreen dari sumber tumbuhan dan tidak mengandungi bahan kimia berbahaya supaya selamat digunapakai.


Baca juga tentang : 




Rubiah Kadir
Pengedar Sah Shaklee
ID 945759 | 0166696703

2 comments:

Terima kasih sudi singgah dan komen di blog Ruby.

Salam Ukhwah :)