19 November 2020

Pengalaman Kali Pertama Sharing Di Zoom Meeting

Ikutkan perancangan sebenar, Ruby akan live berdua bersama dengan Master Nadiah Suhaidi pada Jumaat yang lepas di facebook personal beliau.

Namun live itu ditunda dan ditukarkan kepada zoom meeting pada hari Selasa, iaitu malam kelmarin 17.11.2019 pukul 8.45 malam ;)




Cuaca petang tu bertukar menjadi mendung. Hujan turun dengan lebat-selebatnya. Tak de nampak tanda-tanda akan berhenti. Dalam hati Ruby dah mula risau. Macam-macam fikir :(

"Ya Allah, aku mohon pertolongan dan rahmat kasih sayangMu, moga hujan ni reda dan dipermudahkan segala urusan malam ni", bisik hati kecil.

Selepas solat maghrib, Ruby pun bersiap. Cadangnya nak live zoom meeting di KFC berdekatan.

Masa keluar dari rumah, hujan masih renyai-renyai. Tawakal sajalah.







Syukur alhamdulillah. Allah permudahkan segala urusan malam kelmarin. Line internet pun cantik je bagi kerjasama sepanjang kelas.

Nak kira nervous tu memang ada. Apatah lagi ni kali pertama kan. Ruby pulak jenis yang pemalu. Hahahaha. Sebelum live tu, Ruby dah siap-siap ambil 2 tablet B Complex untuk kurangkan rasa takut. Ternyata berkesan sungguh!

Sebenarnya ini first time Ruby dijemput untuk berkongsi cerita sendiri di zoom meeting.

Pengalaman macam mana Ruby boleh jana jualan Shaklee Rm10 000++ sebulan hanya dari medium blog dan akhirnya berjaya rank up sebagai Supervisor Shaklee.

Apa trick yang Ruby buat?
Duplicate dan apply tip-tip yang mentor/upline ajarkan di kelas IMOB.

IMOB = Integrated Marketing Online Bisnes

Ruby ni bukanlah pakar bab blogging. Masih dalam fasa proses belajar lagi sebenarnya ;)







Moga dari perkongsian Ruby ni dapat memberi manfaat pada mereka yang mendengar sejak dari awal hingga ke akhir.

Moga point-point yang Ruby bagitau dalam zoom itu dapat digunakan sebaiknya untuk mereka improve ke arah yang lebih baik. InshaAllah.

Untuk Master Nadiah Suhaidi, terima kasih  banyak-banyak aturkan kelas malam itu.

Ruby doakan semua team #Maestro berjaya capai apa jua impian hidup yang dihajati melalui bisnes Shaklee ni. Aamiin ❤


Rubiah Kadir
Shaklee Business Leader
Founder Of Diamond Empire 💎
Pengedar Sah Shaklee

8 comments:

  1. Tahniah Ruby. Terima kasih sudi kongsi ilmu. Semoga ruby terus success dan dimurahkan rezeki selalu. Aminn ❤

    ReplyDelete
  2. TQ Ruby kongsi ilmu untuk kami semua :)

    ReplyDelete
  3. tQ ruby sudi share ilmu dan ajarin akak selama ni :-)

    ReplyDelete
  4. Tahniah ruby 👏🏻👏🏻👏🏻
    Selamat maju jaya dalam bidang yang diceburi

    ReplyDelete
  5. Semoga semua team #Maestro berjaya capai apa jua impian hidup yang dihajati melalui bisnes Shaklee ni!

    ReplyDelete
  6. Tahniah Ruby sebab berjaya atasi 'roadblock'- nervous bila nak live. Zoom meeting malam itu tak nampak pun ruby nervous.

    Terima kasih atas segala ilmu yang dikongsi. Moga terus berjaya melakar kejayaan dalam bisnes Shaklee :)

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen di blog Ruby.

Salam Ukhwah :)