Kulit yang ada kelembapan (hydration) yang mencukupi adalah kunci kepada kulit yang sihat dan nampak segar.
Gejala dan tanda kulit kering bergantung pada usia, kesihatan anda, tempat tinggal, cuaca ataupun suhu di sekeliling.
Sebagai contoh, seiring dengan peningkatan usia, keupayaan kulit kita dalam menghasilkan minyak semulajadi(natural oil) semakin menyusut. Dari situ, bermulalah kulit menjadi semakin kering.
Cara Kenali Kulit Kering
Adakah kulit anda kehilangan kelembapan? Boleh semak jika ada simptom seperti di bawah ini ;
- Kulit yang pecah-pecah, kering bersisik dan mengelupas.
- Kulit menjadi kasar.
- Kulit akan menjadi tegang, terutamanya selepas mandi atau berenang.
- Kulit menjadi kemerahan.
- Garis-garis halus atau pecah.
- Kegatalan pada kulit.
Pada mereka yang ada masalah kulit kering dan dalam masa yang sama mengimpikan kulit yan lembut serta lembap,
Ruby sarankan anda supaya menambah produk pelembap dalam rutin penjagaan kulit harian. Ia wajib di gunapakai secara konsisten.
PELEMBAP berfungsi untuk memerangkap + mengunci kelembapan bagi ;
✅ membina lapisan pelindung pada kulit
✅ mencegah kehilangan air
✅ menjadikan kulit lembut serta licin.
Berikut antara Kebaikan Pelembap Pada Kulit ;
- Mengurangkan masalah kulit seperti kegatalan dan kemerahan.
- Melegakan kulit sensitif dengan bahan yang menenangkan.
- Mengurangkan kedutan dengan mengisi garis halus.
- Membantu kulit kekal muda.
- Mengatasi jerawat dengan seimbangkan pengeluaran minyak semula jadi kulit.
- Membantu menghaluskan sapuan solekan.
Skincare Untuk Kulit Kering
Bagi mereka yang mengalami kulit kering di muka, jadi carilah produk yang boleh membantu anda untuk memberi kelembapan pada kulit.
Cadangan Produk-Produk Youth Skincare Shaklee
- Melembap dan memperbaiki keseluruhan tona kulit.
- Melindungi kulit dengan krim tabir suria UVA/UVB spektrum luas SPF 50.
- Kaya vitamin dan khasiat botani.
Harga RM206.50
50ml
- Mengunci kelembapan.
- Penghidratan dan pengekalan kelembapan yang mendalam.
- Menenangkan dan membantu mengurangkan penampilan garis halus dan kering.
Harga RM247.50
50ml
- Menenang dan menyegarkan untuk kulit yang segar dan berseri.
- Melembapkan kulit dengan asid hialuronik, jus daun aloe dan campuran pelbagai herba daripada ekstrak Centella Asiatica dan Chamomile.
Harga RM148.75
30ml
- Diformulasi dengan shea butter dan jojoba untuk menghidratkan kulit.
- Menggalakkan proses pembaharuan sel kulit, membuatkan kulit anda kelihatan lebih muda, licin dan cerah.
- Menambahbaikkan keanjalan dan elastin kulit.
- Nutrien botani dan vitamin.
Harga RM250
50ml
Untuk info lebih lanjut atau pembelian produk, boleh hubungi disini ;
Pengedar Sah Shaklee
Rubiah Kadir
teringin nak guna shaklee produk lg. dulu pernah makan vit c yg botol lama pastu stop sbb belajar semula, duit nipis. huhuhu. nanti kerja nak sambung beli lg.
ReplyDeleteproduk yang bagus. semoga murah rezeki ruby ;)
ReplyDeletewahh ada skincare jugak yee.. wow
ReplyDelete👍👍👍
ReplyDelete