Siapa yang ada habit suka picit jerawat? Ruby faham, mesti rasa tak selesa bila jerawat muncul pada kulit muka. Lagi-lagi masa kita tengok cermin. Mulalah tangan tak duduk diam, gatal nak picit jerawat tu kan.
Mungkin pada anggapan kita, lepas dah settle kerja memicit. Isi jerawat dah keluar, maka ‘mati’lah jerawat tu nanti. Tapi sebaliknya keadaan jadi semakin teruk.
Baca juga : Bagaimana Jerawat Boleh Timbul?
Baca juga : Bagaimana Jerawat Boleh Timbul?
Kesan Buruk Picit Jerawat |
Seeloknya, jangan picit. Biarkan saja. Mari kita lihat apa kesan buruk apabila kita suka memicit jerawat.
Kesan Buruk Picit Jerawat
1. Jerawat menjadi semakin merah, sakit dan besar !
Dalam sehari macam-macam yang kita sentuh dan pegang. Sebab itulah kita tidak digalakkan untuk memicit jerawat. Takut kuman atau bakteria pada jari tersebut mula merebak ke dalam jerawat yang dipicit tadi. Akibatnya jerawat semakin merah dan sakit.
2. Risiko jerawat baru akan tumbuh di tempat lain pula.
Mungkin anda nak cuba untuk mengeluarkan nanah atau minyak pada jerawat tersebut, tapi dalam masa yang sama kuman mula tersebar masuk jauh lebih dalam ke bawah kulit. Akhirnya jerawat yang sedikit mula bertambah menjadi banyak.
3. Tinggalkan kesan parut hitam yang hodoh.
Menurut pakar kulit, radang teruk boleh berlaku pada kawasan kulit selepas anda memecahkan jerawat. Mungkin akan mengambil masa yang lama untuk kesan parut akibat memicit jerawat itu pudar dan hilang.
Kesan Buruk Akibat Memicit Jerawat. Parut Hitam Dan Kulit Tidak Sekata |
4. Kulit mungkin menjadi radang dan bengkak.
Kulit bahagian jerawat yang baru dipicit akan terasa bengkak dan pedih. Anda boleh membalut ketulan ais pada tisu untuk dituam pada kawasan tersebut untuk mengurangkan bengkak.
5. Punca kepada tona kulit tidak sekata.
Kulit wajah adalah kawasan yang paling nipis dan sensitif. Jika anda picit jerawat dengan menekan terlalu kuat, kulit boleh jadi lebam-lebam merah. Lebam tersebut akan buat kulit anda nampak tidak sekata.
Ada wanita yang suka menggunakan solekan/make up bagi menutup kesan jerawat yang mereka hadapi. Bagi Ruby, ini bukanlah penyelesaian terbaik. Bahan solekan itu akan menutupi lubang-lubang jerawat kesan daripada jerawat yang di picit. Kulit tidak boleh bernafas, kemungkinan jerawat boleh menjadi teruk.
Jadi mulai hari ini, berhenti dari picit jerawat sendiri tau ;)
Dah baca?
5 Jenis Jerawat Yang Kita Tak Tahu
Cara Mengatasi Jerawat Dengan Berkesan
Vitamin Shaklee Untuk Jerawat
suke juge picit jerawat ni.. nikmat dia bile dapat tengok isi jerawat yang dipicit tu
ReplyDeleteHehe. Betul tu, suka tengok isi jerawat yang mcm nasi tu.
DeleteLepas geram 🤣
Picit jerawat feberet kak shima haha. Tapi bila tgk muka penuh ngan parut, barulah insoff 😅😅
ReplyDeleteDah tengok berparut, baru haruuu 🤪
DeleteMemang tangan ni selalu ringan je nak picit jerawat :)
ReplyDeleteHehe ðŸ¤
Deletesetuju dengan point yang ruby tulis tu.. seram oo bila dah kena dengan diri sendiri..huhu
ReplyDeleteRuby pun ada pengalaman picit jerawat lepas tu jerawat makin teruk dulu. Hehe
DeleteKalau picit jerawat setakat tinggal parut hitam ok lagi. Yg sengsara bila jadi bekas jerawat berkawah. Menangis ðŸ˜
ReplyDeleteJadi kawah hitam2, berlekuk². Huuu 😥
Deleteserik dah picit2 jerawat ni. ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ kesannya berpanjangan
ReplyDeleteBetul tu Atul.
Deletememang betul kalau kita picit jerawat nnti dkt bahagian tu jerawat akan naik lebih bnyk dan dia akan jadi bengkak kat kawasan tu dah jadi dkt saya suka sgt nak picit jerawat
ReplyDelete