29 March 2020

10 Makanan Untuk Meningkatkan Sistem Imun Tubuh

Sistem imun ni ibarat frontline yang bertanggunjawab untuk melindungi tubuh kita dari penyakit yang disebabkan oleh virus, bakteria dan parasit. Bila imun dijaga dengan baik, kekerapan untuk sakit tu adalah kurang.

Makanan Untuk Meningkatkan Sistem Imun Tubuh
Makanan Untuk Meningkatkan Sistem Imun Tubuh

Ada banyak cara yang boleh dilakukan bagi meningkatkan sistem imun termasuklah mengawal stress dengan baik, tidur yang mencukupi, bersenam dan amalkan gaya hidup serta pola pemakanan yang sihat.


10 Makanan Untuk Meningkatkan Sistem Imun Tubuh

Penting bagi kita memilih makanan yang berkhasiat dalam memastikan pertahanan badan lebih kukuh dan kuat. Berikut beberapa jenis makanan yang boleh kita ambil untuk meningkatkan sistem imun tubuh.

#Yogurt

Yogurt ada probiotik iaitu bakteria sihat yang memastikan usus bebas kuman pembawa penyakit. Ambil plain yogurt adalah lebih baik berbanding yogurt yang ada pelbagai perisa dan gula. Anda mungkin boleh letak madu atau hirisan buahan segar bersama yogurt
 kosong tadi.

Pilih yogurt yang kaya dengan sumber vitamin D yang mana boleh boost pertahanan semulajadi badan melawan penyakit.


#Oat dan Barli

Bijirin ada beta glukan, sejenis serat yang bersifat antimikrob dan ada keupayaan antioksidan. Ia bantu tingkatkan imuniti, cepatkan luka sembuh dan bantu antibiotik bekerja dengan cekap.


#Buahan Sitrus

Vitamin C mampu meningkatkan pengeluaran sel darah putih. Ini kunci untuk melawan jangkitan. Buahan sitrus yang popular seperti  ;
  • Grapefruit
  • Oren
  • Tangerines
  • Lemon
  • Limau
  • Clementine

Oleh sebab badan kita tidak dapat menghasilkan dan menyimpan vitamin C, kita perlu mengambil setiap hari untuk kesihatan.


#Bawang Putih

Bawang putih ada bahan aktif Alisin yang boleh melawan jangkitan dan bakteria. Boleh campurkan dalam bahan masakan untuk menikmati kebaikannya.


#Keledek

Kulit organ terbesar bagi badan manusia yang bertindak sebagai kubu terhadapa serangan bakteria atau virus. Bagi kesihatan kulit terjaga, vitamin A diperlukan untuk hasilkan tisu penghubung iaitu komponen penting kulit.

Makanan yang kaya beta karotin seperti keledek, lobak merah, dan labu boleh dijadikan sumber Vitamin A.


#Kerang

Makanan laut seperti tiram, udang galah, ketam dan kerang mengandungi selenium untuk bantu sel darah putih menghasilkan cytokin iaitu sejenis protein yang menyingkirkan virus selsema dari tubuh.


#Cendawan

Cendawan mampu meningkatkan pengeluaran dan aktiviti sel darah putih menjadi agresif untuk melawan penyakit. Zat didalam cendawan juga meningkatkan imuniti tubuh.


#Brokoli

Brokoli kaya dengan mineral dan vitamin. Vitamin A, C dan E sebagai antioksidan dan ada serat, bagus untuk amalkan sayuran brokoli ini.


#Kacang Almond

Vitamin E kunci kepada kesihatan imun tubuh. Ia adalah sejenis vitamin larut lemak. Kacang seperti almond mengandungi vitamin dan lemak sihat.


#Teh

Teh hijau dan Teh hitam ada sumber flavonoid, iaitu sejenis antioksidan. Ia bagus untuk meningkatkan fungsi sistem imun. Teh hijau yang kaya dengan asid amino elok dalam menentang jangkitan kuman dalam T Cells.

Sistem Imun sebagai pelindung tubuh dari serangan virus

Penting bagi kita untuk memastikan sistem imun berfungsi dengan baik demi menjaga kesihatan yang optimum. Apatah lagi dalam keadaan kita sekarang yang dilanda wabak Covid 19.


Sumber :  Healthline

Entry akan datang :  Cara Meningkatkan Sistem Imun Tubuh

13 comments:

  1. Ada juga makan makanan yang tingkatkan sistem imun.



    ReplyDelete
  2. Ramai yang ingat vitamin E tu untuk cantik je. hehe

    ReplyDelete
  3. Banyak makanan yg boleh dan mudah didapati

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak. Macam bawang putih tu, memang ada kat dapur

      Delete
  4. Good info rubiah boleh mama Cari bahan2ni

    ReplyDelete
  5. bawang putih tu memang tak asing lagi di kalangan pengamal perubatan tradisional...mak saya pun, kalau kitorang demam kecik2 dulu, dia letak bawang putih yang diketuk sikit dua tiga biji dalam minyak sebelum gunakan untuk mengurut kami adik-beradik untuk hilangkan angin...

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen di blog Ruby.

Salam Ukhwah :)