27 March 2020

Minat Design Banglo 2 Tingkat

Memiliki rumah sendiri impian semua orang. Begitu juga dengan Ruby. Jika rumah itu boleh dibina mengikut citarasa kita, lagi syok! Dari segi rekabentuk rumah, berapa bilik tidur, berapa bilik air sampailah berapa besar ruang dapur yang kita nak. Ruby minat dan berkenan dengan banglo 2 tingkat. Tinggal bersama-sama dengan keluarga, 4 orang anak ;)


Pelan Banglo 2 Tingkat 6 Bilik Tidur 5 Bilik Air



Kelebihan rumah tingkat yang diketahui ramai ialah mudah untuk mengasingkan ruang keluarga dengan tetamu.

Rekaan pelan lantai untuk aras bawah

Cuba lihat rekaan pelan lantai untuk aras bawah, bilik untuk tetamu (bedroom 2) & pembantu rumah (bedroom 1) berada di tingkat ini.



Sekiranya keluarga anda menerima kunjungan dari saudara mara, boleh saja mereka menginap di bilik yang disediakan khas untuk mereka ini.

Bilik tetamu juga mempunyai bilik air yang terdapat di dalam bilik, jadi mereka tak perlu keluar dari bilik untuk mandi. Semestinya ini akan memberikan keselesaan kepada tetamu untuk menjaga aurat mereka.

Selain itu, bilik yang sama juga dapat dijadikan bilik pengantin semasa kenduri perkahwinan yang kita adakan pada masa akan datang.

Pada arah bawah juga disediakan sebuah bilik air yang boleh diakses oleh semua orang, terutama sekali untuk tetamu.

Rekaan pelan lantai untuk aras atas



Ruang atas dikhususkan untuk ahli keluarga & mempunyai "family area"nya sendiri. Kawasan ini sesuai diletakkan tv untuk ahli keluarga berbual mesra.

Bedroom 3 & 4 sesuai untuk anak lelaki dan tidak mempunyai bilik air sendiri. Mereka boleh menggunakan bathroom 3 yang berada hampir dengan ruang keluarga di aras ini.

Bedroom 5 pula sesuai untuk anak perempuan, terutama sekali yang sudah meningkat dewasa. Bilik ini mempunyai bilik airnya sendiri yang sudah tentu memudahkan anak perempuan kita menjaga aurat semasa adik beradik lelakinya yang lain.

Ini selaras dengan tuntutan agama islam yang menetapkan pengasingan tempat tidur adik beradik berlainan jantina.

Aras atas juga mempunyai ruang solat untuk keluarga bersolat secara berjemaah bersama sama, mengaji al quran & mungkin juga menjadi ruang pengisian rohani keluarga.

Bilik paling luas untuk keseluruhan rumah ini sudah tentulah "master bedroom" yang lengkap dengan bilik airnya.

Di bawah ini saya sertakan juga pelan 3 Dimensi untuk rumah ini. Ini hanyalah cadangan sahaja, setiap klien Nas Nuri boleh mengubah rupa bentuk luaran dan dalaman mengikut selera mereka sehingga puas hati.

Itulah kelebihan bina rumah atas tanah sendiri kan.

Contoh idea rekabentuk 3D untuk rumah banglo 2 tingkat.


8 comments:

  1. Kalau ada tapak (tanah sendiri) dan ada modal bolehlah buat rumah cantik cengini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu wak. Ada tanah sendiri dan modal. 🤗

      Delete
  2. waktu pkp ini teringin terus nak buat rumah di kampung. hehe.

    ReplyDelete
  3. Cantiknya design banvlo ni.. teringin nak Ada umah banglo tapi ntah laa

    ReplyDelete
  4. suka juga design yang ada asingkan ruang keluarga dengan ruang tetamu...

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen di blog Ruby.

Salam Ukhwah :)