05 September 2019

5 Kebaikan Toner Untuk Kulit Muka

Memakai toner pada kulit adalah sama pentingnya dengan pembersih. Bertindak sebagai langkah tambahan untuk pembersihan, toner digunakan untuk menghilangkan lebihan kotoran, minyak dan solekan nipis yang tidak dikeluarkan semasa membersihkan kulit muka.

Mungkin selama ni kita tidak mengetahui apakah kebaikan toner untuk kulit muka. Mari Ruby kongsikan bagaimana kita boleh memanfaatkan kebaikan toner tersebut.

5 Kebaikan Toner Untuk Kulit Muka
5 Kebaikan Toner Untuk Kulit Muka

#1  Menyegarkan Kulit

Ketika cuaca panas, tiada apa yang dapat mengalahkan minuman yang sejuk dan menyegarkan.

Begitu juga dengan kulit kita. Apabila kita memerlukan penyejuk, masukkan toner ke dalam peti sejuk selama 10minit.

Kemudian tuangkan sedikit ke atas pad kapas dan sapukannya. Rawatan pendinginan segera dan menyegarkan di rumah!


Menyembur Toner Pada Kulit Muka
Sumber dari Google
Menyembur Toner Pada Kulit Muka


#2  Semburan Wajah Buatan Sendiri

Pasang penutup semburan pada toner, dan semburkan ia pada bila-bila masa, di mana jua, terutamanya apabila kita mula merasakan kulit letih atau kusam.

Mengandungi ramuan berkhasiat, ia berfungsi sebagai pilihan sepanjang hari untuk kulit kekal segar dan terhidrat.


#3  Untuk Leher Dan Bahagian Dada Serta Bahu Yang Lebih Berseri

Leher, bahagian dada dan bahu juga memerlukan penjagaan yang rapi dan cara terbaik dengan menggunakan toner.

Tingkatkan penggunaan toner pada leher dan dada untuk membersih, menghidrat dan menyuburkan kulit di kawasan ini, kerana ia merupakan bahagian anggota badan yang menunjukkan tanda-tanda  penuaan  yang pertama.


#4  Bertindak Sebagai Pembersih Sel Kulit Mati Dan Pembersih Solekan Ringan

Bergantung kepada penggunaan, sesetengah toner ada bahan pengelupasan untuk membersihkan sel-sel kulit yang mati dan pencemaran persekitaran (debu, asap) untuk menyerlahkan keserian kulit.

Ada juga toner yang bertindak sebagai pembersih solekan ringan, di mana ia membersihkan solekan yang tidak dapat dibersihkan semasa proses mencuci muka.

Jadi, cari dan pilih toner yang memberi kebaikan kedua-duanya sekali!


Toner mampu menghidratkan kulit
Toner bukan saja menyegar dan menyuburkan kulit,
malah turut menghidratkan kulit


#5  Melindungi daripada Kehilangan Kelembapan

Selain membersihkan sel kulit mati dan menyuburkan kulit,

Toner juga "mencegah kehilangan kelembapan" dengan memberikan kulit kita lapisan kelembapan tambahan.

Di Korea, terdapat 1 kaedah yang dipanggil 7 kaedah pelembapan kulit, di mana 7 lapisan toner ditampal dan dilapis untuk tujuan penghidratan.

Walau bagaimanapun, kaedah seperti ini tidak perlu. Hanya pilih toner atau penyegar semulajadi, yang berkesan menggunakan bahan berasaskan tumbuhan dan memberikan penghidratan yang diperlukan oleh kulit kita.


Kesimpulannya, korang wajib konsisten gunakan toner setiap hari untuk kulit yang sihat, segar dan cantik!


Ketahui juga tentang  :  Kebaikan Youth Perfecting Skin Toner Shaklee


Sebarang pertanyaan atau belian YOUTH skincare serta produk-produk Shaklee yang lain, boleh hubungi Ruby di talian   WhatsApp Disini 016 6696703  atau klik saja gambar di bawah ya.



4 comments:

  1. Baru tau ni.. Selalu tau toner ni sebagai pembersih kedua je. Hehe. Sebabtu skip je toner. Jarang sgt pakai. Lepas ni kena rajin pki lg lah

    ReplyDelete
  2. menariknya... tang boleh sembur2 tu menarik... nnti nk cube lah...
    tq ye cik adik syg

    ReplyDelete
  3. Kulit pun perlukan ‘makanan’ dari luar dan dalam 😊

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen di blog Ruby.

Salam Ukhwah :)