Ruby bertiga dengan anak. Jiran pun bertiga dengan anaknya juga. Jadi berenam lah kami pergi. Naik grab je. Hehehe.
De Pulze Cyberjaya |
Sampai je sana, kami terus ke MPH. Sebab tujuan asal memang nak cari buku. Kakak tu nk cari buku Ebit Lew. Ruby pulak nak cari buku Syira Lokman (Bersangka Baik Dengan Tuhan).
Tapi kurang bernasib baik, tak de rezeki. Buku yang kami nak tu habis terjual. Best sangat nampaknya tuh ;)
Ruby pun carilah buku yang lain yang available disitu. Berkenan banyak buku sebenarnya. Rambang mata pulak dah. Hahahaha. Banyak yang best-best tajuknya. Tapi untukku, hanya beli 2 buah je dulu.
- Perjuangkan Syurgamu - Bonda Nur
- Ajari Aku Erti Hidup - Azura Zamri
Mak nak beli buku. Depa pun nak jugakk. Huhuhu |
Untuk anak sulong, dia beli 2 buah komik.
Anak no 2 - latihan matematik dan buku cerita.
Anak no 3 - buku cerita.
Anak no 4 - buku mewarna. Tak habis-habis dengan dinosour nya. Hehehe
Buku-buku yang dibeli di MPH. Dalam Rm83 macam tu after less |
Ruby buat bayaran gunakan kad debit Maybank. Syok betul bila cashier bagitau boleh dapat less 10% untuk setiap buku yang dibeli. Wahhh! Seriusss jimat banyak jugak.
Lepas tu kami semua pergi cari kedai untuk lepak dan makan-makan. Kebetulan Ruby pun belum makan lagi. Perut pun dah berdendang minta diisi. Kikiki
Jiran Ruby bawak pergi ke satu restoran ni. RESTORAN SANA SINI. Kat situ ada free aiskrim, free popcorn, free salad. Ada tempat mainan untuk budak-budak sekali katanya.
Free semua. Boleh makan puas-puas. Popcorn, aiskrim dan salad. Free jerr |
Muka happy bila makan aiskrim. Yang lagi 2 orang sekolah petang. |
Tempat mainan yang disediakan |
Ada macam-macam menu kat restoran tu. Cantik. Tenang je nak lepak. Tapi ku tak ambil gambar kedainya. Huuu, lupoo. Ruby order Nasi Ayam 7 Adik Beradik dengan ice coffee 3 layer. Jiranku pula order Ayam Kam Heong (betul ke eja, hahahaha) + Teh Ais.
Ruby punya hat kanan tu ;) |
Nasi Ayam 7 Adik Beradik |
Air yang Ruby minum tu RM7.90. Nasi Ayam 7 Adik Beradik pula harga dia RM15.90. Puas makan berdua dengan si abang. Banyakk betul nasinya. Macam-macam warna.
Ada nasi putih dan 6 lagi tu pelbagai jenis nasi goreng. Sedap. Ayam goreng dia goreng garing rangup. Makan dengan sambal. Tak pedas. Pun sedap. Ada kacang tanah dan ikan bilis goreng.
Ada banyak lagi menu lain yang menarik turut disediakan. Bagi Ruby harga berpatutan dengan saiz portion makanan tersebut banyak.
Anak-anak seronok bermain diruang permainan. Ruby dengan jiran bolehlah makan-makan sambil membawang. Gosip-gosip. Hahahaha. Lebih kepada cerita anak-anak sebenarnya.
Walaupun sekejap je masa pergi ke sana (dalam 2 jam), tetapi alhamdulillah sedikit sebanyak dapat release tension. (sebab Ruby nak kena ambil anak no 3 tu balik sekolah pukul 5 petang).
Yelah. Kitaorang kan surirumah. Hadap benda yang sama setiap hari. Nak juga "me time" walaupun masa tu angkut sekali anak-anak. Kikiki. Next time repeat lagi keluar jejalan kena tinggal lah depa tu kan. Mesti lagi sakan kami Mak-mak berjalan. Hahahaha
bestnya ber me time...
ReplyDeleteBest atul. Kalau atul dekat2. Dah ajak selalu dating makan². Hehehe. Ada rezeki meh lah KL ni
DeletePergi bersama anak-anak dan rakan mesti seronok sesekali keluar berjalan.
ReplyDeleteHarap dapat buat selalu.
Itulah NA. harap gitulah. Dpt selalu waktu macam ni. Hormon pun jadi bahagia. Hahaahah
DeletePergghh!Aiskrim FREE. Nnti nak terjah sini bawak anak-anak yang suka makan aiskrim :)
ReplyDeleteHehehe. Kalau plan nk pergi. Jomlah kita jumpa sekali. Hahahahaa. #nakjugaknyibuk
DeleteHahahaha
DeleteRUby, menariknya nasik ayam tujuh beradik tu, kena try ni!
ReplyDeleteHehehehe. Sedap juga nasi goreng tu. 6 warna
DeleteManariknyaaa nasi ayam dan kopi 3 layer tuu..🤓✨
ReplyDeleteCam sedap je nasi 7 beradik tu. Pernah datang sekali je kat Dpulze ni.
ReplyDeletekalau ramai2, besttt
ReplyDelete