06 August 2018

Bengkel CopyWriting Di Putrajaya



Hai korang!

Hari ni ruby nak kepochi kat korang pasal aktiviti semalam. Al kisahnya pergi menuntut ilmu dalam Bengkel Copywriting dan belajar Teknik Rahsia Close Deal dengan Master Shaklee iaitu Dr. Normi

Seriuss, teruja sangat sepanjang hari dari 9 pagi sampai ke 6 petang. Macam ada rama-rama terbang kat hati aii nih. Hehe.

Dapat belajar ilmu baru. Apa itu Copywriting , apa yang penting dalam content Copywriting. Isshh, banyaklah ilmu yang ruby tak tahu buat diri sendiri terkedu sekejap.

Kalau sebelum2 ni main hentam je bila up post ke FB. Senang cita, syok sendiri. Oopps!

Lepas ni dah boleh perbaiki dan asah skill menulis yang boleh tambat hati pembaca.

Dapat jumpa kawan2 baru. Borak2 pun tak rasa janggal walaupun tak pernah jumpa.

Dapat sedut aura dan energi2 positif dari barisan master2 Shaklee.







Suasana bertukar jadi terlebih meriah pula bila ada kuiz online dari Master Nadiah Suhaidi. Nampak semua peserta enjoy.

Lepas lunch, ada aktiviti berkumpulan. Kami semua di asingkan mengikut nombor untuk mewakili setiap kumpulan.

Tugasan nya kena apply balik teknik close deal yang di pelajari. Dan perlu lakonkan sebagai SID dan customer.

Alhamdulillah rezeki. Kita orang menang untuk kategori "kumpulan terbaik". Dapat lah hamper. Bila bukak untuk tengok isinya, wahh banyaknya coklat. Ruby ni hantu coklat, hehehe.

Masa Dr Normi umumkan sape pemenang tu, ruby rasa nak melompat bintang dah. Tapi cover2 cun sebab pakai jubah 

Yang menang pelakon terbaik pula dapat sebotol Phytocol ST yang bernilai RM197.50. Fuhh, lumayan betul hadiahnya.

Ada juga suami yang datang sekali dengan wifenya. Tanda sokongan isteri buat bisnes. Isteri mana yang tak bahagia kan.




Geng Maestro Under Master Nadiah

Ada yang bawa baby dan kanak2 sekali. Master Amir siap bawakan tv lagi supaya ibu2 dapat fokus dengan tenang dalam kelas. TQ Master.

Memang best Kompleks Kejiranan Presint 9 ni. Cukup lengkap. Surau ada. Fourt pun ada. Yang paling menarik perhatian budak2, ada kolam mandi. Lain kali boleh mai bawa anak2 ruby pula mandi kat sini.

Peserta yang hadir hampir 100 orang. Ramai betul ! 

“ Barangsiapa yang menempuh suatu jalan untuk menuntut ilmu, Allah akan mudahkan jalannya ke syurga” HR Muslim.

Alhamdulillah, terima kasih pada semua masters yang beri tunjuk ajar pada kami. Syukur ruby berjaya keluar dari zon selesa

Founder SHINING STAR
Facebook : Rubiah Kadir
016 6696703

1 comment:

Terima kasih sudi singgah dan komen di blog Ruby.

Salam Ukhwah :)