05 April 2019

Ketahui 6 Punca Kulit Berminyak


6 Punca Kulit Berminyak dan Cara Mengatasinya

6 Punca Kulit Berminyak dan Cara Mengatasinya
Dilema kulit berminyak, apa puncanya? Sebelum tu, kena faham dulu apa tujuan sebenar minyak yang dihasilkan oleh kulit muka kita. Iaitu untuk melindungi kulit muka kita daripada habuk dan kekotoran 😊.

Ada yang antara kita selalu merungut gara-gara punya masalah kulit berminyak.

Masalah kulit berminyak ni terjadi bila minyak yang terhasil melebihi apa yang diperlukan. Bila kulit muka berminyak, liang pori akan tersumbat. Maka cik jerawat mula keluar pada kulit muka.

Kita akan terasa kurang yakin untuk berhadapan dengan orang ramai 😟. Sini Ruby senaraikan punca-puncanya ya.

6 Punca Kulit Berminyak

1. PEMAKANAN
Kulit muka berminyak kerana pengambilan makanan berminyak atau berlemak.

2. KOSMETIK
Menggunakan barangan komestik yang tidak sesuai dengan kulit muka.

3. GENETIK
Ada sebahagian daripada kita yang memang dilahirkan dengan kulit muka yang berminyak.

4. HORMON
Ketidakseimbangan hormon juga boleh menyebabkan kulit berminyak terutama kepada wanita semasa datang bulan.

5. TEKANAN
Stress / tekanan punca utama kepada kulit berminyak, yang jadi punca hormon tak stabil 》 muka berminyak.

6. PERSEKITARAN
Terdedah dengan panas, udara kotor dan radikal bebas yang menjadikan kulit berminyak.

4 Cara Atasi Kulit Berminyak


1) Ambil pemakanan yang seimbang. Banyakkan sayuran mahupun buah untuk mendapatkan vitamin secukupnya untuk kulit.

2) Cuci muka dengan pencuci yang bersesuai dengan jenis kulit muka. Amalka membasuh muka dengan air yang bersih.

3) Guna tisu minyak untuk mengelap lebihan minyak jika berada di kawasan panas.

4) Guna masker dari bahan semulajadi dan buat secara rutin 1-2kali/seminggu.

Sila #share jika rasa post ini bermanfaat untuk orang lain juga 💓

Rubiah Kadir  : WhatsApp
Pengedar Shaklee di Puchong, Putra Perdana, Meranti Jaya, Uptown Puchong, Tesco Bukit Puchong, Aeon Puchong Utama.

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi singgah dan komen di blog Ruby.

Salam Ukhwah :)