19 April 2019

Serum Atau Pelembap, Yang Mana Lagi Penting?

Serum atau Pelembap
Perlu pakai salah satu atau kedua-duanya sekali?

Serum atau Pelembap, yang mana lagi penting untuk penjagaan kulit wajah?

"Saya dah pakai Pelembap, perlu pakai Serum lagi ke?"

Keadaan kulit muka kita yang kerap terdedah dengan radikal bebas (seperti debu, pencemaran,sinaran UV, stress), ia sebenarnya mampu merosakkan kulit ke arah penuaan.

Kita tidak boleh tertumpu hanya pada proses membersih, menyegar dan melembap semata-mata. Serum juga sangat penting dalam rutin penjagaan kulit harian kita.

Apa bezanya Serum dengan Pelembap?

Serum
🔸️ sejenis cecair ringan, sama ada dalam bentuk gel atau krim. Ia cepat meresap ke dalam lapisan kulit.
🔸️ mengandungi peratusan bahan aktif yang tinggi.
🔸️ berfungsi menambah nutrien yang bermanfaat kepada kulit bagi membaiki dan memperbaharui sel dari dalam.

Pelembap pula "mengekalkan kelembapan yang lebih berkesan" kerana ia mewujudkan lapisan halangan pada kulit.

🔸️Mengelakkan kulit menjadi kering.
🔸️Mencerahkan wajah

Nak mudah faham, Serum ni bekerja di "lapisan dalam" kulit. Manakala Pelembap pula bekerja pada "lapisan luar" kulit.

Waktu terbaik memakai Serum adalah 5 minit sebelum kita mengoleskan Pelembap/Krim Malam.
Serum juga boleh dipakai pada rutin siang, iaitu sebelum Pelembap/Moisturizer.
Apa yang Ruby boleh simpulkan, Serum dan Pelembap adalah perfect duo kerana kekuatan mereka saling melengkapi.


Youth Age Defense Moisturizer Spf 50

So, use your Serum and don't forget your Moisturizer!



1 comment:

Terima kasih sudi singgah dan komen di blog Ruby.

Salam Ukhwah :)