03 April 2020

Kebaikan Polifenol Untuk Sel Yang Sihat

Pernah dengar tentang SEL? Ruby jadi teringat pula zaman sekolah dulu-dulu pernah belajar subjek Biologi. Sel yang sihat adalah kunci kepada kesihatan yang baik.

Kebaikan Polifenol Untuk Sel Yang Sihat
Sel Sihat = Badan Sihat

SEL sebenarnya benda asas untuk hidup. Badan manusia ada lebih 60-80 trillion sel. Kalau nak tahu, fungsi sel badan ni berkait rapat dengan tahap kesihatan badan seseorang.

Nak senang faham,
"Sel yang sihat = Badan berfungsi dengan baik dan sihat".

Apabila sel membahagi atau membiak untuk pertumbuhan atau penyembuhan, ia adalah penting untuk pastikan anda mempunyai sel-sel yang sihat untuk mereplikakan dan menghasilkan sel-sel baru yang sama sihat.

Macam mana badan mereplikakan dan menghasilkan semula sel, ia beri kesan seberapa baik tisu, organ dan sistem itu berfungsi, yang akhirnya menentukan kesihatan anda.


Sel Menjadi Rosak

Sel-sel akan terus mengalami kerosakan sebab kita sering terdedah dengan persekitaran harian, tekanan, melalui makanan dan radikal-radikal bebas disekeliling.

Ini akan beri kesan buruk pada tubuh dan menyebabkan sel-sel badan kita jadi semakin lemah dan tidak berfungsi dengan baik, punca kepada tindak balas keradangan yang boleh menyumbang kepada penuaan selular (aging).

  • Pertahanan semulajadi sel jadi lemah
  • Tenaga sel jadi rendah
  • DNA jadi rosak
  • Prestasi sel jadi kurang
  • Jangka hayat dan integriti sel jadi lemah

Sel tubuh yang tidak sihat
Sel yang tidak sihat
Kredit gambar : Nutrova


Antara tanda-tanda sel rosak dan tidak sihat seperti letih, kulit kusam, minda dan otak menjadi lemah, kerap sakit dan berat badan bertambah.

Jadi macam mana cara untuk kita pastikan sel kita sihat?
Dengan menyuburkan sel-sel tersebut dengan nutrien yang sesuai iaitu POLIFENOL.


Kebaikan Polifenol Untuk Sel Yang Sihat


Kebaikan Polifenol Untuk Sel Yang Sihat
Kebaikan Polifenol Untuk Sel Yang Sihat

Campuran sempurna POLIFENOL = Hasil-hasil botani ini memberikan spektrum polifenol unik yang dapat meningkatkan kesihatan sel dan jangka hayat sel.

Terdapat banyak kajian klinikal dan sains telah direkod, tentang bagaimana polifenol dapat beri kesan positif kepada sel-sel didalam badan kita.


1   Meningkatkan Pertahanan Sel

Badan kita ada "suis induk" yang dikenali sebagai Nrf2 untuk mengaktifkan proses detoksifikasi dan pertahanan sel.

Gabungan polifenol yang sempurna telah diakui secara sinergis mengaktifkan "suis induk"¹ supaya dapat :
  • Mengurangkan keradangan dengan mengoptimumkan sistem imun.
  • Meningkatkan proses detoksifikasi terutamanya di hati.
  • Meningkatkan tahap antioksidan dalam badan.
  • Mengurangkan tekanan biologi dalam badan.


2   Meningkatkan Tenaga Sel

Sel-sel kita mengandungi "loji kuasa" tenaga dipanggil mitrokondria (hasilkan tenaga supaya anda rasa bertenaga sepanjang hari).

Akan tetapi pengeluarannya menurun sebab umur makin meningkat dan gaya hidup tak sihat. Polifenol dikenali untuk :
  • Galakkan fungsi mitrokondria yang sihat untuk tingkatkan pengeluaran tenaga secara optimum.
  • Bantu meningkatkan pengeluaran mitrokondria jadi badan mempunyai lebih banyak "loji kuasa" untuk menghasilkan tenaga.


3  Menggalakkan Pemulihan Sel

Sel-sel kerap terdedah kepada pelbagai serangan radikal bebas atau penceroboh alam sekitar, yang mana ia merosakkan DNA kita setiap hari dan mengakibatkan kematian sel.

Polifenol boleh membantu : 
  • Melindungi kerosakan DNA.
  • Menyokong mereplikakan DNA untuk fungsi sel yang lebih sihat.


4   Mengoptimumkan Prestasi Sel

Semakin badan berusia, fungsi organ mula merosot. Ni memburukkan penyakit degeneratif seperti jantung, ginjal dan diabetes.

Kajian menunjukkan bahawa :
  • Polifenol dari benih dan kulit anggur muscadine boleh menggalakkan kesihatan dan jangka hayat sel.
  • Penggunaan polifenol daripada anggur muscadine mungkin mempunyai beberapa faedah dalam mempengaruhi perkembangan keadaan kencing manis².
  • Polifenol campuran anggur muscadine, Ekstrak Polyganum Cuspidatum, Ekstrak Lobak Ungu dan Ekstrak Eldeberi Eropah boleh menghentikan kerosakan selular.
  • Polifenol mungkin mempunyai kesan perlindungan terhadap sistem kardiovaskular dan meningkatkan kepekaan insulin.

Banyaknya kebaikan polifenol untuk sel yang sihat!

Vivix Shaklee
Vivix Shaklee

Vivix Shaklee adalah campuran minuman botani khas yang kaya dengan kandungan polifenol dari Anggur Muscadine, Polygonum Cuspidatum, Eldeberi Eropah dan Lobak Ungu. 

" Kesihatan yang baik bermula dengan sel-sel yang sihat".

Tubuh yang sihat adalah harta yang ternilai buat kita. Jadi jaga ia sebaiknya ya ;)




Rujukan: 
1.  L. Fisher, T. Ianiro, F.C. Lau, H. Wang, B. Daggy . 2015. Synergistic Effects of Phenolic Mixtures in Human Cell Models of Aging. Shaklee Innovation Center, Pleasanton.

2. Farrar JL, Hartle DK, Hargrove JL, Greenspan P. 2007. Inhibition of protein glycation by skins and seeds of the muscadine grape. Biofactors. 30(3):193-200.

2 comments:

  1. Penting polifenol rupanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya selalu orang ingat vitamin C, E je kan. Polifenol ni pun penting untuk sel kita sihat.

      Sel sihat=badan sihat, insyaAllah

      Delete

Terima kasih sudi singgah dan komen di blog Ruby.

Salam Ukhwah :)