Pisang boleh dipelbagaikan cara penyediaannya. Ada yang kreatif jadikan pisang sebagai kerepek, kek, kuih muih, pengat dan macam-macam lagi.
Ruby nak share satu resepi pisang karamel yang diolah dan digabungkan dengan sos kastard. Kisahnya, ternampak anak saudaraku update dekat status whatsAppnya "benda ni", laju-laju ku mesej dia mintak resepi. Sejenis orang yang tak tahan dengan godaan makanan. Hahahaha. Ya, dia buat untuk dijual.
Resepi Pisang Karamel Bersos Kastard
Resepi yang mudah disediakan. Rasa manis karamel dan pisang. Ada pula sos kastard dengan taburan kismis, parutan cheese dan lain-lain. Korang patut cuba ;)
Resepi Pisang Karamel Bersos Kastard |
Bahan-bahan :
- Pisang (sama ada pisang berangan, pisang putar, pisang lemak manis)
- Marjerin
- 1 tin susu cair*
- 1 tin air (sukat guna tin susu)*
- 2 sudu besar tepung kastard*
- 3 sudu besar gula*
- Secubit garam*
- 1 biji kuning telur*
- esen vanilla*
Langkah Penyediaan :
1. Goreng pisang dengan marjerin sehingga sedikit garing.
2. Untuk membuat sos, satukan bahan-bahan yang bertanda *. Masak diatas api yang perlahan. Sentiasa kacau untuk elakkan kastard itu berketul. Masak sehingga sedikit pekat dan mendidih.
3. Letakkan pisang yang dikaramelkan tadi di dalam pinggan/bekas. Tuang pula sos kastard yang siap dimasak ke atas pisang tersebut.
4. Taburkan dengan bahan hiasan yang diinginkan seperti mix fruit, gajus, kismis dan cheese cheddar yang diparut. Dalam erti kata lain, letaklah apa yang kita suka. Hehe
5. Sedia untuk dihidangkan. Kalu nak sejukkan dalam peti ais dulu, pun boleh. Lagi nikmat makan sejuk-sejuk 😋
Banjir dengan sos kastard. So nyummmy! |
Ada taburan mix fruit, kismis dan parutan cheese cheddar |
Selamat mencuba!
Kredit resepi : Azura Idayu
sedapnya nampak pisang karamel ni.... yummy
ReplyDeleteMenggoda sungguh pisang karamel ni. Kalo ada kerajinan, boleh la cuba buat nt 😁
ReplyDeleteBoleh buat. Kat rumah banyak pisang. Cuma kena tengok kat pantri ada susu cari ke tak.
ReplyDeleteSedapnyaaaa!
ReplyDeletesedap tu..siap tabur cheese lg
ReplyDeletemasya Allah...nak copy la resipi ni...bulan puasa ni kena kurangkan tgk makanan hahah nanti cepat lapo
ReplyDeleteYa Allah... dugaan... dugaan :D
ReplyDeleteIngatkan puding diraja haha. Tapi nampak sedap la!
ReplyDeletebtw singgah sini ya, jemput melawat blog saya jika berkelapangan :)
Berapa satu bekas tu akak jual?
ReplyDelete