01 September 2015

Rahsia Solat Di Awal Waktu

[Kaitan antara Solat dan Sains]

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan 
dicerap melalui perubahan warna alam.Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing 
bagimereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan 
frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh 
mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu 
Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulangkali, lama kelamaan akan menghadapi masalah 
komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti 
berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain 
jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. 
Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.Tenaga inilah 
yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang 
terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan 
masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang 
berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. 
Jadi mereka yang selalu ketinggalan atauterlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi 
masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknyawaktu Asar di mana spektrum 
warna pada waktu ini bersamaan denganfrekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi 
sistemreproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya 
kreativitinya dan lebih malang lagi alau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu ...). 
Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan 
oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini 
menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat 
bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga 
seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini(solat Maghrib dulu la ...) kerana banyak interferens 
(pembelauan)berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Waktu inilah fenomena buta ayam terjadi. 
Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnyamemasuki fasa Kegelapan. 
Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan 
dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. 
Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya,inilah waktu tidur dalam Islam. 
Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. 
Selepastengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya 
ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. 
Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.Manusia kini sememangnya telah
sedar akan kepentingan tenaga alam inidan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi 
yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga 
alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat 
solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.Hakikat ini 
seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih 
dan penyayang-Nya sebagaipencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya.

Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat 
berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya..."

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi singgah dan komen di blog Ruby.

Salam Ukhwah :)