02 September 2015

TARBIYAH HATI

Kadang-kadang....
Allah bagi hambaNya tertekan, stress dan ujian supaya hambaNya kembali merintih dan merayu padaNya.

Mungkin hati kita dah lama kosong. Allah nak kita isi hati semula dengan Quran, zikir, tahajud, doa dan segala amal.

Tapi kadang kita lupa, Allah nak kita buat lebih lagi. Buat amal, amal, amal, amal, amal... Sampai kita dapat rasa kehangatan cinta dengan Allah.
Dapat menangis, rintih, tunduk dan sujud. Itulah yang sangat nikmat bagi orang beriman.
Dan, kadang kala benda tu kita akan rasa nak buat sungguh2 bila Allah UJI dengan pelbagai aspek.

Kalau kita tengah semangat dan gembira, kita mungkin TAK BERAPA nak rasa untuk buat amal, doa menangis-nangis. Tapi bila diuji, tertekan, stress, masa tu lah kita akan sungguh2 jaga amal dan berdoa sampai menangis.

HARGAILAH DETIK fasa down ni. Hargai detik fasa tengah stress dan tertekan.
Sebab Allah nak bagi kita kesedaran agar lebihkan SUJUD padaNya meminta ampun dari dosa yang sengaja dan tak sengaja.

Wallahi...Nikmat iman itu kadang akan rasa lebih manis tika kita dan Allah berseorangan diri.Kalau kita tengah stress, serabut dan tertekan, take time.

Rehat dan Iktikaf di masjis untuk beberapa hari.
IKTIKAF. Cari ketengan di masjid.
Baca Quran banyak-banyak dan zikir.
Istighfar banyak2, selawat byk2. Ucap syukur pada Allah banyak2...
Wallahi. Kita akan rasa tenang. Kita akan tersenyum di saat air mata kita berlinangan kerana Allah.

Selamat mencari ketenangan wahai sahabat mayaku.

1 comment:

Terima kasih sudi singgah dan komen di blog Ruby.

Salam Ukhwah :)